Tuesday, January 6, 2015

Family Brunch di Pak John Steamboat & BBQ, E-Curve Damansara

Hi Korang,


Christmas lepas, ktorang tak kemana pun.

nampak tak,baju sampai nak terbukak, ishkk teruk ek. Budak Aakif tu tido plak kan.

Just pi makan dengan family je kat Pak John Steamboat sempena ktorang punye wedding anniversary yang dah lepas tuh. Alah saje nak belanja diorang ni, lagipun diorang tak pernah lagi ke outlet Pak John Steamboat yang dekat ECurve ni.

Meh singgah baca ni dulu jap..


Memula aku cakap dengan Mr Big nak ajak pi makan kat Pak John Steamboat, dia cakap tak naklah coz sama je macam makan kat Johnnys tak de grill-grill. Bila aku explain sket, barulah terbukak hati dia nak ke sana. Dahlah last minit, nasib baik mintak tolong dengan David (owner PakJohn) untuk buat booking. Lepas je dia check balik, ada plak slot kosong masa Krismas tu terus je aku buat reservation.

Ya ampun, bukan main penuh parking time Christmas tuh, nasib baik ada petak kosong betul-betul depan escalator ni, ermm syukur sangat. Ya lah, ktorang berlima, dengan nak bawah stroller #BabyAakif lagi, beg baby dia lagi, dapatlah merasa jadi parents sekejap kan.

aku suka coffee beef

sedap makan dengan meehoon sup ni

eh ada lagi ni yang tak amik

Masuk-masuk Pak John Steamboat je, Mr Big dah impressed. 

Wah buffet style rupanya.

ktorang dapat salmon fresh ari tuh, apa lagi terus grill 


Banyak sungguh pilihan makanan sambil mata tu melilau kan. First time aku tengok Mr Big cam tuh. Lepas je letak beg bagai, terus je dia merayau dari hujung ke hujung tengok apa makanan yang ada. Rambang mata kan!


Ktorang pillih satu sup ayam dan satu lagi sup tomyam. Malas nak cuba sup lain, takut tekak diorang ni tak boleh terima. Penuhkan periuk dan grill memasing-masing dan tunggu makanan masak je.

masterchef no. 1

masterchef no.2, mama Aakif ni

Aku tak pilih apa pun coz semunya Mr Big dah siapkan. Aku just tinggal makan je. Nampak nau pemalas punya bini kan!!!!

makan goreng-goreng dulu

makan suker-suker sementara tunggu steamboat mendidih

Rasanya dekat 2 jam lebih kot lepak kat Pak John Steamboat ni. Makan borak makan borak, salin pampers Aakif lagi, sambung makan balik, sudahnya dekat kul 6 petang baru keluar dari sini.

Memang terbaek kata diorang ni, makan tak henggat

Cuma lantai je licin, bahaya takut bebudak mahupun orang tua jatuh terlentang. Hopefully team Pak John Steamboat kena ambil tindakan la ek.

ok tunjuk sket jelah ek

hah amik ko, grill coffee beef, banyak plak letak butter kan

dah naik kembang fishball ni, sampai terlupa nak angkat


Harga buffet ramadhan di PAK JOHN Steamboat & BBQ adalah RM46++ untuk dewasa (isnin-khamis) dan RM49++ (jumaat-ahad)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7733 3913 / 018-386 3139. Tempahan di buka sekarang gak tau. Maklumlah takut permintaan melebihi pengeluaran plak kan.

Pak John Steamboat & BBQ
Lot LG-13A & LG-15, 
Lower Ground Floor, 
Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia

Selain cawangan di eCurve Mutiara Damansara ada satu lagi cawangan Pak John Steamboat & BBQ iaitu di Wangsa Walk.So kalau korang tak dapat pi yang Damansara punya, boleh je ke Wangsa Walk. Kalau aku Wangsa Walk la kot coz family Mr Big semua kat situ.

Laman web : 

Facebook : 

Tel : 03-7733 3913 / 018-386 3139

Mr Big memang berkenan dah dengan restaurant ni, siap cakap next month datang lagi sini ek... sambil kenyit mata kat aku... ishkk. Apa kenyit-kenyit mata, belanja lah kan..

Selamat menjamu selera korang…


Monday, January 5, 2015

Biskut Julie’s Hershey’s Terbaru Yang Menarik Hati

Hi Korang,


si tamak ni memang tau, semua mau angkut

Biskut.. siapa yang tak suka kan? Lebih-lebih lagi kalau perisa coklat haruslah boleh sental 2-3 paket sekaligus. Itu baru perisa coklat biasa, cuba kalau coklat Hershey’s tu di jadikan biskut plak. Haruslah meletup-letup di dalam mulut bak kata Chef Joe yang Masterchef tu kan.



Itulah aku dah rasa sendiri hari tuh di media launch biskut Julie’s Hershey’s ni di Dal.Komm Coffee Damansara Uptown. Sedap wei makan kat situ.


nasib baik kenal diorang ni semua, so tak delah segan

Sebab aku sampai yang paling lambat sekali so tak banyak gambar yang aku dapat snap, itulah sape suruh lambat lagi kan. Event kat 11.30am registration, aku plak 11.50am baru kuar rumah. Hehehhe nasib baik Ahad so pecut 100m laju lah masa drive tuh.

Meh some info mengenai kolaborasi Julie’s dan The Hershey Company ye



Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Julie’s) – Pengusaha biskut terkemuka Malaysia dan pengeluar biskut Julie’s telah dipilih oleh The Hershey Company (Hershey) untuk kolaborasi terbaru, yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober 2014 sebelum berkembang ke seluruh Asia.

