Monday, February 22, 2016

Pengalaman Membeli Belah Di ENSOGO.COM.MY

Hi Korang,

Kalau tak betul-betul aku memang jarang shopping secara online ni.

Unless kalau barang tu boleh beli kat kedai, aku prefer shopping fizikal daripada maya ni takut kena tipu sebenarnya.

Tapi ENSOGO sebaliknya

Citernya cam ni

Tak silap aku ada budak post kat FB pasal Laneige BB Cushion yang harganya tak masuk akal sungguh di website www.ensogo.com.my. Bukan mahal ye tapi murah yang ampun.


Teruslah aku check it out dan memang ye sungguh murah. Dalam RM68.00 siap refill cushion sekali tau, apa lagi terus bukak website tuh register apa yang patut dan cari BB cushion tuh. Ye ko, murah dan aku tak tipu. Apa lagi, terus tick ADD TO CART ye.

Ermm terlanjur online shopping ni so why not check it out menda alah lelain plak.

Browselah ikut kategori yang aku suka. 

Rupanya ada memacam menda ada di jual di Ensogo ni. Dari pakaian sehingga ke peralatan dapur, beauty, perabut, barangan bayi, supplements sampailah ke groceries.


Ada 3 barang yang aku beli iaitu

1. Laneige BB Cushion w/ Refill Pack

2. Beauty Star Hair Straightener

3. Running Man★ Pirate Roulette Game★

Amik ko daripada nak beli satu barang terus jadi 3 barang kan hehehhee. 

Bukanlah penting sangat pun tapi sebab aku suker so aku pun belilah. Sekali tekan je button payment then terus dapat notification yang barang-barang akan di hantar mengikut period yang di janjikan.

Proses Penghantaran Barangan

1. Running Man★ Pirate Roulette Game★



Aku dapat notification hari tuh gak game ni diorang akan hantar dalam minggu depan. So oklah barang biasa-biasa je. Tup-tup hari kedua order tu dah sampai, terperanjat gak dibuatnya. Once barang dapat so email pun sampai yang suruh aku klik ‘confirm received item’. Aku plak boleh terlupa nak klik so balik tu lepas kul 8pm cam tu aku dapat call dari seller tanye barang dah dapat ke belom. Aku cakaplah dah so terus dia remind aku suruh klik email yang diorang hantar tadi.


Ermm efisien sungguh ek

Malam tu jugak aku main menda alah tuh hehehehhe mengekekeh ketawa cam running man sungguh.

2. Beauty Star Hair Straightener


Ini lagi best. Tak de email tak de apa pun, alih-alih dah sampai. Terkejut gak aku dibuatnya, bukak-bukak ada pelurus rambut ni. Jam-jam tu jugak aku test kat office kan hehehhehe

3. Laneige BB Cushion w/ Refill Pack

Memandangkan period delivery tuh lama dan agak panjang so aku tak berapa chase sangat pada minggu pertama tuh. Hujung minggu kedua aku pun rasa cuak gak, eh lama benau diorang ni ek. Tak de berita apa pun kan. So aku call Ensogo sendiri untuk clarify, rupanya ada product problem sket tak silap aku packagingnya kot ntah aku pun lupa. 

Tup-tup 2-3 hari cam tu, barang pun sampai.


Ada note comel sekali

Disebabkan barang lambat sampai diorang upgradekan casing BB cushion tu daripada yang biasa ke limited edition dan siap ada free gift lagi tanda minta maaf. Wow haruslah aku jadi suka kan, siapa nak marah dapat yang lain baik daripada yang di order.

Ambik ko sekali aku bukak citer kan!!

Keluar semuanya

Yelah banyak aku dengar komplen tak sedap pasal shopping online nie, tapi di EnSogo langsung tak de masalah semua ni kan. Customer servicenya sangat efisien dalam menangani masalah pelanggan-pelanggan ni

Hopefully Ensogo akan memberikan service yang lagi mantap di masa akan datang..

Dah apa lagi tunggu, jom shopping di ensogo.com.my

Rambang mata dibuatnya wei..


Tak Abis-Abis Dengan LION Dance

Hi Korang,

Ye weekend aku memang sentiasa busy tak tentu arah.

Dengan bloggingnya, dengan family outingnya, dengan datingnya dengan housekeepingnya lagi kan.

But still, sempat je aku buat semua tuh dalam 2 hari ni.

So sabtu petang tuh, dah settle semua segala mak neka job aku ikut diroang pi raya cino kat Cheras. Alah rumah tokeh travel agent yang diorang selalu guna untuk travel kan. 

