Thursday, August 20, 2015

Dapat Jugak Makan Pizza Hut

Hi Korang,

Life aku kat site ni memang carca marba

Pegi keje gelap dan balik hotel pun gelap. Siang malam keja, mengadap laptop tak tentu masa. Even dah balik hotel pun sambung lagi buat keje kan. La keja blogging pun mesti jalan gak, sampai kengkawan aku cakap aku memang workaholic ek. hahahahha lantakla janji keja siap!

Memang tak sempat nak buat food review kat restoran di JB ni, tak de masa gak wei. Tapi adalah 3-4 restoran aku singgah but itu later ye. 

Dah 2-3 hari tekak ni duk ngidam nak makan Pizza. Walhal kedai PHD Pizza Hut tu, dekat benau dengan hotel kan. So biarlah dulu, nanti ada masa pi makan lah. Ishkk terbayang-bayang Deli Wings yang hitam pekat melekat tapi sedap tu kan, ntah apa bahan marinated yang diorang guna, aku still tak boleh nak agak lagi.

Nak di jadikan citer, ada visitor plak nak masuk site ktorang ni. So haruslah di berikan layanan istimewa, mana tau ade rezeki nak buat project dengan diorang pulak kan. Siapkanlah apa yang patut, material presentation, safety equipment dan memacam lagi. 

Tup-tup ada makan-makan pulak, dah tetamu datang kan. Haruslah kena bagi makan sedap-sedap sket, terus aku tanya admin korang ni nak sediakan makanan apa. What? Pizza Hut! yeah impian terlaksana la ek. Terus je amoi ni buat order secara online. hauhauhauhauahuahau best best best!

tukang order, online je senang sekarang ni

Sebab order lebih daripada RM300 so ktorang kena buat order online 3 kali.

kat kaunter nak bayar

orang-orang kuat makan

Settle je order, dalam tengahari cam tu ktorang pi collect. Memang convenience betul, sesampai je tengok nama kat screen yang order ktorang sedang dibuat, jadi kena tunggu jap. So apa lagi its selfie time kan.

lebih 15 kotak pizza yang ktorang order, belum termasuk side dish lagi ek

Sampai site, terus je prepare apa yang patut untuk visitor tuh.

lambakan pizza pelbagai perasa


muka orang happy dapat makan drummet

Once visitor punye settle, apa lagi teruslah ktorang open table kat bilik DC ni. Tolak document kiri kanan, kosongkan meja dan makannnn...

nampak tak atas document pun ada pizza gak

Ntah apa flavour pun aku tak tau, yang aku tau puas makan pizza dengan deli wings sekali dan tempura udang yang banyak. Makan makan dan makan sampai sengkih perut kan. Kira sepanjang hari tuh, kejap-kejap bebudak ni datang amik pizza makan kan. 

Terima kasihlah kat boss sado sebab banjer ktorang makan sedap ari ni kan, kira tertunailah hasrat dihati bak kata blogger kak ina KL hehehehhehehe

Ok chow!

p/s: so bebudak #BloggerKakiMakan bila kita nak pi serang pizza hut plak kan hahahha


Malaysian Volkswagen Bettle Club

Hi Korang,

Volkswagen Malaysia meraikan pelancaran model Beetle Club dalam satu parti eksklusif ‘Welcome to the Beetle Club’. Sebelum ini, para peminatnya berpeluang melihat Beetle edisi khas itu pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015.


Beetle Club memang menyerlah dari segi penampilannya. Daripada rim aloi Ravenna bersaiz 17 inci sehinggalah pelekat dengan tulisan ‘Club’ dan kemasan sisi bersama garis berwarna krom, model ini sememangnya bergaya. Pada ruang kabin, para peminat fesyen pasti gembira dengan jahitan berwarna oren (Calypso Orange), fabrik tempat duduk ‘Club’ yang eksklusif dan stereng dengan perkataan ‘Club’. 


Mengulas mengenai pelancaran Beetle Club, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller berkata, “Sejak ia berada di pasaran Malaysia 60 tahun lalu, Volkswagen Beetle berjaya mengekalkan reputasinya sebagai sebuah kereta ikonik. Kami akan terus mengujakan para peminat dengan membawakan model-model edisi terhad seperti ini kepada mereka.”


Beetle Club yang didatangkan dalam warna oren (Habanero Orange) ini boleh didapati pada harga RM152,888 seunit, terhad kepada 50 unit sahaja di Malaysia.


Turut dipamerkan di majlis yang sama ialah Jetta Club yang telah dilancarkan pada Mei lalu. Model ini dilengkapi sebuah unit utama multimedia dengan navigasi dan filem tinted, kini ditawarkan pada harga RM122,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my


Wednesday, August 19, 2015

Temui Juri & Para Peserta MASTERCHEF ASIA Secara Langsung Di Malaysia

Hi Korang,

Mesti ramai ternanti-nanti rancangan realiti Masterchef Asia yang bakal bersiaran di Channel Lifetime (Astro Channel 709) kan, ni ada berita baik untuk korang ni.


Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia yang ikonik dan temui juri-juri dan peserta-peserta yang mewakili Malaysia dalam rancangan masakan yang terhebat! Pada bulan Ogos ini, kenali mereka dengan lebih dekat lagi di acara terbuka di Mid Valley Megamall dan sertailah jelajah MasterChef Asia yang julung kali diadakan.

MasterChef Asia season 1 Contestants

Maklumat lanjut:

Pameran Dapur MasterChef Asia

Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa Duta Panasonic Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!

Audra Morrice, Susur Lee dan Bruno Ménard

Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia

Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja – MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!

MasterChef Asia season 1_Malaysian contestants

Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.

Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.


Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, layarilah http://bit.ly/meetMCA

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.