Monday, January 11, 2016

Misi RM50 Di Pasar Malam Setia Alam

Hi Korang,

Weekend lepas memang ktorang buat keja giler.

Aku ada spa day out dengan bebudak blogger pompuan ni di Healthland Setia Alam, so semua laki-laki tinggal kan lah. Ok itu nanti citerlah


Abis je spa session tuh, bebudak ni kecoh ada pasar malam terpanjang kat belakang je bangunan ni. Apa lagi moh kita serang pasar malam. Alah aku, nannie dengan Ayu je sebab nak pi beli makan malam je pun.

Berbekalkan duit RM50 coz itu je aku budget mehlah kita melangkah kaki berjalan.



Mak oi kemain panjang sungguh pasar malam di Setia Alam ni, kalau korang datang dari bangunan Setia Alam Club ni, majoriti sebelah kiri adalah peniaga cina dan sebelah kanan peniaga melayu. Sebab tak tau so ktorang redah jelah.

Seronok wei korang boleh memacam ada, ktorang punye pandai masuklah ke bahagian peniaga cina dulu, pelbagai jenis makanan oo ada, rambang mata oooo pakkal tak boleh beli kann, kalau tidak haruslah aku borong semuanya.

nasi ambeng RM7.00 kemain beso ek

nannie tengah beli kulit ayam

murah lagi yong tau foo kat sini lah ek

Bila masuk lorong peniaga melayu bertambahlah seronok lagi coz baru boleh membeli belah. Macam-macam makanan ada, yang biasalah macam nasi lemak, makanan goreng-gorengan, air pelbagai warna dan rasa, sayur-sayur, baju-baju dan memacam lah wei.

Ok meh tengok apa yang di borong

Air Hipster = RM20.00

Nasi Lemak = RM10.50

Yong Tau Foo = RM15.00

Tau Foo Fa = RM4.00

Apam Balik = Rm2.50

Total semua sekali adalah RM52.00

Beli air hipster je dah RM20 kan, ishk pengaruh betul. Asal ada menda pelik je mesti aku sibuk nak beli ek. Terlebih budget sket lah, alah tak per jangan terlebih banyak sudah kan.

Cam ni lah cara aku jimat berbelanja, peruntukkan budget certain amount dan belanja within the budget. Kalau kurang untunglah tapi kalau lebih amik ko.. lu fikirlah sendiri..

Sekali sekali pi pasar malam apa lah salahnya hehehehhhe

Balik tu sampai umah terus bukak semua dan hidang, kemain laju lagi Mr Big makan ek maklumlah dah lapo sekian lama menunggu hahahahhaa

so misi kureng BERJAYA  cuba lagi next pasar malam ek


Saturday, January 9, 2016

Mengikuti Café Bene Menjayakan ‘BENE Box Project’ Bersama-sama Yayasan Seribu Harapan Malaysia

Hi Korang,

Rasa cam formal plak tajuk entry ni kan huahauhauahua

Sekali sekala uolls, nanti google nak crawling for SEO pun senang. Nampak nau nak traffic tinggi kannn

Lama pulak tak join event Bufferfly Msia ni, la bukan sombong but masa tu selalu clash lebiih-lebih lagi kalau event kena on weekend. Haruslah kena perang dulu dengan Mr Big, kalau dia kata ok then aku pi, kalau ktorang ada family gathering so cam ne nak ikut kan


Meh aku nak citer sket mengenai charity event yang aku attend on behalf of Butterfly Malaysia anjuran Café Bene bagi meraikan anak-anak yatim daripada Yayasan Seribu Harapan Malaysia. 


