Saturday, June 20, 2015

Shopping Raya Di Pusat Pakaian HARI-HARI

Hi Korang,


Yeah baru 3 hari puasa dah sibuk citer pasal raya kan.


baju raya saya tahun ni


Eh, persiapan tu penting tau lebih-lebih lagi kalau anak-anak ramai. Aku ni walaupun belum ada anak lagi but banyak jugak persediaan nak kena buat, untuk suami tercinta, untuk family sebelah mak, untuk family sebelah Mr Big dan memacam lagi lah.


La baju raya tak tukar ke ? ermm mana boleh cam tuh. Setahun hanya sekali je raya so kenalah berganti jugak kan. Aku memang senantiasa plan untuk settlekan hal baju-baju raya ni awal sebab malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai cari baju raya last minute. Dah rasa dulu tahun lepas wie, sudahnya tak beli pun walaupun sepasang baju.


Hari tuh, aku berpeluang untuk ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Lake Fields Sungai Besi ni. Alah bebudak bloggers ni ajak kan, so pi jelah lagipun hari minggu tuh tak de buat apa pun kan. Tak sangka pulak Pusat Pakaian Hari-Hari ni menyediakan baju-baju yang cantik lagi murah pulak tuh.

Betullah, tak caya meh la kite tinjau apa yang ada di dalam Pusat Pakaian Hari-Hari ni kan.













Kalau nak tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ni menawarkan pelbagai jenis baju raya rekaan terkini tau, kira up to date la tuh. Lagi pulak, bukan setakat baju orang pompuan je malah ada bermacam-macam jenis pakaian di sediakan tak kira apa jua peringkat usia, daripada sekecil-kecil anak hingga ke golongan dewasa. Kira macam one stop centre lah untuk hari raya ni.

cuba dulu yang ni 

ruby sekeluarga

dengan muke serabai, sempat cuba jubah lagi dengan Madi

cuba yang kelabu pulak

sedondon purple kan hehehehe

Tengoklah ktorang memperagakan baju-baju raya yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Walaupun kat fitting room sajor tapi tetap nak feeling-feeling macam model baju raya gak tau.


beli lebih RM200, dapat beg ungu cantik

In terms for harga, bagi aku memang amat berpatutan untuk mereka yang berpendapatan sederhana macam kita rakyat marhaien ni hehehehhe. Yelah, kalau beli kat butik may be sepasang baju kurung perempuan berharga dalam RM199.00 ke atas kan tapi di Pusat Pakaian Hari-Hari ni cuma RM79.90 hah nampak tak perbezaannya.


Yang best tuh, ada 76 outlet Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia ni. Banyak sungguh tuh, so tak yah la risau nak kena ke KL pulak kan. Mesti ada kat tempat korang punye lah outlet mereka ni.


Ok ok ada berita baik ni tau,


Dengan pembelian RM80 dan ke atas, korang akan dapat sampul raya bermuala 3 Julai 2015 dan pembelian RM120 dan ke atas akan dapat beg ungu Hari-Hari eksklusif seperti yang aku punye..

Friday, June 19, 2015

Buka puasa Dengan Sandwich Sedap Di Madam Kwan's

Hi Korang,

Siapa suka makan kat Madam Kwan‘s, sila angkat tangan yehaa!


Kalau aku pi makan kat Madan Kwan’s mesti makan nasi lemak, nasi Bojari dan rendang daging yang awesome tuh. Memang terangkat wei, sedap benau kaedahnya.




cantikkan mural gambar dia

Aku sempat ke restoran Madam Kwan's di outlet Sunway Piramid. Cantik jugak tempat ni sebab mengadap Sunway Lagoon kan. So dapat cuci mata sket kan hehehhe

Tapi kali ni berbeza sket menunya


Madam Kwan's mencipta tiga jenis sandwic berdaging yang mudah dikunyah dan lazat yang cukup sesuai untuk berbuka puasa dengan kombinasi sempurna protein, sayur-sayuran dan karbohidrat menerusi edisi terhad sandwic baru Rendang Daging, Kari Ayam dan Daging BBQ.

