Tuesday, November 3, 2015

Supper Di Twenty & Co Shah Alam

Hi Korang,

Aku kalau tak de apa hal memang tak akan sampai ke Shah Alam ni, tak de apa hal so buat apa nak merayap sampai sana kan. So hari tuh, masa tidur umah purple Gemuk so berkesempatanlah ktorang merayau-rayau area Shah Alam ni kan.


Lepas abis pi Vape Fest, beli baju beso kat Plaza Shah Alam tup-tup haus plak kan. Nak makan malas so aku suggest pi lepak kat Twenty & Co area Grand BlueWave Hotel ni.

Lagipun itu tempat je yang aku expert kan hehehhehe lelain tak tau..

Sesampai tak ramai orang pun, so duduk luar coz Mr Big nak berasap dengan vape plak katanya. Ermm gituh ek...

Order minum je dulu,


Of courselah kopi, so pilihan aku adalah Hazelnut Mocha.

Not bad jugaklah, separuh rasa kopi dan separuh lagi rasa ala-ala coklat kan. Haruslah kesip pelan-pelan so bolehla rasa kesedapannya

Nampak plak waiter dia lalu lalang anto makanan kan, terus jadi tempting dibuatnya. lapo lapo. Apa lagi order lagi makan lah..

Beef Lasagna

Chilis Nachos

Wei not bad jugak ek, sedap. Aku selalu assume cafe cam ni makanannya kureng sket lah daripada western food kan but sedap oo. Especially nachos, amik ko penuh sepinggan kan. Cheese dan beef baconnya kemain melambak-lambak kan hauhuaahuah..

Amik ko daripada nak lepak minum kejap sampai jadi berjam-jam kan sebab dek makan memacam sampai kena call dengan mama tanye pi mana tak balik-balik. Ini namanya berjalan tak henggat dunia

Abiskan makanan then bayo dan terus balik umah gemuk.

Korang especially orang Shah Alam tak kan tak tau kedai ni, meh aku sharekan addressnya ek

Twenty & Co
G-15, Plaza Azalea,
No. 6, Persiaran Bandaraya,
Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor


Harga oklah standard harga cafe, biasalah tu kan. Mana yang dapat yang murah area Shah Alam ni kan

Ok itu je... Pi la cuba ek..


ALAMILAH REVOLU-NASI TEFAL!

Hi Korang,


Periuk nasi sekarang pun dah high-tech tau.

Kerana apa? 

Kerana untuk kesihatan kita semua, maklumlah masa kini pelbagai penyakit dok mula singgah dalam badan kita kan. Kenalah berjaga-jaga sebelum terkena..


Meh aku kongsikan event Tefal ni hari tuh yang berlangsung di AEON One Utama ek

Jenama perkakas dapur dan peralatan rumah terunggul di dunia memperkenalkan siri produk periuk nasi terbarunya: Periuk Nasi Sfera Tefal RK 8105 dan RK8145 yang dihasilkan khusus untuk kemudahan anda menyediakan pelbagai juadah masakan kegemaran anda. Tefal berbangga menghasilkan produk periuk nasi itu yang dilengkapi dengan ciri inovatif teknologi periuk berbentuk sfera yang memberi jaminan terbaik untuk penyebaran haba ketika memasak selain memberikan hasil masakan terbaik

Mr Suwasit and Mr Kazuhiro Shoji

Periuk Nasi Sfera Tefal Mudah Berguna untuk Masak dan Kawal

Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 dihasilkan dengan ciri unik, berketahanan tinggi dengan lapisan bertingkat 2.5 mm serta salutan Nano di permukaan luarannya. Manakala ciri dalaman periuk dihasilkan dengan reka bentuk berlian dan lapisan seramik. Dihasilkan dengan berat yang bersesuaian, produk itu memberi jaminan tahan lasak dan pengudaraan haba yang optimum kerana dengan kewujudan ruang kosong di periuk memastikan pengudaraan haba dapat berfungsi dengan sekata di keseluruhan periuk untuk memberikan hasil terbaik dan meningkatkan rasa makanan.

Mr Suwasit welcomed the guests to the product launch

Memasakan Nasi Lebih Mudah dengan Periuk Nasi Sfera Tefal!

Terkenal dengan kehebatan dalam rekaan peralatan rumah dan dapur untuk kemudahan pengguna, Tefal menghasilkan teknologi dan inovasi di dalam jenama baru Periuk Nasi Sfera mereka. Kedua-dua Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 memiliki ciri kekal hangat automatik, masa memasak yang mudah laras, termasuk penyelaras pre-set / tangguh, fungsi yang ideal untuk mereka yang keluar bekerja sepanjang hari. Pengguna mudah untuk menyediakan bahan-bahan masakan dan memprogram proses masakan sehingga 24 jam lebih awal. Kedua-dua Periuk Nasi Sfera mempunyai injap tekanan mikro dimana ia membenarkan tekanan secukupnya untuk bajagian dalaman periuk nasi menghalang bau dan rasa makanan terbit dari periuk.


Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105

Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 ini adalah sebuah periuk nasi terkini yang ideal untuk individu bujang atau pasangan muda yang mahu memasak resipi kegemaran mereka tanpa renyah. Golongan ini akan mendapati ianya mudah digunakan kerana ia didatangkan dengan Teknologi Logik Fuzzy yang menyediakan masa memasak dan suhu ideal berdasarkan kiraan pengesan termal yang dirangkumkan. Rekaan dalam periuk nasi ini juga membantu pengudaraan haba yang lebih baik. Tetingkap mudab dilihat pada perkakas itu membenarkan pengguna untuk mengawal masakan yang disediakan. Dengan 10 program masakan yang diterapkan (6 jenis masakan nasi dan 4 buah program masakan perlbagai), memasak kini bukan lagi merumitkan. Direka dengam panel kawalan penuh LED, kapasiti Periuk Nasi Spherical Tefal RK8105 berkemampuan sehingga 1.8L dan membenarkan pengguna untuk memasak sehingga 10 cawan beras.



Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 adalah sebuah periuk nasi optimal yang menjadikan ia pilihan popular di kalangan ibu bapa yang sibuk bekerja dan mereka yang gemarkan masakan di rumah namun perlu berdepan dengan faktor kesibukan masa. Periuk nasi ini membolehkan mereka untuk menyediakan juadah masakan yang sihat, enak dan berkhasiat. Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 ini memiliki sistem pemanasan dwi pantas yang mampu menjimatkan masa. Ia juga turut dilengkapi dengan Teknologi Logik Fuzzy dengan tujuh peringkat mode masakan secara keseluruhannya. Selain itu, Periuk Nasi SferaTefal ini juga memiliki ciri ekstra pemanasan 3D + ciri rekaan dalaman berbentuk sfgra yang menyediakan ruang pemanasan seputar 360 darjah. Selain memiliki panel kawalan LCD yang mempunyai ruang penunjuk digital, Periuk Nasi Sfera Tefal RK8145 memiliki 35 program masakan (28 jenis masakan nasi dan 7 program masakan pelbagai), pengguna mempunyai banyak pilihan untuk penyediaan makanan segera dengan hanya satu butang. Kapasiti model ini mampu menampung sehingga 10 cawan beras dengan 1.8L secara keseluruhan



Berdasarkan cirinya yang pelbagai, rangkaian Periuk Nasi SferaTefal RK8105 dan RK8145 dicipta bersesuaian dengan semua jenis masakan dan gaya hidup. Berdasarkan model, mode DIY memudahkan pengguna untuk mengawal masa masakan, suhu mengikut kesesuaian resepi. Setiap model turut mempunyai ciri panel kawalan intuitif yang menjadikan ia sangat mesra pengguna. Dengan memilih jenis masakan (sebagai contoh sup, wok/ tumis, stim) , periuk nasi ini menjalankan fungsinya dengan menggunakan parameter masakan yang ideal. Periuk Nasi Sfera ini malah dapat dibuka semasa mengubah rasa, menambah bahan atau untuk mengaul masakan di dalam – sama seperti perkakas tahan panas tradisi atau ketuhar

Chef Loke Kang Tian conducting sushi demonstration

Untuk membantu pengguna mengaplikasi sepenuhnya Periuk Nasi Sfera Tefal ini, kedua-dua rangkaian ini dilengkapi dengan set aksesori - bakul kukus, sudu beras, sudu sup, sudu rak dan cawan sukatan termasuk sebuah buku resepi untuk membantu pengguna menyediakan masakan mereka, bermula dari juadah biasa sehingga ke pemanis mulut. Penutup aluminium di permukaan periuk boleh ditanggalkan dan selamat untuk dibasuh. 

Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 boleh didapati di semua gedung utama dan kedai elektrik bermula November 3015 pada harga jualan bermula dari RM 399 dan RM449.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Tefal, sila layari laman web www.tefal.com atau hubungi talian khidmat pelanggan: +603-7802 3000.

WEBPAGE 

FACEBOOK 

HASHTAG 
#myTefal 



Friday, October 30, 2015

OH MY ENGLISH! CLASS OF 2015, pelakon SHAHEIZY SAM Pun Ada Jugak

Hi Korang,

Kepada adik-adik peminat setia rancangan Oh My English ni, ada beri baik untuk korang tau..


Oh My English! Class of 2015 kembali menemui penonton mulai 1 November ini dengan jalan cerita yang lebih menarik berkisarkan persahabatan, tahun akhir persekolahan dan juga masa depan. Dengan mengekalkan misi menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menyeronokkan, siri popular ini membariskan bintang-bintang ternama untuk berganding dengan watak-watak kesayangan kelas 5 Merah. Episod baharu Oh My English ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November 2015

Oh My English Class of 2015 kali ini mengangkat tema persahabatan, tahun akhir persekolahan dan masa depan sebagai tarikan utama. Persahabatan yang kukuh dapat dilihat menerusi ikatan yang dibina antara pelajar kelas 5 Merah yang juga merupakan pelajar tahun akhir sekolah tersebut. Kini sudah tiba masanya mereka memikirkan perancangan masa depan masing-masing. Apabila mereka meninggalkan SMK Ayer Dalam sesudah tamat sesi persekolahan, kenangan manis dan memori bersama sahabat-sahabat lain pastinya menjadi ingatan terindah ketika mereka meneruskan kehidupan.