Event di adakan di Gamuda Walk ada outlet Café Bene di sana. Kira jauh jugaklah daripada umah aku but pergi jugaklah, lagipun sekali sekala bukan hari-hari ek.


ni tengah nak order gelato


yum yum gelato dark chocolate

gelato strawberry





Ada 10 orang butterfly termasuk aku untuk entertain anak-anak yang kurang bernasib baik ni. Alah kerja berat pun, layan diorang borak-borak sambil makan aiskrim gelato dan ada jugak pemberian hadiah kepada mereka. Aku perasan semua peringkat umur ada, dari 4 tahun sampai ke belasan tahun, cian plak rasanya. Itulah nasib memasing kan


Its fun sebenarnya sekali sekala hang out macam ni, at least kita boleh rasa sendiri pengalaman kehidupan harian diorang tinggal di rumah anak yatim ni, sekolah cam ne, makan minum semua sekali lah kan.

lama tak jumpe k ella dengan mira ek

bingsu yang awesome

cam ni ye makan bingsu akak-akak sekalian

amik ko sedap oo wafflenye

Thanks butterflymsia for invite me ek dan Café Bene jugak for the awesome waffle, coffee dan of course giant bingsu…yum yum yum…

Lain kali ajak lagi tau..

Friday, January 8, 2016

Lunch di PETER & MAWAR, Sunway Nexis Damansara Sempena Tahun Baru.

Hi Korang,

Dah lama rasanya tak sambut new year ek!

Nak tengok bunga api bagai kan, ermm tak yah ler sebab ktorang orang Melaka ni kalau ada wedding mesti ada siap bako bunga api yang tembak ke langit tu kaw-kaw so tak heran sangatlah.


Jadi untuk abiskan hujung tahun 2015 aku pilah melepak dengan pompuan berdua ni, Ayu dengan Nannie coz diorang je yang free time last of the year tuh. So ktorang plan late lunch kat area Kota Damansara sebab banyak café hipster kat sana kan.


Google terjumpa plak kafe yang Awal & Scha selalu pi Rimba & Rusa kat Sunway Nexis, so oklah setlah WAZE dan meluncur dengan senang hatinya. Tempat tu memang jem nak masuk but don’t worry parking je kat basement melambak kosong.


Bila dah sampai dengan Rimba & Rusa tu ternampak plak restaurant call Peter & Mawar. Ek pelik-pelik sungguh nama ek, aku agak je mesti ownernya Mawar dan chefnya Peter kot. So aku pun browse lah Instagram account diorang. Alamak ada churros so jom tuko tempattt…





Cantik gak restoran ni, simple je deco. Gambo bunga rose kemain beso lagi ek.

Sementara tunggu order sampai, sempatlah ktorang interview co-owner of Peter & Mawar ni. Panjang citer but menarik. Kisah seorang pramugi bernama Mawar bertemu dengan Peter seorang chef, demi cintanya pada Mawar, Peter sanggup belajar cara masakan melayu untuk memenuhi kehendak Mawar yang sememangnya tak suka makanan barat dan yang best tuh, Peter & Mawr ni bukanlah owner restoran ni pun ek. Itu yang unik tuh, kisah orang lain di jadikan tema kedainya

Jom tengok apa yang ktorang order hari tuh ek

Virgin Mawar Mojito (RM14.90)

Chilies Fries (RM12.90)

Grilled Chicken (RM28.90)

Salmon Ratatoulie (RM29.90)

Butter Chicken Masala Rice (RM27.90)

Cinamon Churros (RM15.00)

Hah amik ko makan sampai pengsan ek eleh tak pengsan pun, mana taknye makan sambil borak-borak so seronoklah kan.


Overall food was nice cuma chilies fries tu sosnya kuat sket bau, aku ingatkan kunyit but bau lain sebenarnya boleh lah makan, aku je yang tak leh tahan baunya. Portion wise semua beso-beso belaka.

Tak de de aku nak bagi verdict 2/10 ke 8/10 ke 9/10 pun kan sebab taste bud memasing tak sama, so ikut tekak korang lah. Bagi aku semua sedap belaka. In terms of harga oklah overall standard restaurant masa kini. Ini kira average aku pi makan kalau dengan Mr Big pun kan.

Ok ini tempatnya

PETER & MAWAR
C-01-GF, Block C, Sunway Nexis,
Jalan PJU 5/2, Dataran Sunway, Kota Damansara
Phone:+60 3-6150 4400

Kalau pi time dinner memang full la coz situ kat tempat makan dan ramai orang so pepandai plan la ek hehehe

Selamat makan korang….