Tuesday, March 17, 2015

Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain

Hi Korang,


Penyakit ni datangnya sebulan sekali je pada orang pompuan kan. 

Itulah dia PMS (Premenstrual syndrome)

Dulu kalau masa time sekolah, bila kena je penyakit PMS ataupun senggugut ni, ya ampun rasa cam nak tercabut nyawa, siap guling-guling kat lantai sebab nak sejukkan perut kan. Mak aku siap ajar tuam je batu lesung yang dipanaskan,balut dengan kain dan tuam kat perut. Ermm baru rasa lega sket.

Bila dah masuk remaja purba ni, mana ada masa lagi nak tuam perut bila period (haid) ni. Takkan nak bawak batu lesung pi opis plak. Jawabnya pi klinik mintak ubat kat doctor, hah sebeban doktor kasi pil suruh makan dengan minum air masak dan guna bag air panas. Tapi banyak sangat makan pil takut penyakit lain pulak datang kan. 


Nasib baiklah syarikat Kobayashi Pharmaceutical memperkenalkan Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch bagi mereka-mereka yang bermasalah senggugut teruk atau menstrual pain ni. Hah baguslah kan.


AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch ni merupakan patch haba yang mampu bertahan selama 8 jam dan memberi kelegaan dalam tempoh tersebut kerana ianya mempunyai suhu 40°C yang mampu meningkatkan pengaliran darah dan effektif melegakan sakit. 

Cara nak pakai?

Alah sonang by 2.
Pastikan kat kawasan perut yang sakit tuh tak de kulit terluka ek, hendaklah kering dan bersih. Buka je plastik dan kemudian tanggalkan protective film yang kat belakang tuh dan tampalkan di kawasan perut yang sakit. Lepas je 6-7 jam dah bolehlah tanggalkan tapi jangan lebih daripada 8 jam dalam satu hari tau.


Bila dah tampal tuh, dengan serta merta boleh rasa haba panas tu datang. Tapi bukanlah panas sampai terbakar pun, cam suam-suam gituh lah. Langsung tak de bau tau.


Aku baru cuba semalam dan ternyata hasilnya amat memberangsangkan, kena pulak time kerja. Nasib baik dah standby dalam handbag sebab dah boleh agak yang period akan muncul time-time tengah bulan cam ni kan. Hah masuk toilet, terus pi tampal kat perut dulu then buat je keje cam biasa. Memang rasa amat selesa dan melegakan sungguh. 

Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain ini di jual dengan harga RM 10.90 di Watson, Guardian, Caring dan juga farmasi yang berhampiran dengan korang. Didalamnya mengandungi 2 paket patch haba dalam satu kotak. Kandungannya terdiri daripada ‘iron powder’, air, ‘activated carbon, ‘vermiculite, garam dan ‘super absorbent polymer.


Selain daripada patch Mestrual Pain ni, AMMELTZ Yoko Yoko juga memperkenalkan varian lagi iaitu AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch for Neck & Shoulder Pain yang mana digunakan untuk melegakan kawasan leher dan bahu yang lenguh-lenguh dan sakit belakang jugak.

Its GIVEAWAY TIME!


Korang mesti teruja sampai berjoget-joget bila aku bukak citer pasal giveaway ni kan. Ni pihak Kobayashi Healthcare (Malaysia) Sdn Bhd bermurah hati nak menghadiahkan 1 kotak Ammelts Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain ni


SUKE KAN!!!

Cara nak join?

1. Giveaway berlangsung dari 16 March 2015 – 24 March 2015
2. Follow Instagram @ciklilyputih
3. Follow Twitter @ciklilyputih
4. LIKE Facebook @ciklilyputihdotcom

5. Jawab 2 soalan dibawah ini

a. Apakah suhu selamat Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain dan berapa lama ia bertahan?

b. Bagaimanakah Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch boleh membantu ketika sakit senggugut?

c. Ceritakan kenapa korang nak cuba Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain ni ek?

