Tuesday, August 4, 2015

Bersenam Dengan JABRA Sport Coach Wireless

Hi Korang,

Ingin menikmati muzik kegemaran atau mendahagakan motivasi tambahan daripada jurulatih peribadi? 


Tidak lengkap aktiviti senaman anda baik burpee, lunge, plank ataupun cangkung tanpa bertemankan Jabra Sport Coach Wireless. Peneraju produk yang menawarkan solusi senaman wireless dengan bimbingan menerusi corong telinga beserta teknologi audio Dolby premium ini menjanjikan pengalaman senaman silang yang lebih menarik.

Seramai 81 peratus pengguna dilaporkan1 bersenam dengan muzik. Maka, Jabra Sport Coach memudahkan mereka mengecapi motivasi tambahan ketika bersenam. Dengan adanya teknologi Dolby Sound, pengguna dapat menikmati irama kegemaran menerusi prestasi audio terbaik melalui alat pendengaran wireless. Pendek kata, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam dengan khusyuk!


181% daripada 1328 responden kaji selidik pengguna Jabra, April 2014.

Sebagai produk gabungan muzik dan bimbingan senaman dalam bangunan pertama seumpamanya, Jabra Sport Coach inovatif ini adalah solusi audio untuk aktiviti sukan terkini daripada Jabra. Jabra telah menerajui bidang ini dengan memperkenalkan produk yang membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung buat julung kalinya menerusi produk pemenang anugerahnya, set alat pendengaran Jabra Sport Pulse Wireless. Menerusi Sport Coach Wireless, Jabra kini memperluas rangkaian produk audio sukan yang menawarkan solusi bimbingan melalui pendengaran. Malah, ia turut menyelitkan kehangatan trend terkini iaitu latihan silang dalam produknya. 


Berlatih bersama ‘Jurulatih Peribadi’

Direka untuk memenuhi keperluan golongan penggemar latihan silang, Jabra Sport Coach Wireless boleh mereka senaman mengikut kehendak peribadi berdasarkan lebih 40 jenis senaman sedia ada. Hanya menggunakan telefon pintar, aplikasi Sport Life boleh dimuat turun dan anda boleh mereka senaman peribadi serta mengikuti latihan audio waktu nyata melalui alat pendengaran yang unik. 


“Bagi kategori sukan, kami sentiasa komited untuk menghasilkan produk audio berinovatif demi memberi pengalaman bersenam yang lebih menarik kepada golongan penggemar sukan. Sasaran awal kami adalah golongan pelari. Kini, kami berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih baik untuk golongan penggemar latihan silang pula. Gabungan produk audio in-ear dengan biometrik adalah produk yang berpotensi besar,” kata ketua pegawai eksekutif Jabra, RenĂ© Svendsen-Tune.



Ciri-cirinya:

- Advanced Motion Sensor mampu merakam semua aktiviti dan prestasi data ketika anda berlari

- Aplikasi Jabra Sound hadir dengan teknologi Dolby® Sound Enhancement bagi merancakkan senarai pilihan lagu serta saluran YouTube anda

- Prestasi audio Stereo Tanpa Tali yang premium (A2DP)

- Mudah menjawab dan membuat panggilan

- Kawalan pada set alat pendengaran membolehkan panggilan dan muzik dikawal dari jarak jauh (AVRCP)

- Ultra ringan (16 g. / 0.56 oz.)

- Kalis peluh, debu dan tahan lasak untuk keadaan ekstrem. Diuji mengikut piawaian ketenteraan Amerika Syarikat dan hadir dengan perlindungan Gred Taktikal IP55

- Sambungan mudah dengan 2 peranti secara serentak menerusi Advanced Multiuse™ 

- Padanan mudah dengan peranti yang menyokong NFC

- Tempoh berbual dan menikmati muzik yang lama – tempoh berbual selama 5.5 jam/menikmati muzik, tempoh bersedia boleh bertahan sehingga 10 hari

- Boleh disepadukan dengan aplikasi kesihatan daripada jenama terkemuka lain bagi menyatukan data sejarah latihan

- 3 pilihan warna: Biru, Merah dan Kuning


Kini, Jabra Sport Coach Wireless boleh didapati di semua IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems pada harga pasaran RM649 setiap satu.

