Thursday, September 3, 2015

Berkelah Di Bagan Lalang Beach, Sepang

Hi Korang,

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran..
Kau lari aku mengejar di antara debu rindu
Kita berduaaaaaaaa.....

Ewah kemain ek, bila pi pantai je mesti ingat lagu ni punye lah kan

sayup je nampak Avani Gold Coast Sepang tu ek

Ok project picnic ni memang tak plan langsung.

Walaupun jadi weekend wife ni, hidup tak tentu arah. Sekejap ke timur, sekejap ke barat, sekejap ke utara, kejap ke selatan sampai kengkawan aku ni cakap aku ni ada kuasa halimunan yang boleh travel sana sini ek. Ishkk melampau sungguh tuduhan itu...

Aku balik khamis malam lepas, terus Mr Big ajak pi beli barang-barang. Tak bawak apa pun, just ayam yang siap marinate, kentang untuk rebus dan sweet potato, jadilah daripada tak de. Barang-barang untuk BBQ memang dah standby ada so not too worry.

Tak jem pun nak ke Bagan Lalang pagi sabtu tuh, may be orang ramai duk turun KL sebab piket BERSIH4.0 agaknya, alah aku bukan kisah pun hal duniawi tu ek tak penting tu semua.

ni baru sebahagian barang-barang makan ek

mr BIg duk sibuk hidupkan dapur yang satu lagi ni

ais beli kat lori ais yang lalu lalang ni, senang

Sesampai spot yang biasa ktorang stay tu still kosong lagi. Hah terus keluarkan barang-barang selori tuh, bentang tikar, pasang khemah, keluarkan barang-barang makan ermm rasa macam Belanda dapat tanah la kan, ktorang yang duk conquer area tu je hahahaha

chicken wing tengah masak

tengok si Aakif ni pun makan gak

lamb ooo sedappp

Lepas dah siap masak dan makan bagai, ingatkan nak mandi laut ermm rupanya air belum pasang lagi, so berjalanlah aku sampai ke hujung pantai tu sekali. 

air belum pasang lagi



nampak betapa kuatnya angin time ni

Sayu je mata memandang, jauh wei berjalan tengah panas-panas tuh. Balik ke khemah terus je tidur dengan si budak Aakif ni ek. 


si terboba muka Aakif ni kan, senyum sket Kif

hah baru nak senyum ek

Petang sket bila air mula pasang, baru celup-celup badan main-main air dengan mandikan sekali Aakif ni, ingatkan dia takut air ermm hampeh. Lepas dudukkan dia dalam air terus tak nak bangun kan.. Biasalah bebudak pun kan..

Dah dekat nak maghrib gituh baru ktorang kuar dari Bagan Lalang tuh,.. Kengkonon nak tunggu sunset ermm terus terlupa sebab dek sibuk packing barang ek.

geng makan ais krim

Sekali sekala dapat lepak cam ne dengan family memang seronok ek...



Tuesday, September 1, 2015

Pembukaan Nelyz Couture Boutique Di The Strand Damansara

Hi Korang,

Hari tuh aku ada bagitau pasal grand opening Nelyz Couture Boutique kan? Hah yang tu lah. So sabtu lepas, majlis pembukaan butik pakaian muslimah tersebut di jayakan dengan kehadiran para media dan bloggers yang cukup happening. 


Jomlah tengok apa yang menarik pada petang tu ek.




Of courselah selepas je pendaftaran media, lepak-lepak dulu mingle around dengan owner Nelyz Couture dan para media yang lainnya sambil merasai hidangan minum petang yang sedap kan.

Ok sebelum tuh, meh intai beberapa koleksi jubah dan aksesori lain di Nelyz Couture Boutique ni ek







Sessi peragaan busana muslimah






Kemain cantik lagi koleksi jubbah diorang ni, sampai aku pun rasa cam tergoda nak beli kan.


Kemudian ada sessi perkongsian mengenai Gaza daripada artis jemputan iaitu Heliza Helmi.


Nampak! Tengok gambar-gambar dah boleh rasa kemeriahannya kan


Terima kasih diucapkan kepada owner Nelyz Couture Boutique kerana sudi menjemput kami dan juga blogger Ayu yang menyusun segala arrangement bagi kami para blogger ni kan.


Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram: @nelyz_couture 

Facebook page: nelyz couture

Official Website: www.nelyzcouture.com


Notes:



Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka 2015

Hi Korang,

Ye hari ni merupakan Hari Kebangsaan yang ke 58 bagi negara kita Malaysia

Dan genap jugak 5 hari aku tak menulis di blog ni, ye betul langsung tak de kesempatan untuk bukak blog apatah lagi nak menulis kan. Seriously masa mencemburui aku sungguh kan.

Rasa macam loser sangatlah ada blog tapi tak berupdate ek...

Enough of that..


Anyway aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 58 buat Malaysia, semoga lebih aman dan makmur walaupun sekarang ni kisah politik makin hebat kan hahahhaha

Walaupun negara kita dah merdeka tapi rasa-rasa kita ni merdeka ke tak ek? Ermm fikir-fikir kan la ek..




Selamat bercuti semuanya...