Monday, June 29, 2015

Terglamer Pulak Di Astro AWANI Gara-Gara #SBByeos2015

Hi Korang,


Aku tau
Aku tau 
Aku salah

Sebab belum citer lagi pasal Sepetang Bersama Blogger #SBByeos2015 yang lepas. Betul ko, memang aku takde masa langsung nak tulis kan walaupun draft suku perenggan dah siap lama dah.

Memang dasar pemalas punye blogger tau.. hahahaahha

Tup-tup harituh, bebudak ni lah sibuk TAG nama aku kat facebook pasal #SBByeos2015 ni.

La kenapa pulak kan, sebab aku tak update entry siap kena TAG bagai ke, ishkk melampau sungguhlah diorang ni. Mentang-mentanglah group aku kalah, korang duk bantai memain TAG pulak ek. 

Rupa-rupanya muke mak masuk tv noks! hahaaha

amik dari FB Sheda Ucu 

Astro Awani lagi kan, itulah si budak wartawan Hilal Azmi tu datang time SBB tuh. So dapatlah ktorang tumpang glamer sket kan. 

Nak tengok video youtube ni ek


Hah rasanya melambak-lambak muka aku kan hahahahaha tapi semuanya dalam keadaan serius je asyik dengan telefon je kan. Dah memang ye pun, kena update social media sepanjang waktu so tepon kat tangan jelah 

Apa-apa pun terima kasih kepada Astro Awani kerana sudi cover event #SBByeos2015 ni kan dan juga tahniah kepada team Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan majlis yang best untuk bloggers ni kan.

Hopefully jangan #SBByeos2015 jadi #SBB yang terakhir ye...

Demonstrasi Memasak IDEAL® bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

Hi Korang,

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian pengunjung Tesco Extra Mutiara Damansara baru-baru ini.


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL® sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL® Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL® .”

“Sebagai anak jati Negeri Sembilan yang mempunyai pendedahan dalam bidang patisserie dengan institut Le Cordon Blue di Paris, saya sentiasa mencari idea untuk menerapkan unsur kreatif dalam masakan saya. Matlamat saya ialah untuk menyajikan ciptaan yang lazat dan menepati cita rasa Malaysia, tetapi dengan sentuhan tersendiri. Seperti Lempeng Butterscotch dengan Strawberi yang saya sediakan hari ini, saya mendapat inspirasi daripada Penkek Barat dan mengubah suai resipinya supaya menjadi lempeng kegemaran tempatan. Perbezaannya ialah saya menggantikan Karamel yang biasa digunakan dengan Gula Melaka yang digandingkan dengan IDEAL®. Untuk menambah kelazatan dan menyempurnakan manisan ini dengan penuh berkrim, saya sudah tentu gunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®,” tambah Dato’ Fazley. 


Memandangkan musim perayaan akan tiba tidak lama lagi, Dato’ Fazley berkata, “Saya gemar menyediakan juadah istimewa untuk menceriakan keluarga dan tetamu yang datang bertandang rumah. Puteri Mandi ialah contoh manisan yang akan saya sediakan khas dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, untuk menggantikan santan, bagi menambah rasa penuh berkrim dan aromanya. Saya menghargai detik-detik kita dapat berjumpa dan bersantai sambil menikmati keenakan juadah dan mengeratkan silaturahim. Lebih bermakna lagi jika kita dapat berkumpul untuk menyambut ketibaan Syawal memandangkan pada waktu lain saya sibuk dengan pelbagai tugas saya.”


Mengulas mengenai kerjasama dengan Dato’ Fazley, Ketua Kategori, F&N Dairies, Cik Eileen Chan berkata di acara tersebut, “Dengan IDEAL®, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan hidangan sempurna yang dihidangkan dengan penuh cita rasa dan menyerlahkan daya kreatif untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan sahabat handai. Dato’ Fazley sememangnya seorang chef yang inovatif. Kami amat menghargai bakat dan komitmennya untuk menetapkan piawaian baru dalam santapan yang menambat selera.” 


IDEAL® bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak di pasar raya Giant Batu Caves Mall dan Mydin USJ Mall sejak awal Jun 2015 untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL® sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila layari www.fndairies.com.

Sunday, June 28, 2015

Festival Buffet & BBQ Di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Lama pulak tak citer pasal makan-makan di hotel kan.

Ini ada promo makan sedap di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel KL ni. 


Alunan muzik esotik band gamelan bakal menyambut kedatangan korang ke Buffet Perayaan yang menawarkan himpunan pelbagai hidangan makanan tradisional Melayu sebagai tambahan kepada Cina, India, Jepun, Itali dan hidangan barat yang lain.


Sebahagian daripada buffet perayaan tersebut, terdapat juga hidangan yang bertema barbeque (BBQ) di café ni. Pilih je pelbagai jenis makanan yang di gril daripada tiram berair panggang atas api atau Ayam Percik mengeluarkan aroma yang haru, kerana ianya di panggang atas api.

Kambing golek menjadi hidangan highlight bagi buffet ni. Ianya dihidangkan sekali bersama nasi beriani berempah, kentang panggang, sayuran segar dan sos rosemary yang dicicah dengan daging kambing tersebut.

Ada lagi menu special ek seperti Ikan Pari BakarAsam Pedas dan juga hidangan lemang macam Lemang Pulut, Lemang Pulut Hitam dan Ketupat Palas dengan daging lembu, ayam atau serunding ikan. Ada juga Kari Kepala Ikan dan Beef Rib bersama Mild Curry Sauce di masak secara slow cooked, Daging Batang Pinang Masak Hitam, Udang Harimau Masak Rendang Pedas, Sambal Sotong and Bubur Lambok.

Harga ‘Festive Buffet’ di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel ni adalah

RM155nett untuk dewasa dari Ahad - Jumaat 

RM77.50nett untuk kanak-kanak 

Dan pada hari sabtu ‘Seafood Night’, harganya adalah

RM188nett untuk dewasa 

RM94nett untuk kanak-kanak 

Untuk tempahan dan info lanjut boleh hubungi (03) 2074 3900 atau email restaurantreservations.slkl@shangri-la.com atau pun layari www.shangri-la-specials.com.

Jom kita ke:-


Lemon Garden Cafe
SHANGRI-LA Hotel,
11 Jalan Sultan Ismail, 
Kuala Lumpur, 50250, Malaysia
Tel (60 3) 2032 2388
Fax (60 3) 2070 1514

Tak pun, klik je LINK TEMPAHAN MEJA ni untuk booking table ek hehehehe