Thursday, December 10, 2015

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo – Untuk Rambut Terurus dan Penjagaan Kulit Kepala Kanak-Kanak

Hi Korang,

Info menarik yang sesuai di kongsikan pada korang as parents kan


Penjagaan rambut kanak-kanak seharusnya tidak boleh dipandang ringan dengan mencuci terlalu kerap atau menggunakan syampu yang salah sebabnya boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala rosak. Jadi, berapa kerap perlu kanak-kanak mencuci rambut? Untuk mensasarkan tiga kali dalam seminggu dikira mencukupi melainkan dia aktif dan mengeluarkan peluh, korang perlu mempertimbangkan mencuci lebih kerap. Seperti rambut kanak-kanak itu mendapat lebih lama, basuh tiap-tiap lain hari tetapi kurang selalunya bagi mereka yang mempunyai rambut yang sangat kerinting atau kering.


Untuk menjawab soalan-soalan ini, CARRIE JUNIOR telah mengadakan satu bengkel kecantikan untuk berkongsi tentang penjagaan rambut untuk kanak-kanak. Dijalankan oleh selebriti pendandan rambut Dwen Soteto, bengkel yang indah ini juga telah dihadiri oleh tetamu selebriti Nazril Idrus dan anak-anak kembar beliau serta Imam Ibrahim dan anak perempuannya.

Tetamu dan ahli-ahli media diajar bukan sekadar cara menyikat atau braiding rambut tetapi mereka juga diberikan pengetahuan asas terbaik dalam penjagaan kulit kepala dan rambut kanak-kanak.


Encik Edward Chen, Pengurus Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd berkata di bengkel, "Walaupun ia adalah penting untuk mengetahui apa yang terbaik untuk penjagaan rambut anak anda, bengkel ini juga adalah terbaik untuk kanak-kanak beraktiviti bersama ibu bapa. Saya juga seorang bapa juga dan saya kadang-kadang juga membantu sikat dan mendandan rambut anak perempuan saya. Ini adalah salah satu aktiviti yang dapat merapatkan hubungan ibubapa dan anak dan sekaligus anak kita juga akan gembira"

Beberapa tips yang dikongsi adalah seperti berikut:-

1) "Squeeze" rambut secara lembut dan perlahan-lahan
Mencegah rambut menjadi "frizz" lap rambut dengan menggunakan tuala lembut secara perlahan-lahan selepas mandi. Ini bagi mengelakkan rambut anak anda daripada kusut dan rosak apabila kita hendak mengeringkannya. Apabila kita menggunakan tuala keras (tidak lembut) atau menggosak secara kuat rambut ianya boleh menyebabkan "frizzing". Jangan "perah rambut" atau memerah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan rambut.

2) Menggunakan sikat yang mempunyai gigi yang luas pada rambut yang basah
Gunakan sikat yang punyai kelebaran gigi yang agak luas pada rambut yang basah. Elakkan daripada menggunakan berus halus pada rambut basah. Ini kerana rambut yang basah adalah lebih terdedah kepada kerosakan dan juga boleh membawa kepada "frizzing".


3) Memberus rambut
Memberus rambut membantu dalam merangsang kapilari darah, dan dengan itu meningkatkan peredaran darah dan pengangkutan nutrien dan oksigen ke batang, akar dan mentol rambut. Ia juga membantu dalam merangsang pelbagai kelenjar minyak dan hormon yang mengeluarkan untuk membantu rambut mengekalkan minyak semula jadi mereka. Dengan memberus rambut anda dengan betul anda menambah kehidupan, bersinar dan kelantangan untuk rambut anda. Hanya berus apabila rambut kering.

4) Sikat dari hujung
Jangan sikat bermula di bahagian atas; kerana ianya akan membuat rambut anak anda kusut teruk. Sebaliknya, bermulalah dari hujung dan secara perlahan-lahan dari rambut ke arah akar.

5) Kerinting dan Rambut Kering
Jenis rambut kerinting dan kering biasanya lebih rapuh daripada rambut lurus. Itu sebabnya kita jangan mencuci kerap.


CARRIE JUNIOR Kids Shampoo- Meluruskan Rambut & Mengawal Frizz adalah penyelesaian untuk masalah rambut buat setiap gadis muda. Terdapat 2 aroma dari buah-buahan segar seperti Cranberry dan Smoothie Raspberry . Untuk pengetahuan semua CARRIE JUNIOR Kids Shampoo adalah syampu 2 dalam 1 yang diperkaya dengan nutrien Olive mampu meluruskan rambut. Manakala kawalan frizz membantu meluruskan dan kawalan "frizziness" dan menjadikan rambut yang lebih lembut dan lebih terurus.

