Sunday, January 17, 2016

Pati HERBA MADU Dapat Kurangkan Masalah Kesihatan

Hi Korang,


Selalu kita biasa nampak kat pasaraya jual madu je kan, tapi PATI MADU? 

Langsung tidak ye…


Meh sini aku nak citer kat korang mengenai PATI HERBA MADU yang menjadi kegemaran Datuk Malek Noor (bekas ahli seni bina badan terkenal di Malaysia dan juga Asia). Ermm mesti produk ni berkesan pada beliau ek.

Produk hebat ini dipasarkan oleh syarikat milik bumpiputera Clear Herbs Sdn Bhd & Clear Herbs Trading yang berlamat di D27-1 Jln TKS 2, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang Selangor

Untuk pengetahuan semua produk Pati Herba Madu ini dihasilkan daripda bahan utamanya iaitu Madu Asli, kurma, bawang putih, jus lemon, halia dan cuka epal. Gabungan ramuan terbaik ini diekstrakkan menjadi cecair pati yang mampu:-

*Menurunkan Kadar Kolesterol

*Membersihkan saluran jantung yg tersumbat

*Menurunkan Berat Badan

*Melancarkan process pembuangan

*Membuang angin dalam badan 

*Ianya juga sangat baik untuk pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis


Selain daripada mengurangkan lagi sakit jantung, Pati Herba Madu ini juga sesuai dimakan oleh mereka yang mengalami sakit dada, kebas-kebas tangan, stroke, gout, resdung dan juga darah tinggi.

Di antara ramuan yang terkandung di dalam Pati Herba Madu adalah Madu lebah asli, Halia, Bawang Putih, Jus Lemon, Cuka epal dan Kurma

Ini merupakan testimoni daripada Datuk Malek Noor mengenai Pati Herba Madu ni

Kisahnya bermula Datuk Malek Noor telah dikejarkan ke hospital, dek kerana beliau telah rebah kerana mengalami sesak nafas. Hasil pemeriksaan doktor mendapati dua saluran arteri Datuk Noor tersumbat. Satu pembedahan telah dilakukan ke atas beliau. Pada mulanya Datuk Malek berasa pelik memandangkan doktor memberitahu kandungan kalestrolnya sebenarnya adalah rendah. Tetapi Datuk Malek tidak dinafikan gaya hidupnya yang suka mencuba makanan yang baru dan seorang yang "kaki makan" mungkin menjadi penyebab beliau mendapat serangan jantung.

Pelbagai ikhtiar dan nasihat beliau ambil buat iktibar tentang cara menjalani hidup yang sihat. Hinggalah beliau ditemukan dengan Pati Herba Madu. Setelah mengambil secara konsisten, beliau dapat merasakan banyak perubahan terhadap dirinya. Bayangkan beliau yang sudah berusia 60 tahun masih mampu berjalan jauh, tidak rasa mengah apabila bermain golf, mampu bersenam di gimnasium dan paling penting beliau dapat melakukan ibadah dengan tubuh badan yang sihat.


Dan kini Datuk Malek Noor telah dilantik menjadi produk duta Pati Herba Madu dan beliau sendiri berasa gembira dan teruja untuk berkongsi segala kebaikan yang beliau perolehi setelah secara konsisten beliau mengambil produk ini setiap hari.

Nampak tak? Betapa bagusnya produk Pati Herba Madu ni.





Dan kalau korang nak baca lebih banyak testimoni pengguna boleh layari link testimoni PATI HERBA MADU

Yang menariknya produk Pati Herba Madu yang dihasilkan secara 100% asli tanpa pengawet telahpun perolehi sijil GMP (Good Manufacturing Practice) serta mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan ianya juga produk yang diyakin HALAL oleh ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia. 

Oh ya! Harga untuk satu botol yang mempunyai kandungan sebanyak 250ml adalah RM69 (semenanjung), manakala RM79 (Sabah dan Sarawak)


Keterangan lanjut korang bolehlah layari:-





@ hubungi di talian : 0192535796 / 0133627775 / 0125157396

Kalau nak dapatkan dari agen-agen yang dilantik boleh rujuk pada link ni


Jadikan Pati Herba Madu sebagai supplemen harian korang ek




Friday, January 15, 2016

Makan Epal Setiap Hari, Jadi Cergas Sentiasa. Tips Kesihatan Yang Baik Sekali

Hi Korang,

Kan orang cakap an apple a day, keep doctors away..


So enaknya jika dapat makan epal setiap hari kan, mesti kenyang selalu.


Untuk meraikan tahun 2016 yang menyihatkan, Washington Apple Commission (WAC) bekerjasama dengan Fitness First untuk melancarkan "kempen komuniti gaya hidup pemakanan menyihatkan & kecergasan" bertajuk "Epal Setiap Hari, Cergas Sentiasa -Apples Everyday, Fitter Every Way! 2016.

berzumba dulu ek

ok zumba beramai-ramai plak

Aku sempat ke event Washington Apple ni di Paradigm Mall baru-baru ini yang berhadapan dengan Fitness First. Pihak penganjur menyediakan aneka aktiviti yang menyeronokkan dan bercorak pendidikan untuk menunjukkan bagaimana epal dengan kombinasi regim kecergasan mampu merangsang kesihatan dan kecergasan untuk tahun baru ini.

