Saturday, November 21, 2015

SEMANGAT KETABAHAN DALAM PAMERAN THE BEST OF YOU 2015

Hi Korang,

Kempen “The Best of You 2015” anjuran Julies untuk tatapan korang


Kini mungkin adalah waktu yang agak mencabar kepada negara kita, tetapi rakyat Malaysia tidak mudah mengalah. Ketabahan pada waktu kesusahan merupakan semangat di sebalik “The Best of You 2015”. Pergerakan “The Best of You” dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada tahun lalu oleh pengeluar biskut terkenal, Julie’s. 


Tahun ini, kami ingin memberi pengiktirafan kepada semangat kental rakyat Malaysia yang berjaya mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dan menampilkan diri yang terbaik mereka secara berterusan. Kesimpulannya, “The Best of You 2015” adalah mengenai penghargaan, keberanian dan ketabahan pada saat-saat kesusahan.


Pada awal tahun ini, Pergerakan “The Best of You 2015” menyeru kepada orang ramai supaya menghantar dan berkongsi kisah peribadi berunsur inspirasi serta pengalaman menampilkan diri mereka yang terbaik melalui laman sesawang www.thebestofyou.my dan juga melalui pameran mini di sekitar Lembah Klang, Kolej New Era, Kolej Antarabangsa KBU, Mines Shopping Centre, Sunway Pyramid dan SACC Mall. Ramai yang menghantar kisah mereka melalui pelbagai pendekatan kreatif termasuklah tulisan, seni dan reka bentuk, fotografi, klip video dan muzik. Sambutan terhadap pameran ini amat baik. Sejumlah 2200 buah kisah yang penuh dengan mesej penghargaan serta menyentuh hati telah kami terima. 


“The Best of You adalah berdasarkan penghargaan dan pengiktirafan yang ringkas dan sejagat. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk kisah yang mengharukan, menginspirasikan serta memberikan tenaga positif,” kata Encik Sai Tzy Horng, penasihat dan jurucakap The Best of You. “Pameran merupakan satu pentas yang ideal untuk berkongsi semangat pergerakan ini melalui hasil karya orang awam, tokoh-tokoh, mereka yang berbakat serta organisasi yang menyokong namun turut mendapat inspirasi daripada pergerakan ini.”

Friday, November 20, 2015

VEE GUARD Buih Cegah Keputihan Wanita

Hi Korang,


Korang ade penyakit #itchybawah ke?

Eh jangan na bantai gelak ek, serious ni aku tanya. Orang pompuan lah, orang lelaki kalau #itchybawah siaplah kena dengan wife korang kan hehehehhehee

But seriously I mean masalah keputihan di bahagian miss V korang tu lah. 

Well well well ni aku nak kongsikan sedikit ada satu produk yang bertepatan dengan masalah #itchybawah korang tu ek.

Iaitu VEE GUARD.

La apo plak tu kan?


Vee guard foam merupakan pencuci intim wanita yang dirumus khas secara sainstifik dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan harian yang mana setiap wanita yang inginkan kebersihan dan keharuman diri. Ia dapat membantu mencegah masalah keputihan dan gatal pada bahagian intim wanita. Yesza miss V kita tu lah ek.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam Vee Guard adalah :

KACIP FATIMAH - mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur akibat bersalin.

PATI SIREH - membantu menegangkan otot tisu dalaman vagina dan juga membunuh kuman serta mengatasi masalah keputihan

MANJAKANI - mengekalkan kesihatan sistem peranakan wanita. manjakani dikatakan bersifat astringen. berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

SPEARMINT - mengekalkan keharuman di bahagian vagian agar sentiasa segar & harum.

Menarik kan. Ni baca lagi kebaikkan VEE GUARD ni ek

KHASIAT VEEGUARD : 
merapatkan miss v 
mencegah kegatalan 
menghilangkan kegatalan miss v 
menyelesaikan masalah kelembapan 
mempercepatkan luka selepas bersalin 
mengharumkan serta menyegarkan bahagian missv 
membasmi kulat serta Kuman bagi mengelakan keputihan 


Cara Guna VEE GUARD 


Goncang dan semburkan vee guard foam ke atas tapak tangan, sapu dan cuci miss V sehingga diyakini bersih. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

Beberapa testimonial yang aku nak share dengan korang mengenai produk VEE GUARD nie ek




**TIDAK DIBENARKAN OLEH IBU HAMIL: VEE GUARD akan merapatkan laluan vagina, ini akan menyebabkan ibu hamil sukar semasa proses kelahiran bayi.


VEE GUARD BUIH CEGAH KEPUTIHAN

Ni ada sedikit Q & A untuk korang lebih paham lagi mengenai produk VEE GUARD ni ek

Q - Adakah Vee Guard selamat? ada KKM ke? 
A - Vee Guard di formulasi dari bahan-bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no rujukan NOT150905461K 

Q - Saya belum berkahwin lagi. Boleh ke saya guna Vee Guard? 
A - Boleh. Vee Guard ini sesuai untuk wanita yang belum berkahwin dari umur 12 tahun hingga wanita yang sudah berkahwin. 

Q - Vee Guard nie cecair ke?? 
A - Tak. Vee Guard ini dalam bentuk Foam. 

