Thursday, November 5, 2015

ALOE VERA Gel Dari Forever Living

Hi Korang,

Aku perasan brand Forever Living ni dah lama dah

Sejak dari aku duduk JB sebelum pindah KL lagi sebab one of secretaries tempat keje lama aku dulu duk minum menda alah ni. Tapi takdelah dia nak jual kat aku pun coz tau masa dulu mana mampu nak belanjer beso kan. 

Sekarang lainlah dan ada duit sendiri pun kan. Spend untuk diri sendiri apa salahnya


Actually minuman Aloe Vera Gel dari Forever Living ni dihasilkan daripada daun aloe vera asli, melalui proses penstabilan yang dipatenkan. Ia sesuai untuk bagi orang sihat untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga bagus untuk yang menghadapi sebarang masalah kesihatan dan membantu proses penyembuhan.


Daun Aloe Vera boleh dikatakan daun ajaib. Ia mengandungi lebih 200 sebatian termasuklah asid amino, vitamin, mineral, polisakarida, enzim dan berbagai-bagai faktor kesihatan yang lain untuk membantu memperkuatkan system imun dan pemulihan korang.


Forever Aloe Vera Gel sangat digemari kerana ia sangat berkesan untuk mencuci kotoran. mendapan dan kerak yang terdapat pada saluran usus. Sekalipun kotoran dan mendapan di usus sudah bertahun-tahun dan amat degil untuk disingkirkan, kelembutan pada Forever Aloe Vera Gel mampu meresap dan menanggalkan ia daripada terus terlekat pada usus. Kesannya, usus menjadi bersih. Ini membolehkan lebih banyak nutrien makanan dapat diserap dengan baik. Seterusnya, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga sekaligus mampu melawan pelbagai penyakit lain dalam badan secara semulajadi. Dari segi luaran pula, perut akan kelihatan lebih kempes. Hah gituh amikk ko!

Tengok video ni

kagum tak? ermmm

Berdasarkan testimoni pelanggan yang aku baca dalam internet ni, ada 20 khasiat yang diperolehi daripada Forever Aloe Vera iaitu: 

1. Menghentikan pertumbuhan tumor 
2. Merendahkan kadar kolestrol 
3. Memperbaiki sel darah 
4. Mengawal dan merawat gout 
5. Menghalang penyakit 'kidney stone' 
6. Memudahkan penyingkiran kefien daripada kopi dan teh 
7. Menghalang penyakit ulser dan penyakit sistem penghadaman 
8. Memberi kesimbangan asid/alkali dalam badan 
9. Mengurangkan tekanan darah tinggi, bukan sekadar merawat kesan-kesan sekaligus merawat punca darah tinggi 
10. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien dalam badan 
11. Menghentikan kanser usus 
12. Menghilangkan buasir 
13. Sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan yang lebih baik 
14. Meneutralkan kadar gula dalam darah 
15. Memelihara buah pinggang 
16. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi) 
17. Mengawal gastrik 
18. Memperbaiki sel kulit yang rosak dan sekaligus menghasilkan kulit/wajah yang lebih 
cantik. 
19. Menurunkan perut buncit 
20. Menurunkan berat badan 

Siap buat research gak aku ek.

Senang kalau dah tau kebaikan gel Aloe Vera ni, so tak delah kita rasa ragu-ragu lagi kan

Cara Pengambilan Gel Aloe Vera


putih-putih cam jelly gituh

Alah amik gituh saje. 
Agak-agak dalam 30-60ml setiap hari sebelum tidur atau pun lepas bangun pagi. Minum-minum lepas terus dicucinya perut kan tapi tak de lah sampai cirit-birit pulak. 

Ikut keserasian perut ko lah kan..

Tapi kalau rasa cam tak de tekak nak minum cam tuh je, korang boleh campurkan dalam jus ke, minum dengan air kosong sejuk je kan. AKu steady je minum cam tuh hehehe

Rasa Aloe Vera


Setiap orang yang rasa tak sama ek tau, cam aku bila minum tak de rasa payau ke manis ke masin rasa biasa je. Ade setengah orang minum rasa pahit so itu tandanya ada penyakit yang terselindung dalam badan kite, begitu jugak kalau orang minum rasa masin pun ada penyakit jugak tau. Bukanlah aku tak de penyakit but may be tak delah sekuat orang lain kot. 


