Tuesday, February 3, 2015

Sedap Gak Coca-Cola ZERO ni Ek

Hi Korang,


Lately ni aku dah jarang minum bergas ni, alah saje ni. Kengkonon nak kurangkan pengambilan gula seharian. Bukan tak ambil gula langsung but kurenggg sket ek.

Hehehhehe


So baru-baru ni ada event launching Coca-Cola ZERO ni kat Black Box PUBLIKA, ermm dalam hati tak nak minumlah coz gula kan. Bila dah dengar details mengenai kandungan bahan-bahan dalam Coca-Cola ZERO ni terus aku jadi suka plak.


Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan Coca-Cola zero, yang mempunyai rasa unik Coca-Cola tetapi dengan ciri istimewanya iaitu tanpa gula dan kalori.


“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren.


“Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu kota, hari ini.



Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tanpa gula.


Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.


Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal.

Tu dia...


Apa lagi, minum bercawan-cawanlah aku masa event hari tuh. Sedap plak wei, tak de langsung rasa pelik kan. Sedap seperti biasa…


Monday, February 2, 2015

Makan Macam MAHARAJA Sempena Tahun Baru Cina Di Armada Petaling Jaya

Hi Korang, 

Setahun sekali je, kita dapat lou sang sempena sambutan Tahun Baru Cina ni. 

Apa itu Lou Sang?





Lou Sang ni perbuatan yang kita gaul-gaul makanan special diorang yang di panggil Yee Sang. Ini merupakan tradisi diorang semasa makan besar or ‘reunion dinner’ sebelum makan makanan yang lelain. So sambil korang gaul tuh, sambil cakap mintak perkara yang baik-baik macam gaji naik, bonus banyak, kawin cepat dan memacam lagilah. Seronok jugak tau, yelah setahun sekali je ek

Prosperity Yee Sang with Salmon

Hidangan Yee Sang ni, terdapat pelbagai pilihan di Armada Hotel ni seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian), Salmon Yee Sang, Butterfish Yee Sang or Hokkaido Scallops Yee Sang. Harga dari RM65+ per portion. 

Untuk tahun ni, Chef Chew dan teamnya telah pun menyediakan Chinese New Year offerings yang bersesuaian dengan sambutan tahun ‘kambing’ ini. 

Pada 18hb February 2015, pihak Rasa Utara Cafe menyediakan Chinese New Year Reunion Buffet Dinner yang menghidangkan di antara menunya adalah Chinese New Year Wax Rice, Chee Pau Kai (Paper Wrapped Chicken), Stir Fried Butter Prawns with Coconut Flakes, Herbal Roasted Duck, Hot Pot Treasures (Poon Choy) dan pelbagai lagi. 

The Chinese New Year Reunion Buffet Dinner ialah;
RM78+ per adult, 
RM55+ for senior citizens
RM39+ per child. 

Braised Shark Fin Soup

Chinese Herbal Chicken

 Steamed Seabass with Ginger Sauce

Fried Prawn with Salted Eggs & Butter Flakes

Fried Mixed Vegetables with Fatt Choy

Chinese New Year Lotus Rice

Bagi tetamu yang inginkan hidangan ala set menu ni, dari 19th January till 5th March 2015, Chef Chiew and his team telah pun meyediakan Prosperity Set Menus (minimum table of 10 pax) yang ideal untuk keluarga, rakan-rakan dan business partner


Di antara pilihan set menu adalah:-

The Blissful Longevity Set Menu priced at RM978+, mengandungi menu seperti Yee Sang with Crustacean, Braised Seafood Lump Fish Soup, Deep-fried Sea Garoupa in Ginger Sauce, Steamed Tiger Prawns with Abalone Sauce, Braised Mushroom with Mustard Green in Black Moss Sauce and Sweet Red Bean Cream with Snow Sago.

The Everlasting Success Set Menu priced at RM1088+ mengandungi menu seperti Yee Sang with Soft Shell Crab and Jellyfish, Steamed Red Garoupa in Abalone Sauce, Tossed Tiger Prawns with Salted Egg Flakes, “Gui Lin” Style Yong Chow Fried Rice in Lotus Leaf dan lelain lagi.

The Bountiful Treasures Set Menu is priced at RM1198+ yang mengandungi menu seperti Yee Sang with Salmon, Braised Abalone Sharks Fin Soup, Cantonese Style Braised Duck with Taro Slice, Ying & Yang of Prawns dan lelain lagi.

The Prosperity of Luck Set Menu is priced at RM1308+ yang mengandungi menu seperti Yee Sang with Butterfish, Braised Baby Abalone Sharks Fin Soup Steamed Silver Pomfret with Superior King Soya Sauce, Duet of Prawns and Trditional Sweetened Dried Longan.

Red Bean Cream

Chinese New Year Pancake

Steam Nien Koa

Apmacam, ermm tergoda tak?

Boleh lah korang suggestkan pada kengkawan ke boss korang ke kan. Mana tau,bila diorang tengok gegambar ni terbuka hati nak banjer korang makan kan. hehehehe


Jom kite ke :

Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling jaya
Lot 6, lorong Utara C,Section 52
46200 Petaling Jaya Selangor

Tel: 0379546888
Fax: 0379568088
GPS: 3.104347,101.640521






Terus Sakit Badan Dibuatnya

Hi Korang,

Memang lama jugak aku tak bersenam kan.

Kalau setakat jalan kaki jauh tu biasalah, turun naik tangga kat umah dari tingkat 9 ke lobby tu pun dah biasa. Tup-tup pi masuk gym gatal nak exercise kan kat Eastin Hotel semalam pagi.



Ambik ko, balik umah semalam terus badan tak tentu arah. Panas sejuk panas sejuk kan. Makan panadol terus tido, pi makan kat kedai D'Laila Mee Udang Nilai pun cam tak berapa ada selera je. Ishkk rugi tuh udang galah masak asam pedas huhuhuhu.

Nampak sangat badan tu manja kan, kata Mr Big tak perlah sakit, lemak nak pecah tu. hahahahhaha sangat tak membantu emosi ek. Jawabnya kena paksa exercise lebih lagi ni ek, agaknya masuk rancangan tv yang loss weight tu confirm aku keluar dulu sebab tak tahan sakit kan.

Ok dah nak masuk meeting ni..

Chow..

Nanti nak citer ktorang pi bercuti di Eastin Hotel ek.. dekat jelah..