Wednesday, May 6, 2015

Melawat Studio GO SHOP Sambil Berangan Jadi Host

Hi Korang,


Bila bukak tv Astro channel 118 mesti tau GO Shop ni.


Sebenarnya GO Shop ni adalah satu platform untuk kita shopping secara online setiap hari setiap masa dan setiap jam, pendek kata 24/7 tau. Bukan setakat barangan keperluan rumah malah fashion, makeup, makan dan gadgets pun ada juga di jual. Semuanya ada dijual di sini yeah..

So weekend lepas aku berkesempatan ke studion rakaman Go Shop di Astro HQ sendiri di Bukit Jalil. Bukan aku sorang jelah ada ramai lagi bloggers semuanya ada jemputan Nuffnang kan. 

Ok makan-makan sarapan dulu sebelum masuk studio, dapat jugak catch-up perkembangan terkini dengan bloggers yang dah lama tak jumpa kan. Kecoh yang amat memasing bersembang kan.



Inilah studio rakaman Go Shop. 

Takdelah besar mana pun but full of production equipment. Wayar sana sini, camera beso-beso kan. Lepas je amik gambo di photobooth terus je duduk depan sekali, yelah kengkonon nak masuk tv bagai katanya.. hahahaha


Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Chief Executive Officer of Astro Go Shop Sdn Bhd. Banyak jugak info yang aku baru tahu mengenai Go Shop ni.


Kemudian keluarlah pengacara Go Shop iaitu Jimmy Shanley, RaiAnna, Syakirin Husnal dan Syamin untuk memperkenalkan kepada ktorang di antara beberapa produk yang menjadi top seller di Go Shop ni iaitu 

Yogurberry Yogurt Maker

Hurom Slow Juicer

Original Raw 10 Cushion Foundation

Steam Q Iron

Memang seronok tengok cara diorang present produk-produk ni, semuanya penuh dengan informasi mengenai produk tersebut. Tapi Jimmy present kelakar sangat sebab siap buat lawak sekali, terbahak-bahak satu studio ni kan. 

Tibalah masa untuk task ktorang pulak.

Rupa-rupanya masa register tadi, ktorang di berikan tag nama ikut warna. Warna-warna tersebut terbahagi kepada 4 kumpulan dimana ktorang akan kena jadi host untuk present dan buat demo terhadap keempat-empat produk tadi.




Kumpulan aku Magenta kena promote Original Raw 10 Cushion Foundation. Barangan kecantikkan rupanya di bawah bimbingan pengacara RaiAnna. Blogger Madi dan Azira yang kena present produk ni, ktorang just bagi support sajor. Hah menghafalkan point-point penting dan belajar cara produk tu digunakan. Walaupun aku tak masuk tapi aku pulak yang berdebar wei..

Tengoklah aksi dan gelagat ahli kumpulan lain ni kan








Memacam perangai ada, terpelanting limau lah, makeup mengeletar lah, buat yogurt silap cakaplah, biasalah orang kata bidan terjun kan. Semuanya first timer berhadapan camera, nervous lah memasing. Tapi memasing faham cara penggunaan produk tersebut, ktorang yang duduk ni of courselah lagi paham.

Nak tau kumpulan mana yang menang?


Of courselah kumpulan Magenta, kumpulan ktorang. Gaya persembahan Madi dan Azira sangat mantap dan mempersonakan judges dan secara automatiknya ktorang pun dapat jugak hadiah kan hehehhe

Aku rasa macam nak beli je Steam Q Iron tuh, bila dah tengok demo tuh kan. Sangat-sangat membantu aku dan surirumah yang lain dalam kecepatan nak menggosok baju. I must get it.

Kalau korang pun interested nak dapatkan barangan di Go Shop ni, hah apa lagi tonton jelah Astro Channel 118 sebab banyak promo-promo barangan yang terbaek dan esklusif daripada top selling produk Korea dan premium global brands tau.

Bila dah teringin sangat tuh bolehlah korang call 
1-800-82-0082 
atau 
singgah ke www.goshop.com.my


Memang senang sebab semuanya di hujung jari korang. Selain daripada jimatkan masa korang jugak boleh jimatkan duit minyak, toll untuk shopping kat luar. Lagipun Go Shop ni lain daripada yang lain sebab korang boleh tengok live demo tentang produk yang korang nak beli. Tengok je demo kat Channel 118, kalau berminat terus je angkat phone dan call kan

Pendek kata, ada phone, ada tablet, ada PC dan ada TV, semua boleh beli!!