6. Sertakan jawapan dan maklumat korang di ruang komen seperti nama dan email.

7. Keputusan adalah dari panel hakim Kobayashi Healthcare (Malaysia) Sdn Bhd dan Ciklilyputih.com. Kami akan memberi 1 kotak Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain kepada 5 orang pemenang!

8. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan segera melalui media sosial ciklilyputihdotcom pada 25 March 2015.

So korang, meh lah join cercepat ek. Lagi cepat korang cuba jawab maknanya lagi cepatlah korang boleh menang hadiah kan.


Monday, March 16, 2015

Cik Lily Putih Dalam The StarMetro

Hi Korang,


Bebudak blogger ni memang tau je aktiviti aku ek.

Kan hari tuh aku dengan Ayu Rafikah join campaign Dove sempena International Women Day kat KL Sentral, hah ko cam ne boleh masuk suratkhabar plak


Aku sendiri pun tak perasanlah.

Ntah bila masa photographer ni shoot gambar ktorang orang ni. Glamer sekejap hari jumaat last week hehehhehe...

Itu je...

p/s : Abang photographer, lain kali nak amik gambar bagitau ek. Boleh pose cun-cun sket.

Minum "YEO’S YEOGURT" Boleh Menang Peraduan YEO’S YEOGURT “DRINK & WIN”

Hi Korang,


Lama tak pi event Yeos ek, biasalah busy keja la


So hari tuh, sempat jugak aku ikut bebudak blogger je ke majlis pelancaran YEO'S YEOGURT di Aloft Hotel kat KL Sentral. 

Minuman YEO'S YEOGURT ni merupakan minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan asid laktik. Yeo’s Yeogurt dirumus khas supaya warga Malaysia dapat menikmati minuman yang sedia diminum dan berkhasiat untuk sistem penghadaman yang sihat. Keunikan Yeo’s Yeogurt adalah minuman ini tidak perlu disejukkan dan akan kekal segar walaupun disimpan dalam suhu bilik.


Turut hadir pada pelancaran rasmi Yeo’s Yeogurt , Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s berkata, Yeo’s , sebagai jenama yang dipercayai sejak turun temurun dan sentiasa berinovasi dalam teknologi penghasilan minuman dan makanan, kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang mudah dan sihat selari dengan gaya hidup sihat rakyat Malaysia yang sibuk dan aktif,” katanya.


Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.


Pelancaran ini juga turut mengumumkan peraduan “Yeo’s Yeogurt” ‘Drink & Win’ yang berlangsung selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.


Selama 10 minggu berturut-turut, peraduan yang akan bermula dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015, bakal menyaksikan 3 pemenang mingguan memenangi satu unit iPad Air Wifi 16G keluaran terbaru setiap seorang. Pada penghujung peraduan, pemenang utama akan membawa pulang sebuah Macbook Pro 13” bersama wang tunai sebanyak RM10,000. Pemenang tempat kedua pula akan menerima sebuah Macbook Air 11” diikuti pemenang tempat ketiga akan menerima iPhone 6 64G. 

Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan Yeo’s Yeogurt ‘Drink & Win’ ini, bolehlah mengikuti langkah-langkah seperti dibawah.


1. Beli mana-mana jenis Yeo’s Yeogurt dalam apa sahaja jenis saiz kotak.


2. Ikuti akaun wechat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan-cawangan yang terpilih, atau ikuti akaun Yeo’s Wechat melalui Wechat ID: YeosMalaysia


3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah dibeli. Gambar resit haruslah disimpan bagi tujuan pengesahan. 

4. Setiap penyertaan yang berjaya, anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmi Yeo’s Malaysia diikuti dengan lampiran imej.


5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan: “Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat? ” Pilih A : Susu atau B : Coklat


Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.yeos.com.my/drinknwin

Yeo’s Yeogurt kini terdapat dalam kotak 250ml juga 1 Liter, mudah didapati di semua kedai-kedai runcit utama, stesen minyak, pasar raya, dan juga pasar raya utama di seluruh negara.