Thursday, October 29, 2015

CANMAKE - Make Up Terbaru Dari TOKYO

Hi Korang,

Rupanya ada makeup terbaru dari Tokyo Jepun ni.

Warna-warnanya not bad jugak, tak caya meh baca ek


Jenama kosmetik terkemuka Jepun, CANMAKE Tokyo, kini menampilkan aliran mekap terbaharu dari negara yang melahirkan budaya kawaii itu ke Malaysia dengan ketibaan rangkaian warna terbarunya untuk wajah, mata, pipi dan bibir. 


Rangkaian ini diperkenalkan semasa pelancaran istimewanya di Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan sambutan ke-30 tahun jenama itu.


Tema ‘Glossy & Shiny’ menjadi pilihan bagi musim berparti yang bakal tiba, menjanjikan anda bagai ratu yang mempesonakan. Kulit yang tampak semula jadi, cerah dan bersinar mencipta seri yang bercahaya, menjadi tarikan yang memikat, diserlahkan lagi dengan bibir berkilat yang membangkitkan warna semula jadinya. Ciptakan semula penampilan anda dengan trio pembayang mata Juicy Pure Eyes (RM39.90), Your Lip Only Gloss (RM39.90) dan Matte & Crystal Cheeks (RM49.90).

Satu lagi aliran yang kini popular di Jepun adalah ‘Colour Coordinate’ di mana bibir dan pipi dikoordinasikan dengan warna yang sama menggunakan CANMAKE Lip & Cheek Gel (RM49.90) baru. Tekstur yang cair dan licin ini boleh disapukan di kedua-dua bibir dan pipi, menjadikannya produk 2 dalam 1 yang memberikan warna penuh yang boleh diaplikasikan dalam lapisan bagi menambahkan lagi kepekatannya. Bagi membuat sentuhan kawaii yang comel, pemerah pipi bergel dioleskan tinggi pada pipi, betul-betul di bawah mata bagi mencipta rupa wanita jelita dari timur. 

Lengkapkan penampilan wajah dengan palet pembayang mata Secret Colour Eyes (RM45.90) yang menampilkan bayang merah bagi mencipta seri warna pada kelopak mata bawah yang menambahkan seri kulit wajah, sementara kontur mata dapat digelapkan dengan menggunakan penggelap dan penyerlah palet.

"Dua aliran mekap terkini yang semakin digilai di Jepun ini sememangnya disyorkan untuk wanita Malaysia kerana mereka dapat menampilkannya dengan begitu jelita sekali. Ada beberapa persamaan antara kedua-dua budaya apabila kita menyentuh mengenai gaya mekap seperti pilihan umum untuk mekap yang lebih nipis bagi memberikan penampilan yang tampak semula jadi," kata Kaori Anzai yang bertanggungjawab ke atas pasaran luar negara bagi CANMAKE Tokyo.


CANMAKE yang dilancarkan di Tokyo pada tahun 1985, kini boleh diperoleh di 13 negara termasuk Malaysia. Populariti dan kejayaannya bercambah dari komitmennya bagi membawakan gaya dan aliran pada harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti produk yang dicipta dan dihasilkan di Jepun itu.

"Di Malaysia, terdapat pengikut yang besar bagi gaya dan aliran Jepun. Dari fesyen manga dan seni kostum kepada hiburan dan fesyen, tidak ada keraguan bahawa kita dipengaruhi oleh budaya fesyen Jepun. Inilah antara sebab utama mengapa Teeni Enterprise memperkenalkan jenama yang mengikut perkembangan fesyen ini yang berpatutan harganya untuk pasaran Malaysia,“ kata Joyce Au, Pengurus Jualan dan Pemasaran Teeni Enterprise Malaysia, yang merupakan pengedar eksklusif CANMAKE Tokyo.

Di acara tersebut, CANMAKE Tokyo turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan “Fly to Japan” yang dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-30 syarikat tersebut baru-baru ini.


Ho Yee Xin, 30, dari Johor memenangi Hadiah Utama iaitu lawatan 5H4M untuk dua orang ke Jepun, manakala Hadiah Kedua dimenangi oleh Gong Li Wan, 26, dari Sabah dan Pemenang Ketiga adalah Tan Hui Shee, 19, dari Selangor yang masing-masing membawa pulang telefon SONY Xperia M4 dan kamera digital Casio EX-MR1 selain produk CANMAKE.

Rangkaian kosmetik CANMAKE Tokyo boleh didapati di cawangan SASA dan AEON Wellness terpilih seluruh negara.

Wednesday, October 28, 2015

Tips Bergaya dengan Kasut Murah

Hi Korang,


Kasut dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan dan jangan pelik jika seorang wanita pastinya mempunyai lebih daripada sepasang kasut di rumah mereka. Berbeza dengan kaum lelaki, wanita biasanya memakai kasut yang berlainan bagi acara-acara yang tertentu. Misalnya, untuk menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan, kaum wanita akan memakai high heels atau wedges untuk kelihatan lebih menyerlah dan memilih untuk memakai sandals di hujung minggu apabila keluar membeli-belah. 

Namun, ini bukan bermakna kaum wanita harus berbelanja lebih untuk memenuhi kehendak berfesyen tetapi bijak memilih koleksi kasut murah yang juga boleh digayakan oleh mereka ke mana sahaja. 

