Friday, February 26, 2016

Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Hi Korang,


Ni aku nak citer pasal beauty drink yang aku dah cuba ni iaitu Ruhainies Rosysecret tau.

Aku rasa sesungguhnya ramai wanita kat luar sana yang inginkan muka menjadi flawless dan lebih cerah kan, so meh sini aku perkenalkan produk terbaru iaitu Ruhainies Rosysecret Beauty Drink. Pengasas Ruhainies Rosysecret Beauty Drink ialah Cik Ruhainies sendiri. Untuk dapatkan kulit yang cantik, sememangnya tidak boleh malas. Kenalah selalu bersenama, menjaga diri dan minum supplement yang betul agar sentiasa bertenaga dan yang penting sentiasa AWET MUDA.


Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Minuman ini diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang tinggi khasiatnya dari pelbagai jenis seperti 

“Strawberi, Buah Goji, Biji Anggur, Buah Delima, Madu asli dan Serbuk Mutiara”.



Biasanya Rosysecret Beauty Drink ini diambil 1 sachet sebelum breakfast. Alah senang je, terus makan cam tu je.


9 Manfaat Kesihatan Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

· Ianya berkesan seawal 3 hari

· Tona wajah lebih sekata, lebih cerah, mulus dan sihat

· Anti penuaan, menjadikan kulit lebih anjal dan gebu

· Mengurangkan lesu dan menjadikan badan lebih bertenaga

· Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan lingkaran hitam bawah mata

· Mengurangkan rasa lapar dan mengawal berat badan

· Membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dan organ dalaman

· Menghilangkan lenguh pada sendi-sendi

· Meningkatkan sistem imunisasi badan

Khasiat Bahan Utama Ruhainies Rosysecret Beauty Drink

Strawberi

Pearl Powder

Buah Delima

Antara Testimoni Pengguna

Testimoni pengguna ini dikongsikan di Instagram ataupun cari sahaja #RRBEAUTYTESTIMONI. Pelbagai testimoni di kongsi.




Harga & Pembelian

Setiap kotak yang dijual mempunyai 15 sachets


RM 120 Semanjung Malaysia

RM 130 Sabah & Sarawak

Jika inginkan maklumat lanjut


WhatsApp +60192663410 untuk pembelian


Email:ruhainies.rosysecret@gmail.com


Thursday, February 25, 2016

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Info Penting Yang Korang Kena Tahu

Hi Korang,

Banyak pulak sambutan mengenai entry aku Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Step By Step yang aku publish tahun lepas kan. 

tengah kumpul duit nak beli Countryman ni hah

So aku kumpul semua soalan tuh dan cuba jawab apa yang aku termampu ek. 

Kebanyakan soalan-soalan berdasarkan cara nak tukar nama dan dokumen apa yang di perlukan. Nah korang baca lah ni ek.

1. Reader : Sarra Farhana, Haris Haria, Grease Munkey dan Taufiq Renold


Kalau owner kereta dah meninggal.

Prosesnya sama jugak, kena bawak pi puspakom ikut prosedur yang aku buat tuh. Tapi ada penambahan dokumen yang korang kena bawak. Boleh refer website JPJ 

1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)

2. 2 salinan TM-3 (tuan tanah isi dua borang)

3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali untuk pengesahan thumb print)

4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)

5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
a. Perintah Mahkamah; atau
b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil

6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa

7. Wang tunai sebanyak RM100

2. Reader : Hannem


Tentang insurans

Tak de kena sampai beribu unless kereta ko tu mahal bebenau cam Mercedes ke BMW kan. Ikut harga pasaran kereta masa kini, kemudian insured berapa yang ko nak. Biar lebih jangan kurang sebab nanti jadi kemalangan ke kereta kena curi ke takde lah korang menanggung hutang bank

Contoh: Kancil – harga semasa = RM10,000 (ini contoh ek)

Hutang loan bank = RM12,000

Korang insured lah = RM14,000 (so jadi apa-apa, balance RM2,000 tu dapatlah menampung apa-apa yang berkaitan dengan bank.

