Wednesday, March 18, 2015

Petua Menghilangkan Parut Jerawat Di Muka

Hi Korang,

Biasalah kita dengan masalah jerawat ni memang tak dapat dipisahkan. Kecut je jerawat kat sebelah kiri, tup-tup timbul pulak kat sebelah kanan. Tak kiralah kulit kering ke kulit berminyak ke pasti ada punya.

Tangan pulak gatal je nak picit-picit supaya boleh cepat susut akibatnya parut jerawat pulak yang terjadi. Kesan parut pulak bukan calang-calang, bertanda sampai hitam pulak tuh. Puas plak nak cover dengan letak foundation tebal-tebal tapi still nampak jugak.

So macam mana nak hilangkan parut di muka akibat jerawat ni ek, meh sini aku nak syorkan satu produk ni iaitu


AZANIS SCAR SERUM

Serum Parut AZANIS ini akan membantu melicinkan kulit sehingga orang tak tahu sebelumnya ada parut. Wah amazing gituh kan. Memang tengah HOT produk ni tau.

Ini di antara kebaikan AZANIS Scar Serum ni

1) Kaya dengan vitamin E yang sangat diperlukan kulit terutama kulit wajah.

2) Mengandungi bahan yang menaktifkan kolagen yang mana bahagian kulit yang berlubang tu ditegangkan secepat beransur-ansur dan tona kulit muka dapat diseratakan. So tak delah masalah kulit kusam tuh timbul.

3) Boleh bawa solat sebab ianya memang suci lagi halal.

Produk ini telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - NOT150301588K kerana kandungan bahan ini 100% dari bahan semulajadi. Bahan utamanya adalah Tocopheryl Acetate (Vitamin E) dan diformulasikan dengan bahan antioksida, komponen aktif semulajadi serta pelembap yang bertindak serentak bagi membantu mengembalikan keremajaan kulit.


Azanis Scar Serum Sangat Sesuai Untuk:
 
Segala jenis parut kekal pada tubuh badan 
Selulit yang menjengkelkan 
Parut bekas jerawat sama ada di muka atau di badan 
Parut kemalangan 
Parut suntikan BCG 
Parut Chicken Pop (Demam Campak) 
Parut bekas bedah (jahitan) 

Hah amik ko, banyak tuh jenis parut yang dapat di hilangkan. Kagum pulak aku dengan produk hilangkan parut ni. 

Ini aku selitkan beberapa testimoni untuk panduan korang ek.






Ni sedikit info lagi untuk pengetahuan korang kan.

Bila kesan awal boleh dirasai?
Kesan adalah bergantung pada tindakbalas individu. Tapi secara puratanya, ia mengambil sekitar 30 hari untuk anda lihat kesan yang ketara! 

1 Botol boleh tahan untuk berapa lama?
1 Botol Azanis Scar Serum boleh bertahan selama 30 hari. 

Adakah Azanis Scar Serum ini halal?
Ya! Pengilang kami telah mendapatkan kelulusan halal dari JAKIM. Anda boleh guna Azanis Scar Serum tanpa ragu-ragu! 

Bagaimana cara penggunaannya?
Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. 

Adakah ada had umur bagi pengamalnya?
Ia boleh diambil oleh setiap orang lelaki dan perempuan tanpa had umur.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau betul-betul berminat dan nak dapatkan dengan harga paling istimewa, 


cepat-cepat ke -> www.pakarparut.com

ATAU 

HUBUNGI SEGERA ✆ SMS/WASUP : 

Taip " PARUT " hantar ke 019-4886964

Tak pun, korang boleh check it out di
 
Facebook Azanis Scar Serum

Cuba dulu then baru tahu kan..

Majlis Penyampaian Hadiah Selfie Bersama Produk Baba's & Pengumuman Pengakhiran Siri Rancangan Masakan "Baba's Cu~bits"

Hi Korang,


Aku di jemput ke majlis penyampaian hadiah pemenang Peraduan Selfie Bersama Produk Babas dan juga majlis penutup siri rancangan masakan yang disukai ramai Baba's Cu~bits telah diadakan di The Royal Chulan Damansara.


Bersungguh-sungguh la drive ke Damansara kan, nasib baik sampai on time.