Sandwich daging

Sandwich ayam

Sandwich rendang daging

Setiap sandwic mengetengahkan roti sandwic ciabatta bermentega yang dipanggang sedikit, disertai kubis iceberg, hirisan tomato, hirisan bawang, kubis coral merah dan timun segar namun isi kandungannya yang membuatkan ia benar­ benar istimewa.

Sandwic rendang daging disediakan dengan resipi tradisional istimewa Madam Kwan's yang disertai perasa termasuk serai dan kerisik manakala versi daging BBQ terdiri daripada 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang dan disalut sos berperisa salai istimewa milik restoran berkenaan.

Sandwic kari ayam pula disediakan dengan 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang, disalut dengan sos kari berkrim Madam Kwan's yang menyerlah dengan beberapa rasa seperti kelapa, kunyit dan bunga kantan.

Promosi istimewa Ramadhan berlangsung mulai 17 Jun sehingga 16 Julai dan berharga RM24.90++. Setiap sandwic didatangkan dengan jejari kentang goreng dan satu jag sirap bandung.


"Setiap sandwic mengetengahkan sesuatu yang saya cipta secara peribadi dan gemari dan saya benar-benar teruja untuk melihatnya dihidangkan menerusi cara baru yang unik persembahannya namun rasanya tetap tradisional," kata pengasas jenama berkenaan, Kwan Swee Lian, atau Madam Kwan sebagaimana dikenali dalam kalangan peminat makanan.


Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datin Maureen Ooi berkata,"Setiap sandwic adalah gabungan kepakaran Madam Kwan's melibatkan rempah Asia dan perasa Malaysia dengan roti klasik ltali yang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia mudah dimakan, penuh dengan perisa dan tekstur, yang dihidang dengan saiz yang tepat."

Hah makan sampai tak henggat hari tuh, dalam setiap sandwich tu isi dagingnya semua tebal-tebal dan berperisa sangat, kira macam juicy lah. Lazat. Rasanya kalau makan sepotong pun dah kenyang sebab portionnya boleh makan berdua.

Menu sandwich special ni boleh didapati di semua restoran Madam Kwan's yang terletak di Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, pusat beli-belah One Utama, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid dan pusat beli­ belah Alamanda.

nasi lemak

rendang ayam

sepinggan nasi lemak yang menggiurkan

nampak tak nasi bojari? awesome sungguh

Selain daripada tuh, kitaorang dapat rasa jugak signature dish di Madam Kwan's ni iaitu nasi lemak dan nasi bojari termasuk dengan lauk-lauk istimewanya iaitu rendang daging, sambal udang petai dan memacam lagi.

Hah makan sampai tersandar-sandarlah orang kata kan

inilah Madam Kwan's, comel kan orang nya. sempat bergambar lagi wokeh

So apa tunggu lagi, meh la ke Madam Kwan's ek kalau korang tak tau nak makan apa lagi kan hehehehhe


Thursday, June 18, 2015

RESIPI Biskut Coklat Chip BAdam Cornflakes KELLOG’s Hasil Air Tangan Saya

Hi Korang,

Wei baru 2 hari puasa dah citer pasal kuih raya..

Bengong Cik Lily Putih ni kan.

Biasalah puasa di perantauan memang cam tu kan huhuhuhuhu

Aku nak citer ni, baru-baru ni sebelum puasa aku ada cuba-cuba buat kuih raya sendiri. Alah resipi simple-simple sajor. Itu pun ikut buku resipi je. Ok aku tulis lah ek

RESIPI BISKUT COKLAT Chip Badam Cornflakes KELLOG’s


Bahan-bahan :

1. Kellogg’s Corn Flakes® - 1 cawan
2. Tepung naik sendiri - 300gm
3. Butter - 250gm
4. Gula icing - 125gm (gula pasir di blend pun boleh)
5. Telur - 1 biji
6. Susu tepung - 1 sudu
7. Coklat chip - 1/2 cawan ~ boleh juga ditambah dengan badam dan sebagainya

setelah di sukat

Cara-caranya :

