Friday, January 23, 2015

Beli Basikal Murah Di Klang

Hi Korang,


Selalu ktorang perasan bebudak taman ni memalam pi mengayuh.

Kayuh? Kayuh basikal la tak kan kayuh sampan plak. Mana ada banjir kat sini kan.

akak, ko bayar aku ek. penat aku pose ni tau

Dek sebab cepat nau terpengaruh, Mr Big duk sibuk tanya aku agak-agak boleh tak dia beli basikal gak coz nak join geng kayuh. Aku cakap senang je, nak beli boleh tapi jangan sampai basikal tu jadi tempat gantung tuala plak kan hahahahaha

Sebab dia selalu perli aku, masa aku duk sibuk nak beli treadmill dulu kan. Sudahnya tak terbeli pun, bila fikir balik baik naik turun tangga depan rumah je senang.

So masa ktorang tidur umah makcik aku kat Klang hari tuh, sibuk Mr Big ajak aku ke kedai ni.


Dengan tak tau jalan, main redah je dan nasib baik ada WAZE. Adik aku pun sibuk gak nak ikut kan, coz dia ingat nak belikan untuk anak dia yang kecik tuh. Lalu kawasan kampung-kampung, then baru jumpa kawasan kilang dan sampailah tempat ni, rupanya dekat je dengan umah makcik aku ni.

Memang kilang basikal pun. Cuma diorang ni mengimport basikal dan pemasangan kat kilang ni. Of courselah dapat harga murah.







Memasuk customer tak de, so senanglah Mr Big nak buat pilihan. Bagi orang buta kayu tak reti mengayuh ni, aku duduklah depan kedai sampai layan tv je. Diorang berdualah test sana, cuba sini, rasa tayar dan ntah apa-apa lagi lah.


comey dak saya ni

yang ni ke? mahal bebenau la

tokeh kasi helmet cun sket la

Rasanya sejam lebih kot Mr Big duk memilih basikal pujaan hati dia then dapat pun. Nego harga dalam 20 minit, mintak kurang sket mintak accesori sket then settle.

ok ni abang man, boleh gantung botol air ni

ok ok abang man yang ni lah..

Nasib baik bawak Alza so senang nak bawak balik lah, rebahkan seat belakang senang masuk. Semua orang cam tak sangka yang ktorang akan bawak basikal gak. Cousin aku siap bantai gelak lagi, ingatkan ktorang memain-main ek.

Korang nak pi, itu hah alamatnya.


Mana tau nak beli basikal anak ke kan. Murah memang murah tapi rasa-rasanya berbaloi ke tak? Mr Big cakap berbaloilah kalau beli basikal orang beso ni.

Ok jangan PM aku tanya harga ek, mak bukan tokeh nokss


Thursday, January 22, 2015

Makan Choco Rice Dari WAHDAH Delight, Sedapppp

Hi Korang,

Memacam plak pemanis mulut yang berada di pasaran.


Terbaru ni Choco Rice plak. Aku menda pelik-pelik ni mesti nak cuba kan. Tak pernah makan seumur hidup beras coklat ni hahahahhahaa

Aku dapat merasa Choco Rice keluaran dari WAHDAH Delight. Biasalah sebaran promosi daripada kengkawan so of courselah teringin nak cuba.


Inilah dia Choco Rice

Ianya merupakan bertih beras yang dilapis oleh coklat. Ala korang tengok lah gambar kat atas tu mesti paham punya. Jom makan! Eh wei mana boleh makan cam tu, tercabut gigi k. Ni aku terangkan ek..

Cara-cara penyediaan choco rice: 

- Masukkan air panas di dalam bekas


- Rendam Choco Rice di dalam bekas berisi air panas
- Biarkan Choco Rice selama 5 minit sehingga coklat cair


- Sedia untuk dimakan!



Yum yum.. aku makan gituh je. Walaupun ramai yang rekemen makan sapu kat atas roti tapi aku tetap setia makan cam tu gak. Sebab sedap tuh, tak yah nak buang masa nak pi cari roti bagai. 

Di antara keistimewaan produk WAHDAH Delight:

- Produk baru yang menggegarkan pasaran online
- Keenakan yang tiada tandingan
- Pembelian berulang
- Permintaan tinggi

WAHDAH Delight sedang mencari Rakan Niaga di seluruh Malaysia bagi penjualan Choco Rice.

So, boleh lah korang tolong viralkan bisnes WAHDAH Delight ni ek. Biar satu Malaysia tahu tentang kehebatan produk diorang ni.


Ni aku sambung citer lagi keistimewaan menjadi rakan niaga WAHDAH Delight:

- Setiap rakan niaga akan diberikan no. id tersendiri
- PERCUMA bahan promosi bagi Rakan Niaga yang AKTIF
- Maklumat anda akan disiarkan di majalah, media dan setiap medium pemasaran kami
- Mendapat hadiah bulanan / tahunan yang menarik bagi Rakan Niaga yang PALING TINGGI JUALAN
- Akan dibimbing cara-cara pemasaran dan bagaimana untuk melariskan produk
- Pertanyaan tanpa had

Best kan benefit menjadi agent or stokis WAHDAH Delight? 

Serba serbi untunglah.. Itu dapat ini dapat.

WAHDAH Delight sedang melancarkan

PROMOSI SET COMBO CHOCO RICE

dengan harga RM28 / 3 jar (berlainan saiz). 
Harga telah termasuk dengan penghantaran.
Promosi sah pada 17 Jan - 31 Jan 2015.

CEPAT CEPAT GRAB OFFER GILA MURAH NI!

Bukan selalu tau WAHDAH Delight buat promo macam ni.


Untuk info lebih lanjut, boleh tengok website dibawah:


Instagram : 


Laman Web : 

Hotline : 016 – 772 4594

Wednesday, January 21, 2015

Nak BINGSU Pleaseeeeee

Hi Korang,

Bingsu tu binatang apa plak kan?

Hahahahahaha aku masa first time dengar bingsu ni masa kat event Julies hari tuh memang terperanjat. Apa plak kejadah makanan ni ek. 


Rupanya bila diorang dah hidangkan baru tau kan.

Bingsu tu adalah satu dessert or pemanis mulut yang berasaskan ais kepal. Yang kemudiannya di hidangkan berlapis-lapis dengan bahan-bahan pemanis yang lain macam biskut yang dah di pecahkan, buah-buahan, coklat ke kan. Alah ikut tekak korang lah.

Yang ni Apple Crumble Bingsu.


Awesome wei, tengoklah Mr Big makan ni. Dia cairkan dan dia gaulkan semua, rasa dia sorang kot yang berjaya abiskan semangkuk bingsu ni. 




Banyaklah flavor yang diorang ada, perhaps nanti nak cuba yang lain plak lah.


Nak cuba la tuh, pi ke 


Dal.Komm Coffee
Damansara Uptown

Kalau tak pun, diorang dah ada outlet kat iOi City Mall. Yang ni nanti aku nak pi cuba ni lah