Untuk nak tau lebih lanjut ke nak cuba dulu ke, nak order terus ke, korang boleh hubungi :

Pn. Fara Hana

No fon: 0136283485 

Nanti dia bolehlah terangkan lagi details daripada aku kan hehehehhe



Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Untuk Kempen "Nation of Healthy Smiles”

Hi Korang,


Gigi cantik kalau senyum je mesti manis kan.


Tapi kalau gigi berkarat, eee habuk pun tarak! Jangan cakap orang lain aku sendiri pun gigi berlapis ni hah, dulu-dulu mak aku manelah tau pakai braces ni. Kalau tak mesti gigi aku cantik cam Fazura ewah ke situ plak kan hehehhe

Walaupun gigi tak berapa cantik tapi kebersihan mesti di jaga dengan sebaiknya. 


So GSK (GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd) telah bekerjasama bersama Malaysian Dental Association (MDA) telah melancarkan kempen "Nation of Healthy Smiles". Kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penjagaan mulut terutama gigi. Kempen selama tiga bulan bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia dalam membuat keputusan yang jelas untuk memenuhi keperluan penjagaan gigi khusus mereka termasuk gigi sensitif, penjagaan gusi & penjagaan gigi palsu. Ia juga bertujuan untuk menyumbang ke arah meningkatkan taraf kesihatan mulut di kalangan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, sejajar dengan misi GSK Consumer Healthcare untuk membantu lebih ramai orang di seluruh dunia untuk melakukan lebih banyak, berasa lebih baik dan hidup lebih lama.


Kejadian seperti gigi sensitif dan gusi berdarah yang sangat biasa di kalangan orang dewasa muda yang berumur 18 hingga 34 Malaysia tetapi mereka tidak mengambil kawalan kesihatan pergigian mereka. The Penggunaan Penjagaan Oral dan kajian Attitude oleh Ipsos melaporkan bahawa 40% orang dewasa muda mengalami sensitiviti gigi manakala 43% mengalami gusi berdarah. Prevalens tinggi sensitiviti gigi dan penyakit gusi menunjukkan keperluan pemeriksaan kerap pergigian dan syor produk penjagaan khas adalah asas untuk membantu keperluan penjagaan gigi alamat pesakit.

Kajian ini menunjukkan bahawa 24% daripada rakyat Malaysia tidak pernah ke doktor gigi dan doktor 45% lawatan hanya jika masalah tertentu berlaku. 66% daripada pesakit sensitiviti gigi tidak mengambil tindakan untuk melindungi diri mereka daripada sensitiviti gigi dan 91% rakyat Malaysia yang mempunyai penyakit gusi tidak mendapatkan penjagaan gigi khas untuk kesihatan mulut untuk melegakan keadaan mereka di mana mereka cenderung untuk mengabaikan masalah ini. Berhubung dengan gigi palsu, Omnibus 2012 kajian melaporkan bahawa terdapat tiga juta pemakai gigi palsu di Malaysia. Walau bagaimanapun, 87% daripada mereka tidak menggunakan produk penjagaan gigi palsu khas untuk melegakan keadaan mereka kerana pengetahuan mereka yang terhad penjagaan gigi palsu.


Stacy Wallace, General Manager for GSK Consumer Healthcare Malaysia and Brunei berkata, “These numbers point to a gap between the knowledge of the public on dental hygiene and actual oral care habits, especially amongst younger adults. This gap also compels us, to go beyond raising awareness on oral care issues but to educate the public that the sooner they take action on their oral health and get special oral care, it will improve their overall health and wellbeing. We are pleased to partner again with Malaysian Dental Association (MDA) for the second time and we are committed to help Malaysians care for their oral health to better enjoy life, and achieve its vision of elevating oral health standards amongst Malaysians.”


