Sunday, November 15, 2015

REVIEW | SWISSBEL Vitamin B12 Cream Plus

Hi Korang,


Lama plak tak buat review pasal produk kecantikan ni ek


So hari ni aku nak share dengan korang mengenai krim kecantikan daripada Switzerland. Wow jauh di terbangkan tau.


Krim Swissbel Vitamin B12 Cream Plus ini adalah produk dari Switzerland yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit, tiada pewangi tiruan, Paraben-Free, non-comedogenic dan hypoallgenic tested.


Ianya selamat untuk digunakan untuk merawat wajah yang bermasalah macam aku ni. Disebabkan jerawat tu memang meninggalkan parut pada kulit. Takut-takut nanti jeragat pulak yang timbul kan, better prevent dulu ek



Kalau korang nak tau, krim ini telah menjalani ujian klinikal dan menunjukkan ianya mampu:

* melembapkan kulit wajah 
* mengurangkan kesan parut lama dan baru
* mengurangkan kedutan dan garisan di kulit
* mengecilkan liang roma
* mengurangkan kadar kemerahan kulit
* menaikkan dan menegangkan kulit wajah dan juga leher


Di antara bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam Swissbel Vitamin B12 Cream Plus adalah: 

* Vitamin B12 (yanocobalamin)
* Rosa Centifolia Flower Water
* Squalane
* Salicylic Acid (BHA)
* Hyaluronic Acid
* Vitamin E, Vitamin C, Vitamin B3, Pro Vitamin B5

Cara Nak Guna?


Just sapu je Swissbel Vitamin B12 Cream Plus kat muka korang lepas basic skincare. Lepas pakai toner, serum gituh so bolehlah korang sapukan krim ni. Memang nampaklah perubahan tapi takdelah guna 2 malam dah cantik macam Che Ta kan, kena konsisten tau.


Harganya dalam RM 139 per tube, tapi kalau bukak Facebook Page diorang ni, sekarang tengah ada December Promotion di mana korang boleh beli 2nd piece at 50% off. Terbaek kan!

Atau

korang just nak beli satu je boleh guna CODE kat bawah ni yang valid until 31 December 2015, korang boleh dapat 25% diskaun tau. Ini CODEnya:

SWISSBEL25

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai krim ajaib ini boleh lah layari laman web rasmi mereka


Swissbel Official Website: 

Swissbel Malaysia Facebook Fan Page: https://www.facebook.com/SwissbelMalaysia


Terbaek kan!

Saturday, November 14, 2015

CERIA ALL STARS Bermula 27 November 2015 Di Astro CERIA Channel 611

Hi Korang,

Bagi peminat setia racangan Ceria All Stars ni, ada berita baik untuk korang ek...


Stesen televisyen terkemuka, Astro meneruskan misi pencarian bakat-bakat cilik tanahair menerusi sebuah rancangan realiti terbaru, Ceria All Stars yang akan disiarkan bermula 27 November 2015, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Ceria, Saluran 611 dan Maya HD, Saluran 135. Menerusi saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak itu, Astro Ceria sekali lagi tampil dengan konsep baru yang lebih segar dalam meneruskan usaha mereka mengenengahkan bakat-bakat anak kecil di Malaysia. 

Bertitik-tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini, Ceria All Stars membuka peluang lebih luas lagi kepada kanak-kanak dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanahair melalui formatnya yang lebih terbuka. Tidak hanya terhad pada bakat tarian dan nyanyian semata-mata, Ceria All Stars mempunyai misi penting mengupas bakat-bakat luar biasa yang ada di Malaysia. Para peserta diberi kebebasan mempamerkan apa sahaja bakat yang mereka ada. Tidak kira dari genre apa sekalipun, Ceria All Stars memberikan peluang buat adik-adik kita ini mempamerkan kelebihan masing-masing. Dari nyanyian sehinggalah lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik, semuanya akan dapat kita saksikan dalam Ceria All Stars!



Lebih 1000 peserta telah hadir ke sesi ujibakat Ceria All Stars yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah Oktober lalu. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan juri serta pihak produksi menghadapi kesukaran menyenarai pendek peserta yang layak bersaing di pentas Ceria All Stars. Setelah menilai kualiti, keunikan serta kebolehan peserta yang telah hadir, seramai 20 orang beserta aksi-aksi menarik lagi unik telah berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. 



Pengurus Saluran Astro Ceria, Hazleynda Khairuddin berkata “Kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini meyakinkan kami untuk tampil dengan sebuah rancangan yang lebih universal, sesuai dengan kepelbagaian bakat cilik yang terdapat di negara kita. Melalui Ceria All Stars, kami mahu memberi peluang kepada kanak-kanak di luar sana untuk tampil ke depan dan mempersembahkan kelebihan masing-masing tidak kira apa sahaja bakat yang mereka ada. Kami percaya setiap dari anak-anak kita ini mempunyai keistimewaan masing-masing dan Ceria All Stars bertindak sebagai platform untuk mereka menonjolkan bakat masing-masing.

