Saturday, April 11, 2015

GUARDIAN PEOPLE’S CHOICE AWARD 2015

Hi Korang,


Wei korang kaki compers ke? Alah yang suke join apa jua contest tuh.


Hah ada berita baik untuk korang yang sukakan cabaran nak menang tu je kan, Guardian sekali lagi mengadakan People’s Choice Award (Anugerah Pilihan Ramai) untuk tahun 2015 ini. Ermm dah lama betul kan, aku sendiri pun tak sangka gak la.

Di anjurkan sejak 14 tahun berturut-turut, People’s Choice Award 2015 GUARDIAN baru-baru ini telah memperkenalakan Teens Choice Award (Anugerah Pilihan Remaja) untuk mengiktiraf trend yang semakin meningkat di kalangan remaja, yang berbangga dengan pilihan yang bermaklumat yang mereka lakukan untuk barangan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri.


Pengurus Jualan Guardian, Cik Adeline Wong berkata ‘Sejak dimulakan 14 tahun lalu, People’s Choice Award Guardian semakin berkembang dan semakin popular di kalangan pengguna dari tahun ke tahun’

’Platform ini bukan sahaja membantu pelanggan kami melibatkan diri mereka, ia juga membantu rakan niaga dan pemilik jenama untuk kekal relevan kepada kehendak pengguna yang sentiasa berubah‘ katanya.

Untuk ktorang para bloggers dan media ni ada special game untuk ktorang masa launching event hari tuh, ala-ala treasure hunt gituh.



Kitaorang kena lengkapkan puzzle dengan mencari 16 keping puzzle yang tersembunyi di dalam Guardian store di The Curve ni berpandukan soalan-soalan simple mengenai produk di dalam Guardian ni ek.

Hah penat ko berlari sana sini, demi nak melengkapkan puzzle tuh. 

Walaupun tak menang tapi memang sangat enjoy, bukan apa dapat keluarkan peluh sekali kan hehehhe. Termegah-megah gak walaupun store tu kecik je pun.


Inilah ktorang yang gedik-gedik tuh, penat tapi gembira tau

Dah jom citer pasal Award ni ek

Guardian People's Choice Award 2015

Cara Nak Join Contest.

Senang je, shopping ke kat Guardian outlet atau Guardian Online (here) with NO MINIMUM PURCHASE sepanjang contest iaitu dari 4 April to 28 April 2015. Semua penyertaan boleh di hantar melalui borang penyertaan yang terdapat di Guardian stores atau pun korang boleh je ke website www.facebook.com/guardianmalaysia untuk mendaftar dan dah boleh mulakan mengundi brand kegemeran korang. Jangan lupa simpan resit untuk pengesahan dan prize redemption

RM 50,000 nilai hadiah untuk di menangi!

1 x Grand Prize :
Australia Travel Package worth RM 10,000

10 x 1st Prize : 
RM 1,000 worth of Petronas Gift Cards

20 x 2nd Prize : 
RM 300 worth of Guardian Gift Vouchers

30 x 3rd Prize : 
RM 100 worth of Giant Gift Vouchers

50 Consolation Prizes : 
RM 50 worth of Guardian Gift Vouchers


Ok yang ni pulak untuk kategori 

Guardian Teens Choice Award 2015

Untuk katagori ini, ianya terbuka kepada mereka yang berumur di antara 13 to 19 years old untuk mengundi brand kegemaran mereka dengan NO MINIMUM PURCHASE. Ermm best kan. 

RM 10,000 nilai hadiah untuk di menangi!

1 x Grand Prize :
13-inch MacBook Air worth RM 3,499

2 x 1st Prize :
iPhone 6 worth RM 2,549

1 x 2nd Prize :
PlayStation 4 worth RM 1,549


Selain daripada anugerah itu je, Guardian juga memperkenalkan peraduan baru bersama LINE Camera.

Guardian LINE CAMERA Selfie Contest

Cuma ambil gambar secara selfie dengan produk yang di calonkan di dalam kategori tersebut sama ada di Guardian store atau secara online. 

RM 10,000 nilai hadiah untuk di menangi!

1 x Grand Prize :
iPhone 6 worth RM 2,549

1 x 1st Prize :
Canon Powershot worth RM 999

10 x 2nd Prize :
Guardian E-voucher worth RM 100

100 Consolation Prizes :
LINE Dolls worth RM 60


So apa lagi, jom check it out di www.guardianmalaysia.com.my untuk mendaftar dan mengundi ek.. 