Episod baharu bermula dengan kisah pelajar-pelajar 5 Merah merindui cikgu Bahasa Inggeris kegemaran mereka, Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang memilih untuk terus mengajar di SK Dalam Ayer yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Malaysia. Bukan itu sahaja, , malah See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Taylor (Juliana Evans) kini terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris dengan guru Bahasa Inggeris baharu, Miss Nurul (Cristina Suzanne). Ketika asyik menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, mereka juga berdepan dengan dilema membuat keputusan memilih haluan karier masing-masing.

Sementara itu, guru-guru di SMK Ayer Dalam juga berhadapan dengan cabaran dan perjalanan penuh emosi mereka yang tersendiri. Apakah perasaan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) apabila mengetahui Mr Middleton akan terus mengajar di SK Dalam Ayer? Bolehkah Cikgu Bedah (Sherry Al-Hadad) menyesuaikan diri dengan Sarjan (Rahim R2) selepas perkahwinan mereka? Benarkah Miss Soo dilamun cinta dengan kehadiran jejaka tampan lagi budiman lakonan Shaheizy Sam yang buat pertama kalinya tampil dalam Oh My English



Selain Shaheizy Sam, bintang undangan lain termasuklah atlet gimnastik Malaysia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi dan juga pemain bola sepak Tottenham Hotspur, Eric Dier. Supermodel antarabangsa kelahiran Malaysia, Amber Chia juga akan memperagakan catwalk terbaiknya di SMK Ayer Dalam. Tambah menarik lagi, Sasha Saidin akan membuat kemunculan istimewa sebagai kakak Mr Middleton yang sanggup datang dari United Kingdom untuk melawatnya!


Peminat rancangan ini dijemput bersama-sama meraikan persahabatan dalam Oh My English musim ini melalui kempen istimewa ‘Friendship Awards’. Mereka boleh menghantar foto yang diambil bersama sahabat karib masing-masing untuk memenangi kit persahabatan Oh My English yang cukup eksklusif. Kempen ini bertujuan untuk membuka peluang para peminat Oh My English menyatakan penghargaan mereka kepada sahabat masing-masing. Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh didapati melalui https://www.facebook.com/OhMyEnglish


Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden Astro Tutor TV berkata, “ Dalam tempoh beberapa tahun ini merupakan satu perjalanan yang hebat buat keluarga Oh My English! Kami sentiasa fokus untuk menjadikan pembelajaran bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan dengan menyuntik elemen-elemen pembelajaran yang boleh menggalakkan para penonton bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Di samping bersama-sama menambah pengetahuan, peminat dan pengikut baru Oh My English akan turut merasai emosi yang dipaparkan melalui persahabatan di antara pelajar kelas 5 Merah, dalam perjalanan suka dan duka mereka di tahun terakhir persekolahan, sebelum menentukan apa yang ingin dilakukan untuk kerjaya masa hadapan masing-masing.”

Tambahnya lagi, ‘Kami terharu dengan sokongan dan maklum balas hebat yang diterima daripada rakyat Malaysia terhadap Oh My English! Kami telah merekodkan lebh 8 juta tontonan sejak musim pertama. Di rangkaian media sosial, Oh My English telah mencatatkan 18.9 juta tontonan YouTube, 641 ribu peminat di Facebook, 98 ribu pengikut di Twitter dan 44 ribu di Instagram. Awal tahun ini, Oh My English telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi pencalonan dalam kategori ‘Children & Young People’, di Anugerah Emmy Antarabangsa 2015 yang merupakan majlis anugerah paling berprestij di dunia. Oh My English terus menawan hati penonton dan kami amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, pihak media, ibu bapa, kanak-kanak dan tak lupa peminat setia Oh MY English.”

Seperti lazimnya, maraton episod Oh My English! Class of 2015 akan ditayangkan selama 2 hari sebelum bermulanya episod baharu siri ini pada 1 November nanti. Sudah menjadi kebiasaan episod-episod ini ditayangkan untuk memberi peluang peminat menonton kembali 10 episod pertama yang telah pun bersiaran awal tahun ini. Interaksi secara langsung di Twitter bersama peminat dan penonton Oh My English akan turut berlangsung sambil mereka semua menonton marathon ini. Marathon ini akan bermula secara eksklusif, bermula jam 10 pagi, 31 Oktober ini, hanya di Astro TVIQ, saluran 610.

Sebanyak 10 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Episod baharu Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 1 November 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.