Friday, June 26, 2015

Buka Puasa Beramai-Ramai Memang Seronok

Hi Korang,

Biasalah bila puasa di perantauan ni cam ni. 

Kalau tak de jemputan buka jawabnya buka kat hotel sengsorang jelah kan hahahhaha

ayu je anak dara buat keje kan

Semalam, kawan aku Cikgu Mariana tu jemput datang umah untuk buka puasa. Aku pun ok jelah sebab tak de apa nak buat kan.

Sesampai je umah dia, dah ramai orang. Ishk kenapa pulak ni kan.

Rupanya ada majlis berbuka beramai-ramai bersama anak murid dia sempena harijadi anak dia tuh kan. Dah lah aku tak bawak apa-apa pun kan, ishkk segan pulak di buatnya. Diorang ni dah pakat-pakat buat potluck rupanya. So sumbang tenaga jelah, tolong dia siapkan makan jelah settle.

cikgu masak siput sedut ni, ya ampun marbeles

roti jala warna warni

sedap kan, roti jalan bersama kari ayam

birthday cake minion comel

Mewah kan makanan, itu baru sket je. Aku tak sempat nak snap gambo-gambo makanan ni lah.

ramai kan, seronok

melambak-lambak makanan kan

Meriahkan berbuka beramai, seronok lagi dapat makan macam-macam. Siap ada birthday cake lagi.

Ermm Alhamdulillah..


Terima kasih tuan rumah ye, semoga di murahkan rezeki yang lebih banyak lagi...




Buat IPL Facial Treatment Di TRUE HARMONY Spa, Putrajaya

Hi Korang,


Kan hari tu aku ada citer pasal buat treatment buang bulu ketiak guna mesin IPL ni, so hari ni ada sambungannya lagi ek. 

Untuk facial muka ni, aku memilih untuk anti-aging treatment.

Biasalah umur dah meningkat ni, kenalah jaga kan. Hehehehhe macam tua sangat plak rasanya :-0 

cam biasa, analisis kulit muka dulu

Ni mesti kena buat dulu, isi borang apa yang patut dan jawab a few questions about ourself, kemudian analisis kulit muka dulu macam treatment yang dulu aku pernah buat. 


Jangan lupa minum the goji berry dulu ek

double cleanse dulu ek


Kita mulakan dengan cleansing muka, bukan sekali ye cleanse tapi 2 kali yelah bagi memastikan betul-betul bersih. 


Kemudian, muka di sapukan sejenis cold cream di sapu pada muka sebelum IPL treatment muka dimulakan. 


Actually mesin IPL ni memang banyak function, selain daripada buang bulu-bulu roma, ada juga function untuk memulihkan kulit muka daripada parut-parut jerawat dan mencerahkan muka. So terus je therapist aku Huda buat treatment IPL di muka ni. Kena tutup mata ek, sebab silau lampu dari mesin tu kuat gak. So aku bantai tidur jelah.

sebelum treatment

selepas treatment

Itulah hasilnya, memang nampak perubahan pada sekali treatment. Baru sekali tuh, kalau tiap-tiap minggu buat memang cantik ooo

Kalau korang interested nak ke mari, bagitau aku ek sebab aku ada voucher yang nak di berikan. Nanti komen je, cakap korang nak cuba buat treatment di True Harmony Spa ni tau.

True Harmony Spa Putrajaya
No.83, Jalan Diplomatik Presint 15,
Putrajaya.

Tel: +603-8890 4833, +6019-370 4833




Boleh datang buat skin analisis dulu dan discuss pasal pakej yang bersesuaian dengan rawatan yang korang nak buat.



Thursday, June 25, 2015

Murtabak CHEESE, Sedap Tuh

Hi Korang,

Di sebabkan bulan puasa tahun ni diperantauan so coverage untuk buffet hotel tak de la ek

huhuhuhuhuhu

Alah tak per, tahun depan kalau ade lagi PR or Marcomm yang ingat lagi dengan Cik Lily Putih confirm dapat jemputan lagi kan, bagi bebudak #BloggerKakiMakan cover jelah. So cover bazaar ramadhan jelah, seronok jugak tau.

Banyak makanan yang unik-unik ada kat bazaar ramadhan ni, part ni hotel tak leh nak lawan la coz cuma boleh dapat kat gerai-gerai macam ni je.

Semalam aku cuba beli dan makan

MURTABAK CHEESE

Aku ingatkan mula-mula hanya ada cheese dan bawang je dalam tepung yang balut murtabak tuh. Sekali ko amik. Selain cheesenya yang meleleh, ada jugak daging banyak dan berketul

sampai terkeluar cheesenya

actually ni sebelah je, tak larat nak abiskan

Saiznya ya ampun sangat besarrrr sesuai makan berdua sebenarnya dan yang paling penting harganya hanya RM4.00 je. Murahh tuh! Aku pun terkejut masa bayar tuh

Ok citer makanan lain pulak ek..

Selamat Berpuasa semuanya...