Monday, August 3, 2015

Kenangan 20 Tahun Terimbas Kembali Gara-Gara Pi Open House

Hi Korang,

Itulah bila time raya-raya ni banyak pulak open house kan, so timelah kita dapat jumpa balik kengkawan lama yang menghilang, menyepikan diri, tak nak jumpe semuanya ada kan.

Aku pun gituh gak kan.

nasi lemak makan panas-panas gituh tau

Since aku ni ala-ala ‘sirih pulang ke gagang' kat JB ni katanya so memang ramailah kengkawan masa sekolah jumpa balik. Kan kawan aku si cikgu Mariana tuh, kaedahnya mengajak aku pi rumah dia last week. Katanya ada makan-makan nasi lemak je, so aku pun haruslah pi sebab rezeki jangan di tolak dan musuh jangan dicari.

walaupun tak satu kelas tapi satu sekolah, kepala ting tong memasing ni tau

Sesampai je kemain bagai khemah depan pintu gate ek, la open house secara besar-besaran rupanya. Masuk-masuk je diorang laki bini tengah sibuk menyiapkan apa yang patut. So aku pun terus sising lengan baju then tolong diorang setup kann meja buffet. Siap import nasi lemak bersama tokeh sekali untuk goreng ayam panas-panas.
ni kawan sekolah SDARY, ingat lagi tau

ok makan untuk second round

Bila lepas maghrib tu, orang makin lama makin ramai datang.

Memang tak menang tangan sunnguh, aku dengan tuan rumah sekali kedepan ke belakang tambah lauk apa yang kurang. Sebab dia ni cikgu so memang ramai benau yang datang, anak murid, cikgu-cikgi, jiran dan kengkawan lama.

sempat selfie sambil tunggu ayam goreng kan

Time kengkawan lama datang nilah paling syiok kan, yelah kengkawan sekolah. Yang memang aku kenal dari kecik, dari hingusan sampai dah tua bangka sekarang ni. Masa nilah ktorang duk korek citer-citer lama, perkembangan terkini dan memacam lagi. Kuarlah balik citer skandal-skandal lama, ex BF kan hauhauhauahua. Memang gelak sakan di buatnya.

geng abang sado, kemain memasing kan

Seronoklah dapat jumpa balik kengkawan lama kan, at least dapat tahu jugak perkembangan memasing. Yelah bila dah berkeluarga ni, nak spend dengan kengkawan agak payah sket so time-time open house ni lah kita kena rebut peluang untuk jumpa diorang ni ek.

Kira macam open house ni ala-ala reunion gituh kan hehehhehehe

Sunday, August 2, 2015

DERMABLEND Corrective Cosmetic

Hi Korang,

Ada jenama baru untuk si kaki make-up mencuba ek

Sesiapa yang mahukan solekan yang tampil sempurna, semula jadi untuk melitupi apa saja pada kulit sama ada daripada kecelaan, bekas jerawat dan tatu sehinggalah kesan terbakar dan masalah perubatan, kini mampu bergembira kerana Kosmetik Korektif Dermablend boleh didapati di Malaysia.


Peneraju dunia dalam solekan korektif, Dermablend memberikan litupan kulit menyeluruh dan mampu melindungi secara menyeluruh pelbagai ketidaksempurnaan kulit menerusi asas lilin lebah semula jadi, memberikan solekan yang tampil semula jadi untuk wajah dan tubuh.

Diciptakan oleh pakar dermatologi, produk Dermablend bersifat bukan komedogenik dan sehubungan itu, tidak menyebabkan cela kerana ia membolehkan kulit untuk bernafas.

Kalis air dan tahan lama biarpun dalam cuaca lembap, Dermablend mudah digunakan dan sesuai untuk kegunaan setiap hari meskipun dalam iklim tropika.

