Thursday, January 21, 2016

Lunch Di Grandmama's @ Pavilion, Bukit Bintang

Hi Korang,

Weekend memang ikut mood samada nak masak atau pun tak kan. 

Yelah kalau dah bantai mengemas rumah buat housekeeping buang barang-barang sampai ke tengahari jawabnya memang aku tak masak.


So masa cuti new year hari tuh tuh, lepas je buat housekeeping mandi-mandi then terus keluar pi jalan-jalan cari makan. Dengan tak de arah tujuan tup-tup terpacul kat Pavilion. Rasanya lama benau tak kemari kecuali kalau ada event je aku masuk mall ni. 

Nak makan kat food junction tu cam malas plak nak bangun order sendiri dan collect kan, kedai ayam KyoChon tu plak manjang je penuh. So ktorang naiklah ke atas, pusing punye pusing sampai tingkat atas then nampak pulak kedai makan Grandmama’s ni. 


La ada kedai makan rupanya ek. Comey kan menu book diaorang ni, gambar nenek pakai kebaya naik motor cam harley davidson huahauhauha...

iced kedondong

iced longan

Check-check menu rupanya diorang serve makanan melayu style nyonya. Hah masuk terus then order jelah.


Apa lagi order ikut sedap tekak lah kan

Assam Prawns

Wok Fried Beef with Cashew Nut in Black Pepper Sauce

Braised Beancurd with Minced Meat

Ermm bila sampai makanan kat meja, tengok-tengok macam nampak tak sedap je pun kan. Sekali bila makan terus bertambah nasi memasing sebab sedap bebenau.

Makan sampai tersandar dibuatnya


Sempat jugak order ABC untuk pencuci mulut. Sedap gak sebab dia guna santan segar.

Lepas makan lepak-lepak dulu bagi semua lauk-pauk turun ke bawah sket then baru jejalan mengabiskan duit hahahahahha tipu arr sebenarnya pi beli barang dapur kat Mercato kat bawah tu je.

Ni hah tempatnya:

Grandmama's Pavilion KL
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 2143 9333

Sedap gaklah menu-menu makanannya dan harga makanan pun sedap gak lah kan hahahhahahaha.. barulah Pavilion kan. Alah sekali sekala katanya...

Selamat menjamu selera..

Wednesday, January 20, 2016

Prebiu Ekslusif Pelancaran Ais Krim Terbaharu MAGNUM ‘Pink’ & ‘Black’

Hi Korang,

Wei ais krim tuh, of courselah sedap kan.

Walapun harga cam pricey sket tapi kesedapannya mengalahkan harga ais krim tu tau hauhauahuahu

Yang penting, i likeeeeee....


Last week, aku dapat jemputan ke prebiu ekslusif ais krim ‘MAGNUM’ yang terbaru iaitu MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK di Magnum CafĂ© Mid Valley. Ingatkan dapat rasa ais krim cam tu je rupanya ada ‘fine dining’ dinner sekali di mana 2 flavour ais krim ni di jadikan bahan utama di dalam menu dessert ‘fine dining’ ni ek.


Apabila berbicara tentang citarasa dan nikmat penuh kemewahan, reputasi ais krim MAGNUM di kalangan penggemar ais krim mewah adalah yang terbaik di dalam dunia. Terkenal dengan keunikan dan kemewahan rasanya, MAGNUMingin terus memberikan para Pleasure Seekers pengalaman nikmat coklat terhebat.

Sejajar dengan visi ini, MAGNUM dengan bangganya memperkenalkan MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK dua perisa ais krim terbaharu dari jenama ini. Kedua-dua ais krim ini boleh didapati di dalam dua warna yang berbeza, setiap satu dicipta dengan penuh ketelitian, khususnya untuk melengkapkan personaliti berbeza setiap individu pada detik-detik berbeza dalam sehari.




Majlis yang eksklusif itu dimulakan dengan sesi MAGNUM Moodology - satu ujian mood / personaliti yang menyeronokkan direka khusus untuk membantu para Pleasure Seekers mengenal pasti warna MAGNUM Mood mereka pada waktu tersebut.



Seterusnya para tetamu diperkenalkan kepada keunikan seni gastronomi molekular yang menakjubkan oleh Chef Isadora Chai, seorang chef dan pemilik restoran yang terkenal. Beliau berkongsi bagaimana personaliti dan mood berbeza setiap individu yang dipersembahkan oleh MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK memberikan inspirasi kepada beliau untuk mencipta dua pemanis mulut yang menyerlahkan setiap personaliti tersebut.

Sempat rakam demo dari Chef Isadora Chai

Melalui demonstrasi teknik kulinari molekular yang digunakan oleh beliau, kombinasi seleksi bahan -bahan eksotik telah dipadankan dengan nikmat citarasa penuh kemewahan Coklat Belgian MAGNUM yang ikonik bersama Coklat Tanzania, sebuah khazanah bernilai tinggi dan eksotik yang terhasil dari bijian koko yang dituai dari Afrika.


“Coklat Tanzania adalah sejenis coklat eksotik yang berasal dari Tanzania. Mereka terkenal dengan coklat gelap yang memberikan rasa coklat yang kuat dan elegan bersama sedikit rasa pahit dan kandungan asid yang rendah. Ada yang berpendapat ianya kompleks tetapi seimbang – dengan rasa yang menarik! Seperti yang kita semua ketahui, Coklat Belgian adalah diantara coklat yang terbaik, dicipta khusus untuk para kerabat diraja dan bangsawan. Keunikan coklat ini dizahirkan melalui seleksi bahan –bahan berkualiti tinggi, teknik pemprosesan yang eksklusif serta kawalan kualiti yang ketat”, ujar Shawn Tan, Ketua Kategori (Ais Krim) Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Chef Isadora mempersembahkan dua hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania dengan sentuhan rasa tersendiri menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso. 