Ok sedikit info untuk korang ni tau



Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai jenis epal kegemaran masing-masing seperti Red Delicious, Golden Delicious, Gala, Fuji, Granny Smith, Honeycrisp, Crisp Pink, Braeburn, dan Jonagold. Ramai yang terkejut apabila mengetahui terdapat sehingga 20 jenis epal Washington yang boleh didapati sepanjang tahun.

salad apple, sedap gak lah

Kepelbagaian jenis ini berbeza dari segi warna dan rasa, juga mempunyai kegunaan khusus yang sesuai untuk salad, membuat pai, membuat sos, membakar, pencuci mulut, menyejuk beku atau sekadar menikmatinya sebagai satu sajian menyihatkan. Para peserta berpeluang mengenali pelbagai jenis epal dan menghasilkan campuran salad epal mereka sendiri menggunakan jenis epal yang disediakan.





WAC turut berkongsi tip, kepelbagaian penggunaan dan resipi untuk menghasilkan resipi dan jus/smoothies menyihatkan daripada epal seperti Washington Red Apple Berry Smoothie, Washington Apple Strawberry dan Banana Smoothie, Washington Red Delicious Apple Smoothie, Washington Green Apple Smoothie. Untuk resipi dan maklumat lanjut, Jayari www.bestapples.com.





Kedua-dua WAC dan Fitness First memiliki visi yang sama untuk memelihara kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia. Bermula dengan komuniti aktif rakyat Malaysia, WAC menaja bahan pendidikan khasiat epal untuk dipaparkan di Kelab Fitness First dan memberikan epal percuma kepada pengunjung gimnasium di Fitness First di Paradigm Mall selama seminggu.


Wakil Negara Washington Apple Commission, Eddie Saw berkata, sebagai rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan yang sibuk dan mengambil pelbagai jenis makanan, mereka harus ingat kepentingan buah-buahan seperti epal Washington dalam menyeimbangkan kesihatan dan kesejahteraan.


wakil Fitness First, Washington Apple dan Erika the nutrionist

pemenang instagram contest, congrats korang


Tidak menghairankan Epal Washington diperakui di peringkat antarabangsa kerana kualiti, kerangupan dan rasanya. Ia ditanam di pelbagai bahagian di Washington yang dikurniakan dengan iklim yang bersesuaian, tanah yang kaya dengan unsur gunung berapi, air sejuk dan sungai yang menyegarkan, dilengkapi dengan sistem pengairan yang baik dan sebagainya- semua faktor penting untuk menanam pelbagai jenis epal Washington yang segar dan enak.


Epal merupakan pilihan makanan kesihatan yang baik kerana bak kata pepatah, ia menjauhkan kita daripada doktor! Sebiji epal yang besar menyediakan 20% daripada nilai serat diet harian yang disarankan, 8% antioksidan vitamin C, dan 7% potasium harian anda, semuanya hanya 130 kalori tanpa lemak, tanpa sodium, dan tanpa kolesterol! Garis Panduan Pemakanan USDA untuk Amerika menyarankan pengambilan 2 cawan buah-buahan setiap hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai Epal Washington, layari www.bestapples.com.

Thursday, January 14, 2016

Lunch Nasi Padang Istimewa Di Kembali Kitchen Best Western Hotel PJ.

Hi Korang,

Bestnya lunch di hotel kan.


Elek sekali sekal je pun bukan setiap hari dapat makan buffet lunch di Petaling Jaya ni, aku tau korang memang manjang jeles dengan aku kan huahauhauahau…


Semalam dapat jemputan makan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel Petaling Jaya.


Ok ramai yang tak familiar lagi dengan hotel ni kan, meh aku citer sket ek

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya (Seksyen 13) yang menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.

Uniknya lobbynya di tingkat 6 bukan macam hotel biasa yang lobby reception di tingkat bawah kan.


Meh kita tengok apa yang dihidangkan sempena promosi Nasi Padang Istimewa ni ek

Ayam goreng rempah istimewa

Gulai nenas ikan masin

Gulai daging

Pecel lele...(ikan keli masak berlado)

Rendang daging

Gulai lemak urat

Udang sambal petai

Daging bakar air asam

Ada jugak menu sampingan




Pemanis mulut jangan di lupakan jugak ek





Untuk buffet ‘Nasi Padang Istimewa’ ni, ianya bermula dari Disember 2015 – 30hb Januari 2016. 



Harga buffet lunch di Kembali Kitchen ni adalah

Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)

Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)

Jom kita ke:

BEST WESTERN PETALING JAYA
No. 1, Jalan 13/1, Section 13, 
46100 Petaling Jaya, Selangor 

Telephone : + 603 - 7610 2222
Facsimile : + 603 - 7610 2200

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!