Q - Bagaimana cara guna Vee Guard ini? 
A - Cara menggunakan Vee Guard ini, korang semburkan Vee Guard Foam ke atas tapak tangan, sapu dan cuci miss v. Bilas dgn air sehingga bersih. Kemudian keringkan dengan tuala kering. 

Q - Apakah bahan utama dalam Vee Guard ini? 
A - Bahan utama yang terdapat Vee Guard ini ialah pati sireh, kacip fatimah, buah manjakani dan spearmint until kesegaran sehingga 8 jam 

Q - Sebotol tahan berapa lama? 
A - Sebotol Vee Guard tahan selama 20 hingga 30 hari. 

Q - Adakah Vee Guard ini selamat digunakan? 
A - Vee Guard ini mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan yg dipilih seperti Sireh, Kacip Fatimah dan lain-lain. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang, tiada kesan sampingan yang buruk. Mengandungi PH 5.5, ianya sesuai untuk semua golongan umur.

Q - Bila boleh guna Vee Guard ini? 
A - Vee Guard ini boleh guna 2x sehari. Di waktu pagi dan sebelum tido. 

Q - Saya ada masalah keputihan. Boleh hilang ke? Berapa lama boleh nampak kesan selepas kita guna Vee Guard ini? 
A - Masalah keputihan boleh hilang. Kesannya awak akan dapat selepas 3 hari awak guna Vee Guard. 

Q - Betul ke boleh kurangkan keputihan? 
A - Betul. Hampir 95% pengguna Vee Guard yang mengalami masalah keputihan dan kegatalan dapat dikurangkan.



Harga Vee Guard Hygienic Foam Wash :- 
RM45.00 - Semenanjung Malaysia 
RM55.00 - Sabah & Sarawak 


Sebarang pertanyaan atau pembelian boleh rujuk di
Nur Ain - 0195091982 / Ayu Eleena 0174010645
Website Rasmi : http://www.vee-guard.com/
IG : veeguard_hq


Aku sarankan yang mana ada penyakit keputihan yang tak jumpa lagi dengan produk yang sesuai so better cuba VEE GUARD ni ye.





Thursday, November 19, 2015

Dinner Di MIAMI GRILL Sunway Piramid, Feeling Omputih Sangat

Hi Korang,

Sebab ape feeling omputih sebab nama makanan kan Philliy Philly gituh so ingat kat Philadelphia la kan. Jangan nak poyo sangat ek Cik Lily Putih oit!


Ktorang team #BloggerKakiMakan dapat jemputan lagi ke Miami Grill yang terletak di dalam Sunway Piramid ni, ye dah ramai blogger lain review but ktorang ok je. Not hal yang penting SEO keyword blog cantikkan hehehhehe

Dah jangan merapu lagi ek

mesti PitBull bangga, ramai plak orang Malaysia nak bergambar dengan poster dia kan

Restoran MIAMI GRILL ni di usahakan ‘bumiputera’ ermm orang kita iatu Hani Maju Sdn. Bhd., so jangan korang rasa cam ragu-ragu nak makan sebab nak gambo PIT BULL dekat depan pintu masuk restoran ni. Memang dari US tapi sudah di halalkan mengikut peraturan Jabatan Agama Islam. 





Simple je deco je so tak delah serabut mata korang bila nak makan kan, rasa chillax nye. Konsepnya ala-ala fast food. Masuk restoran, chop meja dulu hehehhee then pi order kat kaunter. Bayo harga makanan dan pi duduk sambung borak-borak ek coz nanti diorang akan hantar makanan ke meja korang.

So inilah yang ktorang makan sambil perut memasing membusung ke depan kan

Greek Salad - RM15.90

Philly Cheesesteaks Nacho Cheese - RM 33.90

Philly Cheesesteaks Fajitas - RM 33.90

Grill Wings - RM 19.90 (3 pieces) RM 25.90 (kombo set)

Mousaka Greek Lasagna - RM 18.90

Menu-menu ini ada set-set. Macam yang kitaorang makan ini satu set sekali dengan Soft Drink & Onion Ring. So ala-carte pun boleh, alah ikut mood korang nak makan banyak mane pun kan.
 

Sebab tu kat sini mengutamakan makanan sihat yang pasti tiada kegunaan tiga bahan bahaya ini dalam makanan mereka iaitu tiada MSG, tiada bahan pengawet dan juga tiada bahan kimia yang telarang. Begitu teliti dan menjaga kesihatan makanan mereka patut orang Amerika sihat2 hehehe. Paling aku suka adalah menu Philly Cheesesteaks Nacho Cheese. Daging banyak oooo kan aku ni pencinta daging sejati..
 
sebelum makan insta dulu ek

yang ampunnn pencinta daging memang pelahap bila nampak daging banyak kan

ktorang yang kaki makan

Actually memang banyak menu yang disediakan di MIAMI GRILL ni tapi apakan daya perut memasing dah nampak mengembang sket daripada asal kan so patutlah berhenti dulu sebelum meletup.

Kalau nak teringin sangat tuh, meh la ke

Miami Grill Malaysia
Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.
Tel : 03-56133363
Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm


bersama penaung #BKM ek bukanlah mane ade kan hehehhe

Apa lagi, rasanya kalau dekat dengan umah confirm-confirm lepak kat kedai ni selalu ek hehehhee