Monday, August 24, 2015

Fancy Cookies Ni Warna Warninya Rupanya

Hi Korang,

Nak kata tak reti masak, aku ni kira level amatur gituhlah bila bab masak ni.

Janji boleh makan udah ler kan.

Tapi baking-baking ni memang aku out sungguh lah, sebab aku malas nak duduk depan oven yang panas-panas tuh boleh cair mekap mak noks hahahhaha. 

Ini fancy cookies plak!


Ishk kawan aku la ni, si Cikgu Mariana ni. Rupanya dia ada buat kelas deco fancy cookies untuk budak sekolah ni. Apa kejadahnya la menda alah ni, bila tunjuk gambo then baru la aku tau kan. Yelah, zaman aku sekolah dulu memang tak de belajar menda-menda ni ek.


Fancy cookies ni merupakan biskut biasa yang di bakar cam tuh kan tapi nak bagi up sket level fancy cookies ni kita kenalah deco biskut comey ni. Oooo belajar mendeco la ni ek 

Cantik kan bila dah siap deco, warna warni dan tentu dapat pikat hati anak-anak nak makan kan


Cuba rasa sket.


Not bad, boleh tahan jugak ek

Berita baik untuk adik-adik yang nak sangat belajar atau parents yang suke nak mencungkil bakat anak-anak mereka dalam seni kulinari ni.... 


Art's Cool Studio akan mengadakan workshop 'Making ChefHat & Fancy Cookies Decoration' minggu depan. 

Details:
Date : 29th August 2015 (Saturday)
Time : 9am - 12pm
Venue : Tadika Khalifah Mursyid, 8-01, Jalan Kolam Air, Nong Chik Heights JB. 
Fee : RM40 per person

Apa lagi, meh cepat contact Teacher Anna di 019-7700807 untuk details dan booking ek... Jumpe nanti tau 

Saturday, August 22, 2015

Idea Menulis Jadi Hilang Dengan Tiba-Tiba

Hi Korang.

Oit cam beso je tajuk entry ni kan.

Bila blogger hilang touch untuk menulis, alamak jawabnya bungkus je laptop campak ke sungai hahahhaha..


Kenapa dengan tetiba idea boleh hilang plak ni, salah satu nye adalah:

1. Busy Tak Menentu

Memula idea tu memang banyak tapi di sebabkan kekangan masa terus jadi lupa apa nak tulis walaupun ada tulis note kat kertas dah tu kertas pulak hilang dengan tiba-tiba. Memang time busy tu kita ingat, lepas tu terus je hilang cam tu je. 

2. Fikiran Meracau

Abis tu kalau duk asyik fikir cam ne nak tambah pendapatan dengan blog, mane nak cari duit je manjang so idea nak menulis tu lesap lah. Kalau emosi tak stabil cam nak nak produce entry yang menyeronokkan untuk tambah pendapatan.

3. Malas

Ermm boleh jadi jugak, kalau asyik nak terbaring atas katil depan tv je kan, haruslah tak jadi keja. Nak melayan drama akasia, running man, movies kan hehehhehe

4. Bahan Menulis Ntah Di Mana

Cam ni, korang dah biasa amik gambar untuk bahan menulis entry di blog kan. Tup-tup cable camera or lens camera rosak so cam ne nak transfer gambar. Tak kan nak tulis entry makanan tapi tak de satu pun gambar kan. Tak syiok lah nak bagi readers baca. Tak per, amik gambar kemain beria-ria fokus sana sini, berdiri, mencangkung, sampai siap baring-baring amik gambar but kesudahannya gambar blur atau autofocus sesangat kan, dah satu gambar pun tak jadi. Tak ke sakit hati dan terus tutup laptop kan hhuhuhuhuhuhu

Itu baru 4 sebab punca idea menulis hilang kan. 

Nak senaraikan lagi kang berjela-jela pulak korang membaca sampai muntah mak ko ijau jadi nanti huahauhauhau. Korang pun mesti kekadang terkena sindrom writer's block ni so korang buat apa ek, cam ne korang atasi masalah ni.

Friday, August 21, 2015

Program ‘1 JAM MAKAN’ DI HYPPSENSASI HYPPTV

Hi Korang, 

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini melancarkan ‘1 JAM MAKAN’ progam gaya hidup dan ulasan makanan yang terbaharu dan pertama yang ditayangkan secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV. Episod pertamanya telah ditayangkan pada 16 Ogos 2015 dan program ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam.


