Wednesday, March 11, 2015

NEUTRAX Oil, Menyembuh Secara Semulajadi

Hi Korang,


Mr Big selalu perasan ada iklan NEUTRAX kat billboard depan Jalan Tun Razak everyday on the way dia balik kerja. Once dia ternampak tuh, bebalik je terus tanya aku ape menda lah NEUTRAX ni. Dia ingat aku ni google bergerak agaknya,sekali cakap je info boleh keluar kan.

Bila dah banyak kali dia membebel, aku pun barulah terhegeh-hegeh nak google kan.


Oh rupanya produk kesihatan yang menyembuhkan luaran dan dalaman badan kita secara semulajadi. NEUTRAX ni keluaran Felda Wellness Corporation (FWC) sebenarnya, kira produk tempatan la ek.

ini perbezaan antara minyak kelapa dara (VCO) dengan Cultured coconut extract (CCE)

Meh aku story-mory mengenai 2 produk keluaran FWC ni iaitu NEUTRAX Original dan NEUTRAX Therapy Oil.


NEUTRAX ORIGINAL

Neutrax diperbuat daripada Ekstrak Kultur dengan Bio Lipopeptide. Kalau korang kenal dan tau Minyak Kelapa Dara , tapi NEUTRAX ada 36 lagi lebih hebat dari Minyak Kelapa Dara . Kajian menunjukkan bahawa NEUTRAX mengandungi ASID LAURIK yang tinggi dalam membantu meningkatkan tahap tenaga dan imuniti , mengawal atur hormon , menstabilkan kadar gula dan meningkatkan proses penyembuhan sel . 

Kebaikan NEUTRAX Original

1. Anti Microbial
* Membunuh Virus , Bakteria fungus dan Yis.

2. Anti Oxidant
* Melindungi badan dari radikal bebas yang berbahaya dan pengoksidaan .

3. Anti Imflammatory
* Mengurangkan keradangan dan bengkak .

4. Active Immunity
* Meningkatkan jangka hayat dan pertumbuhan sel badan manusia .

5. Active Lipid
* Mengurangkan kesan rantai sederhana trigliserida dan mencegah pengoksidaan lipid .


NEUTRAX THERAPY OIL

Sama kandungan seperti NEUTRAX ORIGINAL cuma dalam Neutrax Therapy Oil ada Geranium Essential Oil . Bau bunga yang menyenangkan . Kegunaan Neutrax Therapy Oil untuk melindungi bahagian luaran kulit . Mudah digunakan , cuma sapu jer setiap pagi dan petang di tempat yang bermasalah . Urut dibahagian kulit dengan lembut secara bulatan. Sesiapa yang ada masalah dengan kulit badan ni, sedang helok sapu minyak ni ek

Kelebihan NEUTRAX THERAPY OIL

1. Active Protect
* Melindungi kulit terhadap pencemaran dan tekanan persekitaran .

2. Active Control
* Mengawal dan membetulkan pengeluaran sebum – mengawal jerawat , kulit berpigmen dan terengsa .

3. Active Nutrition.
* Memelihara dan melembabkan dermis untuk kulit bersinar dan sihat .

4. Active Healing.
* Menggalakkan penyembuhan kesan parut dan terbakar , memperbaharui dan memulihkan sel .

5. Anti – Aging
* Mengawal proses penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel .

Ok faham dah kan.

proses yang berlaku dalam badan kita lepas consume Neutrax Oil ni

Pengalaman makan NEUTRAX Original

2-3 hari pertama, makan Neutrax Oil dengan bersulam air suam. Tak biasa lagi time tuh

Ini kira first time aku minum supplement ala-ala minyak kelapa ni. Ermm rasanya macam korang minum minyak tapi perasa kelapa. Masa bau tuh, memang harum dan jernih je warnanya, so aku assume macam makan ubat batuk gituh. Tapi bila masuk dalam mulut, amik ko minyak wei. Masuk sudu kedua ni, aku cam terkedu sesaat then aku bayangkan macam makan butter. Masuk mulut, tutup mata dan terus telan.

suapan pertama, ermm tahan nafas wokeh


suapan kedua, arrr lega sket coz dah biasa

Bila masuk hari kedua – ketiga rasa cam dah biasa je. Terus telan, tak fikir apa dah janji berkhasiat. Tapi memang betul-betul mencuci perut sangat, rasanya tak sampai ½ jam perut aku dah mula menjalankan tugasnya. Buang apa yang tak patut dalam badan, rasa macam segala toksin, lebihan lemak semua keluarlah. Lagi satu, badan dah mula rasa ringan dan rasa cam rajin je buat kerja. Maybe lemak-lemak jahat dah mula keluar kot hahahahahaha

Pengalaman sapu NEUTRAX Therapy Oil


Kan aku pernah citer dulu, orang-orang comel cam aku ni ada je masalah kulit kan. Yelah bila bahagian pelipat badan macam kat peha, bawah lutut berpeluh keluarlah daki-daki toksin tuh kan. Tup-tup jadi gatal plak, hah apa lagi tinggalkan kesan bekas kita garu tuh. Dah tak cantik kulit.

itulah dia minyaknya

Sekarang ni, lepas mandi je bila badan dah kering sket, terus je sapu kat bahagian-bahagian pelipat. Yelah untuk hilangkan rasa kering dan mudah gatal kan. Ni dah masuk 3 hari aku sapu ni, rasa gatal tu semakin kurang dan kulit tak kering sangat.

testing testing sapu kat tangan dulu

Suruh Mr Big tengokkan kat bahagian belakang tuh, memang nampak ada perubahan sket pada bekas parut garu-garu tuh, semakin pudar katanya. Lagipun Neutrax Therapy Oil ni harum baunya dan cepat meresap ke kulit so tak delah rasa badan cam melekit sangat.