“Kecelaan dan ketidaksempurnaan kulit boleh menjadi sesuatu yang sangat merunsingkan, terutama apabila ia berada pada wajah. Parut, kesan terbakar atau bekas jerawat boleh benar-benar menjejaskan keyakinan anda dan dalam sesetengah kes ekstrem, menyebabkan seseorang enggan meninggalkan rumah masing-masing. Produk Dermablend direka untuk melindungi dan melitupi ketidaksempurnaan kulit, memang sesuai meskipun untuk kulit paling sensitif dan sering disarankan oleh pakar dermatologi dan pakar kulit,” kata Diong Sing Peng, Pengarah Urusan Sibro (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar rasmi Dermablend di Malaysia.

Pada asalnya dirumus bagi bidang separa perubatan untuk membantu menutup ketidaksempurnaan yang serius, Dermablend kini diiktiraf kerana sifatnya yang versatil dalam pelbagai bidang yang secara umumnya termasuk fesyen, televisyen, seni dan pengguna. Malah ia juga sesuai untuk majlis perkahwinan dan acara khas kerana ia memberikan penampilan tanpa sebarang cela berjam-jam lamanya. 

“Rangkaian Dermablend sesuai untuk sesiapa saja sama ada mereka mempunyai masalah ketidaksempurnaan kulit atau sebaliknya. Bedak asas yang begitu legap (tidak ditembusi cahaya) ini boleh digunakan sebagai bedak asas harian untuk mereka yang mahukan solekan yang tampil unggul, sempurna dan semula jadi untuk menutup jeragat atau tanda lahir dengan solekan yang kekal sepanjang hari,” tambah Diong.

Rangkaian Kosmetik Korektif Dermablend boleh didapati menerusi pelbagai pilihan warna untuk disesuaikan dengan semua ton kulit daripada kulit cerah sehinggalah keperangan, dan boleh didapati di klinik estetik dan dermatologi terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari www.dermablend.com.my atau Dermablend Malaysia di Facebook. 


Dermablend Cover Crème (RM 183)

Dermablend Cover Creme merupakan krim bedak asas yang memberikan litupan menyeluruh, sesuai untuk menutup kecelaan kulit bersifat sederhana hingga masalah cela yang utama seperti parut, tanda lahir, hyperpigmentasi, vitiligo, kesan selepas pembedahan, lebam dan kesan terbakar.

Formula krim ringan ini mengandungi pigmen tulen yang tinggi untuk memberikan litupan penuh yang diyakini dengan sapuan akhir selembut baldu untuk penampilan tanpa cela yang tidak merekah.

Dengan spektrum meluas SPF30, bedak asas ini juga menyediakan perlindungan daripada sinaran matahari dan kalis air, menjadikannya sesuai untuk iklim di Malaysia dan di pantai.

Serlahkan penampilan dengan Dermablend Loose Setting Powder (RM 138) untuk mengekalkan litupan tanpa cela selama 16 jam. Ia juga tidak comot jadi anda dapat melakukan aktiviti anda dengan yakin dari pagi hingga ke malam. 

Dermablend Intense Powder Camo Foundation (RM 165)

Dermablend Intense Powder Camo Foundation menyediakan solekan dengan litupan sederhana hingga sepenuhnya dengan sapuan akhir yang lembut dan semula jadi. Bedak kompak semua-dalam-satu yang mudah digunakan ini mengurangkan kesan minyak pada muka dan meninggalkan kulit kelihatan lebih gebu dan lembut secara semula jadi. 

Tekstur yang boleh disapu berulang kali ini menjanjikan litupan sepanjang hari untuk kulit yang kemerahan, warna kulit tidak sekata, jerawat, tanda lahir dan jeragat. 

Dermablend Leg & Body Cover (RM 150)

Dermablend Leg & Body Cover merupakan bedak asas untuk badan yang menyediakan litupan solekan yang sangat legap dan menyeluruh, menjadikannya sesuai untuk menutup warna kulit tidak sekata, tatu, tanda regangan, urat varikos dan labah-labah, kesan terbakar dan parut. Rumusan ringan melembap yang dipertingkatkan dengan SPF 15 ini menghasilkan sapuan yang mudah dan sekata, menyerlahkan penampilan tanpa cela yang lembut selama 16 jam apabila ia digunakan bersama Dermablend Loose Setting Powder.