Pelbagai produk GSK terutamanya penjagaan gigi seperti Sensodyne®, Polident® dan parodontax® telah dirumus khas untuk memenuhi keperluan khusus. Produk Sensodyne membantu pengguna menikmati kelegaan daripada sensitiviti gigi, yang membolehkan mereka untuk terus memanjakan diri dalam makanan dan minuman yang mereka nikmati paling. Sementara itu, Polident adalah jenama produk penjagaan gigi palsu yang terdiri daripada pembersih dan pelekat untuk meningkatkan keselesaan dan keyakinan pemakai gigi palsu 'supaya mereka lebih terperinci boleh memeluk kehidupan. parodontax sebaliknya direka untuk melawan gusi berdarah dan mengelakkan masalah gusi, punca utama kehilangan gigi.


Ok, korang boleh juga menjadi sebahagian peserta daripada kempen "Nation of Healthy Smiles” ini. 

Caranya mudah sahaja :-

1. Masukkan gambar senyuman manis korang di Smileograph. Ini website, http://www.nationofthehealthysmiles.com.my

2. Senyuman korang akan dianalisiskan

3. Pemeriksaan gigi percuma yang akan bermula pada 6.11.2015

4. Tebus pemeriksaan percuma

5. Kongsikan bersama rakan FB anda yang lain

La tak nak ke? 

Dapat free check-up gigi tu kan, jimat duit dahlah dentist service sekarang ni mahal bebenau kan.

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di www.gsk.com


Wednesday, November 4, 2015

Dinner Di Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Hi Korang,


Actually dah masuk 3 kali aku pi kedai dan kali ketigalah dapat makan kat sini.

Pasai apa?

Full house manjang uolls..


Lepas dah tanye dengan budak yang jaga cashier barulah aku tau yang kalau awal bulan memang fullhouse je orang datang makan. Kalau nak makan jugak baik call buat reservation dulu kan.

So last week, agaknya dah boring hari-hari masak untuk dinner terus aku browse facebook restoran ni untuk dapatkan nombo tepon. Scroll-scroll dah jumpa, capai phone then call buat booking untuk 2 orang makan.

Balik umah amik Mr Big then terus ke sini.

satu periuk untuk sup ayam

satu periuk lagi untuk kuah tomyam

Sesampai je penuh meja dengan reservation tag, check nama then trus duduk. Pilih 2 sup iaitu sup ayam dan tomyam dengan sepantas kilat Mr Big pi amik bahan makanan untuk di panggang dan untuk periuk steamboat ek.

bahan yang di perap macam ayam, daging, kambing

sayur-sayuran untuk steamboat

makanan laut untuk steamboat

Ini je yang sempat aku snap gambar, maklumlah orang ramai benau time tuh. 

makanan yang sedia untuk di makan

sos-sos yang simple

Amik sket-sket je kang tak abis membazir plak. Ok part bakar-bakar ni aku serahkan pada Mr Big sebab dia kan terrer, aku just amik apa yang aku nak makan sajor.

tukang bako

ini menu aku, simple je kan, satu pinggan untuk grill dan satu lagi untuk steamboat tomyam

amik ko, bakar sampai hitam-hitam hehehehe

tomyam steamboat

nampak seafood yang di grill

Makan, makan dan makannnn

Alah steamboat dan grill apa yang nak dikomen sangat pun kan, janji bahan perapannya sedap dan pakai guna grill untuk dapatkan hasil yang awesome sudahlah kan. Sebabnya korang yang kena masak sendiri bukan pekerja kedai tu so tak yah nak poyo sesangat ek hahahhahaha

oh happy ye dapat makan sedap kan

Aku rasa sedap, walaupun sosnya biasa je but bahan perapan tu yang mantap especially daginglah. Kalau ada perapan coffee beef yang style kat Seoul Garden tuh lagi best. Lagi satu, better ada nasi goreng simple daripada nasi putih kan, memang boleh makan dengan kuah tomyam but aku dah terbiasa dengan nasi goreng kalau pi restoran steamboat dan grill ni ek.

Hah excited nak pi makan, ni tempatnya


Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)



Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am


Untuk tempahan/ pertanyaan boleh hubungi:
Puan Suzana – 012-7105549
Shafiq Hakim 0127967414
Cik Fana – 01110772609

Jangan lupa, call untuk booking dulu ek. Kang jadi cam aku nanti, kepunan nak makan kan.

So mereka yang kaki steamboat dan grill cam aku ni, eloklah pi terjah kan.