Teh Tarik Party Bersama LIPTON

Hi Korang,


Mintak maaf lambat sket update citer pasal event ni



Last week cam biasa Cik Lily Putih dapat jemputan untuk ke Teh Tarik Party bersama Lipton di Carcosa Seri Negara. Ya ampun cantik tempat tuh, macam zaman colonial bagai kan, memang kena dengan tema minum teh.

Sempat ambil gambar semasa event hari tuh







Meh citer sejarah Lipton sket ek

Sir Thomas Lipton founded Lipton in 1871 to deliver best quality tea for theultimate experience. Lipton Yellow Label pioneered this dream with the finest international blends from Ceylon and Kenya giving Lipton tea its signature aroma and taste. Since then, Lipton has delivered great innovations bringing vitality and natural goodness into people’s life. Lipton is renowned as the World’s NO.1 Tea Brand

Hah gituh sekali

Lipton memperkenalkan Lipton 3 in 1 Milk Tea dengan formula yang lebih lemak berkrim daripada yang sebelumnya.

Bahan-bahan dalam serbuk teh segera diperoleh daripada ekstrak teh yang mempunyai rasa teh yang seimbang dan menghasilkan buih bagus dengan aroma teh menyenangkan. Ia juga disahkan Halal oleh MUI yang diiktiraf oleh JAKIM. Selain itu, kemanisan adalah seimbang dengan teh dan susu sebenar.


Raziff Hashim selaku tuan rumah untuk Teh Tarik Party ni ek. Seronok ooo memacam info aku dapat mengenai produk Lipton ni tau.

Rangkaian Lipton 3 in 1 Milk Tea ini terdiri daripada


Lipton 3-in-1 Teh Tarik dibuat khusus untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang unik yang berbeza daripada negara lain di dunia. Selain itu, ia boleh dihidangkan secara panas, ais atau sejuk.


Lipton 3-in-1 Classic Susu teh, ia mengandungi lebih banyak serbuk teh seimbang dengan jumlah yang sama susu untuk latte teh tersendiri.


Lipton baru 3-in-1 Hazelnut Milk Tea menggabungkan rasa wangi daripada hazelnuts untuk memberikan pengalaman pedas dan aromatik.


Lipton 3-in-1 Halia Susu Teh, ia menggunakan serbuk halia sebenar dalam penggubalan dengan maksud mencapai yang benar-benar sahih rasa Teh Halia dan aroma di samping memberi kebaikan dan manfaat halia.

Penting kata, semua teh kita boleh minum setiap hari setiap waktu ketika dan saat kan


Lipton® 3-in-1 Milk Tea boleh di dapati secara pek yang mengandungi 12 sachets kecil pada harga RM13.90 di kesemua hypermarkets, supermarkets dan kedai-kedai runcit berhampiran korang.

Untuk lebih info mari layari Lipton‘s Facebook Page at https://www.facebook.com/LiptonMalaysia




Tuesday, May 5, 2015

Aik Dah Ada Sample Kuih Raya

Hi Korang,


Khamis lepas Mr Big bawak balik satu paperbag beso.

Aku ingatkan dia bawak balik barang motor dia so aku biar jelah. Malas nak usik-usik kan. 

So malam tadi, aktiviti mengemas rumah sebelum prince charming hitam legam #DakUban balik dari tempat boarding kat JHAN Pet Shop tu kan, aku pun tertengok dalam paperbag hijau tuh. Rasa rupanya ada sample kuih raya. 

Bila aku tanya, kemudiannya baru dia ingat.

Apa lagi terus lah keluarkan.


Rupanya ada sample kuih tart 2 jenis, satu inti nenas dan satu lagi inti coklat.

inti coklat

inti nenas cam biasa

Sedap gak wei kedua-duanya. 

Yang coklat tu perisa baru, akak tu baru cuba-cuba nak buat. Kira cam test market gituh kan

Lagipun dah bertahun-tahun Mr Big order dengan kakak ni. Tartnya gemuk-gemuk dan isinya penuh. Lepas je abis kemas-kemas terus duk depan tv sambil makan kuih tart ni. Dah rasa cam raya pulak, padahal puasa pun belum kan....

Ok ok sape nak order meh bagitau aku ek hehehe

Cik Lily Terfikir : Wei dah ganti puasa ke belum? hah aku ni tinggal 2 hari lagi. Bila lah nak ganti ek