Dipertingkatkan dengan Fruito-E yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien, syampu ini mampu menyuburkan sambil melindungi rambut gadis kecil anda dan kulit kepala. CARRIE JUNIOR Kids Shampoo mampu meninggalkan aroma yang menyenangkan. Satu kenikmatan apabila rambut kita sentiasa beraroma "sweet" kranberi dan raspberry yang membantu memberi ketenangan. Ianya memberi kegembiraan buat ibu bapa dan juga kanak-kanak terutama apabila aktiviti menyikat atau memberus rambut yang sememangnya licin, lembut dan mudah diurus dengan mudah. Paling penting CARRIE JUNIOR Kids Shampoo mempunyai pH yang seimbang dengan rumusan yang sederhana dan sememangnya ianya selamat untuk kanak-kanak.


CARRIE JUNIOR Kids Shampoo- Meluruskan Rambut & Kawalan Frizz boleh didapati dalam tiga saiz - 90 ml (RM4.45), 280ml (RM10.20) dan 700 ml (RM22.60) *. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama terkemuka di seluruh negara.
* Harga termasuk GST.

Wednesday, December 9, 2015

Belajar Buat Biskut Halia Di The Coffee Bean & Tea Leaf Sempena Krismas

Hi Korang,

Demi kerana kopi, sanggup ku redah onak dan duri ke The Coffee Bean di Sinaran TTDI sabtu lepas. Betul ooo tak tipu punye, aku kira orang terawal sekali sampai ek hahahaha


Memang pencinta kopi betullah Cik Lily Putih ni oit!

Sebenarnya lah kan ktorang ada bloggers event bersama Coffee Bean tau sempena Krismas ni, eh makan-makan haruslah tidak dilepaskan ek








The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) meraikan musim keriangan “Holiday Specials” dengan sajian lazat yang akan menceriakan lagi musim cuti korang. Raikan keceriaan dengan Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa atau sambut keriangan dengan Christmas Surprise Sampler, German Stollen, Classic Christmas Log, Sugar n’ Chai Cheesecake dan sudah pastinya, pilihan utama menu: Dundee Fruit Cake enak yang diinspirasikan dari Scotland!


“Berbeza dengan musim lain, pada musim keriangan ini, CB&TL ingin meraikannya sebaik mungkin dengan cara kami yang tersendiri – dengan berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. 

Dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, sajian musim perayaan ini terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.


“Adalah satu penghormatan untuk menghasilkan menu musim perayaan ini berlandaskan idea keriangan – sebagai seorang chef, kegembiraan pelanggan adalah keutamaan saya apatah lagi setelah mereka merasai masakan saya,” kata Chef Johnny. “Ia juga merupakan satu cabaran yang menyeronokkan – hidangan klasik sememangnya sesuatu yang mencabar. Melalui menu istimewa ini, saya percaya saya telah menemui keseimbangan rasa yang tepat dan rakyat Malaysia pastinya akan meraikan musim perayaan ini sambil menikmati hidangan tradisional lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.”

Part ni memang mak suker ni noks..




Ktorang para bloggers berkesempatan untuk belajar dari membuat gingerman biscuits daripada Chef Johnny. Si Ayu ni memang suker masak-masak ni then terus je volunteer nak jadi assistant Chef. Eleh sebenarnya dia nak glamer kan hahahahaha tipu arrr, saje nak sakitkan ati ko je ayu hehehhe..






Kemudian, ktorang berkesempatan untuk mendeco gingerman biscuit ni. Hah memang rupa ada, yang mata juling, yang pakai baju, yang pakai spender kat luar pun hado gak. Ikut kreativiti memasing katanya. Aku buat simple-simple sudah janji dapat rasa cam proses mendeco tu di lakukan ek.. hehehhehe


Ramai yang buat lagi cantik daripada aku of courselah kan. So pening-pening jugak Chef Johnny nak pilih yang mana paling cantik di antara yang cantik dan akhirnya biskut gingerman milik blogger Bowie yang berjaya menambat hati Chef Johnny..

Selain daripada itu, pelbagai hadiah edisi terhad turut disediakan, antaranya “Holiday Blend” dan “Coffee Duet” serta set-set hadiah yang pastinya dapat menceriakan sesiapa sahaja, kesemua ini boleh dinikmati dalam cawan eksklusif dan bekas minuman yang juga boleh dijadikan hadiah menarik!




Dengan setiap sambutan keriangan, CB&TL terus menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas – dijual dengan harga serendah RM2, setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Pusat Sumber Lupus Malaysia persatuan tersebut.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita. Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis. Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.