‘1 JAM MAKAN’ diterbitkan oleh Friedchillies Food Network, penyedia kandungan tempatan sama yang telah membawakan saluran mengenai makanan dalam bentuk Video On Demand pertama di Malaysia di Saluran 838 HyppTV. Program ‘1 JAM MAKAN’ ini akan membawakan kepada anda tempat-tempat makan menarik di sekitar kawasan Lembah Klang, dari gerai-gerai di tepi jalan, kafe-kafe hip sehingga ke restoran-restoran menarik yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat. Dari pelbagai jenis hidangan yang terdapat di Restoran Sambal Hijau di Kampung Sungai Penchala sehinggalah ke pelbagai jenis manisan yang ada di kafe Jaslyn Cakes yang terletak di Bangsar dan kafe Miss Ellie Tea House di Taman Melawati. Dari hidangan klasik tempatan seperti nasi lemak di Selayang sehinggalah ke premis mocktail di Subang Jaya, pasti ada yang mampu memenuhi selera para penonton, dan memenuhi keinginan mereka terhadap pelbagai jenis makanan enak .


Program terbaru mengenai makanan ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM. Acara tersebut turut dihadiri oleh Emily Wee, Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, Mohd Adly Rizal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, FriedChillies Food Network, Honey Ahmad, Penerbit Eksekutif ‘1 JAM MAKAN’ serta Anita Woo dan Chief Eddie, pengacara bagi program ‘1 JAM MAKAN’.

Mengulas mengenai program terbaharu ini, Jeremy berkata,“Kandungan berkenaan makanan dan hidangan semakin menjadi perkara yang sering menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan rakyat Malaysia, ini juga merupakan program pertama di HyppSensasi yang telah diterbitkan oleh FriedChillies Food, pakar kandungan berkaitan makanan yang telahpun berjaya menganjurkan siri acara terkenal iaitu, ‘I Eat Nasi Lemak’ dan ‘I Eat Burgers’ di Kuala Lumpur. Kolaborasi bersama FriedChillies Network ini menggambarkan komitmen kami dalam mempromosikan kandungan tempatan dan menyokong pertumbuhan penyedia-penyedia kandungan tempatan.”

“Program ini turut boleh dinikmati pada aplikasi mudah alih kami, HyppTV Everywhere, dan anda boleh menontonnya ketika berada di luar rumah dan di mana-mana sahaja. Program terbaharu ini mempertingkatkan lagi himpunan kandungan menarik yang sedia ada di saluran HyppSensasi, saluran yang boleh didapati dalam penawaran HyppTV Aneka Pack pada harga RM31.80 sebulan tanpa caj tambahan untuk Definisi Tinggi (HD). Pakej ini juga mengandungi saluran tempatan dan Asia terbaik seperti Dunia Sinema, MNC, Sony Max dan banyak lagi,” tambah beliau.


Program eksplorasi dan informasi mengenai makanan ini, ‘1 Jam Makan’, telah menggabungkan dua orang hos yang ceria iaitu, Chef Eddie dan Anita Woo. Chef Eddie merupakan chef residen bagi FriedChillies Food Network dengan program masakan terkenal beliau, “Western Masak Sempoi” di Fried Chillies Food, saluran 838 HyppTV sementara Anita Woo merupakan seorang pembaca berita dan penyampai radio yang berbakat besar.

‘1 Jam Makan’ melangkah setapak lagi dengan menerbitkan mini dokumentari yang menampilkan usahawan makanan, pakar masakan, tukang masak dan perniagaan mereka dengan lebih terperinci. ‘1 Jam Makan’ akan membawa anda menerokai aktiviti pengusaha ikan air tawar, ladang sayur-sayuran dan kawasan ternakan ayam organik dan melihat dengan lebih dekat cara pembuatan ais krim, mentega kacang dan pelbagai jenis kuih muih tempatan. Bukan itu sahaja, program ini turut berkongsi beberapa resipi eksklusif! Penonton boleh mempelajari cara untuk membuat hidangan yang enak dengan cara yang mudah seperti penyediaan kambing bakar, roti bakar mentega kacang dan cara ringkas untuk membuat Kerabu Kacang Panjang.


HyppSensasi, kandungan hiburan tempatan pertama di HyppTV menawarkan kepada pelanggan HyppTV sebagai sebahagian daripada HyppTV Aneka Pek pada harga RM31.80 sebulan atau dalam bentuk ala carte pada harga RM6 sebulan. Saluran ini turut boleh dilanggan menerusi aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere untuk pengguna pelbagai peranti pada harga RM6 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv
dan 
lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).