Tuesday, November 24, 2015

Empire Steamboat di GEM IN Mall Cyberjaya, Sedap Jugaklah!

Hi Korang,

GEM IN Mall, mana pulak ni ek? Dalam area Cyberjaya kan.

First time aku dengar ni mall terbaru di Cyberjaya ni ek. Bila dah sampai tempat tu barulah tau kat mane, rupanya ada mall ni terletak kat jalan shortcut yang selalu aku lalu dulu masa project Q-Cells tengah buat kan.


Last week ada jemputan makan di Empire Steamboat di GEM IN Mall ni, so ktorang berdua pi lah lepas maghrib hari tuh.

Tempat baru dalam Cyberjaya ni, cantik gak mallnya walaupun kecik je aku rasa.

Ok dah sambung balik,


Terdapat lebih dari 60 pilihan di Steamboat Empire untuk korang nikmati bersama keluarga atau pun kengkawan ataupun makwe pakwe pendek kata dengan sesape pun bolehhh..




Susun atur tempat makannya harmoni dan cozy sesuai untuk menjamu selera dan menjamu tekakkan. Siap ada mini playground untuk kanak-kanak tapi aku terlupa nak snap gambar plak sebab duk sibuk lapar nak makan kan.

Di antara pilihan makanan laut yang aku rasa korang pasti suka adalah:-










Apmacam cukup tak? Lah tak cukup ek.. ni ada lagi ni. Sabo kan aku kata ada lebih 60 jenis hidangan makanan.





Selain daripada makanan basah ada juga hidangan yang dah siap masak, tinggal nak makan je ek. So yang malas nak tunggu makanan masak tu bolehlah bedal yang ni dulu ek






Apa lagi korang nak?



Ada jugak hidangan ala-carte macam chicken wings, otak-otak dan ada lagi lah. Korang boleh order tapi yang ni lain kira ek.

not bag jugak sos ni tak berapa pedas pun

yang ni rasa macam gravy sate, sedap gak. tekak boleh terima
 


yang panas yang sejuk semua ada

air pun include sekali dalam buffet steamboat ni ek

mesin ais krim, ada 2 perisa. durian dan vanilla


nampak tak? mr big bukan hiraukan aku pun, baik dia makan kan

satu sup ayam dan satu lagi sup tomyam

makan chicken wings ek, sosnya sedap

Semua adalah, daripada appetizer sampai ke dessert. Menepati citarasa aku dengan Mr Big yang kaki makan steamboat ni ek. Apa saja yang hado semua di ambiknya janji semua mesti kena habis tak boleh membazir wokeh adik-adik..


Dekat 2 jam ktorang duduk makan kat sini, sampai kedai almost nak tutup lah kan. Sedap punye pasal, tambah sana tambah sini kan. Ais krim vanila dan manggo pudding sebagai penutup memang wonderful sungguh lah ye.

Bagi aku harga tak delah mahal sangat pun setanding dengan pilihan makanan yang pelbagai kann iaitu RM25.90 seorang.

Apa lagi, meh pi cuba ek:-

STEAMBOAT EMPIRE
G.10-G.13, Gem In Mall,
Mutiara Ville,
Persiaran Sepang,
Cyber 11, 63000 Cyberjaya.

Kalau ada kelapangan dan terlalu kat Cyberjaya ni elok pi cuba. Macam ktorang pantang ada je kedai makan baru bukak confirm-confirm harus kena cuba dulu sebelum orang lain ek

Selamat makan korang!....



"Jolly, Jolly Deepavali" Charity Dinner Di Marriot Putrajaya

Hi Korang,

Aku dapat jemputan ke majlis amal ni. 

So dekat dengan umah pegilah lepas maghrib tu ek



Deepavali merayakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan serta masa untuk berkongsi berkat dan membawa keselesaan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.


Dengan Marriott Putrajaya serta Palm Garden Hotel dan bersama-sama dengan RTM, Traxx FM dan Gana Creations menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Deepavali untuk meraikan Pesta Cahaya Deepavali ini



Seramai 80 kanak-kanak dari Ephrata Home, Rumah Kasih dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan telah dijemput untuk Majlis Makan Malam Deepavali yang bertemakan "Jolly, Jolly Deepavali". Sebaik tiba, anak-anak telah disajikan dengan beberapa permainan menyeronokkan seperti balloon sculpturists, face painters dan lawatan mengejut dari Jabatan Bomba & Penyelamat, Cyberjaya dengan paparan bomba sebelum memasuki Grand Ballroom Putrajaya yang dihiasi dengan indah dan ditaja oleh pasukan berbakat dari Gana Creation.