Mr Martin ni, bahasa melayu dia power tau

“Kami amat teruja dengan kerjasama terbaru bersama Hershey” kata Encik Martin Ang, Pengarah Perfect Food Manufacturing. “Kedua-dua jenama ini telah dibina atas cita-cita dan nilai yang sama dan saya percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama kami”.

Beliau menambah, “Selepas beberapa bulan percubaan dan persediaan, kami amat bangga untuk mendedahkan produk daripada hasil kerja keras kami – biskut Julie’s Hershey’s terbaru. Terdapat dalam 6 varian, setiap biskut membawa rasa yang tersendiri. Pelancaran kami menandakan permulaan kejayaan usaha Julie’s dan Hershey’


diorang yang comel belaka, k ella, Rane dan Ayue

Apple Crumble Bingsu - sedap wei

laki aku bukan suka dengan bingsu ni, sedap

makan sambil borak, cam ni la jadinya

Seronok ko dapat makan biskut Julie’s Hershey’s free flow ni. Amik je kat buffet table kat belakang ni. Sambil tu jugak ada Q&A Session untuk ktorang, terus dapat hadiah on the spot tau.


Yang bertambah lagi special, ktorang dihadiahkan jugak hadiah istimewa daripada Julie’s. Ermm berbalut lagi ni so tak taulah apa dalamnya.







Keenam-enam varisi biskut Julie’s Hershey’s telah tersedia di semua pasar raya besar dan pasar raya terkemuka. Produk ini akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh Asia dan seluruh Negara ASEAN, Taiwan dan Mongolia pada awal 2015.


Kalau di Malaysia ni harganya hanya RM7.90 but negara lain tak sure plak ye

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.julies.com.my

Sunday, January 4, 2015

GALERI PETRONAS dan Faber-Castell Persembahkan Seni di Taman KLCC

Hi Korang,

Berita terkini di hujung minggu..

Para pengunjung Taman KLCC yang diselubungi kehijauan dan pencakar langit moden diberi peluang untuk meluahkan kreativiti mereka dalam kelas penghayatan seni baru-baru ini.


Buat julung kalinya aktiviti "Art In The Park" anjuran GALERI PETRONAS dengan kerjasama Faber-Castell menyaksikan 40 orang peserta yang menyerlahkan bakat terpendam mereka dengan melukis persekitaran indah di taman permainan, kolam air, trek larian, dan tentu sekali, Menara Berkembar PETRONAS yang tersergam dengan pensil warna air Faber-Castell.

Sesi 2 jam dalam persekitaran alam semula jadi dan udara segar ini memperlihatkan artis visual, Tang Yeok Khang, giat membimbing peserta dengan penuh semangat untuk mencipta lukisan yang paling imaginatif dengan menggunakan pensil warna air yang mengasyikkan.


Penglibatan dalam program ini memberi beliau peluang untuk menggalakkan masyarakat awam menikmati seni dengan cara tersendiri, satu wawasan yang turut dikongsi bersama dengan GALERI PETRONAS. Bertempat di Aras 3, Suria KLCC, GALERI PETRONAS bertujuan merapatkan orang awam dengan seni melalui pelbagai pameran serta aktiviti yang baru dan menarik. 

Nurshida binti Zainudin, 29, penduduk Kuala Lumpur, telah merebut peluang ini untuk melibatkan seluruh keluarganya dalam aktiviti yang membina ini.

"Hari ini kami membawa anak lelaki, Muhamad Aniq Nazran, berusia 8 tahun, dan sepupunya, Muhammad Afif Irfan, 9 tahun, untuk menikmati kesoronokan menghasilkan karya seni secara kreatif sempena cuti sekolah. Suami dan saya sentiasa mencari peluang untuk melibatkan anak dalam aktiviti sihat dan kami teruja kerana sesi hari ini telah meluaskan pengalaman mereka. Selain itu, mereka gembira dapat membawa pulang pensil warna air Faber-Castell yang bakal digunakan di sekolah nanti," kata Nurshida.


Sesi seni ini turut dinikmati orang dewasa yang suka melukis. Pasangan muda, Jupiter Teh, 24, dan Eelin Leong, 22, setelah menceburkan diri dalam aktiviti itu mendapati bahawa melukis dalam persekitaran semula jadi di taman tersebut telah mencergaskan mereka setelah keras bekerja sepanjang minggu.

Teh berkata, "Setelah penat melakukan rutin harian di tempat kerja, sesi seni di taman ini telah menyegarkan minda dan jiwa saya. Ini merupakan alternatif yang baik untuk menenangkan fikiran selain daripada mengunjungi pusat membeli-belah pada hujung minggu. Saya tidaklah sepandai Eelin dalam seni dan kraftangan, tetapi tetap berasa seronok mengikuti sesi yang menarik ini."

Semua peserta "Art In The Park" diberikan kit lukisan termasuk Pensil Warna Air Faber-Castell baru, pensil grafit hitam Tri-Grip 2B yang ergonomik dan dipatenkan, pengasah pensil dan berus cat air.


Rangkaian pensil warna air Faber-Castell diperbuat daripada grafit yang selamat untuk kanak-kanak. Produk ini menonjolkan inovasi pembungkusan yang dipanggil Wonder Box – sebuah bekas khas yang lutsinar dengan pemegang yang boleh digunakan sebagai penegak bagi menampilkan rangkaian pensil warna supaya ianya mudah dipilih, selain menjadikannya muda dibawa ke sekolah mahupun ke kelas seni.

Bekas ini juga mudah untuk ditanggalkan dan diletak di mana sahaja, sedia untuk digunakan.

Rangkaian Pensil Warna Air Faber-Castell berharga antara RM7.90 – RM59.90 dan boleh didapati di kedai buku dan pasar raya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan pelbagai produknya, sila layari www.faber-castell.com.my