Monday, December 29, 2014

#Mood Blogging Kat Mana

Hi Korang,


Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Mood kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Mood kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)

Mood kat mana, awak awak kat mana
Asyik mood kat mana padahal ko yang malas
Awak sudah kenapa sikit sikit cakap tak de masa
Nanti hilang idea baru padan muka

Makan apa? Event Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Buat jelah entry
Ini bukan namanya manja
Rasa nak luku kepala dibuatnya

Mood kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam laptop ni, saje tunggu ko bukak
Tak suka aku tak paksa, jangan ko cakap tak de masa
Kau bukan newbie lagi, blogger otai dah pun tau tak

p/s : pinjam lagu Taufik Batisah ni kejap ek


Seriously mood blogging dah kelaut dah ni. Maklumlah hujung tahun kan, asyik berjalan bercuti merata tempat. Dengan plak berita banjir seluruh negara dan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 lagi. 

Sedih memang sedih tapi kena cari jugak mood berblogging ni ek

Mojoo dah tak de ni…..

pics : credit to google.com

Friday, December 26, 2014

OPHILIA Citer Pasal Skinhead

Hi Korang,

Malam Krismas tuh, ktorang tak de buat apa pun.

nampak tak quehaidar pun komen kat insta aku tau

Tup-tup Mr Big ajak pi tengok wayang filem OPHILIA ni. Asalnya nak pi tengok kat TGV Mines tapi tak de plak. Search punye search kat GSC Alamanda ada. So terus booking online, bayar pakai Maybank2U je. 

Senang kan. Tak yah nak beratur panjang. Eee malas aku


La memang ye pun. Bukan main panjang beratur tau time aku nak pi redeem tiket ni. Yang couple, yang bawak anak, yang dengan kengkawan semua ada. Agaknya nak pi tengok citer Hobbit kot, seriously berderet sampai keluar ni.

Mr Big cakap filem ni pasal bebudak Skinhead. Ooo Skinhead ye, aku cuma kenal dan tahu pasal Skinhead ni budak botak yang pakai kasut Dr Martin dan budak botak tu adalah laki aku tuh. Dia dulu cam tulah. Masa tu ktorang tak kenal lagi, dia adalah tunjukkan a few photos dia dulu. 

Itulah citernya


Ni baca sket Sinopsis Ophilia, filem Skinhead Malaysia

Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.

Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.

Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.


Komen Aku:

So inilah sebenarnya gambaran dunia Skinhead. Memang orang-orang biasa macam kita ni akan pandang serong kat bebudak golongan ni yang pada hakikatnya diorang ni baik, bertanggungjawab dan penyayang. Betul-betul kisah mengenai persahabatan atau diorang gelar ’brotherhood‘ dan ’bloodbrother‘, sanggup sehidup semati demi persahabatan. 

Tapi Ozzi Gandum ni panas baran sangat, sebab tulah semua konflik ni jadi. Nasib baik ada Uji yang cool giler dan Totoi yang kelakar abis. Walaupun pekak sebelah tapi sayang giler kot kat emaknya.


Endingnya ermm tak dapek nak citer pun sebab aku sendiri tak sangka. Jauh dari prediction aku

Rating : aku kasi 4/5 bintang

Majoriti yang tengok filem Ophilia ni bebudak lelaki je. Yang datang dengan group yang pakai Dr Mart walaupun tak botak.

inilah budak botak kesayangan saya

Hah pi tengoklah sendiri ek.

Sangat best lah bro....


Pics : credit to google.com






Tuesday, December 23, 2014

Cantik Betul Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highlands ni.

Hi Korang,


Sambung balik citer outing ktorang ke Cameron Highlands dengan geng Alza hari tuh. 


Di sebabkan one of the DL untuk Cameron team tu someone kat MARDI ni so ktorang pun dapat lah ke sana. Pergi ramai kan so dapatlah masuk FREE hehehhe ishk jangan bagitau orang lain ek.


Malas nak citer banyak, aku letak gambar jelah kan.

Best sket korang cuti mata bila baca entry ni nanti.


tempat jualan hasil strawberry

sedap ice cream strawberry ni

tengok tuh

ladang strawberry ni

Ni kat Taman Herba plak


geram tengok tomato ni la

bini yang suruh amik gambo tomato ni











Bukan apa, at least dapatlah anak-anak kenal pokok-pokok yang ada. Eh bukan anak-anak je, mak bapak pun dapat kenal-kenal jugak. Aku duk usha pokok-pokok herba omputih ni. Tak de jual plak, kalau ade terus sambar sepokok dua kan .




baru nampak muka aku kan..

Eh ada banyak tempat lagi dalam Taman MARDI ni, tapi ktorang tak larat nak layan so ini jelah yang ado ek. Nanti korang bolehlah ke mari ek kalau bercuti di Cameron Highlands. 

senang nak refer dengan adanya map ni


sejuk betul time ni, tapi ktorang kan lemak tebal so its ok


MARDI Cameron Highlands,
Tanah Rata.
05-4911 255 / 5945

MASA OPERASI:
Isnin - Khamis
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad
8.00 pg - 5.00 ptg

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : Rm3.00

Memang seronok masuk melawat ke Taman Agro ni, tak caya jom la pi..

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi kat camera Mr Big.. ermm mencikk sungguh bila terlupa nak transfer lah.