Warna-warna yang meriah hiasan tambahan untuk bersorak perayaan yang dihasilkan oleh pengacara yang bertenaga dari Traxx FM. Kanak-kanak dan tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan makanan kreatif (food presentation) dalam UV tones oleh pasukan Jamuan Marriott yang melibatkan penggunaan lampu yang menarik. Semasa makan malam, Traxx FM dan RTM menganjurkan beberapa permainan dan persembahan tarian untuk menghiburkan tetamu pada majlis itu.



Yang paling best, pihak Marriot telah pun menyediakan goodies bag istimewa dan juga wang saku kepada anak-anak istimewa ini. Seronoklah diorang ni ek


Acara ini juga tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan Merry World Holidays dan Limousine yang sebahagiannya ditaja Coaches untuk sebagai penaja pengangkutan anak-anak ini ke hotel Marriot.




Deepavali merupakan satu peringatan bahawa kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan dalam berkongsi berkat kita kepada mereka yang memerlukan. Dan semangat yang sebenar "Cahaya Perpaduan", malam itu adalah satu acara yang meriah dan berwarna-warni, membawa kita bersama-sama yang berbilang kaum dan negara bersama-sama untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Details mengenai rumah anak-anak yang menjadi tetamu pada malam tuh.







P


ertubuhan Anak Yatim Darul Aminan

PIC
Haji  Kamalul Arifin  Bin Ab Kasim  (013  349  4442)
Address
No. 12/162 Gedung  Lalang  70400 Ampangan Seremban, Negeri  Sembilan
Details
28 orphans & 7 guardians


Ephrata Home
PIC
Ms. Basanthy (016 690  2720)
Address
No. 42, Jalan  Pelangi  16 Taman  Pelangi
48000, Rawang  5elangor Darul  Ehsan
Details
28 orphans & 2 guardians


Rumah Kasih
PIC
Mr Hilary Charles  Gomes
Address
No.14, Jalan  553/84, Petaling  Jaya
Details
16 orphans & 2 guardians

Seronok gak sekali sekala attend event cam ni ek...



Monday, November 23, 2015

Buffet Halal Antarabangsa Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Sekejapan dah nak hujung tahun kan. 

Itulah memang tak perasan pun, sibuk-sibuk keje tup-tup dah dapat jemputan ke Krismas food review ek.

K jom..


Seperti biasa Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan buffet halal berkonsepkan makanan western yang mengikut citarasa tempatan.


Makan malam di mulakan dengan beberapa hidangan utama yang begitu sinonim dengan perayaan Krismas. Juadah seperti Salmon Coulibiac, Swedish Crab Pudding dan juga Tiger Prawn Ceviche with Avocado adalah pilihan makanan laut yang segar dan terbaik. Di garab dengan rupa dan gabungan yang unik ia adalah makanan yang mampu membuka selera korang.

Tiger Prawn Ceviche with Avocado

Salmon Coulibiac 

Swedish Crab Pudding 

Pada yang nak makanan utama berat sikit seperti ayam, itik dan daging kat sini pastinya ada. Menyediakan hidangan dari sisi yang berbeza menu seperti Smoke Chicken with Cranberry De Glace, Roast Duck Ripieni with Calvados, Roast Beef Tapenade with Champingnon dan juga Whole Lamb Leg with Garlic Sauce. Semua ini mampu membuatkan anda kenyang semalaman meraikan hari paling gembira ini. 

Smoke Chicken with Cranberry De Glace 

Roast Duck Ripieni with Calvados 

Whole Lamb Leg with Garlic Sauce 

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan kelimpahan Krismas dan Tahun Baru di bufet mewah hotel ini dengan hidangan perayaan tradisional dan inovatif. Sebab itu selain dari makanan berat ada juga hidangan seperti Dubarry Soup with Bread Almond Roulade dan juga makanan berasaskan nasi iaitu Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato. Ia cukup menjadi pelengkap malam keraian korang bersama keluarga dan kengkawan.

Dubarry Soup with Bread Almond Roulade 

Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato 

Tak lengkap kalau hidangan makan malam tiada pencuci mulut bukan. Jadi kat sini ada beberapa dessert yang manis dan menyegarkan semula selera anda. 





Di antara pencuci mulut yang menarik untuk korang cuba adalah seperti Lemon Meringue Pie, Carrot Cake with Cream Cheese Icing, Christmas Pudding, Glass Dessert Tiramisu dan Assorted Christmas Nuts. 

muke-muke yang lapo nak makan hehehhe

Untuk buffet 'CHRISTMAS & NEW YEAR’S EVE' feast ni, ianya pada 24th Disember 2015 dan 31st Disember 2015.

Harga buffetnya adalah

RM80++ untuk dewasa

RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM60++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888



So dah boleh start plan ye, nak ajak siapa, berapa nak bayar, nak bawak hadiah untuk exchange gift time tu kan. Ntahlah ikut suka korang la

Selamat Hari Krismas Korang...