Monday, November 23, 2015

Buffet Halal Antarabangsa Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Sekejapan dah nak hujung tahun kan. 

Itulah memang tak perasan pun, sibuk-sibuk keje tup-tup dah dapat jemputan ke Krismas food review ek.

K jom..


Seperti biasa Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan buffet halal berkonsepkan makanan western yang mengikut citarasa tempatan.


Makan malam di mulakan dengan beberapa hidangan utama yang begitu sinonim dengan perayaan Krismas. Juadah seperti Salmon Coulibiac, Swedish Crab Pudding dan juga Tiger Prawn Ceviche with Avocado adalah pilihan makanan laut yang segar dan terbaik. Di garab dengan rupa dan gabungan yang unik ia adalah makanan yang mampu membuka selera korang.

Tiger Prawn Ceviche with Avocado

Salmon Coulibiac 

Swedish Crab Pudding 

Pada yang nak makanan utama berat sikit seperti ayam, itik dan daging kat sini pastinya ada. Menyediakan hidangan dari sisi yang berbeza menu seperti Smoke Chicken with Cranberry De Glace, Roast Duck Ripieni with Calvados, Roast Beef Tapenade with Champingnon dan juga Whole Lamb Leg with Garlic Sauce. Semua ini mampu membuatkan anda kenyang semalaman meraikan hari paling gembira ini. 

Smoke Chicken with Cranberry De Glace 

Roast Duck Ripieni with Calvados 

Whole Lamb Leg with Garlic Sauce 

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan kelimpahan Krismas dan Tahun Baru di bufet mewah hotel ini dengan hidangan perayaan tradisional dan inovatif. Sebab itu selain dari makanan berat ada juga hidangan seperti Dubarry Soup with Bread Almond Roulade dan juga makanan berasaskan nasi iaitu Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato. Ia cukup menjadi pelengkap malam keraian korang bersama keluarga dan kengkawan.

Dubarry Soup with Bread Almond Roulade 

Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato 

Tak lengkap kalau hidangan makan malam tiada pencuci mulut bukan. Jadi kat sini ada beberapa dessert yang manis dan menyegarkan semula selera anda. 





Di antara pencuci mulut yang menarik untuk korang cuba adalah seperti Lemon Meringue Pie, Carrot Cake with Cream Cheese Icing, Christmas Pudding, Glass Dessert Tiramisu dan Assorted Christmas Nuts. 

muke-muke yang lapo nak makan hehehhe

Untuk buffet 'CHRISTMAS & NEW YEAR’S EVE' feast ni, ianya pada 24th Disember 2015 dan 31st Disember 2015.

Harga buffetnya adalah

RM80++ untuk dewasa

RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM60++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888



So dah boleh start plan ye, nak ajak siapa, berapa nak bayar, nak bawak hadiah untuk exchange gift time tu kan. Ntahlah ikut suka korang la

Selamat Hari Krismas Korang...

Hentian Titiwangsa GERIK Perak, Cantik Memang Cantik Tak Terkata

Hi Korang,

Kan hari tuh aku pi ikut bebudak KTM Bikerz ni outing ke Tasik Bandingkan! Hah ler, mak jadi dreber noks. Bawak kete sengsorang tapi enjoy ooo 

Ktorang berhenti rehat kejap di Hentian Titiwangsa Gerik ni. 


Kalau nak tau Hentian Titiwangsa ni merupakan salah satu hentian untuk mereka yang hendak ke Perak daripada Kelantan. Kira cam highway gituh lah tapi takde toll pun. 

Meh aku citer sket pasal Hentian Titiwangsa ni ek


ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.

Dahulu hentian ini adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik. Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. 


tempat rehat yang selesa

makan minum semua ada kat sini


Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.


Dah malas nak citer panjang, korang layan je gegambo ni ek







Cantik kan!

