Monday, February 22, 2016

Tak Abis-Abis Dengan LION Dance

Hi Korang,

Ye weekend aku memang sentiasa busy tak tentu arah.

Dengan bloggingnya, dengan family outingnya, dengan datingnya dengan housekeepingnya lagi kan.

But still, sempat je aku buat semua tuh dalam 2 hari ni.

So sabtu petang tuh, dah settle semua segala mak neka job aku ikut diroang pi raya cino kat Cheras. Alah rumah tokeh travel agent yang diorang selalu guna untuk travel kan. 

Dekat je 

Masuk-masuk area Suakasih ni dah nampak umah beso giler dari tepi jalan besar. Memang betul-betul tokeh lah kan. Sesampai je ktorang di sambut oleh tuan rumah. Mama as usual lah buat PR, pi jumpa semua sanak sedara tokeh ni. Diorang ni baba nyonya so cakap melayu masing-masing even dengan adik beradik diorang pun. 

Di sebabkan jemputan diorang melayu so diorang tempah semuanya hidangan melayu

alamak tak fokus kat tetel plak, kalau tak mesti korang berselera tengok kan

Ada satay, char kuay teow, kuih muih, ayam golek, nasi beriani dan memacamlah. Tapi satay memang aku impress sebab tetelnya masyuk ooo. Besar dan kenyal-kenyal gituh. Memang bertambahlah lemak dalam badan ni ek.

Acara yang di tunggu-tunggu je lion dance

tekong si singa bersalam dengan tuan rumah

singa sembahyangkan kereta - kepercayaan diorang ni supaya senantiasa selamat ketika memandu

Sebab setahun sekali je ade tarian singa ni, siap ada 2 ekor singa lagi tau datang. Ktorang berkerumun dekat singa-singa ni tapi si budak Aakif ni penakut yang amat sangat, letak dekat je dah terus nangis ek.

muka budak terbobar dah ni


mummy takut singa mummy

dah mula nangis dah

Itulah seronok kan jadi orang Malaysia ni, segala jenis perayaan semua disambutnya.

muka cuak sebab baru lepas dengan bunyi mercun kuat tadi hahahha

Pantang ada raya semua nak cuti kan hehehe



REVIEW | Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Hi Korang,


Lama plak tak buat MASK review kan.

Baru-baru ni aku ada mencuba Klairs Rich Moist Soothing Sheet Masks dari Natta Cosme, company yang keluarkan produk-produk kecantikan yang top dan best lagi.

Pernah dengar brand KLAIRS?


Jenama ni datang dari Korea. Bila Korea ni mesti produknya tip top dan meletops kan. Haruslah aku suker kan, mesti jadi cantic cam artis Korea ek hehehe

Ni aku terangkan sket mengenai Klairs Rich Moist Soothing Sheet Masks ni ek

Product description Klairs: 
Special formulated moisturizing face mask for intensive hydration 100% pure organic cotton to minimize irritation and upgrade adherence. Directly delivers soothing essence to your skin. With main ingredient hyaluronic acid, you can see the long lasting and trouble soothing effect. Without any stickiness, the moisturizing face mask finishes of with refreshing texture. Abundant rich ingredients will be delivered to your skin after 15~20 minutes. Different from any other moisturizing face mask, even the most sensitive to troubled skin can use it without worrying about worsening problematic matter.


Di antara bahan-bahan utama yang terkandung di dalam Klairs Mask ni adalah Beta Glucan, Phyto Oligo, Wheat Amino Acids, Human Oligopeptide dan Centella Asiatica Extract.


Cara nak gunakan

Ewah senang jelah macam guna mask yang biasa-biasa tuh.

1. Cuci muka dulu, hilangkan kotoran degil yang melambak-lambak kat muka korang tuh.

2. Lap muka perlahan-lahan just keringkan air tu tadi.

3. Keluarkan mask tu dari plastiknya

4. Letakkan di atas muka

5. Biarkan di muka selama 15-20 minit. Kemudian tarik keluar dan tekap-tekap lebihan serum tu kat muka. Tak rugilah di situ kan. Jangan lupa sapukan di leher sekali ek

Aku cadangkan gunakan 2-3 sekali seminggu, yelah untuk dapatkan kesan yang positif kan.

A photo posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Pandangan Aku

1. Senang nak guna

2. Tak melekit lepas di tanggalkan, terus je meresap lebihan serum tu kedalam muka dengan cepat.

3. Lembut je rasa kulit muka

4. Nampak lebih cerah kulit muka tu sket. Agaknya kalau guna hari-hari mesti lah cerah kan hehehehe

Ini yang aku rasa, so pandangan kita berbeza lah kan. Why not korang cuba dulu then baru tau kan.


Korang boleh dapatkan Klairs Mask ni dengan membeli di website Natta Cosme pada harga RM69.00 untuk 10 keping (18ml/pcs)

Untuk info lanjut korang boleh check it out di

Natta Cosme




Saturday, February 20, 2016

Pencarian BINTANG SIMPLY PRETTY AVON MALAYSIA

Hi Korang,

Ni ada berita baik gadis-gadis genit yang sukakan make-up kan.

Baca sini tau


Pencarian wajah baru buat rangkaian kosmetik Simply Pretty (Avon), kini bermula! Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd memulakan tahun 2016 dengan melancarkan pencarian besar-besaran buat gadis bertuah yang bakal menghiasi jenama kosmetik Simply Pretty (Avon).




Dengan kempen #faceyourfears, Simply Pretty mengajak belia untuk mengatasi cabaran dan tampil yakin setiap masa. Daripada menyapa jejaka yang diminati sehinggalah kepada temuduga kerja pertama, Simply Pretty ada solusi buat semua. Serlahkan potensi diri dengan Simply Pretty!



Pencarian Bintang Simply Pretty telah bermula daripada 1 sehingga 29 Februari 2016 dan dijalankan secara serentak di 191 buah Butik Kecantikan Avon seluruh Malaysia. Kemeriahan jelas terasa di 2 lokasi pelancaran terpilih iaitu di Butik Kecantikan Avon Galleria @ Kotaraya dan Butik Kecantikan Avon Kota Kinabalu bertempat di Api-api Centre Phase, Sabah. Acara pelancaran diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, demo solekan, persembahan dari artis undangan dan juga jualan barangan Simply Pretty.

Pemenang utama pencarian akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.00, kontrak sebagai Duta Simply Pretty selama setahun, dan penampilan dalam majalah Remaja. Pemenang tempat kedua dan ketiga juga akan menerima hadiah menarik berupa wang tunai dan juga penampilan di dalam majalah Remaja.


Mudah sahaja untuk menyertai pencarian ini:

1) Lakukan pembelian set barangan Simply Pretty bernilai RM20.00 dari 1 – 29 Februari 2016 dan daftar sebagai Wakil Avon secara percuma.

2) Isikan borang penyertaan, kepilkan gambar bersaiz 3R (kepala hingga pinggang) serta resit pembelian dan serahkan pada Butik Avon.

3) Nantikan panggilan dari pihak Avon!


Sertai pencarian besar-besaran ini. Untuk maklumat lanjut tentang Pencarian Bintang Simply Pretty, lawati Butik Kecantikan Avon terdekat, hubungi 1-800-22-AVON (2866) atau layari laman web rasmi Avon di http://www.my.avon.com

Sempat lagi ni kalau ada anak-anak nak join pencarian Bintang Simply Pretty ek.