Monday, January 19, 2015

Makan Tengahari Sempena Promosi CNY Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,


Lama betul tak kemari ek, yelah sejak dari food review untuk Krismas tahun lepas kan.


Bila diaorang jemput ke promosi Chinese food sempena CNY ni, haruslah jangan lepaskan peluang kan sebab tak nak miss yee sang tuh. Hehehhehe




Kita semua tau kan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang berkaitan dengan get together dengan family setelah berhempas pulas kerja sepanjang tahun kan, sebab tu bila petang CNY eve, diorang ni ada Reunion Dinner atau makan besar. Semua ahli keluarga balik ke pangkuan keluarga untuk makan bersama-sama. Ewah kemain ayat aku kan. Hahahaha

So of courselah mesti ada Yee Sang. 

Yee Sang ini macam makanan yang macam ala-ala salad yang di gaulkan sekali bersama bahan-bahan perasa yang tersendiri. Yang best tu semua orang memang kena gaul ek, lagi tinggal kita angkat bahan-bahan yee sang ni lagi bernasib baiklah kita untuk tahun ni. Itu kepercayaan orang Cina lah.


Ada beberapa jenis Yee Sang yang disediakan oleh Chef Patrick dan krewnya di Tung Yuen Chinese Restaurant ni iaitu Tuna and Abalone Yee Sang, Salmon Fish and Pacific Clam Yee Sang, Salmon Fish Yee Sang dan juga Vegetarian Yee Sang. Harga bermula dari RM38.00++ hingga ke RM 330.00+, sesuai untuk seminium 2 orang makan lah.

Mehlah tengok di antara menu yang menjadi hidangan ktorang untuk tenghari tu ek

Yee Sang with Salmon Fish

Fried Rice with Pumpkin Cube and Chicken

Roasted Chicken with Chinese Herbal Sauce

Baked White Prawn with Chrysanthemum Tea Leave and Creamy Milk

Stewed Fried Fish Maw with Crab Meat Roll and Broccoli

Braised Assorted Dried Seafood Soup with Dry Scallop and Crab Meat

Chilled Longan with Sea Bird Nest (Seaweeds Jelly) and White Fungus

So menu makanan ini akan di hidangkan sekali dengan menu yang lain mengikut pakej yang telah pun di sediakan yang di panggil Golden Prosperity CNY Set Menu yang sesuai sekali menjadi hidangan untu keluarga dan company gathering atau pun dengan kengkawan kan

RM 888.00+ (Set 1: 7 course)
RM 1,128.00+ (Set 2: 7 course)
RM 1,288.00+ (Set 3: 8 course with Shanghai Pancake)
RM 1,388.00+ (Set 4: 9 course) 
RM 2,888.00+ (Set 5: 8 course)


Set menu ini boleh di dapati setiap hari, semasa lunch mahupun dinner, just nice untuk 10 orang sekali makan semeja.

Promosi Gong Xi FaChai Chinese food Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 19hb Januari - 6hb Mac 2015.


Jom kita ke

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

ini bukan bos aku ek... hehehe

Apa tunggu lagi, meh suruh bos korang banjer ek..






Sunday, January 18, 2015

Alcatel ONETOUCH Flash Sesuai Untuk Si Kaki Selfie

Hi Korang,


Lama tak dengar pasal Alcatel ONETOUCH kan? 


Dulu masa memula handphone ni keluar di pasaran Malaysia, Alcatel one of the famous phone brand tau. Aku pun ada dulu, yang warna kuning tuh. Now ntah mana dah pergi kan. 

Kalau nak tahu Alcatel Onetouch ni merupakan A French brand smartphone yang menjadi 10 best-selling smartphone brand in 2013 selain Samsung, Lenovo dan lelain lagi. (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_best-selling_mobile_phones#2013_2) Maybe dekat Malaysia kurang sket agaknya promosi tak berapa sangat kan. 

Alcatel ONETOUCH dah pun melancarkan kempen #BEaFlasher untuk menghayati budaya bagi menyatakan keperibadian mereka melalui selfies. Ermm kemain lagi ek. Boleh check it out #BEaFlasher di Instagram dan FB 

ALCATEL ONETOUCH FLASH


Turut dilancarkan juga smartphone terbaru keluaran mereka iaitu Alcatel Onetouch Flash pada awal bulan Disember tahun lepas.

Di katakan sebagai ‘selfie’ smartphone untuk di kaki ‘selfie’. Alah mereka-mereka yang suka mengambil gambar sendiri tu yang di gelar ‘selfie’, Ishk tak tau plak korang ni kan. Dengan ciri-ciri seperti 5MP HD Front Camera dan 13MP Full HD Rear Camera. Lagi satu untuk Front Camera telah di sediakan juga ‘beauty enhancer mode’ dengan tak payah lagi guna 3rd party app macam 360 camera. So tak yah nak susah-susah lagi, edit bagai kan. 

Di antara specifikasi unik mengenai Alcatel ONETOUCH ini.


Lagi satu saiz 5.5 inci HD screen lagi best untuk di kaki ‘selfie’ kan.


Sempena dengan majlis pelancaran itu jugak, Alcatel Onetouch juga bekerjasama dengan HYDRASKINS.Com (https://www.facebook.com/hydraskins) yang menyediakan 50% diskaun esklusif untuk pengguna ALCATEL ONETOUCH untuk membeli aksesori dengan hanya masukkan redemption code “BeaFlasher” yang promosinya bermula sekarang sehingga 31hb Mac 2015.

Meh layan video ni ek




ONETOUCH FLASH boleh di dapati pada harga RM699 per set termasuk flip cover dan Screen Warranty Care+ (SWC+) which covered the device with a free one­ time screen replacement within the first 12 months of ownership. 

Layari website ALCATEL ONETOUCH FLASH di alcatelonetouchflash.com/my untuk info selanjutnya




Saturday, January 17, 2015

Cactus Point Di Cameron Highlands

Hi Korang,

Weekend ni tak apa nak citerlah, just lepak-lepak kat umah sambil mengemas apa yang patut. Kira-kira jadi isteri solehah gituh lah.

Apa nak citer ek?


Ermm mehlah aku tunjukkan beberapa keping gambar masa kitaorang bercuti di Cameron Highlands hari tuh dengan bebudak Alza ni. Tau citer ni dah lama but still aku nak tunjuklah kat korang.

















Memang ktorang tak beli apa-apa pun hari tuh, just jejalan untuk cuci mata je.


Itu je

Chill everyone!!

Selamat berhujung minggu...