Seriously aku tak sangka pun kat Malaysia kita boleh dapat view yang sebegini cantik. Ingatkan kene pi oversea untuk tengok view yang cam ni ek. Ciptaan Allah tuh memang menakjubkan. 

sempat photoshoot bagai ek

rehat kejap ek, tengok muke memasing letih je kan...

So korang ada peluang jejalan time cuti sekolah ni, better singgah ke mari. Bukan apa, bukan kena tukar duit pun nak kemari malah belanja pun tak banyak. Setakat banjer makan kat Hentian Titiwangsa tu apa lah sangat kan. 

Enjoy the view ye!

Sunday, November 22, 2015

Faber-Castell menawarkan lebih banyak pilihan Wonder Box

Hi Korang,

Anak-anak pasti suka pensel warna Faber-Castell ni kan.

In fact aku pun suker coz warnanya cantik dan seakan real bila di warnakan ek

Ramai kanak-kanak teruja kerana dapat menikmati aktiviti melukis menggunakan lebih banyak lagi pensil warna yang berwarna-warni daripada barisan produk Wonder Box yang diperluas untuk merangkumi keluaran Pensil Warna Faber-Castell Klasik.

Pensil warna kekal Faber-Castell menjadi kegemaran ramai kerana mata pensilnya lebih licin dan hasil lukisannya lebih terang dan tampak lebih hidup. Ini menjadikan pengalaman melukis, sama ada di rumah atau pun di sekolah, suatu aktiviti yang amat menggembirakan.


Wonder Box dengan ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna mengandungi Pensil Warna Faber-Castell Klasik, dan kini ia boleh didapati dalam pek 12-pensil, 24-pensil, 36-pensil dan 48-pensil. Set pensil warna panjang lengkap dengan sebatang pensil 2B Tri-GRIP yang ergonomik dan dipatenkan, dan pengasah pensil untuk melengkapi keperluan melukis. Set pensil warna pendek pula dibekalkan pengasah sahaja.

Wonder Box yang diperkenalkan tahun lepas sebagai bungkusan inovatif, tahan lama dan mudah untuk disimpan bagi Pensil Warna Air Faber-Castell 2-dalam-1 yang amat popular di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Pensil warna yang mengandungi pigmen boleh larut pekat tersebut boleh digunakan sebagai pensil warna biasa atau cat air.

Pek Wonder Box baru dilengkapi dengan pemegang, mudah dibawa ke mana sahaja, dan penyokong untuk mempamerkan pensil warna dengan lebih rapi dan mudah untuk diambil. Selain itu disediakan tali silang yang boleh ditanggalkan pada pek Wonder Box 36 dan 48-pensil untuk meningkatkan keselamatan isi kandungannya.

“Direka untuk memudahkan penggunaan kanak-kanak, Wonder Box boleh didapati di seluruh Malaysia telah mendapat respon yang positif di kalangan ibu bapa sejak pelancarannya tahun lepas. Ini memberikan kami lebih semangat untuk memperluaskan barisan produk ini yang merangkumi Pensil Warna Klasik pada tahun ini. Kami juga memperhebatkan fungsi Wonder Box besar dengan membekalkan tali silang yang boleh ditanggal untuk mengimbangkan beratnya demi memudahkan penggunaan harian kanak-kanak,” kata Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng. 

“Melalui aktiviti melukis dan mewarna, kanak-kanak berpeluang meluahkan perasaan mereka sambil meningkatkan daya kreativiti. Bagi kanak-kanak kecil, kemahiran mewarna dalam rangka lukisan yang tersedia dan memilih warna sahaja dapat mengembangkan pemikiran dan menajamkan penumpuan, di samping mengisi masa lapang secara produktif,” tambah Dr Toh.

Barisan produk Faber-Castell Wonder Box boleh didapati di semua kedai buku serta pasar raya terkemuka utama di seluruh negara. Pensil Warna Wonder Box Klasik dijual dengan harga bermula dari RM7.50 – RM56.90, sementara Pensil Warna Air Wonder Box dijual dengan harga bermula dari RM7.90 – RM59.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produknya, sila layari www.faber-castell.com.my