Thursday, September 24, 2015

‘Rasa-vaganza’ di Foodie Fest the Curve

Hi Korang,

Berita baik untuk semua pencinta makanan! Bersiap sedia untuk pesta makanan terunggul bertempat di tengah-tengah Mutiara Damansara anjuran the Curve yang menjanjikan nikmat kelazatan dan kepelbagaian jenis makanan kepada anda.

sumber : google.com

Berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2015, Foodie Fest selama tiga hari ini merupakan pesta aneka jenis makanan yang menampilkan 18 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan ringan, minuman, pencuci mulut, pastri, kuih muih lazat dan banyak lagi! Pengunjung pastinya akan rambang mata dengan segala pilihan kulinari yang disediakan sambil bersiar-siar di Centre Court the Curve sambil menikmati makanan di gerai makan ala jalanan yang didirikan.

Daripada ais krim kelapa Thai, pelbagai jenis teh tempatan yang unik, makanan berkonsepkan ‘fusion’ yang cukup meliurkan, pai-pai enak, kek dan aneka waffle, kepada kopi yang dipaketkan khas, keropok lekor dan banyak lagi, Foodie Fest pastinya akan menjadikan hujung minggu anda cukup menyelerakan.

sumber : google.com

Namun, semua keseronokan untuk pembeli-belah tidak terbatas hanya kepada makanan yang lazat! Chef-chef amatur juga berpeluang menyaksikan bakat yang akan ditonjolkan oleh dua chef terkemuka Malaysia. Mereka bukan sahaja akan berkongsi kepakaran dan bakat dalam demonstrasi memasak, malahan akan turut meluangkan masa bersama peminat dalam sesi Meet-and-Greet.

Finalis MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik Michael Imran akan turut serta dan menyediakan Caesar Salad, Kari Kapitan Ayam dan Crème Brulee Pandan pada hari Sabtu pada jam 5.30 petang. Di samping itu, personaliti TV antarabangsa yang serba berbakat, Chef Sherson Lian akan berada di atas pentas pada hari Ahad pada jam 5.00 petang dalam sesi demonstrasi masakan menampilkan Kacang Pool dengan Telur Rebus, Roti Goreng dan Pan Fried Miso Orange Cod dengan Asparagus Putih.

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamaruddin, berkata, “Dengan senarai pilihan destinasi makanan yang sentiasa bertambah termasuk restoran-restoran terkenal, kafe, pub dan bistro, dan tidak ketinggalan ruang makan al-fresco kami sepanjang The Street, makanan sentiasa menjadi satu aspek utama di the Curve. Foodie Fest merupakan satu inisiatif kami untuk meraikan minat rakyat Malaysia terhadap makanan ala gerai jalanan yang unik lagi enak, dan kami berharap semua pengunjung akan menikmati masa yang hebat sepanjang hujung minggu ini!”

Tambahan pula, apa yang lebih seronok ketika menikmati makanan enak selain disertakan sajian hiburan yang mengasyikkan? Pesonaliti sensasi Youtube Malaysia, Elizabeth Tan yang telah menarik ramai peminat menerusi bakatnya akan mengadakan penampilan istimewa di Foodie Fest dan akan mempersembahkan beberapa lagu secara langsung di atas pentas pada hari Ahad, jam 2.00 petang.


Chef Nik Michael Imran menambah, “Tiada apa yang lebih baik selain menikmati hidangan makanan yang lazat bersama rakan-rakan dan Foodie Fest merupakan satu kesempatan unik untuk kita berbuat demikian. Setelah melalui satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama MasterChef Malaysia, saya amat teruja untuk berkongsi beberapa tip kegemaran yang telah saya pelajari. Saya juga berharap semua pencinta makanan akan turut sama menyertai kami di the Curve!”


Chef Sherson Lian turut memuji idea kreatif di sebalik Foodie Fest dengan menyatakan kegembiraannya dengan acara tersebut. “Saya gembira kerana telah dijemput oleh the Curve untuk mengambil bahagian dalam pesta ekstravaganza makanan selama tiga hari ini! Saya telah mewarisi semangat cinta akan masakan dari ibu saya dan amat gembira kerana berkesempatan untuk berkongsi minat akan makanan bersama semua menerusi acara ini. Saya benar-benar teruja untuk berjumpa dengan semua peminat dan pencinta makanan di demonstrasi masakan ini,” ujarnya.

Pembeli-belah boleh bersiap sedia menunggu ketibaan Foodie Fest dengan Apron Masterculinary ekslusif yang disediakan untuk penebusan seminggu lebih awal! Daripada 28 September sehingga 4 Oktober 2015, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM150 dalam dua resit terkumpul pada hari yang sama dari mana-mana kedai di the Curve untuk menebus dua set apron yang ditempah khas ini. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Sebarang soalan tentang Foodie Fest? 

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03 7710 6868 
atau 
atau 
laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall

Wednesday, September 23, 2015

MEADOW Gold Ice Cream Penghilang Stress

Hi Korang,


Manisan memang sangat tempting bila kita tengah moody kan.


