Wednesday, February 10, 2016

Banjir Di Melaka Time Raya CNY Ni Plak

Hi Korang, 

La ni baru ade kesempatan nak menulis kan

Maklumlah cuti CNY, orang cina raya kite pun sibuk duk raya gak, cuti panjang tuh.

Time-time cutilah boleh banjir plak area Melaka ni, rasa nak nangis pun ade gak. Cian orang yang sambut CNY ni, jawabnye beraya dalam air banjir lah kan..

Actually mak aku citer, dengan tak semena-mena hujan turun non stop malam jumaat tu dari malam hingga ke pagi, until mak aku call hari sabtu lepas still hujan lagi time tuh.

So aku assume tak de apa lah sangat kan, tup tup on the way balik Melaka jalan nak masuk Alor Gajah tu sebahagiannya tutup sebab air naik. 

Aku yang dah turun dari Toll Simpang Ampat ni, naik balik then turun turun Toll Ayer Keroh sebab kereta tak bergerak langsung. 

Korang tengokla ni





Kemain letih menekan minyak dan clutch kancil evo ni ek, jalan jem kemain teruk.

Bayangkan dari pukul 10 pagi aku kuar rumah dan sampai rumah mak aku dalam kul 3 petang, dengan laparnye, dengan penatnye bagai kan. 

Yang penting sampai kampung dengan selamatnye.


Petang tuh duk teman mak aku bersihkan sampah sarap kat sungai belakang umah ni, aduiyai letih ooo banyak pelepah kelapa sawit tersangkut. Tengok air sungai tu kemain keladak betullah




Kena pakai boots lagi kan, sebab takut lintahhhhhhh

Ermm korang cuti CNY ni kemana je? Seronoklah cuti sakan kan


Friday, February 5, 2016

“Jom Tengok Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”

Hi Korang,


Sedikit info untuk korang ek

Jom kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.


teater Zombie LaLaLa
Sinopsis Teater Zombie LaLaLa

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?


Jom kita dapatkan tiket teater Zombie LaLaLa yang berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.

Ikuti media sosial CTRA Production dan MohdZarin.com untuk mengetahui perkembangan terkini:

Facebook :

Instagram : 

Teater DISSENDIUM Kini di Melaka

Hi Korang,

Meh layan gegambar yang unik lagi magis ni ek



Apmacam?

Tak caya kan.

Meh tengok lagi ni





Sedikit perkongsian gambar acara para ahli magis membuat pertunjukan di Berjaya Times Square baru-baru ini (kredit pic Nannie Isa)

Pehhhhh...

Ini memang betul-betul real....

Aksi para ahli magis ini benar-benar memukau mereka yang hadir ke pertunjukkan i-team Dissendium!!

Untuk video yang lebih jelas tentang magik yang bakal dipersembahkan...


Hah kagum tak?

Itulah kan

Kagum itu sahaja yang mampu aku katakan melihat kepada persembahan "magic show"dari ahli magis yang berbakat besar dalam mempersembahkan di Teater Dissendium Melaka. Menggabungkan ahli magis terbaik daripada Jerman, Thailand dan juga Malaysia ternyata gabungan mereka menjadikan persembahan lebih luar biasa. 

Teater Dissendium terletaknya di Melaka bersebelahan dengan Restoran Nyonya Cuisine mampu memuatkan sehingga 350 pengunjung. Selain daripada keluasan dewan teaternya yang agak luas, ruang parking juga agak besar boleh memuatkan banyak kenderaan. Jadi tidak perlu risau untuk pengunjung mendapatkan tempat meletak kereta.

Beberapa aksi menarik dari ahli magis Teater Dissendium boleh dilihat di bawah :)






Hebat bukan!


Maklumat tentang Teater Dissendium:

Alamat: No.178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
Talian Am: 06-5125 055/088
Tempahan Hotline: 017-260 2088