Dekat je 

Masuk-masuk area Suakasih ni dah nampak umah beso giler dari tepi jalan besar. Memang betul-betul tokeh lah kan. Sesampai je ktorang di sambut oleh tuan rumah. Mama as usual lah buat PR, pi jumpa semua sanak sedara tokeh ni. Diorang ni baba nyonya so cakap melayu masing-masing even dengan adik beradik diorang pun. 

Di sebabkan jemputan diorang melayu so diorang tempah semuanya hidangan melayu

alamak tak fokus kat tetel plak, kalau tak mesti korang berselera tengok kan

Ada satay, char kuay teow, kuih muih, ayam golek, nasi beriani dan memacamlah. Tapi satay memang aku impress sebab tetelnya masyuk ooo. Besar dan kenyal-kenyal gituh. Memang bertambahlah lemak dalam badan ni ek.

Acara yang di tunggu-tunggu je lion dance

tekong si singa bersalam dengan tuan rumah

singa sembahyangkan kereta - kepercayaan diorang ni supaya senantiasa selamat ketika memandu

Sebab setahun sekali je ade tarian singa ni, siap ada 2 ekor singa lagi tau datang. Ktorang berkerumun dekat singa-singa ni tapi si budak Aakif ni penakut yang amat sangat, letak dekat je dah terus nangis ek.

muka budak terbobar dah ni


mummy takut singa mummy

dah mula nangis dah

Itulah seronok kan jadi orang Malaysia ni, segala jenis perayaan semua disambutnya.

muka cuak sebab baru lepas dengan bunyi mercun kuat tadi hahahha

Pantang ada raya semua nak cuti kan hehehe



REVIEW | Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Hi Korang,


Lama plak tak buat MASK review kan.

Baru-baru ni aku ada mencuba Klairs Rich Moist Soothing Sheet Masks dari Natta Cosme, company yang keluarkan produk-produk kecantikan yang top dan best lagi.

Pernah dengar brand KLAIRS?


Jenama ni datang dari Korea. Bila Korea ni mesti produknya tip top dan meletops kan. Haruslah aku suker kan, mesti jadi cantic cam artis Korea ek hehehe

Ni aku terangkan sket mengenai Klairs Rich Moist Soothing Sheet Masks ni ek

Product description Klairs: 
Special formulated moisturizing face mask for intensive hydration 100% pure organic cotton to minimize irritation and upgrade adherence. Directly delivers soothing essence to your skin. With main ingredient hyaluronic acid, you can see the long lasting and trouble soothing effect. Without any stickiness, the moisturizing face mask finishes of with refreshing texture. Abundant rich ingredients will be delivered to your skin after 15~20 minutes. Different from any other moisturizing face mask, even the most sensitive to troubled skin can use it without worrying about worsening problematic matter.


Di antara bahan-bahan utama yang terkandung di dalam Klairs Mask ni adalah Beta Glucan, Phyto Oligo, Wheat Amino Acids, Human Oligopeptide dan Centella Asiatica Extract.


Cara nak gunakan

Ewah senang jelah macam guna mask yang biasa-biasa tuh.

1. Cuci muka dulu, hilangkan kotoran degil yang melambak-lambak kat muka korang tuh.

2. Lap muka perlahan-lahan just keringkan air tu tadi.

3. Keluarkan mask tu dari plastiknya

4. Letakkan di atas muka

5. Biarkan di muka selama 15-20 minit. Kemudian tarik keluar dan tekap-tekap lebihan serum tu kat muka. Tak rugilah di situ kan. Jangan lupa sapukan di leher sekali ek

Aku cadangkan gunakan 2-3 sekali seminggu, yelah untuk dapatkan kesan yang positif kan.

A photo posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Pandangan Aku

1. Senang nak guna

2. Tak melekit lepas di tanggalkan, terus je meresap lebihan serum tu kedalam muka dengan cepat.

3. Lembut je rasa kulit muka

4. Nampak lebih cerah kulit muka tu sket. Agaknya kalau guna hari-hari mesti lah cerah kan hehehehe

Ini yang aku rasa, so pandangan kita berbeza lah kan. Why not korang cuba dulu then baru tau kan.


Korang boleh dapatkan Klairs Mask ni dengan membeli di website Natta Cosme pada harga RM69.00 untuk 10 keping (18ml/pcs)

Untuk info lanjut korang boleh check it out di

Natta Cosme