Monday, July 6, 2015

Rahsia Kuih Raya Semperit Jadi Sedap

Hi Korang, 

Pasal nak kuih raya jadi sedap, kemain cepat korang klik kan. 

Ni aku nak kongsikan sket bagaimana kuih semperit raya korang bakal jadi sedap, ranggup dan lazattttt… 

Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisi yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi. 


Mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah. 

Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi. 

Tanpa berlengah lagi, aku mempersembahkan resipi eksklusif Mentega SCS untuk menceriakan masakan dan menambat selera anda. Pakaikan apron dan cubalah resipi baru ini! 


Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Menguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.


Semperit "Kejutan Oren"

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Bahan-bahan :

200gm SC Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah

Cara Penyediaan :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Cappucino (adunan kopi dan kacang)

Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Nutty (Mentega Kacang)

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

Bahan-bahan :

200 gm SCS Mentega Bergaram
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji telur

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskna dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.


Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari Iaman Facebook SCS atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di Iaman Facebook kami.





Sunday, July 5, 2015

Buka Puasa Di Hotel Equatorial Melaka

Hi Korang,


Bagi korang yang hari ni tak tau nak pi berbuka kat mane especially korang yang ada kat Bandar Melaka tu. Meh sini aku nak kongsikan sedikit info mengenai tempat berbuka di Melaka ni


Di Hotel Equatorial Melaka ni, Executive Chef Mohamad Sharif ni bersama teamnya menyajikan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan menu antarabangsa bersama hidangan timur yang tengah IN sekarang ni kan. Lebih 200 jenis hidangan dihidangkan secara buffet harian yang mampu membuat korang lebih berselera kan. 



Untuk pengalaman makan Timur Tengah, para tetamu boleh memulakan dengan pembuka selera seperti Sotong dengan Mango Salad. Hidangan cara klasik salad mangga dengan gabungan mangga kuning rangup dan julienne sotong yang diperap dengan sos ikan, jus lemon dan tradisional Nyonya sambal belacan yang menggoda selera anda.



Untuk hidangan utama pula, korang tidak harus melepaskan seperti Udang Dengan Buluh. Para tetamu boleh menikmati udang goreng diperap dengan goreng pucuk buluh yang seimbang indah dengan sambal Melayu tradisional semasa makan malam mereka.



Untuk tetamu yang mencari masakan Melayu asli tradisional, Ikan Pari Assam Manga Muda (tumis Stingray dengan Spicy Young Mangga Sauce), dengan ikan yang crunchy, tumis dengan kunyit segar dan asam jawa buatan sendiri yang sempurna.

Harga buffet ramadhan di Phoenix Ballroom ni adalah

RM88nett untuk dewasa

RM44nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +06 282 8333 ext: 3331 atau email to grace.leong@mel.equatorial.com

Jom kita ke:

Hotel Equatorial Melaka 
Bandar Hilir, 75000, Melaka, Malaysia
Tel : 06-282 8333

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Kereta Volkswagen Baru Di Hari Raya Ni... ermmm...

Hi Korang,

Ermm kereta baru di hari raya ermmm (garu-garu kepala sekejap kan)


Dahlah tak de bayaran muka dan sifar kadar faedah dengan Volkswagen ermmm wow wow boleh di fikirkan lagi ni..

Hari Raya menjelang tiba, justeru, Volkswagen Malaysia hari ini melancarkan kempen Hari Raya - 0 bayaran muka dan 0 kadar faedah.




Menerusi tawaran ini, syarikat automotif Jerman tersebut menjadikan model-model terlarisnya - Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan - lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia. Para peminat Volkswagen kini boleh membeli sebuah kenderaan Volkswagen dengan 0 bayaran muka dan 0 kadar faedah, penjimatan sehingga RM48, 000.


Polo yang telah menerima penambahbaikan baru-baru ini sudah boleh didapati di semua pengedar Volkswagen mulai awal Mei 2015. Versi baharu itu menampilkan perubahan kosmetik. Ini termasuklah satu garis krom penuh gaya pada bahagian atas gril. Rekaan lampu yang kemas dan reflektor pada bampar belakang pula nyata meningkatkan aspek keselamatan. Manakala bahagian luarannya menyerlah dengan mesh horizontal bersama garis krom pada bawah grilnya. Ruang kabin Polo yang telah ditambah baik ini juga menerima dua bentuk perubahan. Ia melibatkan satu garis berwarna perak yang melengkapkan penampilan konsol tengah. Stereng dan kluster meter pula hadir dengan rekaan yang lebih bergaya, mudah dan selesa untuk digunakan.


Berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, "Hari Raya merupakan musim perayaan yang paling diraikan oleh umat Islam dan juga umat agama yang lain di Malaysia kerana ia merupakan musim perayaan di mana orang ramai akan pulang ke kampung halaman untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kempen ini bermatlamat menjadikan jenama ini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia yang mahukan prestasi yang mampu ditawarkan oleh kenderaan kami.

"Bersama-sama rakyat Malaysia, kami ingin membantu menjadikan perjalanan pulang ke kampung sebagai satu pengalaman yang hebat."


Aspek keselamatan amat penting buat kenderaan Volkswagen. Semua enam model yang terlibat dalam kempen ini memiliki ciri keselamatan terbaik. Jetta, Passat dan Tiguan misalnya menawarkan aspek keselamatan luar biasa dengan enam beg udara. Kenderaan Volkswagen juga dilengkapi cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), sistem brek anti kunci (ABS), kawalan jarak parkir dan peranti elektronik yang mampu melumpuhkan enjin kenderaan. Semua ciri ini pasti memberi ketenangan minda kepada pemandu dan dan penumpang.


Tiguan hadir bersama sistem pengesan keletihan/mengantuk yang akan memberi amaran sekiranya mendapati pemandu sedang mengantuk. Ia turut didatangkan dengan Electronic Stability Control (ESC) yang dicipta untuk menghalang berlakunya masalah understeer atau oversteer sewaktu mengambil selekoh. 







Kempen sifar bayaran muka dan kadar faedah ini berlangsung di semua pengedar Volkswagen di Malaysia mulai 1Jun hingga 31 Julai 2015. Pelanggan yang menempah kenderaan pada Karnival Jualan Volkswagen yang diadakan selama tiga hari mulai 12 hingga 14 Jun 2014 di Setia City Mall bakal menerima baucar petrol bernilai RM500 secara percuma.


Promosi pembiayaan tanpa faedah boleh didapati menerusi lima bank yang mengambil bahagian - Affin Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my