Lebih kurang cam tulah, aku ni pun belajar dengan orang je pun hah.

3. Reader : RL


Ye betul. Owner baru mesti kena ada, bukan apa kang dia tak tau apa-apa kan payah. Tapi kalau suruh kedai kereta buat, tak yah ikut pun tak per cuma bayar jelah upah diorang kan bukan RM100 oo maybe lebih. Betterlah bawak kann

4. Reader : Bshow Chaotic

Prosesnya sama jugak macam aku buat tuh, cuma ada penambahan dokumen lagi ek. Refer kat bawah ni tau

a. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

Boleh refer website JPJ

5. Reader : Marzs Hafiz


Ya ampun adik, of courselah memang kena ada. Selama bawak kereta tak de lesen ke ? jaga-jaga takut kena tahan dengan JPJ tau.

6. Reader : MizzAyu


Untuk Cop Tuntutan Hak Milik, memang kena dapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja, memang tak de kat tempat lain

Memang PUSPAKOM dah check kereta kita tuh tapi mana tau angin pengawai JPJ tu tak baik, dia nak tengok pulak kereta kan. So better bawak lah, senang citer.

7. Reader : Anonymous


Cam ni, kalau kereta tu dah ade kat Sabah so buat kat sana jelah. Takkan nak naikkan kereta ke kapal laut semata-mata nak tukar urusan hakmilik kereta. Ikut je proses yang aku buat tuh, sebab ko nak jual kat owner baru je pun. Yang penting, pastikan semua dokumen lengkap dan kereta jangan ada saman ataupun blacklist ye. 

8. Reader : Anonymous


Memang tak boleh dah sebab loan atas nama suami, geran memang ikut nama loan. Kalau nak buat jugak, kena tukar nama loan suami ke nama isteri. Kira macam refinance balik kereta, lagi banyak keja nak buat. Salesman kereta memang takkan layan semua-semua ni once loan dah approve dan kereta pun dah dapat kan. 

Hopefully sedikit sebanyak info yang aku berikan tadi dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah proses tukar nama kereta ni. 

Oh ye, kalau ada masalah lagi komen kat entry ni nanti aku cuba bantu korang lagi ek. Sorry lah lambat reply sebab busy bebenau 2-3 menjak ni ek.





Wednesday, February 24, 2016

Big Fun Day di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam.

Hi Korang,

Weekend lepas, pepagi lagi aku dah bergerak ke Shah Alam Bandar Rimbayu.



Nasib baik bawak partner Ayue Idris so tak delah bimbang sangat takut sesat ke hape, ikut official address tempat ni terletak di Teluk Panglima Garang area Banting gituh tapi rupanya 15 minit je dari bandar Shah Alam. Tertipu mak di situ nokss hehehhehe

Actually ktorang ke mari adalah untuk Big Fun Day di The Arc anjuran IJM Land ni.

Aku ingatkan show gallery biasa je tapi rupa-rupanya memacam ada kat sini. Seriously a lot of activities yang aku sendiri tak sangka hehehhe

Sebelum tu meh aku citer sket mengenai Bandar Rimbayu ni ek

About Bandar Rimbayu

Bandar Rimbayu is a premier township development by IJM Land, inspired nostalgia for a time when life was simple and people lived close to nature, in a safe, and supportive neighbourhood. Set in tranquil green surroundings on a 1,879 acre site, Bandar Rimbayu will be an iconic mixed development of residential, commercial, recreational and parkland components.

The accessible and strategically-placed development is conveniently close to urban amenities such as shopping malls and educational institutions, and is connected to major towns through the nearby highways including the Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning – ShahAlam(LKSA), Expressway Lingkaran Tengah(ELITE) and the South Klang Valley Expressway (SKVE).