Memula dulu, panaskan oven 150 darjah celcius selama 10 minit. So sementara tu bolehlah mula buat bancuhan biskut raya kita ni ek

blenderkan butter dan gula dulu sehingga sebati

bila gula dah hancur, masukkan kuning telur

dah sebati lagi, baru masukkan tepung bersama susu tepung sekali

tengok macam dah ok je, masukkan badam

masukkan jugak coklat chip ek

dah sedang elok je adunan tu kan

bentukkan adunan bulat-bulat sebesar duit 20sen

golekkan dalam cornflakes yang di hancurkan kasar tu tadi

susun dalam dulang pembakar dan sedia untuk di bakar. Bakar dalam oven 150 darjah celcius selama 20 minit cam tuh. Klassik tak dulang pembakar I hehhehe..

yang ni 1st attempt, amik ko beso-beso penumbukkan hehehe

nampak bila dah 2-3 kali bakar, terus jadi pandai adjust saiz biskut kan

ok tak? boleh la kan

ermm tak sempat penuh sebalang, asyik kene cukai je dengan diorang ni

Senang kan nak buat.

sekejap je abis 

ni salah sorang peminat biskut ranggup aku tuh

Korang ikut je langkah satu persatu nanti siapkan. Tapi buat biskut je kena cermat dan teliti sket sebab kalau salah sukatan boleh bantat atau keras biskut tu nanti. Tapi yang biasa buat biskut dan kek memang pandailah bab-bab sukat menyukat ni.

Ternyata Kellogg’s Corn Flakes® yang diperbuat daripada jagung sebenar mampu memberi extra keranggupan dan rasa lebih enak!! Dan paling penting kedua resepi yang saya kongsikan memang sangat praktikal ~ mudah dan sedap.

Selain daripada makan begitu saje dengan susu, cornflakes KELLOG’s ni sesuai di campurkan dengan bahan-bahan masakan yang lain ek.

So apa lagi, selamat mencuba..


Untuk pengetahuan semua, bulan Ramadhan tahun ini sekali lagi Kellogg’s telah memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Cornlakes® edisi terhad. Seperti tahun sebelumnya Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal telah berkerjasama dengan pihak Kellogg's untuk menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan juga mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan seterusnya membuat ikrar untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015. Pengunjung yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, bagi memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut.

Selebriti Maria akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti

· Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)

· Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)

· Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Di sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes® di pasaran akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.


Uolls juga semua dijemput untuk mencuba biskut kuki Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:

Bazar Ramadan
Lokasi
Waktu
Tarikh
Gombak Taman Melawati
4ptg-8mlm
Rabu, 17 Jun
Stadium Shah Alam
4ptg-8mlm
Khamis, 18 Jun
Setapak Danau Kota
4ptg-8mlm
Jumaat, 19 Jun
Puchong Perdana
4ptg-8mlm
Sabtu, 20 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 21 Jun
Kelana Jaya
4ptg-8mlm
Isnin, 22 Jun
Kota Damansara Seksyen 4
4ptg-8mlm
Selasa, 23 Jun
Taman Medan
4ptg-8mlm
Rabu, 24 Jun
Pandan Indah( di hadapan Balai Bomba)
4ptg-8mlm
Khamis, 25 Jun
Stesen LRT Wangsa Maju
4ptg-8mlm
Jumaat, 26 Jun
Taman Cahaya(Ampang)
4ptg-8mlm
Sabtu, 27 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 28 Jun
Seksyen U 19 Sg Buloh
4ptg-8mlm
Isnin, 29 Jun
Taman Melawati
4ptg-8mlm
Selasa, 30 Jun
Pasaraya Ria/Pasar Raya
Econsave Bangi
12ptg-5ptg
Sabtu, 6 Jun
Econsave Balakong
12ptg-5ptg
Ahad, 7 Jun
Sogo KL
11pagi-4ptg
Jumaat, 12 Jun
Giant Batu Caves
12ptg-5ptg
Sabtu, 13 Jun
Giant Stadium Shah Alam
12ptg-5ptg
Ahad, 14 Jun


Jom berkongsi kegembiraan dan beramal bersama Kellogg’s Corn Flakes®!