Tuesday, May 12, 2015

Mee Goreng Mamak Bersama Chicken Chop

Hi Korang,

Ini first time aku cuba mee goreng mamak yang di hidangkan sekali dengan chicken chop.

Yay or nay???

Itulah cam pelik je aku rasa bila ada menu cam tuh. 

Ni tengok ni

Mee Goreng Mamak & Chicken Chop

Nampak meriah sungguh. Bila makan memang sedap, mee goreng mamak kedai ni sedap betul, kena pulak dihidangkan panas-panas kan mau melecur lidah aku hari tuh masa makan. Chicken chopnya pulak crispy, garing, tepung tak tebal dan isi ayamnya masak. Masa aku makan tuh, rasa lagi kepanasannya 

hahahahahhaha


Nak tau aku makan menu special ni kat mana? of courselah Old Malaya Kopitiam di Bangi Gateaway. La Bangi kan banyak tempat makan yang sedap-sedap dan ini adalah salah satunya...

Cik Lily Terfikir : boleh food review cam ni? nampak mau pemalas kan. la ni review menu jelah bukan review kedai punggg

Gelanggang Badminton Luar Biasa di MILO® CANS NEXT GAMES Event

Hi Korang,


Dulu aku pernah citer yang aku attend Milo event untuk contest MILO® Cans Next Games tu kan.


Hah dah ada pemenang pun untuk contest yang special lagi unik tuh.


Last week aku sempat attend majlis penyampaian hadiahnya yang berlangsung di Piazza The Curve. Nasib baik sampai on time kalau tidak melepas ooo hehehhe


Gelanggang badminton yang menang direka cipta oleh Aziyah Dahaman, yang menewaskan beribu-ribu peserta lain untuk memenangi hadiah utama peraduan berupa wang tunai RM5,000 dan 10 karton minuman tin MILO® di samping peluang untuk menyaksikan gelanggang yang diilhamkan menjadi kenyataan. 


Sepuluh pemenang telah dipilih setiap minggu peraduan untuk memenangi Peti Sejuk Mudah Alih MILO® Cans Edisi Terhad dan dua karton minuman tin MILO®. Semua pemenang mingguan ini kemudian berpeluang memenangi hadiah utama, atau satu daripada 10 hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 dan lima karton minuman tin MILO®. 

Pengurus Eksekutif Perniagaan bagi Minuman Cecair Nestlé, NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Jasmmine Wong, menyampaikan hadiah kepada Aziyah dan pemenang hadiah sagu hati di acara akhir yang diadakan di piazza pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara pada pagi ini. 


Wong turut diiringi oleh Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Lester Kahn, dan Pengarah Komunikasi, Khoo Kar Khoon dan juga pemain badminton negara, Muhd Hafiz Hashim.

“MILO® Cans percaya bahawa pendekatan berbeza kepada sukan dan mentakrifkan semula sesuatu yang sudah dikenali umum akan membolehkan remaja kita melihat permainan ini dari kaca mata berbeza. Mereka yang sudah biasa dengan sukan ini berpeluang menguji kemahiran mereka manakala mereka yang baru hendak mencuba akan dapat menikmati sesuatu yang unik,” kata Wong.


Pemain badminton veteran Hafiz, yang menguji gelanggang yang terpilih berkata: “Saya rasa MILO® Cans Next Games telah mencetus keseronokan dalam sukan badminton. Gelanggang baru ini ternyata unik dan membawakan beberapa cabaran menarik.”





Memang badminton court berpusing tau 360 lagi. Aku sendiri pun naik pening bila tengok game tuh. Ramai gak yang cuba but memasing cam payah nak pukul ke nak smash ke kan. Maybe sebab baru lagi kot, lelama nanti kalau gelanggang ni diperkenalkan kat memana mesti yang dah expert.

selfie jap dengan Hafiz Hashim

Aku? Mana reti main badminton. Pukul gituh-gituh boleh lah. Main petang-petang ikut Mr Big pi main badminton pun fail... hahahahahhaha

Cik Lily Terfikir : Rezeki kakak tulah kan, terrer tuh




Monday, May 11, 2015

Kerana Terpaksa Aku Relakan Jua

Hi Korang,


Sejak guna Apple 6 nie, aku dah jarang sangat bukak portable WiFi aku YES ni

Sebab dah guna DATA from Maxis so tak yahlah nak susah-susah bawak sana sini device ni kan. 

Ni nak citer sket huddle YES ni sangat-sangat berjasa pada aku selama 2 tahun ni. Kekadang tu certain-certain tempat yang LINE tak de tapi huddle YES ni full bar, tambahan pulak 4G tuh. So huddle ni aku share sebanyak 5 device, aku je dah 3 device (phone, ipad, laptop), Mr Big pulak tumpang sekaki kalau DATA dia dah sampai limit dan kekadang mama pun tumpang sekaki gak bila pi ktorang pi outing. 

Memang sangat bagus for outdoor kan. 

Kalau bawak pi event tuh, laju tu update status, post gambar kat Instagram, surfing cari jalan guna WAZE dan memacam lagi la aku guna.

nampak cam baru kan, padahal dah 2 tahun. Aku memang menjaga barang-barang. Charge pun dalam plastik lagi tau

Ni sebab dah tak pakai so terminate sajor lah. Semalam petang terus pi Lot 10 Bukit Bintang kat YES Centre untuk proses termination. Budak customer service tu tanya kenapa nak terminate, aku cakap nak pindah rumah dan kawasan tu pendalaman tak de line YES. Terus je budak tu senyap kan… hehehehhee alasan sangat…

Service memang tip top tapi rasa membazir pulak kalau sana bayar sini bayar tapi tak guna kan.

So selamat tinggal deviceku….