Friday, April 10, 2015

Mati Itu Pasti

Hi Korang,


2-3 hari ni kurang update coz ada family matters sket

Jangan selalu ingat kita punya banyak masa..
Ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu tiada syarat sakit
Mati itu menjengah tanpa mengira waktu..


Al-fatihah 

kepada arwah nenek yang kembali ke rahmatullah pada 7th April 2014. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman..

So life must go, be positive ye..

Cik Lily terfikir : jangan terlalu bersedih kan, nanti semua kerja tak jadi..

Wednesday, April 8, 2015

Diamond Fest 2015 di HABIB Jewels

Hi Korang, 


Teringin nak beli berlian ke? Kalau ye, HABIB ada special promotion untuk korang tau.


HABIB meraikan hubungan cinta abadi berlian di pelancaran Pesta Berlian HABIB di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Kempen tahunan ini juga adalah sebagai satu cara HABIB meraikan berlian sebagai batu kelahiran bulan April.


Acara yang dinanti-nantikan oleh HABIB kali ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana ia dilancarkan dalam suasana keajaiban bersesuaian dengan konsep atau tema yang berlatar belakangkan cerita dongeng klasik barat dengan slogan "Happily Ever After' atau "Kebahagiaan Abadi". Ianya bersesuaian dengan berlian sebagai salah satu objek yang sering dikaitkan dengan cinta yang kekal abadi dimana berlian juga sering digambarkan sebagai salah satu impian keajaiban yang sentiasa didambakan. Slogan untuk Pesta Berlian HABIB iaitu "Happily Ever After' juga bertepatan dengan slogan umum HABIB ‘GiftofHappiness' 

Potongannya yang memukau, kejernihannya yang cemerlang dan warnanya yang gemilang, tidak hairanlah mengapa berlian menjadi realiti dalam dambaan fantasi setiap wanita seantero dunia! Dalam kisah dongeng klasik barat juga tidak terkecuali, seperti yang digambarkan dalam visual kempen Pesta Berlian HABIB tahun ini yang menceritakan kisah seorang Puteri yang sedang mencari cinta, dan Putera menawan yang ingin memenangi hatinya. Kesudahan kisah cinta ini diakhiri dengan kedua-dua Putera dan Puteri bersatu dalam sebuah istana bertatah berlian.


Dato' Sri Meer Habib, Pengarah Urusan Habib, berkata, "Pesta Berlian HABIB telah diraikan sejak 16 tahun yang lalu dan ianya adalah sesuatu amat membanggakan bagi kami. Setiap tahun, kami mempersembahkan konsep atau tema yang berbeza dan tahun ini kami mengambil keputusan untuk mempersembahkan tema yang memberi tumpuan kepada kebahagiaan yang juga merupakan sebahagian daripada slogan umum baru kami, iaitu The Gift of Happiness." 


Antara koleksi yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen adalah koleksi 'Berlian' Bloom, iaitu rekaan terbaru daripada koleksi ‘stackable ring' atau cincin bertindih oleh HABIB. Teristimewa sekali, koleksi terbaru iaitu koleksi "Fairy Tale" HABIB yang diinspirasikan kerlipan bintang-bintang dan gelombang ajaib dalam kisah dongeng klasik yang juga diperagakan.








Tidak ketinggalan, kemunculan sulung koleksi "Aerial" iaitu koleksi terbaru dari jenama 'Hearts On Fire - The Most Perfectly Cut Diamond In The World; yang diedarkan secara ekslusif di HABIB. Peragaan barang kemas pada pertunjukan fesyen tersebut telah memukau dan mempesonakan tetamu kerana kilauan berlian HABIB yang bersinar gemilang.







Pesta Berlian HABIB yang berlangsung dari 1 hingga 30 April 2015 menawarkan pelbagai pilihan dengan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian, berlian bersijil pada harga yang terendah dan sebarang pembelian barang kemas dengan nilai minimum RM500 boleh melayakkan pelanggan mendapatkan seutas gelang mutiara pada harga RM38 sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan impian fantasi korang satu realiti hanya di Pesta Berlian HABIB 2015 pada April ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Komunikasi Pemasaran HABIB di 03 4252 2777 atau layari www.habibjewels.com.


Cik Lily terfikir : Alangkah bestnya kalau Mr Big hadiahkan aku sebijik berlian ni ek, alah cincin kecik pun jadilah janji bersinar-sinarkan hahahahahahah