Ini baru lepas 7 hari aku guna kedua-dua produk NEUTRAX ni lah, sebab aku consume luar dan dalam badan kan so effectnya boleh di katakan agak cepat jugak.


Itu apa yang aku rasa lepas guna NEUTRAX tapi kalau korang cam tak berapa nak caya, korang boleh check it out beberapa testimoni pengguna NEUTRAX kat SINI

Kalau korang rasa lepas baca testimonial aku mengenai produk NEUTRAX ni dan rasa nak try boleh je korang ke website dan facebook Neutrax ni



Careline: 1-800-222-FWC (392)


Memacam info yang korang boleh dapat di website NEUTRAX ni. Beli secara online pun boleh.

Ok ok meh cuba lah dulu kan..



Tuesday, March 10, 2015

Tapau Nasi Arab For Dinner

Hi Korang,

Bila dah lambat sampai rumah sebab jem, semuanya jadi malas.

Malas nak masak, malas nak basuh baju, malas nak kemas umah, malas nak bagi #DakUban makan eh mana boleh menyeksa binatang tu kan hehhehehe pendek kata semua malas lah.

Abis Mr Big pun tak yah makan ke? Dia tak makan? Oit jangan buat memain ek, kang bertukar jadi king kong baru padan muka aku kan.

So masa driving tuh, kepala otak dah ligat berputar nak cari tempat untuk tapau nasi dengan lauk. Malas nak singgah kedai tomyam coz ramai nau orang yang duk makan sekali. Kang nak buat orang makan lagi, tapau lagi ermm lagi malas la aku nak menunggu. Tup-tup teringat kat seksyen 7 ni ada food truck Nasi Kukus Ayam Dara. Ok ok terus ke sana ek..

La tutup plak bila lalu kat depan jalan ni, aduiyai buntu balik dibuatnya. Nak balik masak, masa tu dah kul 8.30pm plak. Ok tak per pusing lagi sampai ke sekolah rendah Bangi ni ek. Tetiba terperasan ada food truck lah. Ok usha daripada jauh dulu, ooo rupanya jual nasi arab.

Hah, apa lagi turun lekas.

Ada pilihan nasi arab kambing dan ayam. Boleh makan kat situ ataupun bawak balik. Of courselah tapau kan, abang tu pun bungkus lah apa yang patut. Alamak tepon lupa bawak turun plak, kalau tak boleh amik gambo ek.

Settle, dan bayar sajor..

Start enjin keta terus balik umah.

simple je packagingnye

hah kemain ek

Sampai umah, bukak packaging. Letak dalam pinggan sorang satu then terus makan. DakUban pun tumpang makan gak coz ktorang tak abis pun makan ayam tuh.


Lepas makan, tersandar dekat tv memasing kan. Tak sampai 1/2jam, dua-dua dah pewai, akibat pekena nasi arab.

Alah sekali sekala makan lain sket apa salahnya kan, asyik nak western food je sangat pun tak bagus gak hahahahha

Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015, Peluang Pengusaha Hijabista Berniaga

Hi Korang,


Lama betul aku tak pi bazaar-bazaar ni ek, yelah kan tak de masa pulak sekarang ni. Ada je aktiviti, sungguh mengalahkan PM plak rasa. Bila orang update pasal pi bazaar yang best-bestnya aku selalu je miss. Tak dapat nak shopping lah.

Ni plak, tak lama lagi akan di adakan Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015. Hah amik ko! Semua sekali ada dalam satu tempat. 

Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015

-----------------------------------------

Lokasi : Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur

Tarikh: 30hb-31hb Mei 2015 

Masa : 9.00 pagi - 9 malam

Masuk percuma

Of courselah, aku tergedik-gedik nak pi kan. Shopping tu sapa yang tak nak kan. 

Itu untuk pengguna, pelanggan, mereka yang banyak duit, si kaki shopping lah kan. Bagaimana pulak untuk peniaga dan pengusaha produk? Mestilah ada peluang perniagaan di sini.

lokasi kedudukan booth

Meh aku selitkan beberapa info penting bagi bakal peniaga dan pengusaha.

Harga booth : bermula dari RM2000 untuk 2 hari

Keluasan booth : 3meter x 2 meter

Contact info : Cik Zalikha di talian 011-23327191


Sememangnya Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015 di jangka akan menarik lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Kalau korang nak tau, buat pertama kalinya Menara FELDA ini dibuka kepada umum untuk festival sebegini. 




Selain membeli belah produk hijab, peragaan juga akan dilakukan oleh pengendali booth. Produk-produk lain juga turut serta seperti alatan make up serta produk kecantikan dan kesihatan, fesyen busana muslimah serta aksesori wanita seperti handbag, kerongsang dan sebagainya. 

Eh, jangan bimbang pasal promosi ek, sebab pihak penganjur akan melakukan secara meluas promosi festival ini dengan menggunakan media massa dan elektronik.

Best kan!

Ada juga artis-artis yang akan di jemput bagi memeriahkan majlis ni. Peluang tuh dapat bergambar dengan diaorang ni. Pertunjukan kebudayaan berkonsepkan ‘Seni Melayu’ akan dipersembahkan seperti mainan gamelan, tarian dan macam-macam lagi.


Untuk details lanjut boleh ke

Talian Hotline 03-77239229

Facebook Glam Hijab : https://www.facebook.com/glamhifab

Kita yang datang as pengunjung ni boleh jugak berkenalan dengan pengusaha produk, mana tau ada boleh buat projek dropship kan. Kita tak tau lagi, so mehlah Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015 ye.