Hidangan ais krim berasaskan buah delima

Hidangan aiskrim berasaskan kopi espresso dan coklat Tanzania

Kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima menyerlahkan personaliti yang ceria, mesra dan menarik, manakala nuansa kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania pula menyerlahkan personaliti individu penuh keyakinan, elegan dan sofistikated.

sedap ooo

yeah nampak? ini ais krim espresso saya yang punye

untung duduk dengan orang yang tak minum kopi ni ekk hehehhee

Menu 'fine dining' yang dihidangkan pada kitorang para media pada malam tu adalah:

Canape

Classic bocconcini skewer with tomato, sweet basil, aged balsamic vegetables crudité, hummur dip

Appetiser

Miso tofu & pumpkin salad, pickeld shimeji mushroom, roasted sesame dressing

Main Course

Pan-fired chicken confit, butterbean stew, lemon & tyme

Dessert

Chilled coffee mouse cake, pomegranate, dark chocolate soil, petite pink meringue

Sehingga hari ini, reputasi terunggul ais krim MAGNUM sebagai peneraju jenama ais krim mewah dipersembahkan melalui kepakaran coklat mereka kepada penggemar ais krim seluruh dunia dengan pilihan pelbagai jenis seleksi rasa dan saiz. Pelancaran kedua-dua variasi terbaharu ais krim MAGNUM yang dinanti-nantikan ini pada Mac 2016 akan menjadi sebahagian dari sejarah pengalaman nikmat citarasa mewah MAGNUM serta terus memperhebat keutuhan dan keunikan jenama ais krim ikonik ini. Para Pleasure Seekers akan dapat menikmati keunikan citarasa mewah coklat dan ais krim melalui penganjuran beberapa siri aktiviti pengguna, peraduan digital serta promosi di dalam kedai.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK serta warna MAGNUM Mood anda, sila layari www.MagnumPinkandBlack.com.my.


Untuk informasi terkini dan secara langsung, sila layari laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia dan laman Instagram rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.instagram.com/Magnum_My/.

V-C INJECTION Untuk Kulit Cerah

Hi Korang,



Ni aku nak kongsikan sedikit info mengenai Vitamin C Injection.


Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Acid (ascorbates), Ascorbate free radical dan dehyroascorbate. Ermm nama memang pelik ye tapi amatlah penting untuk kesihatan tubuh badan ni


Vitamin C ni diperlukan di setiap tubuh badan kita untuk pertumbuhan dan pembaikan ke seluruh badan kita serta ianya dapat membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligament dan saluran darah. Vitamin C juga diperlukan untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.

Pendek kata, tak de Vitamin C dalam badan maka terbaringlah kita dirumah sebab payah nak bergerakkkk…

Now kita citer plak pasal V-C Injection ni ek


Aku rasa ramai wanita-wanita di luar sana mencari vitamin C injection dan mahukan kulit putih berseri, sekaligus mahu sekatakan kulit. Nak dapatkan tona kulit sekata bukan perkara yg mudah, tapi mesti ada jalan penyelesaiannya. Yelah kita orang pompuan lumrah memang cam ni kan, nak cantic selalu.

V-C ialah vitamin C tulen yang boleh digunakan secara dalaman dan luaran. Nak inject masuk kedalam badan boleh dan disapu pada bahagian luar kulit pun boleh jugak. Bagi yang takut nak inject bolehlah apply kat seluruh kulit wajah. V- C Injection ni berguna untuk kulit memutih dan mencerahkan kulit supaya tona kulit menjadi sekata. Ermm semua jenis kulit pun boleh menggunakannya.


Bahan yang terkandung di dalam V-C injection adalah Ascorbic Acid ( Vitamin C ) 500mg setiap ampoule.

Bagi yang nak cantikkan seluruh kulit badan pun ada, ni aku kongsikan cara-cara mudah dengan korang.

Cara-cara Putihkan seluruh kulit badan dengan Vitamin C Injection

· Campurkan V-C injection kedalam lotion

· Masker bersama V-C injection

· Boleh diadunkan bersama krim muka, pelembab muka dan foundation

Vitamin C Injection juga bertindak sebagai bahan yg bole mengecutkan jerawat, membersihkan muka dari sisa2 kotoran.


Cara Penggunaan Untuk Luaran Badan

Campurkan ke dalam krim muka / losyen / krim pelembab / atau apply terus ke kulit. 

Jika terus apply ke kulit muka biarkan 20-30 minit, kemudian bilas dengan bersih.

Untuk dapatkan kulit yang lebih putih dan mulus sekata, gunakan 2-3 amp sapu rata keatas kulit yang anda nak cerahkan, cth siku, ketiak, lingkaran gelap bawah mata dan banyak lagi.

Cara simpan supaya tahan lama :

· Elakkan letak di tempat yg panas
· Letakkan dalam suhu 25 degree ke bawah.
· Jauhkan dari kanak2


Untuk kegunaan Injection :

Tidak digalakkan kepada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, aterosklerosis, penyakit jantung atau apa-apa penyakit kronik dan wanita hamil atau menyusukan anak.

Untuk korang yang rasa-rasa nak cuba, boleh hubungi:-

Adeena White Shop

Tel : 011 - 1297 1868 (whatsapp / call)

Tak pun boleh klik kat link bawah ni ek