Yelah menda-menda macam ni memang syiok di makan time jiwa tengah kacau kan, kira macam penghilang stress gituh kan. hehheheheh

Ni aku nak memperkenalkan ais krim keluaran Meadow Gold yang terbaru di pasaran ni kan. Sedap oooo


Koleksi Mewah terdiri daripada empat perisa lazat iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet. Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna Jadikan kenikmatan ais krim sebagai suatu tabiat.


Meadow Gold Bold Chocolate Decadence

Bersedia untuk menghayati kelazatan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat. Keenakan yang sukar ditolak dengan coklat yang banyak. Bold Chocolate Decadence adalah sensasi coklat mewah yang menantikan anda untuk menikmatinya! 


Meadow Gold Delectable Caramel Pecan 

Nikmati keenakan kacang pecan dan alunan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Dengan tekstur tersendiri yang lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.


Meadow Gold Heavenly Macadamia 

Inginkan pemanis mulut yang enak selepas makan malam? Nikmatilah perisa Heavenly Macadamia, aiskrim vanila klasik yang dipertingkatkan. Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, menjadikannya seperti perisa dari langit! 


Meadow Gold Lush Red Velvet 

Disaluti dengan aiskrim coklat baldu merah dan marshmallow, Lush Red Velvet merupakan inspirasi daripada pemanis mulut yang popular dan dijanjikan dapat memuaskan keinginan anda untuk pemanis mulut. 



Koleksi Mewah Meadow Gold terbaru ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Setiap tab premium 750ml dipasarkan pada harga RM21.90 (termasuk 6% GST). 


Untuk maklumat lanjut tentang Meadow Gold, sila layari www.meadowgold.my

Kalau Terlepas Flight, Kan Dah Susah

Hi Korang,


Ini memang merupakan perangai buruk aku

Suker take anything for easy. Alah tak per, kira boleh jelah ni kan.. hah cam tu lah

Ni aku nak citer kejadian Isnin pagi lepas. Sape yang kaki stalker instagram aku memang tau citer dan bantai gelakkan aku kaw-kaw punye lah.

Pagi tuh, memang kene travel ke JB pun first flight.


Cam biasa arrangement semua dah buat on Sunday night, cuma kain baju je kemas pagi isnin tuh. Bangun kul 3.30pagi then kemas apa yang patut siap lap dapur, jalan kain kat washing machine dan sempat tengok Running Man latest series yang aku tape malam sebelumnya.

Brader taxi sampai kul 6.00pagi cam tu so kira cun lah sampai airport kul 6.40pagi. Lepas check in dan dropped bag terus masuk departure area. La nampak kedai kopi plak kan, ini memang kelemahan aku pepagi nampak kedai kopi of courselah mesti kena singgah dulu. Tengok jam ermm baru kul 6.50pagi so memang sempat benau pekena black coffee secawan kan.

Plan asalnya nak minum je nampak plak nasi lemak so terus order sekali memandangkan masa banyak lagi. Ok makan sambil teguk kopi 3-4 kali sambil main tepon, aku suker baca status orang-orang pepagi ni, mostly citer pasal breakfast, jalan jem, selfie dengan anak bagai kan.

Sekali announcement, di minta Cik Hadijah Mohd ke Gate A7 dengan segera. Aku cam blur aik nama aku tuh. Sekali tengok jam amik ko 7.30, terus berlari dari restoran tu ke Gate A7. Dah lama jauh bebenau memang tak cukup kaki berlari sambil bawak bag laptop yang berat tak henggat ni.

Dari jauh staff yang jaga kaunter tu dah panggil, Ni Cik Hadijah ke? Terus aku angguk je. Tinggal awak sorang je ni, nasib baik pintu belum tutup lagi. Terus berlari lagi untuk masuk flight. Sepanjang berlari tuh, petugas MAS asyik tu tanye ni Cik Hadijah ke kan, sampai depan pintu flight semua stewardess duk tanye ni Cik Hadijah ke, aduiyai segan sungguh. Passenger yang duk Business Class pun duk senyum-senyum pandang sampai ada brader tu cakap tak per diorang mesti tunggu punye so don’t worry. Terus merah padam muke.


Rupanya flight ke JB kosong pagi tuh, tak ramai orang sebab tu flight nak jalan lekas.

Sampai seat terus duduk cover malu kan hauhuahauhauahauhauau padahal dah cuak tadi kalau flight terlepas cam no kan…

Aku tahu memang diorang akan cari sampai dapat sebab aku dah check-in dan dropped bag pun kan. Ermm bayangkan kalau diorang tinggalkan aku. Huhuhuhuhuhu memang nangis tak berlagu kan. Yelah nak kena beli tiket flight baru, kena reschedule masa dan memang lagi benda akan tersangkutlah.

So please, lepas ni aku kena hati-hati lagi dan senantiasa beringat.

Ai jangan buat main menda ni kan, serik rasanya..