Monday, June 22, 2015

COMFORT Dan Saya Memang Tak Dapat Di Pisahkan

Hi Korang, 


Seharian berjalan memang seronok.

Lebih-lebih lagi kalau melepak dengan kengkawan berborak sakan tak kisah lah kat mana pun, kedai makan ke, mamak ke, gerai tepi jalan ke, food court ke kan. Janji ade tempat nak lepak katanya. 


Sudahnya bila sampai umah, bukak baju ermm memacam bau ada duk melekat. Eeee dah macam bau apa pun tak tau kuatnya tak tahan oooo. 

Pastu lalu kawasan kaum Adam banyak merokok pulak, lagilah bau melekat kat baju. Fuh! Sakit hidung bau baju sendiri. 

Kalau basuh setakat guna sabun basuh baju biasa, memanglah bau ada hilang tapi kesegarannya cam no pulak? tengok baju cam tak ceria je pulak. Mestilah kena letak pelembut fabrik pekat atau orang kita panggil fabrik softener kan.... 

Sebab tulah aku memang pencinta setia COMFORT ni. 


La COMFORT pun tak tau ke? 

Pelembut fabrik pekat lah yang korang letak sekali sabun basuh baju dalam washing machine tu. Aiyo itu pun tak tau, berapa lama dah tak basuh baju ni hehehehhe joking lah. 

Hi citer sket pasal COMFORT ni ek. Mungkin ramai yang tak tau, pelembut fabrik pekat Comfort ni mempunyai kelebihan 5-dalam-1 tau. Jangan main-main woo… Pelembut Comfort melindungi pakaian kita daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh sebab Comfort ni dilengkapi dengan teknologi NCAP. 

Lepas ni lalu kedai mamak ke, lalu depan perokok-perokok tegar seMalaysia ke, lalu tepi jalan kereta penuh asap ke, dah tak kisah dah. Bau kita tetap harum semerbak. 

Tambah-tambah lagi, bila ada teknologi NCAP tu, Comfort memastikan kesegaran dan keharuman berpanjangan buat pakaian kita sehingga 14 hari ! Amik ko 14 hari tuh. Lama kan.

Hebat kan penangan Comfort ni ?



Aku kalau setiap kali basuh memang tak lepas letak Comfort softener ni. La menda wangi of courselah mana boleh lupa kan. Lagi pulak tak yah letak banyak pun, ikut berapa banyak baju yang korang nak basuh. Aku selalunya guna setengah penutup botol Comfort tu je. 

tengoklah #DakUban pun suka dengan Comfort tau

Ya ampun, memang wangi bebenau sungguh lah. Makin lama makin seronok nak basuh baju, sebab wangi dan rasa segar kan. Lepas tu diorang ni ada jugak variant untuk anti-bacterial, botol warna putih tuh, yang untuk baby2 yang sensitif kulitnya. Sesuai juga untuk aku, kan, kulit aku pun sensitif jugak (hahaha saja je, jangan percaya pulak). Alah korang check it out kat supermarket nanti la ek.

Baru-baru ni, Comfort dah menjalin kerjasama dengan gedung Ariani, di mana Galeri Ariani disegarkan dengan keharuman berpanjangan Comfort yang menjanjikan penampilan wanita sofistikated. Ini pertama kali dalam sejarah tau! 


Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.

Comfort dengan Ariani ada hasilkan video kelakar untuk tontonan korang. Meh, check it out video Comfort ni ek


Kelakar kan video ni, aku sendiri pun tergelak-gelak tengok. Tapi itulah hakikatnya yang kita sendiri tak perasan. Korang kalau nak check it out boleh layari laman Facebook Comfort.

Baik, guna Comfort Ultra lepas ni ek.

Ada berita baik bagi pengemar tudung dan selendang ARIANI ni ek, baca betul-betul

Korang boleh dapatkan 1 sachet Comfort Ultra secara PERCUMA di ke semua butik Ariani bermula dari 24 April hingga 30 Jun 2015. Lepas tu, kalau korang memang pengguna Ariani tegar, korang boleh dapatkan RM20 voucher diskaun daripada Ariani dengan hanya tunjukkan resit pembelian sebarang produk Comfort daripada 1 April hingga 31 Julai 2015.

