Tuesday, February 10, 2015

REVIEW | BANCREAM Cover Gel Untuk Anti Selulit

Hi Korang,

Nampak macam aku tak berapa kisah mengenai lemak-lemak yang banyak kat badan ni kan. ermm no no ye...

of course i do care!!

Cuma tak de lah nak kecoh nak kurus banyak kan.

Badan aku memang lemak banyak tapi selulit pun ada jugak. Yelah bila lemak dah jadi tepu secara perlahan-lahan selulit ni pun datang. Nak pi cuba kuruskan badan kat slimming centre ni tak menahan nak menanggung harganya pulak kan. So kenalah cara alternative lain.


Aku terjumpa plak Anti Cellulite and Firming Cool Gel dari BANCREAM ni hari tu masa shopping kat Watson. So terus beli dan cuba. Tapi sebelum tuh, meh aku citer mengenai cream ini ek.


Ia merupakan krim anti selulit yang menggunakan Liposome Technology dan di hasilkan daripada bahan-bahan utama berikut:-

Carnitine
helps the body turn fat into energy

Ivy Extract
helps boost blood circulation, tone, tighten, smoothen and soften skin. Fucus Vesibulosus extract increases skin elasticity and reduce cellulite.

Caffeine
helps the body to burn off the deposits of fatty tissue that cause cellulite.


Cara nak pakai:-


Alah korang sapu je kat tempat yang banyak selulit timbul macam peha, lengan, perut dan buttocks. Kalau kat tempat lain pun boleh gak la


Bila dah sapu kat lengan tuh, ye memang aku sapu kat lengan pun coz situ yang bermasalah sangat sekarang ni hehehehe. Picit sket je then sapu, mak oi berangin je aku rasa. Lepas tu aku urut plak ke atas kira macam nak dapat effect cepatlah kononnya. 

Aku baru jelah mencuba selama 3 minggu krim anti sellulit ni so far alhamdulillah ada perubahan pada lengan yang aku sapu tuh. Slowly nampak mengecil bila di ukur pakai measuring tape. Adelah kurang 2-3cm. Agaknya kalau aku pakai beterusan selama 60 hari mahu kurus lengan aku ni kan


Bancream Cover Gel korang boleh dapati di Watson pada harga RM69.00 / 100ml.

Bolehlah mencuba kan.

Monday, February 9, 2015

Makan Asam Pedas Ikan Patin Di D'Laila Mee Udang SupPower

Hi Korang,


Memang seronok pi makan kat MMA Santai Corner Nilai ni. Alah kat kedai D'Laila Mee Udang Suppower lah mane lagi. 

Hari ahad hari tuh, tak de menda nak buat petang coz Mr Big pi bike ride ke Melaka so haruslah tak masak kan. Sudahnya FOODBLOGGER melayu sibuk ajak aku ke kedai kat D'Laila Mee Udang ni. 

Of courselah mesti bukannya jauh dengan rumah pun.

Sesampai tak tau nak makan apa, rasanya macam semua dah cuba kan. Mee Udang pun sudah. 


Tup-tup ternampak ikan patin sg Pahang ni.

Ermm nak cuba ke tak ek sebab aku tak pernah makan sebelum ni. Biasalah ikan patin ni orang akan masak dengan tempoyak kan, so aku kan tak makan durian jadi tak dapatlah nak merasa kesedapan yang diperkatakan ramai ni

Aku mintak tolong kak Laila masak asam pedas dengan ikan patin tuh. Siap pesan, masak sedap-sedap sket kan, agak melampau di situ ek hahahhahaa. Memintaklah sedap macam drama ASAM PEDAS UNTUK DIA tu ek. Ewah kemain lagi ek.

Hampir 10 minit menunggu sampai Hazman punya daging salai masak lemak cili api sampai dulu dan dia dah mula makan then baru sampai asam pedas aku ni. 

Jeng jeng jeng...



Inilah dia Asam Pedas Ikan Patin




especially untuk Cik Lily Putih yang first time nak makan kan. Memula hirup kuah dulu, of course sedap dan pedas. Kemudian rasa isi ikan patin tuh, mak oi lembut sungguh walaupun ada rasa cam berminyak sket kat kulit ikannya.

Dapat makan seketul pun jadilah janji rasakan. 


Terima kasih kak Laila coz sedap segala jenis lauk pauk kat sini. Next time nak makan menda lain plak kan. Terima kasih kat Blogger Masuk TV jugak coz sudi ajak aku pi makan lagi ke sini.

Jomlah ke sini ek:


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)

Facebook : D’Laila Suppower

Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.

Next time nak makan seafood plak ek...


Dapat Tawaran Review Sampai Ke Indonesia

Hi Korang,

Meh baca ni



Hah itulah cam menarik kan.

Korang tengok plak tempatnya di mana. Nun jauh tuh Indonesia ek. Hebat jugak kuasa VIRAL blog comel aku ni ek hehehehe

Ermm tak perlah, yang dalam Malaysia ni pun tak habis cover lagi inikan plak nak ke seberang laut. Tapi kalau ada rezeki ke sana memang aku pi gak kan.

Ok sambung keje dulu ek..