With a gross development value of RM11 billion, Bandar Rimbayu will be an integrated township with residential, commercial and recreational components spread over four precincts: Flora, Fauna, Bayu and the Commercial Hub.

dengan peneman blogger ayue idris

Once ktorang sampai tu of courselah mesti kena breakfast dulu kan

simple but marbeles

Nampak ni?

ok dugong nak bersantap duluan

Seronokkan. Breakfast ala-ala piknik, semuanya makanan yang berkhasiat. Sekali breakfast cam ni best jugak kan, orang kata cam cuci perut jugaklah. Hehehhehe. Ok sarapan dulu sambil bergambar sambil borak-borak dengan bloggers lain hehehehe


Abis breakfast terus terasa nak join diorang ni berzumba tapi sayang baju sukannya nggak di bawa so tengok dari jauh dan ikut yang biasa-biasa je, janji bersenam ek.
 


Lepas diorang ada yoga sekali tau, ermm not bad ok. Rupanya yoga ni di adakan setiap pagi ahad di The Arc ni. Untunglah orang shah alam kan dah ada tempat bersenam percuma dan tempat cantic dan mendamaikan lagi.

Orite lets tour around The Arc ni ek..





Ada Giant Bubbles ko, arr sukanya. Tapi bebudak ramai time ni, takkan aku sibuk nak main plak kan. So tumpang anak-anak Ayu Rafikah main sekali. Rupanya batang yang bertali tu di rendam dalam air sabun so bila di hayun jadilah belon beso kan hehehehhe



Ada jugak mini sukaneka di adakan sekali untuk kanak-kanak ni, haruslah diroang lagi seronok ek

Ini adalah Water Zorb Ball




Aku ingat nak beratur main menda alah ni tapi panjang plak quenya so bagi chance orang lain la ek. Rupanya ball ni di isi angin dulu baru di tolak masuk ke dalam air. Kalau tak sampai sekarang aku still fikir lagi kan hehehehe

Bumper boat



Pelampung besar betul seperti boat. Terapung dengan air, siap ada stereng pengemudi. Bebudak aje ek, orang tua tengok aje lah

Electronic Skateboard



Pilihan remaja masa kini ada juga di sini. Kena pandai balancekan badan baru skateboard ni meluncur dengan lajunya. It takes time nak balance tau.

Aktiviti Fish Scooping




Aku suka ni, aktiviti tangkap ikan dengan menggunakan penapis kertas. Wei memang boleh dapat ikan kalau tau caranya. Si Ayu ni siap dapat 2 ekor sekali ikan-ikan comey ni

Giant Inflatable


Bebudaklah takkan orang tua plak, aku tengok diorang ni main seronok plak kann. Kang kalau aku masuk terus jem hahahha

Mostly game untuk anak-anak lah yelah parents duk sibuk nak tengok rumah so tinggalkan anak-anak kat sini mesti diorang happy punya.

Oh ye, ada juga food truck di sini kan




Yelah tempat makan memang tak de so food truck ni memang sangat-sangat bestlah. Pilih je nak makan apa, semuanya ada kan.


Aku sempat masuk ke 2 showhouse untuk phase 5 Bandar Rimbayu ni



Wisteria @ Rimbayu 


Rumah 2 tingkat berkeluasan di antara 2,424 sq.ft hingga ke 2,492 sq ft.





Cantikkan


Itulah hatiku tertinggal di Wisteria ni lah, suker oooo cantik benau..

Korang kalau ada masa lapang, hari-hari weekend tu boleh lah ke mari kan

Alamat :


The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning
No.1, Jalan Flora 3,
Bandar Rimbayu,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor Darul Ehsan. 

For more information, visit www.ijmland.com

Selain daripada dapat tengok rumah, korang pun boleh berleisure bersama keluarga jugak tau.

Kalau dekat dengan umah mau tiap-tiap pagi ahad cycling kat sini ek..