Tuesday, May 5, 2015

Jom Ke Pesta COCA-COLA 'Collector' Fair 2015 Di Berjaya Times Square Sabtu Ni

Hi Korang,

Ada berita baik yang nak aku kongsikan kepada korang, especially kepada peminat COCA-COLA yang kaki collect tin-tin Coca-Cola yang unik ni kan.


Pada tahun ini, COCA-COLA 'Collector' Fiesta 2015 akan meraikan ulang tahun reka bentuk botolnya yang ke-100. Di samping memperingati bentuk ikoniknya, Coca-Cola juga turut memberi kesempatan kepada para ka pengunjung untuk memperolehi tin Coca-Cola dengan nama mereka sendiri. 

Coca-Cola berkontur unik yang diperkenalkan di pasaran buat julung kalinya pada tahun 1915 tersebut merupakan salah satu reka bentuk paling terkenal di dunia. Pada acara tersebut, para pengumpul botol Coca-Cola akan mempamerkan pelbagai botol kontur ini daripada koleksi masing-masing. 

Para pengunjung yang ingin mengambil bahagian dalam kuiz boleh mendapatkan maklumat berpandukan poster-poster yang dipamerkan di sekitar tapak pesta itu yang mana mereka bakal berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik pada hari tersebut.


Pesta Kolektor Coca-Cola 2015 ini akan diadakan seperti berikut

Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
Lokasi : Concourse Tingkat Bawah (LG), Berjaya Times Square

Pesta ini sekali lagi menampilkan kolektor-kolektor tempatan dan luar negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Filipina, dan juga negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Di samping melihat sendiri koleksi memorabilia Coca-Cola daripada 60 orang kolektor, orang ramai akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada pasukan sorak.


Untuk memeriahkan lagi pesta tahun ini, “Coke Happiness Machine” akan diperkenalkan di tapak pameran. Mesin ini akan mencetak nama pada tin Coca-Cola mengikut permintaan peribadi dengan setiap pembelian enam tin Coca-Cola 325ml, yang dikendalikan oleh pihak 7-Eleven.

Pembelian dan penebusan tin istimewa bercetak nama pilihan anda sendiri, hendaklah dibuat di tapak Pesta Kolektor Coca-Cola pada hari yang sama selagi stok masih ada.

Pesta Kolektor Coca-Cola yang pertama diadakan pada tahun 2011 dan sejak itu acara tahunan ini telah menjadi kegemaran para kolektor dan peminat Coca-Cola amnya untuk melihat, membeli serta menukar barangan Coca-Cola.


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Berjaya Times Square, sila layari lama web www.berjayatimessquarekl.com atau Facebook di BerjayaTimesSquareKL.

Of courselah, aku mesti pergi kan. Event best tuh. Kalau sesiapa pi nanti, jumpa kat sana ye

Cik Lily Terfikir : ermm collect tin boleh, jangan collect gula dalam badan ye hehehehhe

Monday, May 4, 2015

Hi Tea Buffet Sempena Hari Ibu 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Citer bab makan lagi ni.


Dapat jemputan makan lagi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, cam nelah aku nak kecilkan saiz pinggang kan. Ada je jemputan makan saban minggu, nak di ganti dengan orang lain tak baik pulak perangai cam tuh.


Jadi hari tuh, sempat jugak aku merasai sendiri hidangan buffet sempena promosi sambutan Hari Ibu 2015 tidak lama lagi iaitu pada 10hb Mei 2015.

Di antara yang menjadi menu hidangan masa hari tu nanti adalah Tomato Mozarella Salad, Szechuan Chicken with Mango Sald, Rojak Buah Penang, Chicken & Seafood Terrine Platter, Ceaser Salad with condiment, Assorted Crudities with Avocado Dip, Oxtail Asama Pedas, Cream of Chicken Chowder Soup, Seafood Vole Vaunt, Assorted Tempura, Mussel Au Gratine, Morrocan Ouzi Rice, Sharwarma dan banyak lagi. 














Letih-letih jugak nak makan sebab banyak sangat pilihan. Itu belum masuk dessert lagi tau.