Sebagai contoh;


Tidak perlu membeli sepasang kasut yang berharga ratusan ringgit untuk tampil menawan di majlis istimewa. Cukup dengan membeli sepasang classic pumps seperti berikut untuk tampil menawan dan kasut jenis ini amat sesuai untuk digayakan dengan pakaian pilihan anda sempena majlis yang istimewa itu. 


Tips kedua pula dengan membeli ‘kasut 3 in 1’ seperti berikut yang boleh anda gayakan ke mana sahaja. Untuk langkah yang selamat, beli koleksi kasut yang berwarna gelap seperti hitam atau biru tua untuk memudahkan anda memadankan dengan apa jua warna pakaian. 


Dan untuk tips yang ketiga, pastikan anda memiliki sepasang sandals dengan rekaan yang cukup ringkas seperti berikut tetapi tampak ‘mahal’ apabila dipakai. 

Simple is more!


Pengembaraan Wizard Of Oz Kini Di Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Hi Korang,

Para pengemar Hello Kitty mesti suka giler dengar berita baik ni kan…


Hello Kitty Town yang terletak di bandar Nusajaya Johor sememangnya menarik ramai pengunjung tempatan dan luar negara. Bertemakan karektor Hello Kitty dan rakan-rakan, pengunjung cilik dapat bermain pelbagai aktiviti yang menarik, selain daripada melihat sendiri gelagat karektor comel yang berlegar-legar ceria di taman ini.

Atas sambutan pengunjung setiap tahun begitu menggalakkan, untuk tahun 2015 kali ini Hello Kitty telah membuat penampilan khas bersama "Great Witch of Oz". Filem yang diadaptasi dari novel yang cukup popular tetang pengembaraan seorang ahli magis ke sebuah negara unik dengan pelbagai karektor menarik kini dibawa secara esklusif ke Hello Kitty Town!

Pelancaran Pengembaraan Oz di Hello Kitty Town ini telah diadakan di kompleks membeli belah terkemuka iaitu Quill City Mall. Yang mana telah dihadiri beberapa ahli media seperti bloggers dan wartawan.


Encik Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar SANRIO HELLO KITTY TOWN memberi ucapan dan juga sedikit penerangan mengenai projek Pengembaraan Oz. Apa yang menarik pemilihan cerita "Great Witch of Oz" adalah disebabkan cerita itu sendiri mempunayi kekuatan pengembaraan yang mengujakan. Pelbagai watak baik dan jahat, tegas dan melucukan sekaligus segala aktiviti yang bakal dilakukan bersama ahli keluarga boleh melibatkan ibu-bapa dan juga kanak-kanak.

Pengembaraan di sini akan diketuai oleh Hello Kitty, the Scarecrow (orang-orang jerami), the Cowardly Lion (singa penakut) dan orang tin akan bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Oz. Dalam misi menyelamatkan Oz ini, pengunjung perlu mencari watak-watak tertentu dan membantu mereka melaksanakan misi.




Terdapat 4 aktiviti antaranya:-

WOOD FACTORY
Mencabar kekuatan dan kesungguhan yang mana kita perlu membatu "Orang Tin" membelah kayu. Lagi banyak kayu dibelah, semakin hampir kita untuk menyelamatkan bumi Oz.

CORN HOUSE
Berada di Oz beberapa jam, akan membuatkan kita menjadi lapar. Jadi kita perlu menuju ke "farmer's humble abode", cari jagung dan tolong salaikan. Tapi perlu berhati-hati, jika tersilap langkah membuatkan kita menjadi lebih lapar!

KUROMI's TENT
Tempat pengumpulan harta karun. Di mana segala harta seperti barang kemas yang berkilauan berada di sini. Pengunjung perlu mengikut segala arahan, terutama berkaian dengan cabaran ingatan unuk melepaskan kuasa "Great. Witch Mighty Dark".

EMERALD CITY
Di sini terdapat "Great Book" dan juga "Emerald City Machine". Bersama 2 item ini boleh menyebabkan dunia Oz terus berjalan. Hadapi cabaran untuk menembusi Emerald City dan seterusnya menggunakan mesin untuk menghapuskan segala perkataan negatif yang terdapat di dalam "Great Book". Sekaligus misi ini mampu menyelematkan bumi Oz dan memberi peluang menyelesai misi untuk pulang ke rumah.

Menerusi dengan tema pengembaraan Oz ini, beberapa item esklusif turut dijual kepada orang ramai. Antaranya seperti item-item comel di bawah.







Semuanya boleh didapati secara esklusif di SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya Johor.

Oh yeahhh!!


Aku pun telah menerima jemputan untuk merasai pengembaraan Oz di Hello Kitty Town...

Tak sabar rasanya!!

Jika korang nak serta kami di pengembaraan Oz di Hello Kitty Town, bolehlah mendapat tiket di Hello Kitty Town Nusajaya Johor Bahru. Untuk pengembaraan Oz ini akan bermula 31 Oktober 2015 ya! 


Boleh juga mendapatkan tiket ini secara online di www.playtime.com.my

Ok, keterangan lanjut boleh layari :-