Ada lagi ni,

Kalau korang membeli produk Comfort Ultra secara online di eshop.tesco.com.my korang pun boleh dapat RM5 diskaun daripada 1 April hingga 31 Julai 2015


Apa lagi jom lah dapatkan COMFORT Ultra kan. Tengah2 promosi nih!



Sunday, June 21, 2015

Resipi Cepat dan Mudah Dari Ayam Brand™ yang Pasti Membuatkan Korang Kagum Pada Hari Raya Nanti

Hi Korang,

Bila time raya menjelang ni, of course korang akan masak untuk keluarga kan.

Tapi kenalah masak sedap sket walaupun menunya cepat dan mudah, zaman sekarang ni semua nak cepat kan. So Ayam Brand™, yang termasyhur dengan rangkaian luas produk dalam tin yang menyihatkan, memudahkan dan tanpa bahan awet, menawarkan pilihan empat resipi tradisional manis dan berempah yang cepat disediakan dan lazat untuk Hari Raya.

Gembirakan ahli keluarga pada Hari Raya pertama dengan sarapan Sardine Laksa yang menggabungkan santan kelapa kaya berkrim dengan kelazatan sardin premium Ayam Brand ™, diserikan dengan kesegaran limau kasturi. Ia mempunyai rasa laksa tradisional yang anda gemari, cuma penyediaannya lebih mudah dan sedia untuk dihidang dalam hanya separuh tempoh penyediaan biasa serta kurang memerlukan tenaga. 

Jadikan sambutan rumah terbuka anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan Thai kegemaran ramai, Creamy Rice Mango, yang manis dan berempah untuk dijadikan snek bagi menggantikan lemang yang lebih tradisional. Ia siap untuk dihidang dalam hanya 30 minit, tetapi akan membuatkan tetamu anda kagum. 

Tetamu anda akan menyukai Bubur Cha Cha yang penuh perisa dan Ais Kacang yang berwarna-warni dan menyegarkan. Dibuat dengan Santan Kelapa Ayam Brand™, kedua-dua juadah ini cepat dan mudah disediakan. 

Ok aku akan kongsikan resipi-resipi mudah lagi cepat ni untuk korang mencuba ek


CREAMY STICKY MANGO RICE

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2-3orang)

· 1/2 cawan kelapa parut
· 1 1/2 cawan beras
· 1 /2 cawan gula kastor
· 4 cawan air
· 2 mangga, dikupas, dibuang biji dan dihiris
· 1 paket 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™

MEMBAKAR

Sapukan kelapa parut dengan rata atas dulang pembakar dan letakkan kedalam ketuhar yang dipanaskan ke 190ÂșC selama 10 minit sehingga keperangan.

MENDIDIH

Campurkan nasi, gula dan air dalam periuk dan didihkan. Didih selama 15-20 minit, sehingga air diserap oleh nasi. Keluarkan dulang dari ketuhar dan letakkan kelapa parut disebelah. masukkan santan kelapa. Untuk mengekalkan aroma, perlu ingat supaya hanya masukkan santan dipenghujung resipi. 

CARA HIDANGAN

Hidangkan nasi bersama mangga hirisan dan taburkan parutan kelapa yang telah dibakar diatasnya.


LAKSA SARDIN MUDAH

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

· 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur 
· 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang 
· bawang goreng 
· limau kasturi 
· 2 biji telur rebus, dibelah dua 
· Garam secukup rasa
· 100ml Santan Kelapa Ayam Brand™

UNTUK DIKISAR:

· 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili 
· 2 cm kunyit hidup 
· 3 batang serai 
· bawang merah 80g 
· 1 inci belacan yang sudah dibakar 
· 3 biji cili merah 
· Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air

CARA MEMASAK:

1. Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya. 

2. Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.


BUBUR CHA CHA 

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

· 200g kentang 
· 200g keladi 
· 400ml air 
· daun pandan 
· garam secukup rasa 
· 1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™ 

MENGUKUS: 

Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli 

CAMPURAN: 

Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan. 

CARA HIDANGAN: 

Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais. 


