Monday, February 15, 2016

Tercalon Pulak Di Malaysia Social Media Week Awards 2016

Hi Korang,

Korang kalau blogger tak tau apa menda alah MSMW ni memang aku sekeh pale memasing ek. 


Alah MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEK AWARDS ler. Tiap-tiap ada menda alah ni tapi aku tak amik port pun coz sedar diri siapa kan uhuhuhuhuhu

Tapi tahun ni punye citer..

Korang tengoklah

Aku sendiri pun tak tau siapalah yang pepandai calonkan nama aku di MSMW2016 nie.

Ntah cam ne boleh dapat email 3 baris ayat daripada team MSMW ni ek. So pegilah check untuk kepastian lah rupanya memang ada pun. 

Terus aku tergelak-gelak kan

Manalah layak nak bertanding dengan diorang blogger-blogger yang power ni, aku setakat citer merapu bolehlah kan hahahahahhaha.. Dengan blog lembab nak update, malas nak tulis, citer pasal event je tak de pun citer pasal hal ehwal semasa, citer pasal artis ke kan cam ne lah traffik blog nak naik, bagi orang kenal.

Anyway terima kasih yang duk calonkan nama aku tu ek, kalau orang tu terbaca entry ni meh ngaku lah. Nanti acik Lily banjer ko makan sesedap cam acik selalu pi makan ek

Kepada calon-calon lain selamat melobi pengundi-pengundi korang, hopefully korang berjaya untuk dapatkan awards tuh. Aku tau ramai yang teringin nak awards ni tapi bukan aku orangnya, sebab aku blog suka-suka je pun bukan nak glamer sangat pun. Tapi kalau dah terglamer nak buat cam no kann hahahahaaa…

aku menang awards masak maggie kari boleh lah kan hahahah

Good luck everyone..

Acik Lily tumpang gembira kalau kengkawan yang betul-betul layak menang coz u deserved it!

Minyak Wangi AVON Attraction for Him & Her

Hi Korang,

Minyak wangi siapa yang tak suka!!

OOTD sket Cik Lily

Sempat bergambar dengan Fathia Latif

Wangi harum of coursela semua orang nak jadi cam tu, segar mekar je sampai malam kalau boleh dan harga berpatutan dengan budget kita kan


So memperkenalkan haruman terbaru keluaran syarikat AVON ni iaitu Avon Attraction for him and her. Sempat aku ke majlis pelancaran perfume ni baru-baru ni di Marriot Hotel, Putrajaya.




Dunia bagai memudar, yang ada hanyalah dikau berdua. lanya bagai dipaut kuasa yang sukar dirungkai, tak mampu disangkal. lanya magnetik. lnilah erti tarikan. Avon Attraction for Him and Her baru bagai cetusan sensualiti penuh bertenaga antara duo kekasih; dilahirkan dalam duo botol minimalis berona perak dan emas yang simetri.

Kemain lagi ayat-ayat cinta mengenai Avon Attraction ni ek, memang boleh tergoda di buatnya.


Avon Attraction for her 
Eau de Parfum 50ml

Esen Beri Hitam Menggoda, Sentuhan Kesturi Magnetik & Ambar Vanila


Avon Attraction for him 
Eau de Toilette 75ml

Akar Halia, Sentuhan Kesturi Magnetik & Kayuan Hangat


Aku dah cuba kedua-duanya (ermm nampak tamak sangat kann hehehhe) dan memang betul pun, sampai ke petang harumannya dan tak mudah rasa pening kepala. Yelah kekadang kita boleh alah dengan bau-bau wangi semacam ni. 



Di majlis ini juga, Avon memperkenalkan sekali kali Duta Haruman Avon iaitu pelakon ‘Fathia Latif‘ untuk tahun keduanya bersama Avon. 

Press Conference AVON 'Attraction' Parfume

Seronok nampak Fathia bersama Avon ek hehehehe

Sedikit details mengenai minyak wangi ni :-


Avon Attraction for Her Eau de Parfum (50ml)
Avon Attraction for Him Eau de Toilette (70ml)

• Dilancarkan 1 Mac 2016

RM69.90 (S&S RM80.40) satu

• Dapatkannya dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon

Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon korang atau lawati mana­ mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON
di 1-800-22-AVON (2866) 
atau 




Friday, February 12, 2016

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Hi Korang,

Nothing much to say


Betul kata orang, setiap yang hidup pasti akan mati.

Atuk meninggalkan kami semua sekeluarga pada 10 Februari 2016 di usia 89 tahun. Mak aku yang paling terkesan sekali sebab dia yang jaga atuk sejak atuk sakit 2 tahun lepas, tapi mak aku tabah orang huhuhuhu...

Al-fatihah

Semoga atok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Amin..