Kami telah menerima sambutan yang di luar jangkaan sepanjang ujibakat diadakan. Kualiti peserta yang hadir ke sesi ujibakat bukanlah calang-calang peserta dan kehadiran mereka cukup mengagumkan kami. Harus saya akui, proses menyenarai pendek 20 peserta bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami kerana setiap yang hadir memiliki potensi dan kelebihan tersendiri. Penonton di rumah pastinya akan teruja menyaksikan kepelbagaian bakat yang ada ini”, tambah Hazleynda lagi.

Program pertama seumpamanya di Malaysia ini yang turut bertujuan mencungkil bakat generasi muda tanahair, menjanjikan pengalaman tontonan program pencarian bakat cilik terbaik yang akan anda saksikan di Malaysia.


Pengacara popular tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program Ceria All Stars manakala Jihan Muse diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara ditemani Mia Sara selaku pengacara bersama. Pelakon popular Nora Danish dan Nabil Ahmad dipilih menduduki kerusi juri tetap sambil ditemani seorang lagi selebriti jemputan sebagai juri undangan pada setiap minggu. 

Ceria All Stars akan bersiaran selama 7 episod beserta dengan episod pengenalan. 20 peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan akan bertanding dalam satu episod. Pemenang setiap episod ditentukan sepenuhnya juri tetap dan akan mara ke pusingan separuh akhir, 1 Januari hadapan. Aksi-aksi terbaik akan layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 8 Januari 2016. Peringkat separuh akhir dan akhir akan disiarkan secara langsung khas untuk penonton-penonton di rumah.

Juara Ceria All Stars bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Manakala pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 dan RM 3,000.00 beserta trofi.

Ceria All Stars diaktifkan oleh Caliph Kids Expert dan diceriakan oleh Legoland. Episod pertama Ceria All Stars bakal bersiaran 20 November 2015 ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria.

Friday, November 13, 2015

Pasang Internet MAXIS FIBRE Di Rumah Ganti STREAMYX

Hi Korang,

Aku memang dah fed up dengan UNIFI service team.

Sebenarnya memang lama dah plan nak upgrade dari STREAMYX ke UNIFI ni, yelah up to date sket kan. Jangan nak berkira sangat sebab life aku banyak bergantung dengan internet ni. 

So meratalah cari agent or sales person untuk UNIFI ni. Bila check alamat bagai semua oklah ada port, management dah approve bagai tapi tak sampai 2-3 diorang call cakap aku tak leh pasang UNIFI selagi bills tak settle. Bengong!! 3-4 kali aku jejak kaki ke TM Point ni check outstanding tapi nan hado pungg.. penipu punye UNIFI menyusahkan orang betullah. 

Bila tak jadi tuh, sales UNIFI ni senyap je lah langsung tak de contact bagai. Selang 2-3 bulan, diorang ni call lagi tanya nak pasang UNIFI secara PERCUMA ke tak? bila aku dah bebel panjang, barulah nak cakap ok ok nanti kami check. Lepas tu senyap buat ontokk je


Tup-tup ada satu hari tu Mr Big offer nak pasang MAXIS FIBRE ke tak? 

Sebab harga lebih kurang dengan UNIFI tapi tak de Hyyp TV dan 10Mbps dalam RM150 gituhlah. Aku pun cakap, boleh pasang tapi jangan jadi cam UNIFI sudahlah sebab dah letih nak arrange menda ni semua kan 

Memang MAXIS FIBRE ni under Maxis but TELEKOM pun ada link jugaklah so aku beranilah nak cuba coz gerenti internet stabil kan. Bagi je copy NRIC dengan sign borang kat ada agent Maxis tu, lepas seminggu terus diorang datang pasang. Tak de call 10-20 kali pun semua by sms je notification, installation appointment kan.

Sabtu lepas, datanglah diroang ni.



Installer Maxis datang dan installer dari Telekom pun ada sebab modem TM tu masih lagi kena guna modem UNIFI kan.


Setting tempat tuh, tempat lubang line telefon ktorang selama sebab nak pasang fibre optic cable ni kan, diorang pesan cable ni jangan putus coz nanti request bagai dan leceh sket prosesnya. Jadi #DakUban ko jangan ada hati nak lepak-lepak kat tempat berlampu bagai ni

Tunggu setting signal dulu, sempatlah aku basuh baju bagai kan. 


Siap jua akhirnya dalam 1 jam gak lah, installer suruh tukar password bagai dan ajar sket-sket apa nak buat kalau internet down kan.

So thats it!

10Mbps kan unlimited downloads

Apalagi petang tuh, ktorang bantai tengok youtube kat tv beso ni. Laju je tak de lagging langsung. Download apps pun cepat gak. Actually untuk speed cam tu, sesuai bagi ktorang yang internet user biasa-biasa je. Bagi yang hardcore mendownload tuh, better guna speed yang laju sket macam 20Mbps dan 30Mbps.


Issue pasang internet dah settle, sekarang ni pulak timbul isu nak beli cabinet yelah nak letak modem-modem tu semua kan hahahahaha

Dah kemas umah, bersepah benau aku tengok lah!!