AIS KACANG 

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 4 orang)

· 4 cawan ais yang telah dikisar 
· 200g kacang merah besar, simpan sedikit untuk hiasan 
· 100g kacang dipanggang dan ditumbuk kasar 
· 100g biji sago, dimasak 
· 200ml sirap ros 
· 200g gula Melaka, dicairkan dengan 100g air 
· 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™ 
· 150g Krim Jagung Ayam Brand™ 

PENYEDIAAN: 

Sediakan mangkuk. Kemudian, agihkan kacang merah, kacang dan sago dalam mangkuk. Tambahkan ais kisar diatasnya.Tuang sirap ros ke atas ais kisar, diikuti dengan gula Melaka, dan santan(kuantiti bergantung kepada citarasa anda). 

CARA HIDANGAN: 

Letakkan satu sudu jagung manis berkrim diatasnya bersama bahan-bahan hiasan yang disimpan tadi. 

Hidangkan segera sebelum ais cair. 

Banyak kan resipi yang mudah lagi senang ni kan

Berikan sentuhan moden kepada tradisi Hari Raya anda tahun ini dengan resipi-resipi yang mudah disediakan dan kelihatan menarik daripada Ayam Brand™ ini.

Untuk lebih banyak lagi resipi yang menyihatkan dan mudah disediakan, dan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand serta rangkaian luas resipi, layari www.ayambrand.com.my atau sertai facebook : Ayam Brand-World of Recipes.

Saturday, June 20, 2015

Pemenang InnerShine® Seri Singing Contest Sangat Berbakat

Hi Korang,


Bacaan santai di hujung minggu sambil menunggu waktu berbuka ek.

Pada awal tahun ini, InnerShine® Seri Singing Contest dilancarkan untuk memberi peluang kepada warga Malaysia untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing demi merebut satu pengalaman yang menakjubkan – peluang ke sesi rakaman bersama komposer terkenal, Hadi Hassan!

Peserta dikehendaki untuk mendendangkan lagu “Seri” yang telah dicipta oleh Hadi sebagai lagu tema komersial TV InnerShine®, yang menampilkan Kaka Azraff. Muzik video InnerShine® pula dibintangi oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha Milan.


10 calon berbakat telah dipilih daripada lebih 120 penyertaan di laman Facebook dan Instagram InnerShine Club dari seluruh negara. Mereka kini telah bersedia untuk memasuki pusingan akhir yang diadakan di The Curve, untuk menghadapi cabaran penentuan pemenang oleh enam orang hakim termasuklah Hadi, Kaka, Hunny dan Marsha serta Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang, dan juga wakil dari Watsons Malaysia, Hamilah Maningrum. 

Setiap finalis akan mempersembahkan lagu “Seri” dengan cara tersendiri dan berikutan pengumuman keputusan hakim, pemenang Hadiah Utama akan memenangi pengalaman istimewa untuk membuat rakaman lagu tersebut dengan composer terkenal, Hadi, di samping membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. 


Senarai Nama Pemenang:

Tempat Pertama: Nor Azriani @ Jona Sony Saimin – Sabah

Tempat Kedua : Sunday Grace – Terengganu

Tempat Ketiga : Ariza binti Aljet - Sabah

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500, di samping membawa pulang produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Para peserta yang lain turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai bernilai RM500 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu setiap seorang.

InnerShine® Seri Singing Contest diadakan seiring dengan program detoksifikasi secara semula jadi yang turut disertai oleh Kaka, Hunny dan Marsha selama 12 hari untuk mendapatkan paras kesihatan dan keserian wajah yang optima. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang mujarab serta harus diambil setiap hari untuk menyihatkan badan.

Diambil setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan bertindak untuk memulihara sistem badan sambil menyahtoksin untuk meningkatkan kesihatan.

Kandungan Vitamin C yang semula jadi daripada buah-buahan prun dan Camu-Camu membekalkan anti oksidan yang kuat bagi memerangi radikal bebas demi mengekalkan keanjalan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan anggun. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan ianya dijual dalam dua jenis pek 42g x 6-botol (RM23.50) dan 42g x 12-botol (RM45). Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari InnerShine Club di Facebook.