Friday, November 13, 2015

Pasang Internet MAXIS FIBRE Di Rumah Ganti STREAMYX

Hi Korang,

Aku memang dah fed up dengan UNIFI service team.

Sebenarnya memang lama dah plan nak upgrade dari STREAMYX ke UNIFI ni, yelah up to date sket kan. Jangan nak berkira sangat sebab life aku banyak bergantung dengan internet ni. 

So meratalah cari agent or sales person untuk UNIFI ni. Bila check alamat bagai semua oklah ada port, management dah approve bagai tapi tak sampai 2-3 diorang call cakap aku tak leh pasang UNIFI selagi bills tak settle. Bengong!! 3-4 kali aku jejak kaki ke TM Point ni check outstanding tapi nan hado pungg.. penipu punye UNIFI menyusahkan orang betullah. 

Bila tak jadi tuh, sales UNIFI ni senyap je lah langsung tak de contact bagai. Selang 2-3 bulan, diorang ni call lagi tanya nak pasang UNIFI secara PERCUMA ke tak? bila aku dah bebel panjang, barulah nak cakap ok ok nanti kami check. Lepas tu senyap buat ontokk je


Tup-tup ada satu hari tu Mr Big offer nak pasang MAXIS FIBRE ke tak? 

Sebab harga lebih kurang dengan UNIFI tapi tak de Hyyp TV dan 10Mbps dalam RM150 gituhlah. Aku pun cakap, boleh pasang tapi jangan jadi cam UNIFI sudahlah sebab dah letih nak arrange menda ni semua kan 

Memang MAXIS FIBRE ni under Maxis but TELEKOM pun ada link jugaklah so aku beranilah nak cuba coz gerenti internet stabil kan. Bagi je copy NRIC dengan sign borang kat ada agent Maxis tu, lepas seminggu terus diorang datang pasang. Tak de call 10-20 kali pun semua by sms je notification, installation appointment kan.

Sabtu lepas, datanglah diroang ni.



Installer Maxis datang dan installer dari Telekom pun ada sebab modem TM tu masih lagi kena guna modem UNIFI kan.


Setting tempat tuh, tempat lubang line telefon ktorang selama sebab nak pasang fibre optic cable ni kan, diorang pesan cable ni jangan putus coz nanti request bagai dan leceh sket prosesnya. Jadi #DakUban ko jangan ada hati nak lepak-lepak kat tempat berlampu bagai ni

Tunggu setting signal dulu, sempatlah aku basuh baju bagai kan. 


Siap jua akhirnya dalam 1 jam gak lah, installer suruh tukar password bagai dan ajar sket-sket apa nak buat kalau internet down kan.

So thats it!

10Mbps kan unlimited downloads

Apalagi petang tuh, ktorang bantai tengok youtube kat tv beso ni. Laju je tak de lagging langsung. Download apps pun cepat gak. Actually untuk speed cam tu, sesuai bagi ktorang yang internet user biasa-biasa je. Bagi yang hardcore mendownload tuh, better guna speed yang laju sket macam 20Mbps dan 30Mbps.


Issue pasang internet dah settle, sekarang ni pulak timbul isu nak beli cabinet yelah nak letak modem-modem tu semua kan hahahahaha

Dah kemas umah, bersepah benau aku tengok lah!!



Wednesday, November 11, 2015

Revolusi Shopping Secara Besaran Di LAZADA, Baik Cepat!!

Hi Korang,


Siapalah yang tak kenal dengan website shopping online iaitu LAZADA kan? Even mak aku yang kat kampung tu pun tau ek, elek itu pun sebab achik aku citer masa dia beli slicers yang buat memacam salad tu kan hahahahhaa

High tech jugak orang kampung ek!

Dah tu nak bagitau ni

Berita baik untuk kaki shopping online Malaysia kerana pada hari ini iaitu 11 November 2015 telah diadakan satu jualan besar-­besaran dengan diskaun hebat di website Lazada Malaysia. Lazada Malaysia menjanjikan jualan yang lebih hebat dan lebih baik berbanding tahun sebelum ni. Lazada akan menawarkan harga rendah pada bagi lebih 30,000 produk! 





Banyak betul tu kan, apa nak beli kan..

Tengok je lah setiap kategori mempunyai sale dari up to 80%. Boleh check link di bawah untuk senarai barang yang dijual dengan potongan harga hebat : http://www.lazada.com.my/online-revolution-deals/

Ada lagi ni


Selain itu, terdapat juga satu peraduan ‘Spin The Wheel Deal’ yang mana korang mampu memenangi bauchar tunai sebanyak RM 500 setiap hari. 

Nanti, ada lagi satu tau


Facebook Lazada Malaysia juga ada lancarkan 1 game best iaitu “The Unlock Deals”. Dalam game ni korang kena like facebook post game tersebut. Setiap produk ada jumlah like yang kena capai, bila dah capai, korang boleh klik link tersebut dan beli dengan harga RM11. Korang boleh beli iPhone 6S dengan harga RM11 kalau like post tersebut mencapai 11,000! 

