Tuesday, February 23, 2016

PRINTCIOUS, Customize Hadiah Menarik Buat Yang Tersayang

Hi Korang,

Aku kalau bab-bab hadiah ni memang pening sokmo memikirkannya.

Yelah citarasa kita kan berbeza

Kang salah bagi tak sesuai dengan jiwa plak ek..

So cara termudah meh kita check it out di website PRINTCIOUS ni ek

Apa itu PRINTCIOUS?

Meh baca nie


Printcious penjenamaan semula daripada website HeartBeat.my menawarkan pelbagai koleksi souvenir seperti t-shirt, mug, bantal dan perhiasan deko di ceramic tiles. Yang bertambah menarik, koleksi ini ditawarkan dengan pelbagaai rekaan dan kita juga boleh membuat tempahan istimewa mengikut citarasa yang dikehendaki.

Hanya layari di laman web Printcious, create akaun disana samada memasukkan detail peribadi mahupun log in menerusi akaun FB. Alah memane boleh janji ada account.


Seterusnya updatekan segala informasi diri terutama di bahagian alamat penghantaran.


Yelah kalau tak nak hantar gift korang cam ne plak kan


Seterusnya bolehlah buat pilihan jenis cenderahati yang hendak dibuat tempahan. Antara lain seperti:-

* T-Shirts
* Mugs
* Cushions
* Ceramic Tiles
* Phone Case
* Puzzles
* Mini Tees
* Mousepads

Ini baru kategori besar, ada lagi sub kategori yang aku rasa akan memeningkan kepala korang sebab designnya cantik-cantik belaka hahahahaha sebab aku pun pening, semuanya aku suka sampai rasa nak beli semuanya.

Di website printcious juga ada menyenaraikan jenis rekaan mengikut kategori. Jadi ini memudahkan kita sebagai pembeli untuk membuat carian.



Nampak? 
Tshirt pelbagai design yang cantik


Tengok di bahagian Cushion @ bantal ni.....
Banyak yang menarik dan cantik, rasa nak borong semua untuk membelinya


Hadiah ceramic tiles ni sesuai untuk kita hadiahkan buat seseorang tanda ingatan. Contohnya untuk hari jadi BFF, untuk kawan kerja yang akan berpindah dan sebagainya.


Kalau bagi mug boleh letak kat office kan, terus bersemangat nak minum kopi


Phone case pun cantik, telefon Iphone boleh, Samsung juga boleh dong..


Mousepads untuk hiasan di meja office, pilih yang ada kata-kata motivasi, confirm terus rajin keje ek


Bagi peminat puzzle, pun boleh pilih design sesuai dengan puzzle korang nanti


Mini Tees, boleh gantung kat kereta ke, dalam bilik ke even di mana yang korang suka lah kan

Ada pelbagai pilihan rekaan...
Semuanya cantik dan menawan

Nak lagi nampak lebih istimewa
Kita buat custom order...

Sebagai contoh aku pilih cushion ni


Boleh pilih jenis gambar yang hendak dimasukkan samada dari template yang disediakan atau fail dari drive kita sendiri.. Aku suka design ni jadi aku tambahkan sket text untuk jadikan ianya lebih personal kan.

Dah siap !


Terus tekan button CHECKOUT, sebab nak bayar dan cepat sampai hehehehhe. Aku nak surprise Mr Big la ni


Jika ada apa permasalahan seperti barang yang dihantar tidak menepati citarasa, rosak dan lain-lain, printcious akan sedia memberi respon dengan segera. Dan untuk pembelian lebih daripada RM60, kos penghantaran tidak akan dikenakan.


So, apa lagi jangan lupa terjah printcious

Buat pilihan cenderahati buat ur' precious!!

Untuk promosi dan keterangan lanjut boleh LIKE dan KLIK di https://www.facebook.com/printcious


Monday, February 22, 2016

Pengalaman Membeli Belah Di ENSOGO.COM.MY

Hi Korang,

Kalau tak betul-betul aku memang jarang shopping secara online ni.

Unless kalau barang tu boleh beli kat kedai, aku prefer shopping fizikal daripada maya ni takut kena tipu sebenarnya.

Tapi ENSOGO sebaliknya

Citernya cam ni

Tak silap aku ada budak post kat FB pasal Laneige BB Cushion yang harganya tak masuk akal sungguh di website www.ensogo.com.my. Bukan mahal ye tapi murah yang ampun.


Teruslah aku check it out dan memang ye sungguh murah. Dalam RM68.00 siap refill cushion sekali tau, apa lagi terus bukak website tuh register apa yang patut dan cari BB cushion tuh. Ye ko, murah dan aku tak tipu. Apa lagi, terus tick ADD TO CART ye.

Ermm terlanjur online shopping ni so why not check it out menda alah lelain plak.

Browselah ikut kategori yang aku suka. 

Rupanya ada memacam menda ada di jual di Ensogo ni. Dari pakaian sehingga ke peralatan dapur, beauty, perabut, barangan bayi, supplements sampailah ke groceries.


