Friday, August 14, 2015

Pasang DIAMOND Coral Water Filter Kat Umah Untuk Kesihatan.

Hi Korang,

Lately ni Nampak air paip kat umah aku ni cam ada keladak-keladak sket.

Macam hari tuh, balik kampung cuti lama so tutuplah paip depan tuh. Bila bukak je balik, hah amik ko keluar air cam warna karat bagai, so ktorang biarkan seketika until air tu bertukar jadi warna jernih balik. Ingat nak pasang water filter yang macam tong NGV kat depan balkoni ni, tapi nampak cam odd pulak dan lagipun leceh pulak installationnya, nak buat appointment bagai kan. So let it go dulu lah ye.

Kemudian tu perasan pulak iklan water filter DIAMOND Coral ni kat google, facebook bagaikan so terus terklik dan baca sket product description ni. Ermm not bad jugak ek, yang penting tak yah nak buat wiring bagai kan. So baca lagi then balik terus citer dengan Mr Big. Ermm rasa-rasa cam nak cuba pasang kat umah.

apa menda alah kotak putih ni kan, ermm

Mungkin sebab rezeki ktorang kot, ada plak offer untuk mencuba dan review sekali water filter DIAMOND Coral ni kan. So harus jangan lepaskan peluang, mesti kena cuba ni.

Ni aku citer sket mengenai Diamond Coral water filter ni ek

penapis air DIAMOND Coral

Penapis air DIAMOND Coral ni merupakan penapis air secara semulajadi (Refined Life Water (RLW) Technology) dengan menggunakan 100% bahan-bahan pembersihan semula jadi seperti diatomite, coral calcium, coconut shells and bamboo charcoal base activated carbon.. Sistem ini boleh membersihkan unsur-unsur berbahaya lebih seratus kali, dan ia boleh menghilangkan unsur radioaktif didapati di dalam air sambil menjaga bahan mineral yang penting di dalam badan manusia.

Pakar air Diamond telah menjalankan penyelidikan pelbagai ratus jenis bahan, bilion tahun yang paling berharga bijih mineral seperti Maifan mineral stones and tourmaline untuk mineral dan pemagnetan proses, menjadikan air biasa ke dalam air kehidupan. Air yang hidup adalah alkali dalam nilai pH, tulen dan sihat - membawa anda kejutan dari hari ke hari. Kami percaya bahawa halus Air Teknologi Life adalah teknologi penulenan air yang paling canggih dan mesra alam dikenali kepada dunia.

Lepas beberapa phone calls dan email mengenai project ni, kira dapat jugak orang installer Diamond ni singgah ke rumah, itu pun sehari sebelum raya. Bayangkan betapa kalutnya time tuh, dengan baru balik dari JB, pi Melaka pulak amik baju raya bagai. Sampai gak Uncle Jack ke rumah ktorang. Si #DakUban bukan main berlari pecut nampak Uncle Jack ni datang bawak kotak kelabu

Meh layan beberapa gambar masa installation hari tu ek. Mintak maaf gambo gegar sket coz laju betul Uncle Jack ni buat keja. Maklumlah banyak rumah nak pi pasang kan hehehhe

wayar getah paip kena ukur dulu kan

cucuk kat hujung belakang tempat kuar/masuk air ni dulu ek

filter mesti kena masuk dalam botol ni ek

inilah filternya

Tak sampai 15 minit dah siap pasang.

ini spare-parts yang kena guna masa nak bersihkan filter tau

Rupanya memang betul, langsung tak de wiring atau piping works untuk pasang water filter ni. Just sambungkan paip halus di belakang filter dan terus ke kepala paip sinki. 

nampak kepala paip yang comel ni kan, jap lagi kuar lah air

tada kuar dah air

Ada 2 tempat keluar air, satu untuk minum direct dan satu lagi untuk buat basuh pinggan mangkuk ke, sayur-sayuran, bahan-bahan masak dan lain-lain lagi.

wei ini kite punye lah, korang pi beli sendiri tau

Nanti lepas sebulan, aku akan ceritakan cam ne penapis air Diamond Coral ni dapat merubah kehidupan seharian ktorang ek.