Selain daripada tuh, ada persembahan artis daripada Ms Adilla Idris yang bakal menghiburkan para-para ibu yang diraikan. Ada juga aktiviti untuk ibu-ibu tersayang seperti Sporting Mom Dancing with Adilla, Sweet Words for Mom, Gorgeous Mom Best Dress, Guessing Mom’s Favourite, Cake Decoration dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


Untuk harga buffet Hari Ibu 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni ialah

RM69.00+ bagi dewasa
RM34.50+ bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM55.00+ bagi warga emas (60 tahun ke atas)

Apa lagi yang nak ditunggu kan, jom lah ke

Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2723, 2724 or 2725

Cik Lily Terfikir : yang mana satu mak nak bawak ni ek, aku ni banyak mak ermmm... garu kepala jap..


Saturday, May 2, 2015

Galeri ARIANI dan COMFORT, Bersatu Bergabung Meletops

Hi Korang,


Dah kenapa pulak galeri tudung Ariani yang famous ni berkaitan dengan pelembut fabrik Comfort ek. Hahahha mesti ramai hijabista nak tau citer pasal hal esklusif ni kan kan kan… 

Meh sini aku nak citer ek





Butik eksklusif fesyen terkemuka, Galeri Ariani yang terkenal dengan rekaan tudung yang kreatif dan sofistikated, buat kali pertama akan bekerjasama dengan Comfort, peneraju jenama pelembut fabrik dunia. Jalinan kerjasama antara Ariani dan Comfort adalah bertujuan untuk menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, busana fesyen hijab Ariani telah didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.


"Melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.


Melalui jalinan kerjasama ini, setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan fabrik yang terbaik, iaitu melalui penggunaan Comfort Ultra, pelembut fabrik pekat yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan. Pelembut fabrik Comfort Ultra, dengan teknologi NCAP, melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh di samping memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari.


“Fesyen hijab bagi generasi wanita kini direka untuk menampilkan keperibadian masing-masing di samping mengekalkan kesopanan dalam setiap rekaan. Sebagai peneraju pasaran busana Muslimah, rangkaian tudung dan selendang Ariani memberi inspirasi kepada golongan wanita agar tampil bergaya dan Comfort merasa gembira untuk bekerjasama dengan jenama Ariani bagi menawarkan pakej lengkap – fesyen yang disegarkan dengan haruman, satu inovasi yang masih baru dalam dunia fesyen hari ini. Saya pasti rangkaian tudung dan selendang Ariani dengan kesegaran dan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal menjadi kegemaran ramai terutamanya di kalangan wanita yang meminati fesyen hijab,” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.


Di majlis pelancaran tersebut, rakan-rakan media berpeluang menyaksikan demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Bella Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta bersama mereka adalah Shazreen Fazlynda, seorang Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura. Belly Dally dan Shazreen juga telah memperkenalkan video berunsur jenaka yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh pemakai hijab dalam menentang bau yang tidak menyenangkan. Video ini boleh ditonton menerusi laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah Youtube Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless




Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.


Bagi memberikan pengalaman yang lebih indah, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.

sempat jugak bergambar dengan Datin Farah ceo Ariani ni

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.


Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia 


Mengenai Ariani

ARIANI adalah jenama hijab premium di Malaysia. Selaku peneraju pasaran dari segi fesyen sopan, ARIANI mengekalkan satu keseimbangan antara fesyen-fesyen semasa, keselesaan dan praktikal tanpa sebarang kompromi terhadap kepercayaan. Produk-produk Ariani direka dengan gaya yang mempamerkan kepelbagaian. Sebagai jenama anak syarikat JAKEL, pelopor dalam industri tekstil tempatan, ARIANI adalah jenama tudung yang lain daripada yang lain, lengkap dengan pemahaman tentang fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Kini dengan lebih 18 cawangan di serata Malaysia, ARIANI menjanjikan rangkaian produk yang praktikal, tanpa sebarang kompromi dalam rekaan yang ringkas, berkepelbagaian dan sopan dan elegan – yang memenuhi keinginan golongan pemakai hijab yang lebih luas.

Mengenai Comfort

Comfort merupakan peneraju pelembut fabrik terkemuka dunia. Dengan pengalamannya selama 40 tahun, Comfort berusaha secara berterusan bagi memastikan pakaian-pakaian sentiasa selesa dengan keharuman yang menyerlah, agar keluarga anda hidup dengan penuh kesegaran dan keselesaan.