Setelah 3 musim rancangan masakan ini dikeudarakan untuk tontonan orang ramai dan akhirnya siri masakan ini melabuhkan tirainya tanpa ada kesinabungan pada musim akan datang. Pastinya kita akan merindui untuk melihat Chef Kamarul Hasni Che Rose dengan sepersalinan glamor Chef, sut hitam double-breasted berkolar mandarin hitam dengan jeans 

Sedikit Tentang Perjalanan Chef Kamarul dan Siri Masakan Tajaan Baba's

Sejarah kebangkitan Chef Kamarul bermula dengan Cabaran 1001 Rasa BABA’S sebuah program masakan mencungkil bakat baru di mana cabarannya bukan biasa-biasa, sembilan tahun yang lalu. Chef Kamarul pada hari itu, mengulang rutin yang sama sebagai tukang masak, menunjukkan kepakarannya dalam bidang masakan, kelebihannya yang cukup mashyur di kalangan pelajarnya sendiri, ahli keluarga dan peminatnya. Ini bukanlah pertama kali kami menikmati masakan air tangan selebriti terkenal seperti beliau. 

ade demonstrasi masakan bersama-sama chef-chef jemputan Cubits

Memasak dengan menampilkan trend mirip hidangan novelle cuisine, menjadi ujian terbesar buat Chef Kamarul setelah dipilih menjadi hos rancangan BABA’S cu~bits sejak mengacarakan musim pertamanya lagi, dua tahun lalu. Bukan tidak pernah menghasilkan sajian moden ala Perancis ini yang mementingkan sajian ringan yang bukan sahaja lazat, mudah disediakan, malah unsur paling penting ialah keutamaan dekorasi sesebuah hidangan. Dan, ya “cu~bits cuisine” lebih kepada konsep kulinari yang menggabungkan dua unsur tempatan iaitu masakan pelbagai citarasa dan tabiat kita sejak dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan. Terutama sekali dari segi penciptaan resipi-resipi tempatan dan antarabangsa dalam jelmaan baru dan unik hasil penggunaan sepenuhnya rangkaian produk BABA’S; yang telah lama menjadi jenama rempah pilihan tempatan. Malah inspirasi untuk menggelarnya “cu~bits” ilham gabungan perkataan “cuba” dan “bits” untuk 
menggambarkan trend hidang baru ini.


Kenyataan ini turut disokong oleh Mr Navin (Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S) yang merupakan pencipta trend cu~bits ;

“Keunikan cara persembahan dan konsep masakannya menjadikan cu~bits muncul sebagai ‘trendsetter’ dalam dunia kulinari masa kini. Kami ilhamkan resipi-resipi baru yang lebih sedap dengan kaedah penggayaan makanan lebih mantap yang dicipta menggunakan produk-produk BABA’S” 


Bersempena majlis penutup siri masakan BABA’s cu~bits, barisan Chef jemputan diperkenalkan kepada media sepanjang 26 episod cu~bits bersiaran. Turut serta di majlis eksklusif ini ialah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad dan Seelan Paul, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad bersama jemputan lain. 


Sedikit kata-kata dari Chef Kamarul yang sangat berinspirasi,

“Dari permulaan sebagai hos cu~bits, digabungkan saya bersama isteri, Yati Rahman sehinggalah bergandingan dengan Chef-Chef jemputan, saya yakin cu~bits mencapai dan menepati konsep keseluruhannya untuk memupuk semangat berkarya dengan mempelbagaikan masakan sendiri di rumah dengan lebih kreatif, setaraf masakan mewah yang hanya terdapat di cafĂ©, restoran dan hotel-hotel lima bintang”.

“Tetapi untuk Musim Ketiga cu~bits, saya lebih teruja dengan idea kolaborasi dengan Chef-chef terkenal dan ternama. Ia menjadikan cu~bits lebih advance dari yang disangkakan. Konsep memasak sebenarnya satu proses pembelajaran hari-hari. Berpeluang cu~bits di dapur bersama barisan Chef-chef hebat ini, secara tidak langsung dapat berkomunikasi dua hala antara kedua-dua pihak. Saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta melihat bagaimana Chef-chef berbangsa asing ini berentrepretasi dalam masakan-masakan kita. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan BABA’S cu~bits semuanya seolah dipermudahkan”. 

jeng jeng jeng...


