Thursday, February 4, 2016

Shaklee Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Baru.

Hi Korang,

Sedikit info mengenai Shaklee yang aku nak share kat korang

Shaklee Malaysia mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016


Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

Untuk makluman lanjut:

Website : 

Facebook : 


Korang just klik sini untuk Pembelian Shaklee Online di Lazada: http://bit.ly/buyOnlineShaklee

Wednesday, February 3, 2016

Tersinggah Kat DIP n DIP IOI City Mall, Putrajaya

Hi Korang,

Kalau boring duk kat umah tuh, IoI City Mall jelah tempat yang ktorang sering hang out.

Sebab apa?

Sebab dekat bebenau dengan umah. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi melecetlah peha yang beso kayu balak tu kan hahahahah

So hari tuh, tujuan asal nak cari kasut Mr Big untuk dia pi ride CNY nanti jadi mak follow je pun. Masuklah dari satu kedai ke satu kedai kasut yang lain dah gaya cam cari kasut raya sempena CNY pulak dah kan. Sibuk cina shopping dia pun sibuk cari kasut raya jugak. 

Dah dapat kasut raya, barulah terasa haus kan.


Pusinglah cari kedai minum keliling Ioi ni, padahal banyak je tempat makan tapi nak cari yang betul-betul dapat melegakan tekak kan. 

Ini kira first time masuk Dip n Dip ni, selalunya nampak orang post kat Instagram je.


Ermm sedap sangat ke, makan coklat kat sini. Alah masuk jelah jangan fikir panjang kan. Nasib baik tak ramai sangat orang pun. Of courselah duduk dalam barulah kena air-cond, rugi duk luar sebab panas.

Pening jugak nak pilih apa nak makan sebab semuanya base coklat. Nak waffle boleh, cakes boleh, brownie boleh, semuanya di tepek coklat. 

Malas nak fikir panjang, ini je yang ktorang order.

Frenzy Chocolate Milkshake

Hot Chocolate

Chocolate Cake In a Pot with Ice Cream

Lantaklah janji makan, Mr Big ok je sebab dia dah dapat kasut kan. Seronok tak terhingga lah tu kan.

Memang sedap, coklatnya pure. Tak silap aku imported kot, ntah tak baca ingredients pun sebab malas hahahahha

Yang aku nak puji sket ni ialah service diorang. Bukan main cepat, amik order cepat, anto order cepat, kemas pun cepat. Dah siap semua diroang ni standby je kat pintu tolong bukak katup pintu bagi customer keluar masuk kan. Bagus ooo diorang nie…

Harga? Of courselah mahal. Coklat kan bahan utamanya, tapi sedaplah.
 

Kat mana Dip n Dip ni ek, ni hah tompek eee

Dip n Dip 
GE-13, Ground Floor,
IOI City Mall Putrajaya

(area restoran sebelah luar tau, mengadap cam kolam air pancut gituh)

So sekala sekali nak rasa mewah sket macam orang kaya mehlah pi lepak-lepak kat sini sambil pekena air coklat panas ek hehehehhe

MakeUp PHYSICIANS Formula Kini Di Malaysia

Hi Korang,

Mana awek-awek beauty bloggers ni mesti tertunggu-tunggu produk kecantikan yang famous di US ni masuk ke Malaysia, betul tak?

Aku pun gituh jugakkkkkk…


So hari tuh sempat aku ke media launch PHYSICIANS Formula di Shah Alam ek.

sempat berselfie dengan awek-awek comey ni, sabby dan caroline

Meh aku citer sket history of PHYSICIANS Formula ni ek

Brand terkemuka dari Amerika, Physicians Formula kini sesuai untuk wanita yang berkerjaya dan brand ini mempunyai kualiti yang tinggi dan selamat untuk semua. Malahan kulit sensitif pun boleh cuba mekap dari Physicians Formula.









Physician Formula mempunyai kandungan yang selamat. Di antaranya ialah

*Hypoallergenic
*Dermatologist Tested
*Developed for Sensitive Skin
*Safe for sensitive eyes & contact lens wearers
* Created without any of the 123* known harsh ingredients found in make up

Yang ada di pasaran dari brand Physician Formula adalah Premium Face Powders, Mineral Makeup dan Natural /Organic Face & Eye Makeup. 


Berikut sedikit sejarah mengenai Physicians Formula

Created in 1937 by Dr. Crandall, a leading allergist in Los Angeles, out of love for his wife who had sensitive skin, Physicians Formula developed the first hypoallergenic, fragrance-free and dermatologist tested makeup. He was also the first to put SPF in makeup.

Since that time, Physicians Formula has continued to cultivate a philosophy of innovation. From its inception to today, Physicians Formula has an impressive list of 151 ever category changing innovation, all of which adhere to the brand's commitment to high quality standards and advanced product performance.

1994- 1st to bring color correction makeup to the broad market

1997- 1st to bring bronzers to the market as an everyday item

2005- 1st to bring mineral makeup to the broad market in new and unique product forms

2007- 1st to launch a certified organic 100% natural origin makeup line in the U.S.

2011- 1st to launch brush-tip eyeliner with Lash Boosting Serum

2012- 1st cosmeceutical youth-boosting makeup line

2013- 1st complete line of BB makeup in the U.S.

2014- 1st Organic CC cream and mascara

Lepas majlis launching ada demo makeup dengan menggunakan produk Physicians Formula ni ek



Sekejapan je diorang siap, senang je kot gunakan make up ni kan.

Kira banyak jugak produk make up diorang ni. 

Sama ada larat nak cuba kesemuanya ataupun tidak je kan hehehehe


Physicians Formula yang kini berada di outlet terpilih Watsons akan mula dijual dari harga RM39 sehingga RM82 setiap satu. Kalau korang mencari mekap yang glamor tapi sihat. Dan mempunyai dimensi baru ini jangan lepaskan peluang melihat dan mencuba sendiri ok.

Mesti korang pun tak sabar nak cuba produk kecantikan yang mereka ada. 100% natural dan sememangnya akan nampak lebih glamer. 

Dah pi beli kat Watsons ek!