Friday, February 20, 2015

Carlo Rino Spring Breeze Collection Fashion Show

Hi Korang,



Ini merupakan kali kedua aku dapat jemputan daripada Carlo Rino untuk fashion show event ni. Kali ni di adakan di outlet Carlo Rino Pavillion. 

besar gak butik ni ek

Untuk Carlo Rino Spring Breeze 2015, Carlo Rino menampilkan warna-warna yang pastel , stylish dan chicky untuk handbag dan kasut mereka untuk nampakkan fashionable bila digunakan pada apa juga acara. 

"This year is all about reinventing your lifestyle with Carlo Rino. We unveil whole new range of fashionable pieces that is bound to rock 2015"

Sebelum fashion show start, ada beberapa booth untuk ktorang pampering diri memasing. 


buat rambut jap, sket je lah

illy kilatkan kuku ek..

nak buat jugak lah

Haruslah jangan lepas peluang kan, dengan orang yang tak ramai lagi aku dengan Illy sempat buat rambut dan kilatkan kuku. Alah suka-suka je, siap ambil gambar kat photobooth tau. 

Jom kita tinjau, koleksi bag dan kasut untuk Spring Breeze ni ek











Apmacam, teruja tak? of course lah kan


hah ke exercise muke kan hehehehe


Ada cam simple talk dari pada Sothys pasal penjagaan muka dan cara simple untuk kuruskan muka dan exercise muka. hehheheh terkekeh aku buat lah.


Ada talk jugak daripada Miko Hair Studio & Academy tentang menjaga rambut. Ermm sebenarnya memacam info yang yang aku dapat tau ni 





Inilah saat yang ditunggu-tunggu, pertunjukan fashion oleh model-model yang cantik, kurus dan tinggi. Aku pun naik syiok di buatnya bila tengok ek. Tengok apa? of courselah tengok koleksi beg lah. 

rezeki dapat lucky draw plak yeahh

illy beli apa tuh

Pihak Carlo Rino amat bermurah hati untuk memberikan ktorang voucher sebanyak RM300 untuk shopping secara online di www.carlorino.net

Ermm tak sabarlah shopping online ek..

Thanks Carlo Rino for this awesome goodies hehehhee...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Semalam baru aku survey barang-barang di www.carlorino.net ni. Memang banyak koleksi terbaru untuk Summer Breeze ni.

Klik sana klik sini, ermm rasa macam semua nak beli kan. Ok ok dah dapat pun yang berkenan di hati, so lets start shopping ye.


So memula log in dulu lah dan register details korang



Hah pilihlah yang mana berkenan di hati ek. Aku  ni pun sampai juling bijik mata nak pilih yang mana satu.


Inilah yang aku order. Malas nak beli handbag coz dah beli masa event hari tuh hehehhe


Proses pembayaran dan penghantaran pulak


Ok itu je..

So sabar dan tenang jelah menunggu parcel sampai ke office, most probably lepas raya cina kot. Alah its ok, janji barang sampai ke tangan dengan selamat.

So happy shopping everyone...




Wednesday, February 18, 2015

XES Chinese New Year Luncheon 2015

Hi Korang,



Ramai kot perasan yang aku rajin pi event daripada XES ni, alah salah satu jenama beg dan kasut keluaran tempatan. Tak salah rasanya menyokong jenama buatan Malaysia kan

Hehehhee nyampahlah tu bila aku start membebel kan.






Last week, aku dijemput ke XES CNY Luncheon di outlet XES Quill City Mall. Eh, macam tiap-tiap hari plak ke sini ek ermm memang ye pun. Event kali ini bertemakan ‘Be Stylish With XES’ sempena tahun baru cina ni kan.

tahun kambing mesti ONG punye lah




Sesampai je ada memacam aktiviti plak macam sessi makeover dan hair styling dari Sense & Style Beauty Academy, Photobooth with XES product, booth untuk toss luck dan memacam lagi lah. Seronok tuh, semua dapat merasa. Aku suker photobooth tuh, best dapatlah bergaya ala-ala model gituh.



Majlis pelancaran di terajui oleh PR Manager of Shellys Marketing Sdn Bhd, Ms Sabrina Quigley Chin. Amboi kemain lagi Sab ni cantik sungguh pakai cheongsam ek.




Tak lengkap rasanya kalau CNY Luncheon tak Lou Sang kan, hah apa lagi mari ber ‘lou sang’ beramai-ramai di table panjang yang bahan-bahan Yee Sangnya didecorate dengan initial XES. Hah, memacamlah yang di mintaknya kan hehehhe

ok pilih dulu yang mana berkenan

amik ko sorang 3-4 bag bawak balik barang kan

Of courselah ktorang tak kan pulang dengan tangan kosong kan. Selain dapat goodies bag sorang satu, ada offer baik punya iaitu BUY 1 FREE 2. Haruslah borong bebanyak kan, aku pun tak ketinggalan gak. Belikan mak aku handbag dan kasut. So settle ada ole-ole balik kampung masa cuti CNY nanti.

Oh ye lupa nak kongsikan dengan korang,


XES sedang mengadakan contest ‘Be Stylish With XES’

Apa yang perlu uolls buat:-

Langkah 1: Haruslah LIKE facebook page XES -http://www.facebook.com/xesshoes

Langkah 2: Tag gambar uolls kat keluarga dan member2 FB

Langkah 3: Minta kawan2 , geng baik ke di FB LIKE gambar korang tuh

Langkah 4: Pemenang dengan jumlah LIKE tertinggi akan dihubungi dan seterusnya akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di sekitar bulan Mac 2015.

Hadiah yang ditawarkan sangatlah menarik...

Gambar yang mendapat LIKE tertinggi akan menerima:

- Wang Tunai RM888

- Produk bernilai RM3888

- Dan jumlah produk bernilai RM1888 untuk 10 orang (so lebih kurang RM188 setiap orang) kepada fan yang telah mengLIKE gambar pemenang. Mudahkan 

Ianya berlangsung selama sebulan iaitu bermula dari 17 Februari 2015 dan berakhir pada 17 Mac 2015


Comel tak saya ni hehehehehehe

Jangan lupa terjah FB XES atau laman web XES, untuk keterangan lanjut!!