So untuk nak tau lebih lanjut mengenai produk, promotion, giveaway atau pun contest korang boleh layari di social media yang berikut


DIAMOND Refined Facebook https://www.facebook.com/DiamondRefined

DIAMOND Refined Website 

Baguslah kita berubah ke arah kebaikan dan kesihatan semulajadi ek! :) 

Nantikan Pelancaran Butik Nelyz Couture di Kota Damansara

Hi Korang,

Its shopping time!!!

Tak lama lagi, Butik Nelyz Couture akan di buka di Kota Damansara tau..

Ada apa di Butik Nelyz Couture ni? Mesti ramai yang nak tahu kan. 

Mostly Nelyz Couture Boutique menawarkan fesyen terkini muslimah dengan design yang menarik serta harga yang berpatutan. Ada shawl, blouse, baju kurung, pants, dress yang cantik dan sesuai untuk semua golongan wanita. 

Wow wiii junior juice!! Huahauhauhua


Majlis pelancaran Nelyz Couture Boutique di The Strand Damansara pada hari Sabtu 29 Ogos 2015. Bermula pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Ermm pagi lagi dah bukak wokeh, ini yang lagi semangat nak pi ek.

Korang kena pastikan yang kena datang sebab 100 yang terawal akan mendapat T-Shirt Nelyz yang EXCLUSIVE. Selain itu korang juga akan dapat special discount 10% pada hari itu untuk semua pakaian dan shawl Nelyz. Ada lagi yang special untuk yang datang grand opening adalah kupon discount untuk pembelian selepas itu. Uishkk of courselah aku nak datang awal ni

Semua dijemput hadir ke

Grand Opening 
Nelyz Couture Boutique
Tarikh : 29 Ogos 2015 - Sabtu 
Masa : 11 pagi - 8 malam

Lokasi : 
36-G, Jalan PJU 5/21,
The Strand Damansara, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, SEL
0149622600

Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram @nelyz_couture 
Facebook page: nelyz couture
Official Website: www.nelyzcouture.com

Kita jumpa nanti di sana yeah!! Datang jangan tak datang…


Thursday, August 13, 2015

Melepak Dengan #BloggerKakiMakan di Nando’s AVENUE K

Hi Korang,

Aku kalau ada free time memang pi lepak dengan bebudak #BloggerKakiMakan ni ek.

Alah sesaje catch-up dengan perkembangan diorang kan, yelah memasing sibuk dengan aktiviti berblogging, #projek2015 kan, so inilah masanya


Kitorang saje pilih lepak-lepak kat Avenue K, of courselah restoran Nandos sebab teringin nak makan ayam katanya. So lepas keja, terus je berdesut ke mari ek.

Lately ni aku perasan restoran Nando’s ni makin lama makin cantik lagi unik

bahagian dapur yang cantik dan kemas tersusun

luaskan kawasan restoran di Avenue K ni

dengan budak waitress ni pun diorang duk kacau

tempat sos-sos yang cantik

yang ni sebelah depan plak, ramai kan orang

meja ni cun kalau duk dating berdua, romantik gituh

meja beso untuk yang datang reramai kan

pantang nampak cermin, terus nak selfie

MENU MAKAN MALAM NANDOS AVENUE K

Macam biasa, order ayam lah.

1/2 Chicken with 2 side dish. Ini hidangan diet katanya

Hot Chicken Wings with 2 side dish

1/2 Chicken with single side dish

Chicken Pita with 2 side dish

Tapi memacam ada gak menu lain yang ktorang order gak.

Chicken soup with garlic bread

Fries hidang panas-panas memang sedap ooo

Chicken Livers and Portuguese Roll

First time nampak gambar menu ni then Mr Big suruh order sebab nampak tempting sajor kan. Amik ko bila makan, ermm pedas-pedas sedap. Di makan sekali pulak dengan roti ala-ala Bengali ni memang terangkat.





Tengoklah diorang ni bile lepas makan terus je sambung mengupdate social media memasing, sangat-sangat social influencer tau.

wajib bergambo dengan diorang ni kan, maklumlah food blogger Malaysia yang tengah TOP sekarang ni. 

Korang kalau nak cuba makan di restoran Nando's kat Avenue K ni bolehlah kemari ek


Lot G-10, Ground Floor,
156 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
(03) 2181 1910

Dah, jom pi makan ek...