Tuesday, December 1, 2015

Kinohimitsu SUPERFOOD - 7 Sumber Bahan Yang Menyihatkan Korang

Hi Korang,

Well well well


Of course aku memang minat mencuba produk kesihatan yang ada di pasaran ni kan. Yelah nak mencari keserasian dengan badan kita ni pun payah gak. Sama cam skincare jugaklah kena senantiasa try and error ek..


Makan secara sihat adalah merupakan diet yang seimbang. So ada produk terbaru dari Kino Biotech iaitu Kinohimitsu Superfood, makanan tambahan berbentuk tepung multigrain yang kandungan nutriennya amat di perlukan bagi badan korang



Majlis pelancaran produk ini di adakan semasa acara Run and Ride With Stars - acara sukan yang menggabungkan sukan dan hiburan oleh Kino Biotech Pengerusi Encik Ting Yen Hock dan rakan eksklusif Watsons Malaysia Pengurus perdagangan Ms Caryn Loh. 


Ms Tavia Yeung, selaku a self-confessed health fanatic dengan bangganya melancarkan acara tersebut sambil melaungkan "Take charge of your life. Eat healthy and with all the 7 colours in your diet and lead a fulfilled and colourful life!"

Kinohimitsu Superfood mengandungi barli beta-glucan BG 25, yang telah terbukti untuk mengurangkan kolesterol. Formulasi ini juga kaya dengan antioksidan, ditambah dengan vitamin dan mineral seperti vitamin B1, magnesium, mangan, fosforus dan besi.


7 warna dalam Kinohimitsu Superfood mewakili tujuh ramuan utama termasuk raspberry, lutein, blueberry, flaxseed, barley, spirulina dan black wild rice. Ini menyediakan pelbagai manfaat daripada meningkatkan kesihatan mata dan otak untuk perlindungan daripada radikal bebas dan memperbaiki sistem imun korang.

Diperakui organik, mereka meningkatkan jantung, kesihatan pencernaan dan kognitif, serta menyokong tahap kolesterol yang sihat. Campuran menyediakan kemanisan semulajadi dan rasa yang lazat, tanpa penambahan tiruan.

Kinohimitsu Superfood merupakan sumber terbaik protein dan serat dan membantu dengan pengurusan berat badan yang sihat. Ia mempunyai Indeks glisemik yang rendah dan mengandungi ramuan yang dipaten untuk dibebaskan mengekalkan tenaga.

Hanya 3 sudu ke dalam 150-200ml air sejuk atau suam. Korang juga boleh mencampurkan dengan minuman kegemaran atau makanan yang lembut untuk membuat menu yang benar-benar lengkap. Ia adalah sesuai untuk semua orang, daripada kanak-kanak untuk pesakit warga tua, serta kencing manis, vegetarian dan orang-orang yang lactose intolerant.


Semua produk Kinohimitsu di diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan semulajadi, dan bebas daripada bahan pengawet, aditif, mewarna atau hormon. Mereka adalah 100% selamat dan dikilang di bawah piawaian kualiti yang paling ketat, HACCP dan pensijilan halal.

Itulah dia cerita mengengai Kinohimitsu Superfood ni ek.

Memang tak sabar nak cuba balik ni karang, apa juga yang namanya kesihatan memang haruslah aku cuba kan

so tungguuuuuu.......




Monday, November 30, 2015

Kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan Dari AVON

Hi Korang,


Baru-baru ini AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kempen 'Kecantikan Demi Satu Tujuan' , satu mesej penjenamaan global yang memfokuskan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan wakil AVON dan wanita seluruh dunia melalui kecantikan dan kebebasan kewangan. 

Majlis di adakan di Tanzini Restaurant G-TOWER sangat meriah dengan kehadiran orang-orang besar AVON tau. Aku pun of courselah happy dapat menjadi one of the guest ek.



'Beauty For A Purpose' atau Kecantikan Demi Satu Tujuan menyediakan suatu pelan rangka kerja yang menjurus kepada tiga fokus utama iaitu Menghasilkan barangan kecantikan berkualiti pada nilai terbaik; Peluang Pendapatan AVON; menyediakan platform kepada 6 jutaan wanita seluruh dunia berdikari mempunyai pendapatan sendiri sendiri dan meningkatkan tarat hidup keluarga ; serta jaringan hubungan antara wanita yang diperkasa menyokong serta memperkasa wanita lain.

Usaha penjenamaan baru ini akan dipergiatkan melalui pelbagai saluran kempen komunikasi yang direka untuk menyampaikan mesej keseluruhan mengenai AVON kepada pengguna dan wakil-wakilnya. 

Kempen ini juga akan disokong melalui pengiklanan dan dimanfaatkan melalui saluran digital dan media cetak. Kecantikan Demi Satu Tujuan merupakan suatu panduan visi jangka panjang AVON  yang berasaskan kepada sejarah AVON mengenai memperkasa wanita. Kebebasan kewangan merupakan pengerak utama dalam pemerkasaan wanita dan AVON telah menyediakan peluang menjana pendapatan kepada wanita lebih daripada 125 tahun.