Tibalah masa untuk mengumumkan pemenang peraduan selfie yang dianjurkan menerusi laman sosial FB Baba's.Untuk pengetahuan korang pemilihan gambar pemenang adalah berdasarkan gambar paling kreatif berserta slogan yang menarik..








Tahniah kepada semua pemenang..

*****
Sedikit info mengenai Cu~bits :=)




Cu-bits mengambil inspirasi warisan tempatan, makanan terbaik yang dikongsi dengan penuh keindahan menerusi cara yang berbeza. Cubits terilham dari asalnya ‘cuba’ dan ‘bits’, yang menterjemahkan budaya baru mengenai perkongsian pelbagai rasa hebat sesebuah hidangan bersama mereka yang tersayang, keluarga dan sahabat handai. Cu-Bits ialah sesuatu yang ringkas dan ‘sedikit’ tetapi memenuhi citarasa sempurna sebuah hidangan yang seharusnya dinikmati semua tanpa merasa bersalah.


Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu~bits dan perkembangan terkini BABA’S, sila layari laman Facebook BABA'S & U

Tuesday, March 17, 2015

Laksa Tepi Airport Langkawi Yang Sedap!!

Hi Korang,


Mesti korang meraung lagi sebab aku backdated citer lelama kan. 

Hehehhe

Segala informasi mengenai tempat makan sedap mestilah kena share bersama, barulah namanya food blogger.

cantikkan view

Kan minggu ni kat sibuk dengan event LIMA kat Langkawi ni, so aku up lah citer mengenai tempat makan murah lagi sedap di Langkawi ni. Aku rasa mesti ramai duk sibuk google tempat makan yang sedap bila bercuri ke sana.

fullhouse wokeh, kalau lambat datang

memang betul2 tepi pantai

Ktorang kalau setiap kali ke Langkawi wajib singgah makan di tepi Airport Langkawi ni. Kat sini memang berderetan food truck. Tapi bukanlah makan yang heavy-heavy pun, orang kata makan minum petang di tepi pantai. Majoritinya menjual laksa, mee rebus, air kelapa, buah-buahan hah menu yang cam tu je.

Of courselah mesti pekena

Laksa Ikan Sekoq

Hahahha. Betul-betul makcik ni letak ikan seekor ek. Bukan aku nak tipu. Special, lain daripada yang lain. Lagipun maybe diorang peniaga ni senang dapat ikan kembung segar dari pantai, yelah depan tu dah pantai siap ada bot nelayan lagi. Sedap kuah masam-masam pedas sebab termakan cili potong. Di tambah lagi dengan gravy otak udang tu kan, ini saje ktorang makan 2-3 pinggan.

Selain daripada tu ktorang makan

Mee Rebus

Yeah aku suker kuahnya pekat, melekat terasa segala bahan rebusan dalam kuah ni. Lagiplak dengan kepoknya yang ranggup tu, haruslah makan 2-3 pinggan jugak. Seriuslah kepok tu sedap.

ntah pinggan ke berape, aku sendiri tak ingat

Lama gak ktorang duk bertapa kat kedai Laksa Ikan Sekoq makcik ni, sebab duk leka melayan view yang cantik tepi pantai ni. Alah nelayan tengah tarik pukat, agaknya bersihkan apa yang patut kot sebelum esoknya pi menangkap ikan lagi.

nampak kan nelayan tengah kemas bot diorang

shoot dari tempat duduk aku ni, baguskan camera canon aku yang kecik ni. 21 kali zoom ni tau

macam dalam poster kan

Nak tunggu matahari terbenam tapi apakan daya kerusi meja full house dan orang nak makan ramai menunggu so bagi jelah diorang duduk kan. Boleh je jejalan kat pantai lepas tu tapi malaslah coz perut dan kenyang dan mata dah layu so baik balik hotel tidur jelah hahhahahaaha

Korang yang plan bercuti di Langkawi ni, elok lah masukkan gerai ni dalam list tempat makan korang kan.

Selamat makan semuanya…