Untuk lebih maklumat tentang tawaran Krismas CB&TL, berita dan promosi, layari laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my

Selamat makan biskut gingerman korang ek!


Tuesday, December 8, 2015

Ocean Hauz, Bandar Baru Bangi. Oklah Bolehlah

Hi Korang,


Aku baca ramai yang bagi review teruk pasal kedai makan ni ek. Mana lagi, kedai makan Ocean Hauz Bandar Baru Bangi ni lah.

Seriously diorang complaint pasal service, pekerja lah tak de pun yang complaint pasal makan. So setelah beberapa bulan kedai makan ala-ala Shell Out ni bukak aku pun pi lah last week dengan Mr Big

pilih jangan tak pilih kan

Lepas maghrib tuh terus kuar umah. Sesampai orang tak ramai pun so tak yah nak chop meja.

Disebabkan blur tak tau nak buat apa, ada budak kat cashier tu pun bagitau lah cam nak order kan.




brown crab - ktorang kira dalam RM108 seekor untuk ketam ni je

Depan table cashier ni, ada tempat segala mak neka seafood adalah. Ketam, udang, lala, pepahat, kupang, sotong kan, ada banyak jenis gituh. Pilih je apa yang korang nak makan then, cashier akan timbang dan bagitau berapa harga seafood semua ni sekilo gram. Ktorang tak amik ketam pun sebab hari tu puas makan ketam di JUST SEAFOOD Damansara.

sos yang berbeza

Dah timbang, diorang akan bagi suggestion apa sesuai di masak untuk ke semua seafood ni. Boleh add-on nasi putih ke butter rice ke, ketang goreng ke, jagung ke brokoli je mengikut senarai makanan yang terpapar. Jangan pulak korang sibuk mintak goreng pisang ke labu ek. Ikut yang tersenarai sajo, dah nama pun Ocean Hauz kan so seafood je ok..

nak masak ni dik? bagi idea sket

makan berdua, tu hah harganya

Dah apa lagi, bayo la. Semua sekali RM179.35 hah makan berdua dengan cinta hati. Boleh sekali sekala katanya padahal tiap-tiap minggu makan sedap kan. Sila bawak cash sebab mesin card diroang ni cam giler sket, kejap ada line kejap tak de line.

dah kenape plak, Mr Big boleh order mushroom soup ni ek


sos-sos untuk tambahan perasa

Masuk kat section tempat makan, tak nak berebut ek. Pilih yang mana satu nak duduk. Of course lah depan tv so takde lah main tepon menggossip kat whatsapp kan hahahha. So budak waiter tu tolong mentangkan kertas mahjong untuk alas makan. Tak de pinggan tau makan kat sini, semua atas kertas tuh ek. Apron pun hado tapi aku tak pakai lah sebab macam apron orang siang ikan kat pasar hehehhee. Tak de tulis Ocean Hauz Bandar Baru Bangi pun so tak yah nak selfie la kan.





Tak sampai 30 minit semua makan sampai, memang totally style Shell Out cara hidang makanannya. Semua budak waiter tu yang buatlah, aku tengokkan. Lepas letak je semua makanan so apa lagi meh kite seranggggg…

Ada masak garlic pepper, ada masak lemon butter dan ntah apa-apa lagi pun aku bukan ingat pun, bila dah masuk mulut kan. Bedal jelah tanpa was-was. Sekejapan licin bagi udang tuh tapi yang lelain its take time jugak nak abiskan ek. Daripada tempat tu kosong abis je ktorang makan terus jadi fullhouse. Memang ktorang pembawa rezeki betullah, ramai orang cakap cam tu lah kan hahahha

nampak! licin selicinnya

Apa-apa not bad makan kat sini, so far servicenya ok dan harga pun biasa-biasa jelah sesuainya dengan harga seafood tuh. Maybe yang ramai bagi bad review tu masa memula diorang bukak kot. Ni baru diorang mula improvise apa yang kurang.

Korang yang tak tau kat mana tempat ni,

OCEAN HAUZ
No. 13, Jalan 8/35, 
Seri Bangi Commercial Centre, 
Bandar Baru Bangi
(sebaris Bakar-Bakar Steamboat, Tutti Fruiti, kedai elektrik Onking)

Call untuk booking : 03-8912 3971

Tapi sebenarnya aku lebih SUKER MAKAN di SHELL OUT lagi hahahhaha, that’s the truth. Walaupun serving menda yang sama but still ada jugak kelainan sket tau.

Alah korang ni janganlah ikut aku, pi cuba dulu dua-dua tempat then baru tau..