Selain itu, komitmen AVON  kepada wanita adalah melalui usaha-usaha besar yang dilakukan untuk kempen barah payudara (Kiss Goodbye To Breast Cancer) dan keganasan domestik (Fight Against Breast Cancer). Usaha ini adalah untuk membantu wanita menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan bebas daripada menjadi mangsa keganasan domestik. 


"Pada hari ini , soya ingin berkongsi rasa teruja dan bangga mengenai AVON dan juga usaha memperkuatkan lagi hubungan dengan penguna dan wakil-wakil AVON. Selain itu memperkenalkan kepada generasi baru wanita tentang jenama yang semua orang yakin dan suka", Menurut Aspalin Hj Sirat, Ketua Pemasaran Komersil AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd. 

Kecantikan Demi Satu Tujuan - suatu penceritaan mengenai AVON secara keseluruhan: menghasilkan barangan yang diingini wanita, peluang menjana pendapatan dan sokongan rangkaian yang boleh mengubah dunia. Melalui kempen ini, Avon meraikan kecemerlangan yang diperolehi oleh 6 juta Wakil Avon - rangkaian terbesar wanita dalam memperkasakan wanita disekeliling mereka melalui kecantikan. 



Menuju ke hadapan, AVON baru-baru ini telah melancarkan aplikasi di telefon pintar. Melalui saluran inL wakil-wakil AVON dan pengguna boleh mendapatkan brosur AVON; aplikasi yang membolehkan pengguna membeli dan wakil-wakil AVON menjual barangan. Aplikasi brosur ini direka untuk membantu wakil -wakil AVON mengembangkan serta menguruskan perniagaan selain untuk pengguna membeli barangan AVON kegemaran mereka.

di antara mereka yang berjaya dalam AVON, daripada meniaga kecil-kecilan hingga sekarang dah jadi stokis besar dah pun tau

lntegrasi Sepenuhnya di Peringkat Syarikat

Syarikat telah mensasarkan bahawa kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan ini akan diintegrasikan sepenuhnya dalam setiap aspek perniagaan termasuklah pencetakan brosur jualan yang diedarkan kepada pengguna. Syarikat juga telah melancarkan kempen ' Employee value Proposition melalui kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan yang bertemakan "Inspiring Work. Empowering Women,". lni bertujuan menerapkan aspek pemerkasaan daripada perspektif dan pengalaman pekerjaan mereka. Melalui kempen ini AVON dapat memperkukuhkan lagi komitmennya untuk menyediakan skop kerja yang memenuhi keinginan dan kepuasan kepada pekerja untuk melakar hala tuju seterusnya.

produk terbaru AVON, fragrance mist.. ishkk tak sabar nak cubalah

ermm gold collection, cantik gak tau... nak cuba nak cuba

Ermm best kan mereka-mereka yang diberada di dalam keluarga AVON ni ek.. Bak kata diorang ni di mana ada kemahuan di situ ada jalan untuk berniaga kan...

Ok ok aku rasa-rasa boleh meniaga tak? hehehehe who knows kan...


Sunday, November 29, 2015

Smoothies Wellness KINOHIMITSU Sedap

Hi Korang,

Sape yang suke minum air kesihatan ala-ala warna rumput pepagi kan

Kalau tanye aku pun memang aku tak hinggin pungg wokeh...

Tapi cuba air rumput tu di jadikan smoothies dan warnanya menarik confirm-confirm mak minum nok 2-3 kali pun bolehhhh


So jenama KINOHIMITSU alah yang keluarkan produk kesihatan tuh sekarang ni mengeluarkan product kesihatan berbentuk smoothies dalam sachet yang di gelar kinohimitsu wellness smooth'D.
 

Sempat aku ke majlis pelancaran produk Kinohimitsu di pejabat 11street di Nu Sentral baru-baru ini. 


Majlis di rasmikan oleh Kino Biotech's director Marcus Chong, CFO Jenifer Chin dan 11street's general manager of merchandising Juhan Kim.





Ianya merupakan minuman kesihatan yang berfungi membantu mengeluarkan toxin yang terkandung di dalam usus. Yelah makan banyak tapi membuangnye sket so yang lelain tuh tersangkut tak boleh keluar di sebabkan usus yang tak berape bersih tu kan. 

Di formulasi daripada psyllium husk yang menghalang terjadinya sembelit, kaya dengan prebotic fructo-oligoasacharride yang memperbaiki kesihatan usus.

Sesungguhnya pendek kata sesuai untuk cuci usus!


Ada 3 perisa sedap Kinohimitsu Wellnes Smooth D ni iaitu:

1. Smooth'D Cleanse & BEauty (mixed berries)

2. Smooth'D Clean & Shape (passion fruit)

3. Smooth'D Cleanse & Boost (kiwi)


Kinohimitsu Wellnes Smooth'D dijual pada harga RM89.90 sekotak yang mengandungi 15 scahet di dalamnya. Boleh di dapati di farmasi dan pasaraya terkemuka. Ada promosi di 11street jugak iaitu rm79.90 sekotak dan Rm239.00 untuk pembelian 3 kotak under Shocking Deals.