Menarik kan?

Boleh check link ini untuk join game best ni : http://www.lazada.com.my/online-revolution-games/

Ada beberapa produk yang mencuri perhatian mak noks iaitu : 


1. Iron Steamer
Maklumlah dah lama tak beli iron kan, yang ada sekarang ni pun sebelum aku kawin lagi kan huhuhuhu


2. Digital Body Scale
Wei penting ni tau, nak timbang badan katanya. Yelah bila dah berumur ni kesihatan nak kena jaga gak kan. So menda ni wajibbb


Jangan risau,

bagi korang yang ingin shopping di Lazada Malaysia hari ini, disini ada sertakan voucher khas untuk pembaca blog www.ciklilyputih.com ini. RM30 OFF di setiap pembelian berjumlah RM120 dan keatas. Voucher shopping ni hanya valid pada 11 November 2015 iaitu hari ini! So, jom shopping sekarang. Hehe


So, apa tunggu lagi, jom kita shopping di Lazada Malaysia sekarang! 

Monday, November 9, 2015

Juadah Sambutan Deepavali Dan International Buffet Di Palm Garden Hotel, PUTRAJAYA

Hi Korang,

Sempena esok sambutan perayaan Deepavali, why not kita tukar selera pekena hidangan ala India di Palm Garden Hotel di IOI Resort Putrajaya.


Minggu lepas, sempat aku dan bebudak #BloggerKakiMakan mencuba pelbagai jenis makanan India dan juga makanan antarabangsa yang lainnya di Palm Garden Café ni kan.


Pelbagai jenis hidangan India termasuklah Roti Naan bersama Ayam Tandori dan juga Kari Dhal India turut di sediakan.

Ermm korang tengok gegambar ni ek







Semua set ini di sediakan dari hari Ahad hingga Khamis untuk makan malam. Harga juga berpatutan dan berbaloi hanya RM91.00 nett untuk seorang. Korang boleh pilih pula pencuci mulut yang memang meriah dan warna-warni seperti mana perayaan ini juga. Kat sini ada macam2 pencuci mulut seperti Laddu, Candi Kelapa, Vade dan banyak lagi semua manis2 dan sedap2. Ini bersempena dengan perayaan Deepavali tau.

Bukan itu sahaja, pihak hotel juga turut menyediakan buffet bertemakan antarabangsa setiap hari.















Pelbagai makanan yang menarik dan banyak untuk korang pilih sampai rambang mata. Kebanyakan juadah masakan Melayu yang di sediakan oleh chef2 profesional mereka. Aku sendiri sampai tak tau nak makan apa kan hehehhee





Aku suka yang nie tau, meh baca lagi..

Paling menarik buat pasangan yang baru berkahwin atau meraikan majlis ulangtahun perkahwinan, pihak hotel juga menyediakan set untuk "Candle Light Dinner' di ruang taman special mereka.





Kat sini korang boleh order daripada makanan untuk 2 orang seperti soup of day, 2 hidangan utama iaitu Pasta Arrabiata atau Thai Style Fried Rice dengan Tumeric Chicken. 




Juga ada pencuci mulut yang manis semanis date anda pada malam tersebut iaitu Cocktail buah dengan aiskrim. Bole nikmati makana malam ini di pacaran cahaya bulan di tengah2 keindahan taman dan air pancutnya.

Tu buat yang datang sana untuk menikmati makan malam yang paling romantik dan menarik. Juga buat mereka yang berada di persekitaran IOI Resort dan juga pejabat berhampiran boleh buat order untuk delivery. Istimewa ni sebab jarang hotel ada khidmat pengantaran atau korang yang lalu kawasan ini boleh buat order dan singgah untuk ambil makanan. Tak banyak makanan yang ada tapi boleh buat untuk makan alas perut korang ketika lapar bekerja tengahari dan malam.




Di antara menu yang ter sedia untuk penghantaran ini adalah seperti Pizza 9' dengan 3 jenis topping pilihan iaitu pepperoni, chicken satay dan seafood, juga ada Spaghetti Bolognaise (ayam atau daging), Nasi Goreng, Satay setengah dozen, Club Sandwich, Burger ayam atau daging, Mee Mamak dan Nasi Ayam. Banyak juga yer dan semua nampak menarik di sediakan seperti dalam kotak di bawah ni mudah untuk di bawa.


Hah sekali 3 service yang Palm Garden Hotel terutama sekali Palm Garden Cafe sediakan untuk para tetamunya ek. Hebat tak hebat kan. Aku pun rasanya nak cuba gak satu hari nanti service delivery, tengok menunya cam tempting sungguh kan hehehe

Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya
Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122

Sebab dekat dengan rumah aku so bolehlah singgah makan kat sini kan, lagipun menu international buffet tu sedap la wei