Monday, July 13, 2015

Pengacau Raya

Hi Korang,


Selalunya iklan raya mesti yang nak sedih-sedih je.

Yang suka sangat buat orang yang menonton tu menitik air mata. Kenapa mesti nak nangis kan? Mentang-mentang raya ni orang akan banyak mengisafkan diri so iklan pun kena sedih yang melampau kan.

Ishkk terus aku jadi malas nak tengok iklan raya ni.

But iklan ni unik sket, si 'Pengacau Raya'..

Aku memang suka sebab kelakar sangat, tak caya meh tengok nie


Kan?

Kan?

Kan?

Kelakar kan.

Kisah seorang suami mualaf yang excited nak beraya untuk pertama kalinya. Di sebabkan sikapnya yang over excited tuh, dia jadi pengacau raya. Walaupun tujuannya baik untuk membantu semua orang tapi semuanya tak menjadi hahahaaha

Korang tengoklah sendiri kan...

Ini merupakan iklan raya 2015 yang paling seronok aku tengok. Pandai sungguh script writer buat jalan cerita ek. Memang berjaya menarik hati aku betul.

Sebenarnya tukang cerita tu yang pandai main peranan bagi menjadikan jalan cerita tu lagi sedap hahahaha 

Nak balik raya... Nak balik raya...



Sunday, July 12, 2015

Shopping di JPO (Johor Premium Outlet) Kulaijaya

Hi Korang,

Weekend memang tak de buat apa pun kat JB ni.

Nak masak, ermm tak de dapur
Nak basuh baju, pi laundry sajor
Nak tidur, wei bosan tuh kan.

Sudahnya berjalan jelah.


Nasib baik sabtu lepas kawan aku Ita balik JB umah mak dia kan. So sempatlah ktorang outing pagi sabtu tuh. Aku heret sekali Cikgu Mar lah. Ktorang berempat termasuk Marissa (anak Cikgu Mar) dengan tak de arah tujuan terus ke JPO (Johor Premium Outlet), alah dekat je dari Skudai ni ek.

Sesampai je dalam kul 10.30am cam tu.


Orang belum ramai lagi, so dapatlah masuk ke semua butik kat sini. Tak yah nak tunggu beratur panjang kan. Masuk butik Coach pun tak yah beratur, lama gak kat dalam tuh. Memang sale giler sampai 60% tapi off season punya lah. 

cantik plak sling bag Victoria Secret ni kan

Ktorang masuk banyak gak butik beso-beso tapi butik Marc Jacob tu memang tempting sungguh, handbagnye even dah diskaun 50% but still RM2k lagi tuh. Sakitnya ku disini di dalam hatiku huahaauhau

Tak tau nak beli apa, singgah jelah beli baju, wrislet je


Tengah jalan-jalan tuh terserempak plak dengan Fafau alah DJ HotFM tuh. Sempat gak berselfie dengan dia, sporting sungguh kan. 


Actually bukan nak shopping sangat pun, saja nak chill out dengan old buddies kan. Maklumlah ktorang ni walaupun duduk dekat2 je kat KL tapi memang tak de masa nak jumpa langsung. 

So time lah masanya untuk catch up everything. Itulah kawan baik tak yah selalu jumpa pun tak per tapi keep in touch itu sudah semestinya kan...

Have a great weekend everyone...


Nak Joinlah Peraduan Ceria Raya Bersama F&N

Hi Korang,

Khas bagi mereka yang kaki contest!

Ada contest menarik dari F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd ni. 


Peraduan Ceria Raya Bersama F&N bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih daripada 1 juta Ringgit. Hadiah-hadiah yang disediakan termasuklah sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna), sebuah kereta sedan dan kediaman kontemporari di Shah Alam, Selangor bernilai RM1 juta! Terdapat juga hadiah-hadiah harian untuk dimenangi dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah menikmati pelbagai jenis minuman F&N pada Hari Raya ini!

Peraduan Ceria Raya Bersama F&N ini sungguh mudah untuk disertai. Anda hanya perlu melakukan empat langkah mudah berikut untuk menang besar!


1) Beli mana-mana produk F&N yang terlibat dalam peraduan ini. Jenama-jenama yang turut terlibat adalah 100PLUS, F&N Fun Flavors, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan Oishi.

2) Jawab 3 kenyataan 'BETUL' atau 'SALAH' pada borang penyertaan.

3) Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi anda.

4) Hantar penyertaan anda bersama-sama dengan Bukti Pembelian (tab tarik, label botol atau pek TetraPak jenama yang terlibat) dan hantarkan ke alamat:

Peraduan CERIA RAYA BERSAMA F&N
Peti Surat 8861, 
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46899 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Lima peserta akhir yang bertuah akan dipilih daripada penyertaan peraduan yang layak dan dijemput untuk mengambil bahagian dalam suatu acara pada bulan Ogos, di mana mereka akan melalui satu siri cabaran untuk memenangi lima hadiah utama yang hebat. Pemenang dipilih berdasarkan satu siri cabaran di acara tersebut dan diberi peluang di ‘pilih dan menang’ dengan kunci yang betul berpeluang memenangi Hadiah Utama. Pemenang berpeluang membawa pulang sebuah rumah impian 80' x 20' (ruangan binaan 2429 kaki persegi) yang terletak di kawasan perumahan prestij di Laman Glenmarie, Shah Alam Selangor bernilai RM1 juta!


Hadiah lain yang ditawarkan di acara akhir adalah: 

• Hadiah Pertama, sebuah Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000;

• Hadiah Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T bernilai RM63,000;

• Hadiah Ketiga, satu Set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65", 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000; dan

• Hadiah Keempat, iaitu wang tunai RM10,000.

Bukan itu sahaja – F&N juga akan memberikan lima (5) hadiah harian, iaitu wang tunai RM200 setiap satu, untuk 61 hari berturut-turut kepada pemenang bertuah!

Jadi, apa tunggu lagi? 
Sebarkan berita gembira perayaan dan anda semakin hampir untuk berpeluang memiliki rumah impian bernilai RM1 juta dengan peraduan Ceria Raya Bersama F&N!

Peraduan Ceria Raya Bersama F&N berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015. Borang penyertaan peraduan boleh didapati di semua kedai yang menyertai di seluruh negara dan boleh dimuat turun daripada laman web FNBM http://www.fnbm.com.my/