Wednesday, August 19, 2015

Temui Juri & Para Peserta MASTERCHEF ASIA Secara Langsung Di Malaysia

Hi Korang,

Mesti ramai ternanti-nanti rancangan realiti Masterchef Asia yang bakal bersiaran di Channel Lifetime (Astro Channel 709) kan, ni ada berita baik untuk korang ni.


Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia yang ikonik dan temui juri-juri dan peserta-peserta yang mewakili Malaysia dalam rancangan masakan yang terhebat! Pada bulan Ogos ini, kenali mereka dengan lebih dekat lagi di acara terbuka di Mid Valley Megamall dan sertailah jelajah MasterChef Asia yang julung kali diadakan.

MasterChef Asia season 1 Contestants

Maklumat lanjut:

Pameran Dapur MasterChef Asia

Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa Duta Panasonic Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!

Audra Morrice, Susur Lee dan Bruno Ménard

Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia

Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja – MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!

MasterChef Asia season 1_Malaysian contestants

Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.

Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.


Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, layarilah http://bit.ly/meetMCA

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.


REVIEW | SkinSoul SkinShield Travelling Set

Hi Korang,


Skincare travelling set? 

Ermm memang penting untuk semua pompuan kan, especially pompuan yang kaki travel cam aku ni kan. Tak kan nak bawak bottle skincare beso-beso tuh pi berjalankan. Kang beg berat plak, excess luggage kena bayo terlebih muatan plak.

So memperkenalkan SkinSoul SkinShield Travelling Set


Aku suka travelling set dari SkinSoul sebab dengan 5 cute produk ni cukup untuk menjaga kulit muka aku yang comey ni kan hehehehe 

Apa keistimewaan produk Skin Soul Skin Shield ni ek?
(aku taip dalam English ek, easy untuk korang lebih paham kan) 

1) It's made of a Japanese leaves called Ashitaba leave. It can revitalise your skin's youth, radiance and beauty! It is a leaves that contain 11 vitamins and 13 minerals and antioxidant that will improve your skin.

2) There are Daisy Flower Extract in all the product as well. Daisy flower is efficient for lightening and brightening the skin too!

3) And also the Swiss Glacier Water are used as the water base for all of SkinSoul's product. The natural and uncontaminated water from the Alps can increase therapeutic efficacy and reduce toxicities!

Apa yang terkandung di dalam SkinSoul Travelling set ni ek?
(aku taip dalam English ek, easy untuk korang lebih paham kan)  


1) Hydra-Purifying Cleanser
This cleanser is very compact, a few drops from it and mix it with water is enough to clean the whole face! It is very gentle and the skin won't feel very dry after cleansing. Cleanser packed with vitamins and minerals from the Ashitaba leave and mix with Swiss Glacier Water.


2) Hydrating, Energizing and Pore Refining Lotion
This lotion can be used as toner and it is very light-weight as well. You can apply it anytime throughout the day when your skin feels dry!


3) 12-in-1 Suncare Day Cream (SPF 50)
Also with minerals and vitamin from Ashitaba leaves. This cream can be used as normal foundation for the skin and it can blend in with any skin tone!


4) Light and Bright Serum
This serum is formulated with smaller molecules to penetrate into inner layer of the skin to fight against the aging skin! Normally can just apply around the eyes area to prevent wrinkles!


5) Night Cream
Just like the name of the cream, it's to apply during the night before you sleep. It will help regenerate your skin throughout the night! It's more recommended for older people, don't apply too much if your skin is considered as oily skin.

Lepas mencuba beberapa kali aku bawak pi travel, memang sesuai dengan kulit muka aku ni. Tekstur serum tu nampak cam berminyak tapi bila sapu kat muka, sekejapan je ianya meresap masuk ke dalam liang-liang kulit muka.

Not bad la aku rasa ek..


Traveling set ni berharga RM500 untuk kesemua 5 produk. 

Nanti nanti!

Jangan lupa tebus code #SSLILY dengan pembelian RM100 dalam single receipt dan berpeluang untuk mendapat travel set worth RM100 for free!

Jom singgah ke:-

SkinSoul Boutique 
Level LG077 
Mid Valley Shopping Mall

Website

Facebook


Tuesday, August 18, 2015

Aplikasi ‘TOUCHSTYLE’ Daripada Bank Rakyat Untuk Perbankan Pintar

Hi Korang,

Ada berita baik bagi semua...

Kini Bank Rakyat tampil dengan aplikasi telefon pintar iaitu “TOUCHSTYLE”.


Aplikasi terbaharu daripada Bank Rakyat ini boleh memudahkan kita untuk dapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat yang bercirikan mesra pengguna. Aplikasi ‘TouchStyle’ merupakan salah satu strategi digital oleh Bank Rakyat untuk meneroka pasaran baru khususnya dalam kalangan pengguna Gen Y malah ianya bakal menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah.


Dengan adanya aplikasi ini, akan membantu bank untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya dalam kalangan golongan muda.


Boleh tengok balance yang tinggal, lepas korang shopping tak henggatkan. Ermm itulah, so tak yah nak pi ATM check balance korang berapa kan


Tengok last year punye report pun boleh, kita boleh trace back our spending money tau

Ermm tak susah pun kan,

Just download di smartphone memasing, bagi pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun secara percuma aplikasi ini dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS.


Kalau rasa cam tak berapa faham lagi, boleh layari www.bankrakyat.com.my, FB dan Twitter Bank Rakyat @mybankrakyat dan sebarang pertanyaan sila hubungi talian Bank Rakyat di 1300 80 5454.

Senangkan!