Thursday, February 5, 2015

Tips Penjagaan Kereta Untuk Perempuan Comel Seperti Korang

Hi Korang,

Aku memang tau dah kalau bab-bab kereta ni mesti korang duk pass kat laki korang kan. 

Hah betul pun !! 

Seperti yang aku jangkakan tadi.


Walaupun korang memang malas nak pi workshop but still korang mesti ada ilmu dalam hal kereta ni. Tau tak pentingnya menjaga, memeriksa dan menyelenggara kereta korang, itulah. Kekadang menda yang rosak tu kecil je tapi di sebabkan kita ni wanita yang lemah yang tak de knowledge langsung hal kereta ni memang senang kena tipu. 

Ermm senang kena tipu tu lah yang selalu aku dengar.

Ni kat bawah ni, aku dah senaraikan beberapa entry mengenai cara mudah menjaga kereta sentiasa tip top. At least korang tau sket menda alah apa yang ada dalam perut kereta ni ek.

1. Berkenalan Dengan Enjin Kereta


2. Belajar Pasal Dashboard


3. Berkaitan Dengan SPARK PLUG


4. Fungsi Minyak Hitam


5. Punca Enjin Mati Tengah Jalan


6. Tayar Berbunyi Bila Pusing Stereng


7. Lampu Handbrake Menyala


8. Pilih Tempat Service Kereta



9. Status Kereta Dalam Warranti


10. Rugi Tak Service Kereta Di Pusat Service Bila Dalam Warranty



Rasanya cukuplah kot aku bagi tips pasal penjagaan kereta ni. Kalau korang nak tau pasal kereta ni, bagitau ek. So cam biasalah aku boleh tanya kat kawan baik si pomen tuh. 

Ok next week aku nak kongsikan plak pasal tips pemanduan ek.

Ermm barulah lega rasanya dah buat senarai cam ni, sebenarnya bukan apa aku sendiri nak jadikan reference jugak. 



Wednesday, February 4, 2015

Tuesday, February 3, 2015

BB Cream Seqy Beauty

Hi Korang,


Aku memang perasan ramai duk citer pasal kebagusan produk keluaran blogger Sepet Noh ni. Ermm rasa-rasa cam nak cuba gak tapi nak survey agent Seqy Beauty ni malas plak. Jadi biarlah jelah dulu bila ada masa nanti aku google jelah.


Tup-tup ada akak Ina_Azahar salah seorang agent Seqy Beauty approach aku, mintak aku cuba BB Cream ni. Of courselah melonjak kegirangan sebab rezeki datang dengan pelbagai cara kan. So settle bagi details pengeposan, 2-3 hari lepas tu sampai jugak BB Cream ni ke tangan.

Mak ai kurus benar botol BB Cream ni, boleh ke tahan sampai sebulan ni. Ermm dalam hati aku cakap cam tu lah. Agaknya picit sket boleh cover satu muka besar dulang ni kot. 

Ok ni aku citer kan sket


Keistimewaan BB Cream by Seqy Beauty:

-Sesuai untuk semua jenis kulit 
-Menutupi cela di muka 
-Sebagai bedak asas 
-Lebih ringan dari foundation 
-Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit 
-Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF30+) 
-Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya 
-Wajah tidak berminyak sepanjang hari 
-Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga kulit menjadi tetap sihat 
-Melambatkan penuaan 
-Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia 
-Mencegah bintik-bintik hitam

Kandungan BB Cream by Seqy ni adalah:

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Harga BB Cream SEQY Beauty:

RM55 ( semenanjung malaysia)
RM60 (Sabah dan Sarawak)

Apa yang penting adalah produk ni Halal, keluaran Bumiputera, dah sudah pun dapat kelulusan dari KKM. AKu baca dari blog Kak Jem Viruspadu ni ek

Cara nak pakai BB Cream Seqy Beauty

Alah senang je.


Picit sepam then sapukan secara rata di seluruh muka aku yang besar dulang tuh dan juga leher ek.. Kalau boleh lepas sapu pelembap muka (moisturizer) barulah tepek BB Cream ni, so nanti takde lah nampak bertompok dan kulit muka kering benauuuuu

test kat tangan dulu, sapu dan ratakan

nampak tak? ada different. ishkk kering betul kulit ek

Boleh je korang pakai dengan cream muka yang lain kan tapi kalau effect BB Cream ni dah bagus buat apa nak membazir pakai cream lain lagi. Aku ni kekadang bedak pun tak pakai sebab nampak nampak BB Cream ni cantik je terletak kat muka. Ewah kemain lagi ko kan Cik Lily oit..

Hasil penggunaan setelah 2 minggu

Ermm tadaa……..


muke belum ready nak bergambar

macam putih sket kan, ewah perasan sama jelah

Comey dok! Haruslah comey kan. 

Rasa macam kulit muka nampak bersih je, perasan licin tu sudah pasti hehhehehe. Tapi memang dapat pudarkan jeragat kat muka, itu yang aku perasan. Lagipun almost kulit mati kat muka aku ni nak tertanggallah. So memang wajib pakai setiap hari, baik keluar mahupun duk rumah.

Walaupun muka tak berapa nak cantik, so kenalah usahakan jadikan cantikkan. Alah bukan untuk orang lain pun kan tapi untuk diri sendiri kan.

Korang nak cuba jugak, boleh contact


Instagram : Ina_azahar

Whatsapp dan Telegram : 017-4136657

Ermm apa lagi, cubalah..