Wednesday, July 1, 2015

Belajar Mengenai Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak Di Dalam Kereta

Hi Korang,

Sebelum puasa hari tuh, sempat jugaklah aku hadiri short workshop mengenai keselamatan penunmpang kanak-kanak apabila berada di dalam kereta.

Of courselah tajaan Volkwagen Malaysia kan, aku kan kesayangaan diorang. Ewah perasan plak kan. hahahaha




Volkswagen kini menjalin kerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menjalankan modul latihan keselamatan penumpang kanak-kanak (CPS) di 280 pusat penjagaan kanak-kanak diseluruh negara. Latihan itu bermatlamat meningkatkan aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dan disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.



Pada bengkel Keselamatan Penumpang Kanak-kanak yang dianjurkan untuk media dan kakitangan Volkswagen pada hari ini,Pengarah Sumber Manusia Volkswagen Malaysia, Puan Sharifah Salmah Syed Harun berkata, "Ramai ibu bapa beranggapan cara paling selamat untuk membawa bayi adalah dengan meriba di pangkuan mereka. Jadi, bukan perkaraasing jika kita melihat kanak­ kanak diriba oleh ibu atau bapa masing-masing. Kami percaya bahawa amat penting untukmendidik orang ramai tentang betapa seriusnya perkara ini. Matlamat kami adalah untuk menukar set minda dan membantu para ibu bapa supaya mengambil langkah sewajarnya demi memastikan keselamatan anak mereka ketika berada di dalam kenderaan."

Child Restraint Selection Timeline

Di Malaysia sahaja, lebih 4oo,ooo kemalangan jalan raya direkodkan pada tahun 2012 dan kanak-kanak tidak terkecualidalam statistik yang mengejutkan ini. Menurut laporan MIROS pada tahun 2011, kanak-kanak merupakan kumpulanpertama dan kedua yang maut akibat kemalangan. Ia melibatkan kanak-kanak berusia 1-4 tahun (43.8o/o) dan 5-9 tahun(30.2o/o)


"Kami yakin bahawa modul latihan ini akan memberi inspirasi, menggerak dan mengukuhkan langkah-langkah pencegahan kerana ia melibatkan pusat penjagaan kanak-kanak sebagai agen perubahan di komuniti masing-masing. Latihan ini juga bakal memperkasa dan mendidik kakitangan pusatpenjagaan kanak-kanak tentang peranan mewujudkan kesedaran serta melindungi anak didik mereka," kata Sharifah.





Menerusi kempen ini, para jurulatih CPS dari rangkaian PPBM akan melatih para pengendali pusat jagaankanak-kanak untuk mendidik kira-kira 28,ooo ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak dengan betul bagi mengelakkan kecederaan dan kematian.


Selain menjalankan model latihan CPS, Volkswagen Malaysia juga akan menyumbang sebanyak 200 unit tempat duduk keselamatan Volkswagen dan 1o,ooo salinan kad keselamatan jalan raya yang lengkap kepada PPBM. lni bagi menyokong usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai isu terbabit.

Monday, June 29, 2015

Terglamer Pulak Di Astro AWANI Gara-Gara #SBByeos2015

Hi Korang,


Aku tau
Aku tau 
Aku salah

Sebab belum citer lagi pasal Sepetang Bersama Blogger #SBByeos2015 yang lepas. Betul ko, memang aku takde masa langsung nak tulis kan walaupun draft suku perenggan dah siap lama dah.

Memang dasar pemalas punye blogger tau.. hahahaahha

Tup-tup harituh, bebudak ni lah sibuk TAG nama aku kat facebook pasal #SBByeos2015 ni.

La kenapa pulak kan, sebab aku tak update entry siap kena TAG bagai ke, ishkk melampau sungguhlah diorang ni. Mentang-mentanglah group aku kalah, korang duk bantai memain TAG pulak ek. 

Rupa-rupanya muke mak masuk tv noks! hahaaha

amik dari FB Sheda Ucu 

Astro Awani lagi kan, itulah si budak wartawan Hilal Azmi tu datang time SBB tuh. So dapatlah ktorang tumpang glamer sket kan. 

Nak tengok video youtube ni ek


Hah rasanya melambak-lambak muka aku kan hahahahaha tapi semuanya dalam keadaan serius je asyik dengan telefon je kan. Dah memang ye pun, kena update social media sepanjang waktu so tepon kat tangan jelah 

Apa-apa pun terima kasih kepada Astro Awani kerana sudi cover event #SBByeos2015 ni kan dan juga tahniah kepada team Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan majlis yang best untuk bloggers ni kan.

Hopefully jangan #SBByeos2015 jadi #SBB yang terakhir ye...

Demonstrasi Memasak IDEAL® bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

Hi Korang,

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian pengunjung Tesco Extra Mutiara Damansara baru-baru ini.


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL® sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL® Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL® .”

“Sebagai anak jati Negeri Sembilan yang mempunyai pendedahan dalam bidang patisserie dengan institut Le Cordon Blue di Paris, saya sentiasa mencari idea untuk menerapkan unsur kreatif dalam masakan saya. Matlamat saya ialah untuk menyajikan ciptaan yang lazat dan menepati cita rasa Malaysia, tetapi dengan sentuhan tersendiri. Seperti Lempeng Butterscotch dengan Strawberi yang saya sediakan hari ini, saya mendapat inspirasi daripada Penkek Barat dan mengubah suai resipinya supaya menjadi lempeng kegemaran tempatan. Perbezaannya ialah saya menggantikan Karamel yang biasa digunakan dengan Gula Melaka yang digandingkan dengan IDEAL®. Untuk menambah kelazatan dan menyempurnakan manisan ini dengan penuh berkrim, saya sudah tentu gunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®,” tambah Dato’ Fazley. 


Memandangkan musim perayaan akan tiba tidak lama lagi, Dato’ Fazley berkata, “Saya gemar menyediakan juadah istimewa untuk menceriakan keluarga dan tetamu yang datang bertandang rumah. Puteri Mandi ialah contoh manisan yang akan saya sediakan khas dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, untuk menggantikan santan, bagi menambah rasa penuh berkrim dan aromanya. Saya menghargai detik-detik kita dapat berjumpa dan bersantai sambil menikmati keenakan juadah dan mengeratkan silaturahim. Lebih bermakna lagi jika kita dapat berkumpul untuk menyambut ketibaan Syawal memandangkan pada waktu lain saya sibuk dengan pelbagai tugas saya.”


Mengulas mengenai kerjasama dengan Dato’ Fazley, Ketua Kategori, F&N Dairies, Cik Eileen Chan berkata di acara tersebut, “Dengan IDEAL®, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan hidangan sempurna yang dihidangkan dengan penuh cita rasa dan menyerlahkan daya kreatif untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan sahabat handai. Dato’ Fazley sememangnya seorang chef yang inovatif. Kami amat menghargai bakat dan komitmennya untuk menetapkan piawaian baru dalam santapan yang menambat selera.” 


IDEAL® bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak di pasar raya Giant Batu Caves Mall dan Mydin USJ Mall sejak awal Jun 2015 untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL® sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila layari www.fndairies.com.