Tuesday, September 22, 2015

The Story 2015 Dari Generasi Bersatu Malaysia (GBM)

Hi Korang,

Masa cuti Hari Malaysia yang lepas, aku sempat ke majlis 'The Story' 2015 bertempat di Multimedia University Cyberjaya. Terima kasih Ilya atas jemputan istimewa ini.


The Story merupakan sebuah majlis yang dianjurkan bagi memberi inspirasi buat rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya generasi muda untuk berusaha dan berjaya dalam bidang yang ingin mereka diceburi.


The Story adalah sebuah insiatif oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan memberi tumpuan di dalam merangka penyelesaian kepada masalah sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang melalui pendekatan dengan idea yang inovatif. 


Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian kisah pengalaman dan perjalanan hidup penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Ikon persada seni tempatan dan antarabangsa yang telah menghasilkan lebih dari 20 buah album dan memenangi 200 anugerah di dalam dan luar negara ini berkongsi kepada para penonton kunci kepada kejayaan dalam mengejar impian sebagai seorang anak seni. Beliau juga turut berkongsi kisah suka,duka dan cabaran sebagai seorang anak seni di sepanjang perjalanan karier seni penuh warna-warni beliau.


Seterusnya para penonton dibawa terbang tinggi ke awan biru bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group. Individu yang amat disegani dalam bidang korporat dan penerbangan ini berkongsi tentang cita-cita dan kerjaya. Beliau telah kongsikan pelbagai pengalaman kerjaya beliau yang menjadi motivasi kepada perjalanan hidup beliau serta cabaran dan peluang di dalam bidang penerbangan.


Majlis seterusnya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4 untuk berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan hidup beliau. Bapa Pemodenan Malaysia, ini memberikan inspirasi kepada para penonton melalui pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.


Para penonton yang hadir turut diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga tokoh undangan mengenai pegalamann dan perjalanan hidup mereka dalam mengecapi kejayaan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada barisan penyanyi tempatan berbakat besar seperti Amanda Imani, Aiman Ismail dan Wanns Ahmad. Majlis turut mengundang Tya Arifin pesona bintang baru bidang lakonan dan nyanyian Indonesia untuk menghiburkan para penonton. 


The Story melengkapkan pengalaman para penonton yang hadir dengan persembahan istimewa daripada Ikon Pop Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin.


Sunday, September 20, 2015

Jom Ke 1 Utama Untuk Sambutan Bulan PLAY-DOH®

Hi Korang,

Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. 


Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf. 


Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! 




Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah. 


Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon. 

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia! 

Oh ya, bermula 21 ke 27 September bertempat di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, pengunjung tidak kira samada kanak-kanak mahupun orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® .


Karya boleh dalam bentuk ukiran, nombor ataupun huruf. Semasa anda semua mencipta yang baharu ataupun mencipta semula rekaan yang sedia ada. Ini sekaligus anda berpeluang menyertai kempen dari The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari, iaitu pada 26 September (Sabtu). Acara ni akan menyaksikan hasil rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® 


Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com

Thursday, September 17, 2015

Krim Jerawat Datang Bulan

Hi Korang,

Kemain lagi title entry ek..

hahahahha

Jangan ingat aku nak temberang ek, ini betul-betul ye dik non bukan main-main. 

Tengok ni

KRIM JERAWAT DATANG BULAN

Nama krim sangat straight forward kan, itulah aku sendiri rasa kagum gak ni hahahahha. Cam ne lah rupa dalam ye kan. Perasan tak, packagingnya sangat klasik tapi bukan Klasik Nasional yang radio tulah. 

Ok ok kasi aku cuba dulu, nanti aku share lagi ek