Ada 3 barang yang aku beli iaitu

1. Laneige BB Cushion w/ Refill Pack

2. Beauty Star Hair Straightener

3. Running Man★ Pirate Roulette Game★

Amik ko daripada nak beli satu barang terus jadi 3 barang kan hehehhee. 

Bukanlah penting sangat pun tapi sebab aku suker so aku pun belilah. Sekali tekan je button payment then terus dapat notification yang barang-barang akan di hantar mengikut period yang di janjikan.

Proses Penghantaran Barangan

1. Running Man★ Pirate Roulette Game★



Aku dapat notification hari tuh gak game ni diorang akan hantar dalam minggu depan. So oklah barang biasa-biasa je. Tup-tup hari kedua order tu dah sampai, terperanjat gak dibuatnya. Once barang dapat so email pun sampai yang suruh aku klik ‘confirm received item’. Aku plak boleh terlupa nak klik so balik tu lepas kul 8pm cam tu aku dapat call dari seller tanye barang dah dapat ke belom. Aku cakaplah dah so terus dia remind aku suruh klik email yang diorang hantar tadi.


Ermm efisien sungguh ek

Malam tu jugak aku main menda alah tuh hehehehhe mengekekeh ketawa cam running man sungguh.

2. Beauty Star Hair Straightener


Ini lagi best. Tak de email tak de apa pun, alih-alih dah sampai. Terkejut gak aku dibuatnya, bukak-bukak ada pelurus rambut ni. Jam-jam tu jugak aku test kat office kan hehehhehe

3. Laneige BB Cushion w/ Refill Pack

Memandangkan period delivery tuh lama dan agak panjang so aku tak berapa chase sangat pada minggu pertama tuh. Hujung minggu kedua aku pun rasa cuak gak, eh lama benau diorang ni ek. Tak de berita apa pun kan. So aku call Ensogo sendiri untuk clarify, rupanya ada product problem sket tak silap aku packagingnya kot ntah aku pun lupa. 

Tup-tup 2-3 hari cam tu, barang pun sampai.


Ada note comel sekali

Disebabkan barang lambat sampai diorang upgradekan casing BB cushion tu daripada yang biasa ke limited edition dan siap ada free gift lagi tanda minta maaf. Wow haruslah aku jadi suka kan, siapa nak marah dapat yang lain baik daripada yang di order.

Ambik ko sekali aku bukak citer kan!!

Keluar semuanya

Yelah banyak aku dengar komplen tak sedap pasal shopping online nie, tapi di EnSogo langsung tak de masalah semua ni kan. Customer servicenya sangat efisien dalam menangani masalah pelanggan-pelanggan ni

Hopefully Ensogo akan memberikan service yang lagi mantap di masa akan datang..

Dah apa lagi tunggu, jom shopping di ensogo.com.my

Rambang mata dibuatnya wei..


Tak Abis-Abis Dengan LION Dance

Hi Korang,

Ye weekend aku memang sentiasa busy tak tentu arah.

Dengan bloggingnya, dengan family outingnya, dengan datingnya dengan housekeepingnya lagi kan.

But still, sempat je aku buat semua tuh dalam 2 hari ni.

So sabtu petang tuh, dah settle semua segala mak neka job aku ikut diroang pi raya cino kat Cheras. Alah rumah tokeh travel agent yang diorang selalu guna untuk travel kan. 

Dekat je 

Masuk-masuk area Suakasih ni dah nampak umah beso giler dari tepi jalan besar. Memang betul-betul tokeh lah kan. Sesampai je ktorang di sambut oleh tuan rumah. Mama as usual lah buat PR, pi jumpa semua sanak sedara tokeh ni. Diorang ni baba nyonya so cakap melayu masing-masing even dengan adik beradik diorang pun. 

Di sebabkan jemputan diorang melayu so diorang tempah semuanya hidangan melayu

alamak tak fokus kat tetel plak, kalau tak mesti korang berselera tengok kan

Ada satay, char kuay teow, kuih muih, ayam golek, nasi beriani dan memacamlah. Tapi satay memang aku impress sebab tetelnya masyuk ooo. Besar dan kenyal-kenyal gituh. Memang bertambahlah lemak dalam badan ni ek.

Acara yang di tunggu-tunggu je lion dance

tekong si singa bersalam dengan tuan rumah

singa sembahyangkan kereta - kepercayaan diorang ni supaya senantiasa selamat ketika memandu

Sebab setahun sekali je ade tarian singa ni, siap ada 2 ekor singa lagi tau datang. Ktorang berkerumun dekat singa-singa ni tapi si budak Aakif ni penakut yang amat sangat, letak dekat je dah terus nangis ek.

muka budak terbobar dah ni


mummy takut singa mummy

dah mula nangis dah

Itulah seronok kan jadi orang Malaysia ni, segala jenis perayaan semua disambutnya.

muka cuak sebab baru lepas dengan bunyi mercun kuat tadi hahahha

Pantang ada raya semua nak cuti kan hehehe